Bab 11

Romance Completed 7016

Haruman bau makanan membuat Dani melajukan lagi pergerakan tangan nya memasangkan tie di lehernya. Perut nya pulak dah terasa krok krok lapar, setelah siap dia terus turun menuju ke dapur.

“Morning mumy, morning daddy” sapa Dani kepada orang tua nya. Daddy nya sedang menghirup kopi manakala sebelah tangan nya pulak sedang memegang surat khabar. Mumy nya pulak kelihatan sedang membasuh periuk di singki.

“Morning, pagi nie Dani pergi hotel ker?” tanya Encik Daus kepada anaknya itu.

“Ye daddy, semalam Khairy bagitau ada masalah sikit dengan salah satu suite tingkat 8 daddy”

“Ooo” balas Encik Daus lalu mata nya tertumpu semula ke arah surat khabar ditangan nya.

“Dani balik tak tengah hari ni? Kalau balik mummy masak banyak sikit nanti” kata Puan Julia sambil tangan nya menghulurkan pinggan yang berisi nasi goreng kepada Dani.

“Tak kot mumy, Dani dah janji semalam nak lunch dengan Iq dan Zack di hotel nanti”

“Kalau macam tu takper la” mata nya pulak menghala ke arah Dani yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut nya.

“Kenapa mumy pandang Dani macam tu?” tanya Dani apabila dia melihat mumy nya memandang tanpa berkelip.

Terasa berat pulak mulut Puan Julia mahu mengeluarkan apa yang ada dalam fikiran nya takut pulak nanti Dani terasa hati. Bukan dia tak tahu Dani selalu saja menukar ke topik lain apabila topik itu diutarakan olehnya.

“Dani dah ada terima berita pasal dia tak?” luah Puan Julia dengan suara yang perlahan. Namun di dengar jelas di telinga Dani. Encik Daus pon mengangkat muka lalu memandang Dani. Dia juga ingin tahu akan hal yang satu itu.

“Kenapa mumy tanya?” sekali lagi satu suapan di masukkan ke dalam mulut nya.

“Mumy nak tahu juga perkembangan anak mumy Dani. Dani tahukan perkara ni dah lama sangat tergantung macam nie, tak baik biarkan perkara ni berlarutan macam nie. Dani kena cari jalan untuk selesaikan semuanya. Dani juga harus bertanggungjawab atas semua kesalahan Dani, mumy taknak anak mumy jadi orang yang tak bertanggungjawab. Dani fahamkan?” panjang lebar Puan Julia menasihati anak teruna nya itu.

“Betul apa yang dikatakan mumy kamu tu Dani, sampai bila perkara nie nak dibiarkan macam tu saja” tambah Encik Daus setelah melihat Dani berdiam diri.

Terasa pahit pulak nasi yang ditelan Dani, dia tahu mumy dan daddy nya itu risau akan keadaan diri nya dan si dia yang masih tergantung macam itu saja. Bukan nya dia mahu lari daripada tanggungjawab tapi pihak yang satu lagi tak mahu berkompromi langsung dengan diri nya.

“Nanti la mumy Dani fikirkan jalan untuk menyelesaikan semua nya. Dani juga tak mahu perkara ini berterusan tanpa ada penghujung.”

“Dani sebelum membuat keputusan tu fikirlah sedalam-dalamnya terlebih dahulu, jangan membuat keputusan terburu-buru.” Tambah Puan Julia lagi.

“Yer mumy. Dani tahu tu. Dani pergi dulu la mumy, daddy” lantas dia menyalami tangan kedua-dua orang tua nya itu.

Pasangan itu menghantar pemergian Dani dengan pandangan simpati. Mereka tahu beban yang ditanggung anak nya itu, tapi mereka tak boleh nak masuk campur hanya mampu menasihati agar anak nya tak tersalah langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience