Bab 14

Romance Completed 7016

“Mana la Dani nie? Tadi bagitau lima minit jer ni dah 10 minit dah nie”

Zack hanya mampu mengeleng melihat Iq yang tak sabar-sabar menunggu kedatangan kawan mereka yang sorang tu.

“Nanti datang la Dani tu, Iq”

Mata Zack masih lagi merenung handphone yang berada di tangannya. Dia masih lagi belum membaca kes baharu yang baru diterimanya pagi tadi, sementara menunggu ketibaan Dani.

“Hurmm! Kau tak risau kat kawan kita tu ker? Kau chat dengan sapa tu? kau dah ada awek ker?” tanya Iq apabila dia melihat Zack seperti orang yang tak punya perasaan memandang handphone dari tadi.

“Baca kes” pendek jer jawapan yang keluar dari mulut Zack tu.

‘Ni lagi sorang, punya la banyak soalan aku tu jer dia jawab, ku cepuk kang baru tau nanti. Lebih baik aku pergi ambik makanan dulu, lagi untung perut aku juga yang kenyang nanti.’ Iq berasa geram melihat perangai dua orang sahabatnya itu.

“Aku pergi ambik makanan dulu. Pagi tadi aku tak breakfast la”

“Ye” balas Zack menoleh sekejap ke arah Iq sebelum menyambung semula pembacaannya.

‘Boleh tahan juga makanan hotel Dani nie. Kenyang la perut tengah hari nie’ desis hati Iq.

Matanya melihat seorang gadis yang tengah khusyuk mengambil makanan, pinggan nya pulak hamper penuh tak padan betul dengan saiz badan. Terhibur seketika Iq melihat telatah gadis tersebut yang macam tak jumpa makanan setahun pon ada. Muka nya putih, hidung nya mancung sedikit, tinggi pon 160cm agak nya nie.

“Kau pandang apa tu Iq?”

“Ehh! Dani bila kau sampai nie?” terkejut dengan tepukan di bahu nya sehinggakan pinggan yang ditangan nya hampir jatuh.

“Laaa. Boleh pulak kau termenung di sini Iq”

“Eh! Tadi ada perempuan depan aku nie, mana pergi perempuan tadi tu.”

Iq memandang sekeliling mencari kelibat gadis tersebut. Dani kelihatan terpinga-pinga melihat tingkah laku kawan dia sorang nie, demam ke apa dia nie.

“Dia dah duduk makan dah” tiba-tiba suara Zack menjawab mereka berdua. Tangannya pulak sibuk mengambil makanan. Selepas berpuas hati dengan makanan di dalam pinggan laju kaki nya melangkah kembali ke arah meja mereka tadi.

“Zack ni macam angin pulak. Datang macam tu jer, hilang pon macam tu jer”

Dani mengeleng kepala melihat telatah dua orang rakan nya itu. Tiba-tiba mata nya melihat ke satu sudut, dia amat kenal dengan orang itu. Orang yang mempunyai hubung kait kejadian yang menimpanya dua tahun lalu. Mengapa dia ada di sini? Kaki nya terus melangkah ke arah empunya badan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience