Bab 28

Romance Completed 7016

Tanpa Iris sedari, air matanya telah mengalir dari tadi. Semuanya seakan-akan seperti mimpi. Segala peristiwa yang berlaku sebelum ini terlayar di mindanya, semuanya seperti puzzle mula bercantum dengan satu sama lain.

Dari awal lagi Dani telah memberikan dia petunjuk melalui tingkah laku dan tutur katanya, jujur Iris akui ada seketika hatinya mengatakan bahawa Dani adalah suaminya. Namun disebabkan ego, Iris menafikan kenyataan itu.

Sekarang terjawablah persoalan mengenai jumlah wang yang ada didalam akaunnya yang bertambah setiap bulan, Iris menyangka bahawa abang atau papanya yang memasukkan wang ke dalam akaunnya.

Dia juga seperti Dani, sekali lagi dia jatuh cinta pada Dani, namun kerana sedar akan status dirinya isteri orang dia berusaha sedaya upaya untuk membuang jauh perasaan itu.

‘Ya Allah, apa yang harus aku lakukan, jujur aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan ketika ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini, salurkanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dan bantu la aku agar membuat keputusan yang tepat. Andai dia jodohku, aku terima dengan hati yang terbuka. Amin.’

Ash menyentuh lembut bahu adiknya sedang termenung memandang laut dengan air mata yang setia mengalir di pipinya. Lantas Iris terus menangis memeluk abangnya, Ash menepuk lembut belakang adiknya itu. Tadi dia ada menerima panggilan daripada Dani untuk mencari Iris di tepi pantai itu, kerana Iris perlukan seseorang untuk menemaninya ketika itu. Dani juga mengatakan bahawa dia telah memberitahu Iris perkara sebenar.

“Dah ok sikit tak?” tanya Ash apabila dia melihat Iris sudah dapat mengawal perasaannya setelah sekian lama menangis, basah baju Ash dek kerana air mata Iris.

“Adik dah ok sikit” jawab Iris dan mengangguk perlahan.

“Habis basah baju abang sebab air mata adik siap dengan hingus lagi nie. Yeww” ujar Ash mengusik Iris.

“Mana ada hingus tu” balas Iris lalu tersenyum.

“Ada la yang nie” lalu tangannya menunjuk kea rah tompokan di bajunya.

“Kenapa abang tak bagitahu adik?”

“Abang bukan taknak bagitau, tapi Dani yang meminta abang untuk tidak bagitau adik”

“Dia tak boleh buat macam tu sebab adik patut tahu abang, ini hidup adik!”

“Adik rasa nie sepenuhnya salah dia ker? Yer semua yang berlaku berpunca daripada dia adik, tapi adik dia tak lari dari tanggungjawab dia. Adik juga bersalah dengan melarikan diri dulu, cubalah adik duduk berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Adik yang tutup pintu hati adik untuk dia. Adik tahu tak dia macam orang gila mencari adik, pergi kerja pun tak penampilan dia serabai. Hanya setelah beberapa bulan baru abang tengok semangat dia mula pulih kembali, tapi selepas itu dia mula menjadi workaholic. Mungkin itu adalah cara dia untuk mengawal rasa rindu dia pada adik. Adik tahu tak Dani dengar apa yang adik luahkan pada hari pertama kita jumpa di hotel masa tu. Abang nampak jelas sekali wajah kecewa dia, lepas tu ditambah lagi adik tak kenal dia. Cuba adik rasakan apa yang adik akan lakukan kalau adik berada di tempat dia. Dani telah banyak berkorban untuk adik, dia buang egonya semata-mata untuk adik. Tapi adik buat apa, ego tak mebawa kita ke mana adik.” Panjang lebar Ash menerangkan kepada Iris hari nie dia perlu membuka mata adiknya itu. Dia tak mahu adik nya berterusan dengan ego dan keras kepalanya itu.

Terdiam Iris mendengar kata-kata abang nya itu, setiap patah perkataan itu menyentap habis segala perasaannya.

“Abang adik perlu buat apa nie bang”

“Jujur dengan abang, adik sayang dia ke tak? Kalau adik tak sayang dia lepaskan la dia, bagila dia peluang untuk mencari kebahagiaan dia dik”

“Sayang! Adik takkan lepaskan dia bang! Adik cintakan dia” laju Iris menjawab pertanyaan abang nya itu.

“Kalau sayang adik tunggu apa lagi, pergi la kejar cinta adik tu” ucap Ash dengan senyuman dibibirnya.

“ Yer adik akan dapatkan cinta adik. Doakan adik erk” lalu Iris bangun dan berlari mencari Dani.

Hampir setiap pelusuk resort itu sudah digeledah Iris, namun orang yang dicarinya masih juga belum ditemui. Tiba-tiba dia terpandangkan Iq dan Nadia yang sedang melangkah masuk ke lobi resort tersebut, laju kakinya dihayun menuju ke pasang itu.

“Iq, awak ada nampak Dani tak?

“Ehh Iris. Tadi ada terserempak dengan dia parking lot di sebelum keluar tadi”

“Ya Allah Iris, lamanya kak Nad tak tengok kamu nie.”

“Maafkan Iris kak Nad” rasa bersalah pulak Iris tapi fikirannya hanya terfikir seseorang saja ketika ini.

“Kamu cari Dani ker Iris? Tadi Dani bagitahu dia balik nak balik dulu ke KL”

Lemah lutut Iris tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Iq itu, terus dia terjelepuk terduduk di situ. Ash, Jay, dan Zack yang baru masuk ke lobi itu terus menerpa ke arah mereka bertiga.

“Abang, dia dah tinggalkan adik bang” ucap Iris dengan air mata bercucuran di pipinya. Tanpa segan silu Iris menangis di situ kerana suaminya telah pergi meninggalkan dia.

Kesian pulak mereka berlima melihat keadaan Iris yang sedang menangis teresak-esak itu. Jay segera menarik Iris untuk bangun, lalu mereka menuju ke arah sebuah meja di restoran resort tersebut. Masing-masing masih berdiam diri kerana tengah berfikir macam mana nak membantu pasangan suami isteri ini.

“Rasanya baik kita pergi mencari suami kamu tu” tiba-tiba Iq bersuara.

“Nak cari dia kat mana Iq. Kamu kan kawan dia tentu kamu tahu ke mana dia pergi” tanya Iris kepada Iq.

“Kejap saya cuba kol dia dulu” lantas Iq menekan skrin handphone nya cuba untuk menghubungi Dani tapi hampa handphone Dani telah di offkan. Sekali lagi Iq menekan skrin handphonenya, kali nie dia menghubungi ibu Dani.

“Aunty cakap Dani belum balik lagi ke rumh” ucap Iq setelah menamatkan perbualannya dengan ibu Dani.

“Dia tak ada juga pergi hotel, tadi kak Nad dah kol Khairy tanya dia kalau Dani ada pergi hotel”

“Kalau dia tak balik rumah dan tak pergi hotel, dia pergi mana pulak” sekali lagi air Iris mengalir keluar.
“Rasanya saya tahu Dani pergi mana” tiba-tiba Zack bersuara sejak dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Serentak itu lima pasang mata menoleh ke arahnya.

“Rasanya dia pergi ke rumah yang baru dibelinya dua minggu lalu. Dia ada meminta saya menguruskan segala urusan pembelian rumah tersebut. Baru minggu lepas saya dan dia pergi ke rumah itu. Mungkin dia pergi ke sana sebab dia cakap rumah itu untuk keluarganya suatu hari nanti. Saya masih lagi belum serahkan kunci pendua rumah itu kepada dia.”

Rasa bersalah makin menebal dalam diri Iris, ternyata suaminya telah jauh memikirkan arah tujuan perjalanan perkahwinan mereka itu.

“Apa kata kali nie kamu pulak yang melancarkan misi menakluki hati Danial Hayren?” Ash memberi cadangan kepada adik nya itu.

“Betul tu Iris, senang jer kalau nak pujuk lelaki bernama Danial Hayren itu.” Tambah Iq memberi sokongan kepada Iris.

“You can do it Iris” kata Jay lalu mengenggam jari Iris.

Zack dengan Nadia hanya menganggukkan kepala tanda mereka menyokong juga Iris. Iris dapat merasakan semangat nya kembali pulih kerana mendapat sokongan daripada abang dan rakan-rakannya.

“Abang kita balik rumah papa dan mama ya. Iq boleh kamu bagitahu ibu dan bapa Dani untuk datang rumah papa dan mama saya. Zack nanti kamu bagi alamat rumah tu pada saya ya. Jay,Kak Nad, abang Ash, Iq, dan Zack terima kasih yer.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience