Bab 26

Romance Completed 7016

Angin pagi itu terasa segar sekali, selama dua hari berada di resort itu Iris melihat ramai sekali orang berkunjung untuk beriadah. Seketika terbuai Iris dengan keindahan alam yang berada didepannya, angin laut yang bertiup perlahan seakan membawa pergi segala resah yang ada didalam hatinya.

Jay pulak awal pagi lagi dah keluar bersama dengan Zack, tak sangka pulak dapat berjumpa senior yang Jay minati semasa universiti dulu. Iris dapat melihat terpancar kebahagiaan di wajah kawannya itu tiap kali bercakap mengenai Zack, ternyata Jay betul-betul suka dengan lelaki itu. Moga rakannya itu menemui kebahagiaan yang dicari nya selama ini.

“Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam” jawab Iris lalu memandang ke arah empunya suara.

Matanya menangkap seraut wajah tampan yang dihiasi sebuah senyuman manis, wajah yang membuatkan dia sukar untuk melelapkan mata beberapa malam yang lalu.

“Seorang jer ker” tanya Dani lalu duduk di sebelah Iris.

“Ehh! Takla tu kan ramai lagi orang yang didepan tu” jawab Iris memerli Dani. Ketawa Dani mendengar jawapan yang keluar dari mulut isterinya itu.

“Maksud saya, mana kawan baik Isha tu”

“Biasala pergi dating dengan kawan awak tu, sampaikan dia sanggup tinggalkan saya sorang-sorang” jawab Iris sambil memuncungkan mulut nya.

“Laa kesian Isha kena tinggal, tapi jangan risau saya takkan pernah tinggalkan sayang seorang diri” jawab Dani sambil mengangkat tangan seperti berikirar.

“Ehh kalau awak tinggalkan saya lagi bagus tau, aman sikit dunia saya nie” sengaja Iris mahu mengusik Dani.

Terdiam Dani mendengar ayat yang dituturkan oleh isterinya itu, terasa sedih apabila isterinya lebih suka dia tiada. Melihat Dani mendiamkan diri Iris dapat mengagak tentu lelaki itu terasa dengan kata-kata nya tadi.

“Laa saya gurau jer la tadi tu, saya tak maksudkan macam tu la”

“Hurrmmm” Dani masih lagi hanya memandang kosong ke depan.

“Awak saya minta maaf, saya bergurau jer tadi. Saya tak maksudkan macam tu tadi”

“Habis apa maksud Isha tu tadi?” tanya Dani lalu memandang tepat ke mata hazel milik isterinya itu.

‘Awak buat saya terbayang-bayangkan wajah awak sehingga ke alam mimpi, tiap kali berada dekat dengan awak jantung saya nie terasa mahu tercabut’ hati Iris menjerit meluahkannya.

“Saya suka berkawan dengan awak, saya tak benci awak pun”

“Kalau saya cakap saya tak mahu berkawan dengan Isha?”

“Kalau awak tak sudi nak berkawan saya nak buat apa lagi” sedikit sebanyak pertanyaan itu mengusik hati Iris.

“I want to go to Jannah with you” tenang Dani mengucapkan ayat itu.

Jelas sekali riak wajah Iris terkejut dengan apa yang diungkapkan oleh Dani itu. Dia tak menyangka Dani akan mengungkap kata-kata seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience