Bab 8

Romance Completed 7016

Dah tiga hari Jay menanya soalan yang sama kepada Iris tapi hanya dipandang sepi dan Iris mengelak apabila topik itu keluar dari mulut Jay. Dia telah lama berkawan dengan Iris sebab itu dia tahu tahap keras kepala Iris memang lebih tinggi dari langit. Hitam kata Iris hitam la dia, putih kata Iris putih la dia. Macam mana la agaknya nak corakkan warna pelangi dalam hidup Iris yang satu ini. Masih ingat lagi dia dua tahun yang lalu apabila menerima panggilan daripada gadis tersebut untuk mengambilnya di airport. Dari suaranya yang serak Jay tahu tentu sahabatnya itu sedang menangis. Rasa terkejut nya belum hilang lagi selepas Iris menerima panggilan Iris, bertambah lagi tatkala melihat rupa Iris sewaktu dia mengambil nya di airport.

2 tahun yang lalu..

“Iris!” tatkala melihat rakan nya tiba di balai ketibaan.

“Don’t ask anything!”

Terus terbantut Jay mahu bertanya soalan yang seterusnya. Mungkin Iris belum bersedia lagi untuk menceritakan apa yang telah terjadi. Di dalam kereta hanya kedengaran lagu yang memenuhi ruang, banyak persoalan yang berada dalam fikiran Jay tapi terpaksa ditahan di dalam hati.

“Jay.” Terus Jay menoleh ke sekejap ke arah Iris sebelum menoleh semula ke arah jalan di hadapan.

“Yes”

“Thanks.” Hanya sepatah perkataan itu yang keluar dari mulut Iris.

“Small matters dear friend. Tell me whenever you ready and I will be right beside you”

“Please don’t tell anyone that I with you including abang Ash”

“Ok” nie kes besar nie kalau sampai Iris tak mahu sampai abang Ash tahu dia kat sini. Rasa penasaran pulak dia dah berteka teki apa sebenarnya telah berlaku. Setelah tiba di apartment, Jay melihat Iris terus menonong masuk ke bilik sebelah kiri lalu merebahkan diri ke katil dan memejamkan mata. Bilik itu bilik yang pernah digunakan Iris sewaktu dia melawat Jay dahulu jadi tak hairanla dia terus masuk ke situ.

Brr brrr brrrr terasa getaran di dalam handbag nya. Mata nya membulat melihat nama pemanggil, terasa berat rasa hatinya mahu menjawab panggilan tersebut. Namun seandainya tak dijawab apa pulak kata abang Ash nanti. Pening kepala Jay membuat keputusan. Dia menarik nafas lega apabila getaran di tangan nya berhenti, namun sekali lagi terasa getaran di tangan nya. Adoi adik-beradik nie memang la. Haiz! Bantai jer la jawab hati Jay.

“Hello, abang Ash”
“Jay, did Iris call you?”

“Iris? Why should she call me?” harap-harap la suara aku tak bergetar nie. Takut pulak abang Ash tahu perkara sebenar, tadi dia dah berjanji dengan Iris takkan nak mungkiri kot.

“Betul nie Iris tak call you?” Ash seperti kurang yakin dengan jawapan yang diberikan oleh Jay.

“Yes abang Ash. Nak tipu buat apa pulak? Ada apa-apa yang terjadi dekat Iris ke?” Nie soalan nak mengelak daripada abang Ash dan juga soalan untuk mengetahui perkara yang terjadi.

“Iris run away from home”

“What!” rasa terkejut yang tak dibuat-buat memang Jay betul-betul terkejut dengan apa yang telah diberitahu abang Ash.

“Abang jelaskan lain kali yer jay. Abang nak cari Iris dulu nie.”

Yakin pulak abang Ash yang Jay tak tahu mana perginya Iris apabila mendengar suara Jay yang terkejut tadi. Nampak gaya nya Iris tak pergi mencari Jay, mungkin dia tahu kot orang pertama abang akan cari adalah Jay.

“Ok abang Ash”

Haiz! Adik-beradik dua orang nie, aku cepuk baru tahu. Malam nie aku pulak yang tak dapat tidur nanti. Esok jaga la kau Iris aku jadi FBI tanya kau. Adoi! Pening dah kepala aku nie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience