Bab 13

Romance Completed 7016

Mata Iris rambang melihat makanan didepan mata nya itu, banyak sekali makanan yang menyelerakan Iris. Maklumla dah dua tahun tak nampak makanan macam nie depan mata, tu la sapa suruh kau tak balik Malaysia. Makanan macam nie hanya ada di Malaysia jer tau.
Berbagai makanan sudah memenuhi pinggan Iris tapi mata nya masih lagi meliar mencari pencuci mulut nya nanti dan akhirnya mata dia menangkap benda yang disukai nya. Puding! Beraneka warna dan perisa pudding yang terhidang di depan matanya kini, lalu pudding yang berwarna putih dan hijau muda itu di ambil dan diletakkan di sebuah pinggan kecil.

Matanya terus mencari meja kosong yang disediakan, meja yang terletak agak tersorok sedikit dan berada di tepi tingkap menghadap kolam renang menjadi pilihan Iris. Setelah membaca doa, laju tangan nya menyuap makanan ke dalam mulut. Matanya terpejam saat makanan itu singgah di dalam mulut nya, rasa yang telah lama tidak masuk ke dalam mulutnya.

Namun, tatkala mahu menyuap kali ke tiga mata nya menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri di selang dua meja dari tempat dia makan. Lelaki tersebut merenungnya dengan renungan yang sangat tajam terasa seperti mahu menelannya hidup-hidup pada masa itu.

Iris dapat merasakan degupan jantung nya semakin kencang apabila lelaki tersebut mula melangkah ke arah nya. Adoi! Macam mana la boleh terjumpa dekat sini, sekarang belum masa nya lagi aku bertemu dengan dia. Aku belum cukup kuat lagi.

'Ya Allah berikan la aku kekuatan untuk berdepan dengan dirinya, aku lemah tanpa kekuatan dariMu. Amin.'

“Iris Arisha!”

Gulp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience