Bab 29

Romance Completed 7016

Terkebil-kebil mata Dani memandang syiling di ruang tamu rumah barunya itu. Setelah semua urusan pembelian itu selesai hari tu, dia terus membeli perabot untuk menglengkapkan rumah itu. Tambahan pulak isterinya telah kembali, bertambah la semangatnya untuk menyiapkan segala keperluan di dalam rumah itu. Semuanya keperluan telah berjaya disiapkan, hanya satu yang hilang suri rumah itu. Iris Arisha.

Semalam dia langsung tidak memandang wajah isterinya kerna dia juga takut untuk mengetahui keputusan yang bakal dibuat oleh isterinya nanti. Andai Iris mengambil keputusan untuk bercerai mampukah dia untuk menerima dengan hati terbuka. Mata nya dipejamkan, harapannya agar dia dapat bertemu dengan isteri sayang di dalam mimpinya.

Tiba-tiba Dani merasakan ada tangan mengelus pipinya, perlahan-lahan dia membuka mata. Matanya sedang betentang mata dengan mata hazel milik isterinya, kelihatan di wajah Iris senyuman indah terukir di bibir itu.

“Sampai macam nie sekali aku rindukan isteri aku sampaikan aku berkhayal Iris ada di depan aku sekarang nie”

“Abang berkhayal apa nie” lalu tangannya mengelus kembali pipi Dani.

“Terasa real pulak sentuhan tangan Isha nie”

“Abang, ni Isha la” kali nie kedua-dua tangannya menekup kembut muka suaminya itu.

“Ehh! Bukan ni hanya bayang Isha jer ker? Abang sekarang nie tengah bermimipikan” ujar Dani yang masih lagi belum pasti samaada Iris yang didepannya itu benar atau tak.

“Abang boleh nilai samada Isha ni hanya mimpi atau tak” lalu Iris mengucup bibir Dani itu. Seketika mereka berdua terbuai rasa yang sedang di alami itu.

“So, abang rasa ini mimpi atau real?” tanya Iris lalu memberikan senyuman mengoda kepada Dani.

“Kalau sekali jer mana la abang dapat tahu lagi. Kita buat sekali lagi ya”

"Gatal!" Laju tangan Iris mencubit lengan suaminya itu, mukanya yang dari tadi merah terasa makin panas pulak.

“Aduh! Sakit la sayang. Ehh! Kalau sakit nie ertinya ni bukan mimpi la” jawab Dani dengan penuh teruja.

“Ish! Abang nie kan tadi Isha dah bagi abang bukti masih lagi tak percaya”

“Waaa! Sayang!” lantas Dani menarik Iris ke dalam pelukkannya. Dia memeluk isterinya dengan sangat erat, dia tak mahu melepaskan isterinya itu.

“Abang, sesak nafas Isha nie”

“Sori sayang” lantas Dani melonggarkan pelukannya lalu menatap wajah isterinya itu.

“Abang, Isha cintakan abang” ucap Iris dan mengelus lembut pipi Dani.

“Abang pun cintakan sayang”

“Abang, betul ker Isha ni cinta pertama abang?”

“Betul sayang, Isha memang cinta pertama abang”

“Isha ada satu rahsia nak bagitau abang nie”

“Apa dia?”

“Abang juga cinta pertama Isha” lalu mencium pipi suaminya itu.

Mekar senyuman di bibir Dani lalu ditariknya Iris mendekat lantas Dani mengucup bibir isterinya itu. Akhirnya, dia menemui kebahagiaan yang diidamkannya selama ini. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi warna-warna untuk mencorak pelangi yang menghiasi masjid yang mereka bina itu.

‘Terima kasih Ya Allah kerna Kau telah makbulkan doa hambaMu ini. Ya Allah, Engkau panjangkan la jodoh kami suami isteri ini. Amin.’

Tamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience