Bab 3

Romance Completed 7016

Iris duduk di sebuah kerusi yang disediakan di Taman Hyde tersebut setelah penat berjalan mengambil gambar di sekeliling taman tersebut. Itu la hobi dia mengambil gambar. Disebabkan hobi itu juga la dia dapat menjana sikit pendapatan di negara orang ini. Jay la yang banyak membantu mempromosikan diri dia kepada kawan sepejabat dan kenalan Jay. Kamera itu juga banyak berjasa kepada dia yang merupakan hadiah daripada abang Ash.

Kelihatan sekumpulan pelancong yang berusia 60-an sibuk bergambar di tepi tasik tidak jauh dari tempat dia duduk. Iris tertarik melihat sepasang pasangan yang kelihatan mesra sekali bergambar. Terdetik dihati nya, alangkah indahnya suatu hari nanti aku juga begitu.

Fikirannya kembali terkenang perkara yang diberitahu Jay pagi tadi. Bukannya dia tidak mahu balik ke Malaysia, seringkali dia megelak tatkala Jay menanya nya akan hal tersebut. Dia sering kali mencipta alasan, dia selalu mengatakan bahawa dia tiada alasan untuk balik lagi. Bukannya dia tak rindu akan keluarga nya, tapi hati yang terluka dahulu masih lagi belum terubat sepenuhnya.

2 tahun lalu…

“Papa tolong la dengar apa adik cakap. Adik tak bersalah papa. Papa hukumla apa-apa pun papa tapi bukan cara ini pa. Adik merayu pa. Mama bagitau la papa adik tak bersalah ma, adik sendiri tak tahu macam mana ini semua boleh berlaku ma.”

“Adik dah la tu. Bangun la adik. Abang janganla macam tu kesian adik”
“Kesian! Habis kita ni sapa nak kesiankan. Dia langsung pon tak kesiankan kita! Abang malu tau tak!”

“Papa adik tak buat semua tu la pa. Adik masih ingat Tuhan pa!”

“Habis yang adik buat tu apa?!”
Suara papa terasa mengegarkan sekali lagi rumah dua tingkat itu.
Air mata masih lagi bercucuran di pipi mama, tangannya kejap memeluk anak gadis nya itu.

“Papa tak kira, papa nak adik ikut juga cakap papa ini. Keputusan papa mukatamad!”

“PAPA!!!!”

POONNN!! Bunyi hon bas persiaran yang membawa sekumpulan pelancong itu mengembalikan Iris kembali ke alam nyata. Haruskah aku mengikuti Jay? Iris bukankah selama ini kau sering mencari alasan untuk tidak balik?Aku buntu. Ya Allah, bantu la hambaMu ini membuat keputusan. Aku beserah semuanya ke dalam tanganMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience