Bab 24

Romance Completed 7016

Pagi tu Jay la orang yang paling bersemangat awal-awal lagi dia dah bangun sendiri tanpa bantuan Iris, selalunya dia la paling liat untuk bangun pagi.

“Awal bangun pagi nie Jay?”
“Of course la Iris. Excited!”

“Semua dah siap kemas dah. Kalau dah jom turun, nanti tak pasal-pasal kena tinggal dengan abang”

“Dah! Orait jom!”

Setibanya di lobi, Iris melihat abangnya sedang berbual dengan tiga orang lelaki. Hati nya berasa tak senang kerana dia mengenali wajah salah seorang daripada tiga lelaki tersebut. Lelaki yang selalu menganggu ketenteraman hidupnya beberapa hari ini.

“Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam” serentak empat suara menjawab salam Iris.

Lantas Iris terus menyalami tangan abangnya. Iris terpinga-pinga apabila dia melihat ada tangan dihulur ke arahnya, lantas dia mendongak melihat empunya tangan tersebut. Dani memberikan senyuman yang paling manis buat si isteri tersayang, namun Iris hanya membalas dengan cebikan di bibirnya.

“Yang awak hulur tangan tu apasal?” tanya Iris dengan geram.

“Nak suruh Isha salam la takkan tu pun tak tau” jawab Dani masih lagi dengan senyumannya.

“Isha? Suka hati awak jer nak tukar nama saya. Awak nie tak faham bahasa ke apa, nak salam tangan awak buat apa. KITA BUKAN MUHRIM!” geram pulak Iris dengan makhluk sorang nie.

“Laa. Nama awak juga tu kan, Arisha saya pendekkan kepada Isha. Saya nak panggil nama awak lain daripada orang lain. Nama manja” tergelak Dani melihat muka isterinya itu memerah menahan marah, kelihatan comel sekali dimatanya.

“Dani Iris dah la tu. Asyik nak bertekak jer, ni jadi ke tak nak pergi bercuti ni ” Ash yang hanya memerhati dari tadi menghentikan perang mulut antara mereka berdua.

“Biasala tu Ash orang nak melepaskan rindu, maklumla dorang dah kawin” Iq dah mula nak memanaskan enjin dia mengusik Dani dan Iris.

“Tu la Iq sapa suruh tak kawin-kawin lagi” balas Dani mengenakan Iq lagi.

“Hahaha kalau dah sampai seru nanti korang pertama aku jemput”

“Hahaha Iq jangan jadi macam Dani tu sudahla” jawab Ash lalu serentak mereka ketawa.

‘Dani? Kawin? Bukan nama dia Hayren ker? Jangan-jangan…takkan la kot. Kalau dia kenapa dia tak bagitahu, abang Ash pun tak kata apa-apa’ desis hati Iris.

“Laa jauhnya isteri saya nie mengelamun” Dani yang melihat Iris masih lagi terpacak sedangkan yang lain telah menuju ke arah kereta. Ditepuk nya lembut pipi Iris untuk menyedarkannya kembali, Iris yang terkejut dengan tindakan Dani itu segera menepis tangan Dani dari menyentuh pipinya lagi.

“Ish! Awak ni kan!”

“Sapa suruh megelamun, yang lain dah pergi dah tu. Atau Isha nak tinggal lagi kat hotel nie. Saya boleh jer temankan Isha, saya boleh bagi free jer tau suite yang paling mahal sekali pun boleh” ujar Dani tersenggih seperti kerang busuk.

“Eleh! Ingat nie hotel awak ker, kalau awak punya takpe la”

“Laa kalau macam tu jomla kita tak jadi ikut mereka, kita honeymoon kat sini jer. Oh ya! Ni hotel saya tau Isha” baru sahaja kaki nya mahu melangkah ke kaunter, lengannya ditarik oleh Iris.

“Eh! Biar betul nie?! Awak jangan nak tipu tau”

“Nak tipu buat apa sayang, ni memang hotel saya. Kalau masih tak percaya Isha boleh pergi tanya dekat kaunter tu sapa empunya hotel nie.”

Terdiam Iris mendengar kenyataan yang baru keluar dari mulut Dani itu, jadi hotel nie milik dia bermaksud tempat yang mereka mahu tuju nanti juga milik dia. Alamak! Patutla dia asyik muncul jer, ingatkan tak kerja ke apa.

“Aduhai nasib kau la Dani dapat isteri yang kuat mengelamun nie” ujar Dani dengan suara perlahan.

“Awak cakap apa tadi?” tanya Iris kerana dia tak dapat mendengar dengan jelas.

“Tak ada apa-apa sayang, sayang nie nak pergi ke atau nak kita tinggal hotel nie jer”

“Ehhh! Perasaan, taknak la! Gatal!” ujar Iris lalu kakinya melangkah menuju keluar dari hotel itu.

Terasa debaran didada Iris apabila Dani memanggil nya sayang. Dani terus ketawa mendengar jawapan Iris lalu dia turut mengikuti langkah isterinya itu.

“Iris kita guna dua buah kereta jer, kereta abang dan kereta Dani” ujar Ash setelah Iris menghampiri mereka.

“Kalau macam tu Iris naik dengan abang jer la” lalu tangan nya mahu membuka pintu kereta di sebelah pemandu kereta abangnya.

“Opps! Seat nie saya dah tempah” ujar Iq lalu selamba masuk duduk di dalam kereta.

Baru sahaja dia menoleh ke arah tempat duduk belakang dia melihat tempat itu telah diduduki oleh Jay dengan seorang lelaki.

“Jay, bagi ruang sikit I nak masuk?”

“Sori Iris, bagi la peluang kat I nie. Tak sangka pulak I boleh jumpa Zack kat sini. Please!” kata Jay berbisik dengan Iris dan membuat mukanya yang paling comel.

“Zack? Your crush?” lalu Iris menoleh ke arah lelaki yang duduk di sebelah Jay.

“Yeah! So please!”

Akhirnya, Iris terpaksa akur dia perlu atau erti kata lain nya dipaksa menaiki kereta Dani. Dani hanya tersenyum apabila dia melihat muka masam Iris melangkah masuk ke dalam keretanya. Berjaya juga rancangan mereka untuk membuatkan Iris berkongsi kereta dengannya berdua. Malam tadi mereka berempat telah berbincang untuk menjalankan misi menakluki hati Iris Arisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience