Bab 16

Romance Completed 7016

Mata Dani masih lagi belum mengantuk walaupon jam dah menunjukkan pukul 1 pagi, kejadian tengah hari tadi seperti tayangan video yang di ulang berkali-kali dan ditambah lagi dengan esak tangisan gadis tersebut yang masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Bukannya dia tak menyangka dia akan menerima reaksi sebegitu dari gadis tersebut, tetapi bila mendengar sendiri secara live macam tu hati sapa yang tak terasa. Dia tahu dia yang bersalah sehingga gadis itu sanggup melarikan diri dari rumah dan pada hari pernikahan mereka.

2 tahun yang lalu..

“Dani, malam nie ada kenduri tau rumah I. I nak you datang erk” bagitau Nadia kepada Dani.

“Nanti la kalau takde apa-apa I datang la nanti” jawab Dani kepada Nadia.

Nadia merupakan pekerja baru di hotel daddynya yang juga merupakan salah seorang rakan sekelasnya semasa sekolah menengah dahulu.

“Nanti I dengan Dani datang yer Nad” jawab Iq pulak menyampuk setelah lama berdiam diri.

Iq tahu yang dia tak dijemput pon oleh Nadia. Bukannya dia tak tahu Nadia tu suka pada Dani dari dulu lagi, sampai sekarang. Iq sebenarnya suka dengan Nadia, Nadia pulak suka dengan Dani. Iq juga tahu bahawa Dani buat-buat tak layan dengan huluran dan layanan mesra yang ditunjukkan Nadia kerna Iq pernah bagitahu kepada Dani dia suka Nadia. Iq tahu yang Dani sangat mementingkan persahabatan mereka.

“Ok Iq. Jangan lupa tau.” Jawab Nadia dengan senyuman yang mekar dibibirnya sebelum berlalu pergi dari situ.

“Yang kau setuju tu apahal pulak?” tanya Dani setelah kelibat Nadia menghilang.

“Aku nak bagitahu dia sesuatu la sebelum aku bertolak ke Kanada”

“Apa dia? Kau nak luahkan perasaan pada dia ker?”

“Lebih kurang macam tu la” jawab Iq tanpa berselindung.

“Akhirnya kau buat juga. Kan bagus kalau dari dulu lagi kau luahkan, Iq”

“Eleh! Kau bukannya tak tahu si Nad tu bukan nya pandang aku pon. Aku pon gabra juga nak luahkan pada dia, dia kan senior kita masa sekolah. Sekarang nie barula ada kekuatan sikit nak bagitau dia”

“Yerla kau jugakan yang menangis masa majlis perpisahan dengan senior dulukan. Hilang macho bro” terus Dani ketawa saat mengenang kembali masa tu.

“Oi! Jangan la sebut lagi benda tu!” rasa malu pulak Iq bila dia ingat kembali kisah yang satu itu.

“Hahahaha serius wei lawak gila muka kau masa tu”

“Dah la tu! Jadi malam nie kau ikut la erk pergi rumah Nad. Boleh la?”

“Yer la. Demi kawan aku yang satu ini tapi lepas tu kau kena belanja aku makan ler”

“No problem!” jawab Iq sambil tangan nya menabik Dani.

Malam tu Dani melihat penampilan Iq kelihatan segak sekali dengan berbaju melayu dan songkok di kepalanya dan bau minyak wangi nya lebih kuat dari biasa, gayanya seperti mahu pergi bernikah pon ada juga.

“Iq kau ni nak pergi kenduri atau nak pergi bernikah nie?”

“Persediaan Dani. Mana la tau kan nanti Nadia terus ajak kawin boleh terus panggil tok kadi” jawab Iq sambil tersenggih senyum menunjukkan barisan giginya.

“Banyak la kau. Asalkan jer tak kena kejar dengan periuk belanga tu nanti”

“Ish! Mulut kau tu kan kang masin nanti baru tau. Dah jom pergi lambat pulak nanti”

Kelihatan banyak kereta telah memenuhi ruang sepanjang kawasan rumah Nadia menunjukkan ramai tetamu yang telah hadir ke kenduri itu. Dani dan Iq lantas keluar setelah dia memarkirkan kereta di bahu jalan tak jauh dari rumah Nadia. Mereka disambut oleh dua orang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an, lantas mereka pon menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Jemput masuk nak” kata lelaki yang memakai baju melayu biru tua itu.

“Kawan Nadia ker nie?” tanya seorang lagi yang memakai baju hijau muda.

“Iq, Dani sampai pun. Ingatkan tak datang tadi” tegur Nadia setelah dia melihat kelibat dua lelaki itu. Dari tadi Nadia menunggu Dani dan Iq sampai hinggakan dia terjengguk-jengguk melihat wajah tetamu yang datang.

“Mesti la datang kan dah dijemput tadi” laju pulak mulut si Iq menjawab maklumla kedatangan mereka nie ada agenda lain. Dani pulak hanya tersenyum melihat telatah Iq yang kelihatan terlebih teruja.

“Ini daddy I dan itu pulak Pak Ngah I” kata Nadia sambil memeluk lengan lelaki yang memakai baju hijau muda itu.

“Apa khabar pak cik, saya Ikram?” tanya Iq lalu memberikan senyuman yang paling manis kepada ayah si Nadia itu. Nak ambil hati bakal mertua la katakan.

“Pakcik sihat” jawab Encik Fikri kepada Iq.

“Aik. Kat pakcik tak tanya sihat ke tidak?” tanya Encik Aziz saja mahu mengusik Iq yang kelihatan segak pada malam itu.

“Maklumla pakcik, bakal mertua la katakan” balas Dani turut mengusik Iq.

“Ye ker? kalau macam tu pakcik ni mertua dia juga nie” tambah Encik Aziz.

Iq pulak dah merah muka nya mukanya malu dengan usikan, manakala Nadia pulak hanya tersenyum sembunyi malu-malu kucing.

“Anak nie Danial kan anak Daus kan, yang empunya Qalifa Hotel?” tanya Encik Aziz kepada Dani.

“Ye pakcik, panggil Dani jer. Pakcik kenal dengan daddy?”

“Tentu la pakcik kenal, kawan pakcik masa sekolah.”

“oo macam tu.”

“Eh! Takkan nak berbual sini jer. Jemput la makan Ikram dan Dani, jangan malu-malu” kata Encik Fikri setelah lama mereka berbual hinggakan tak sedar mereka masih lagi berada di depan pagar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience