Bab 9

Romance Completed 7016

Terasa berat mata Jay mahu terbuka, makin dibuka makin melekat rasa pulak seperti di gam pon ade. Dah la malam tadi mata nya susah mahu dilelapkan, mana tak nya otak nya bekerja keras memproses segala sumber maklumat yang diterima nya secara mendadak malam tadi. Hidung nya mencium bau kopi terus kelopak mata nya terbuka luas. Iris! Selimut terus diselak, bantal yang jatuh tidak dipedulikan. Matlamatnya satu, mahukan cerita dari A to Z daripada Iris.

Mata nya terus menangkap susuk tubuh Iris yang sedang minum kopi di beranda rumah nya itu. Dia tahu Iris masih lagi belum sedar akan kehadiran nya, Nampak gayanya Iris telah jauh tengelam dalam lamunan nya.

“Morning Iris” kelihatan jelas Iris tersentak sedikit terkejut dengan sapaan Jay.

“Morning Jay” balas Iris perlahan. Iris tahu konfom Jay akan menyoal siasat nya mengalahkan FBI nanti.

“Are you ready to spill out everything?” dengan senyuman Jay bertanya dengan Iris.

Gulp! Iris menelan air liur yang terasa pahit bahkan lebih pahit dari rasa kopi dia tadi. Kalau aku tak cerita sampai habis ni konfom minah takkan berhenti pot pet pot pet nanti.

“Jay, don’t you need to work today?”

“Of course…not” Jay masih lagi dengan senyuman yang mengerikan bagi Iris.

“Spill it out now!” aihh dah bertukar dah jadi FBI kawan aku sorang nie.

“Yela. Tapi sebelum tu jangan tanya apa-apa selagi cerita aku belum habis. Jangan menyampuk di tengah jalan. Ok?”

“Orait. Deal.” Lebih baik setuju daripada Iris tak mau buka cerita langsung.

“I have a fight with papa. Papa buat keputusan tanpa fikir pon apa perasaan Iris. Dia tak tanya pon apa yang terjadi daripada mulut Iris. Papa lebih pentingkan apa yang orang fikirkan daripada fikirkan apa yang anak dia fikir. I his daughter Jay or maybe I was adopted!”

Terasa mahu bergerak mulut Jay menyampuk namun segera ditahan dirinya, sekerat jalan pulak cerita si Iris nie. Berkerut-kerut keningnya menanti penjelasan dari Iris.

“I kena tangkap basah dengan lelaki yang I langsung tak kenal Jay!” akhirnya keluar juga ayat yang seberat bongkah besar di dalam kerongkong dan air mata Iris gugur untuk kesekian kali nya. Membulat mata Jay tatkala mendengar apa yang baru Iris luahkan tadi.

“Iris, is this a joke? because it not funny Iris” melihat Iris masih lagi teresak-esak di hadapannya sedar la Jay Iris tidak bergurau. Lantas nya bangun lalu memeluk erat bahu rakan nya itu untuk menyalurkan segala tenaga agar Iris terus kuat menghadapi dugaan semua ini.

Setelah Iris rerjaya menenangkan dirinya kembali, Jay duduk semula di hadapan Iris untuk mendengar cerita yang selanjutnya.

“Papa paksa I kawin dengan lelaki tersebut. Dia langsung tak dengar pon cerita daripada Iris. Iris tak bersalah Jay, lelaki tu yang bersalah. Iris cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah Jay. Masa tu ada kenduri kesyukuran sepupu aku yang baru balik daripada Australia, tau kan Nadia.”

Kelihatan kepala Jay mengangguk kerana dia kenal dengan sepupu Iris yang satu tu. Iris menarik nafas sebelum menyambung kembali ceritanya.

“Banyak tetamu yang datang masa tu, I pon tak kenal sangat dengan keluarga sebelah papa tu. Masa tu Iris baru balik daripada trip dengan abang Ash dari Sabah. Badan memang la rasa penat, balik jer rumah mama dan papa terus ajak pergi rumah pak long. Lepas makan tu, I tanya la mak long kot ada bilik untuk I tidur sekejap untuk melepaskan rasa penat nie. Mak long suruh I pergi rehatkan diri di bilik si Nadia. I apalagi terus naik la, nampak katil bantal terus tidur jer la. Tak lama lepas tu I terbangun apabila mendengar suara orang menjerit dan bila I buka mata I nampak ada lelaki tak berbaju disebelah I dan tangan nya pulak memeluk badan I. Masa tu I nampak dengan jelas wajah mama bercucuran dengan air mata dan muka papa merah. Hanya Allah jer yang tahu apa yang I rasa masa tu Jay.”

Lama Jay mendiamkan diri setelah mendengar cerita Iris, dia ingin memberi ruang untuk Iris menenangkan fikiran nya kerana dia tahu Iris menggunakan seluruh kekuatan yang ada dalam dirinya untuk menceritakan semula masalah itu. Setelah dia melihat Iris mula bertenang, dia ingin menanya satu persoalan yang dari tadi bermain di dalam fikiran nya.

“So, Iris did you bernikah with that guy?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience