Bab 7

Romance Completed 7016

Puan Hasrima menjenguk keluar jendela tatkala mendengar deruman enjin memasuki ke perkarangan rumah itu. Kelihatan anak lelakinya keluar dari perut kereta sambil membimbit beg kerja nya dan sebelah lagi memegang beg plastic yang sederhana besar.

“Assalammualaikum” kedengaran suara Ash memberi salam.

“Waalaikumsalam. Lambat Ash balik hari nie?”

“Ash singgah kedai Watson sebentar mama, beli barang sikit. Papa mana ma?”

“Papa keluar tadi jumpa dengan kawan dia”

“Ooo. Patut la kereta papa tak ada. Mama dah makan dah?”

“Dah tadi makan sekali dengan papa. Ash dah makan ker? Kalau belum makan mama panaskan lauk. Mama masak daging masak merah tadi”

“Belum lagi ma. Ash mandi dan solat dulu pastu Ash turun makan”

“Baiklah, dah pergi cepat” lalu Puan Hasrima menuju ke dapur untuk memanaskan lauk.

Seusai mandi dan solat Ash turun ke bawah menuju ke dapur. Dia melihat mama nya sedang termenung duduk memandang lauk yang telah dipanaskan tadi. Ash tahu mengapa mama nya sedang termenung macam tu, nie mesti tengah fikirkan adik nie. Dah la lauk daging masak merah tu kegemaran adik tu.

“mama dah siap ke panaskan semua lauk?”

“Ash nie terkejut mama tau. Bagi la salam ke apa ke ni tak main terjah jer” Puan Hasrima laju mengurut dada kerana terkejut dengan suara Ash yang tiba-tiba muncul.

“Hihihi sori la ma. Dah mama tu jauh betul mengelamun Ash yang besar nie pon mama tak nampak.”

Puan Hasrima menceduk nasi ke pinggan Ash lalu duduk di kerusi menghadap Ash makan. Rasa gembira melihat anaknya begitu berselera makan, teringat pulak akan anak dara nya seorang. Dah makan ke belum? Sihat ke tidak?

“Mama ingatkan adik erk?” Ash menanya mama nya selepas melihat mama mendiamkan diri dan hanya melihat nya makan.

“Ibu mana yang tak ingatkan anaknya Ash. Mama rindukan adik Ash tu.”

“Ash faham mama. Ash pon rindukan dia. Kita berdoa jer la mama agar adik tu balik ke pangkuan kita”

“Ya la Ash. Mama pon dah tak tau nak buat apa lagi nie hanya mampu berdoa jer. Papa dengan adik kamu tu memang keras kepala betul la. Dua-dua tak mahu mengalah. Ni la jadi nya.”

“Kemana tumpah nya kuah ma kalau tak ke nasi”

Puan Hasrima menggangguk mengiakan kata-kata Ash. Anak perempuan nya seorang jer tapi keras kepala nya memang tak dapat dikalahkan. Suaminya pulak tidak mahu bertolak ansur dengan anak sendiri. Ego mereka sama-sama tinggi, nasibla dapat suami dan anak yang keras kepala macam tu. Nasib juga la anak dia seorang ni tak ikut keras kepala, kalau tak apa la nak jadi.

“Adik tak ada hubungi Ash ker? Ash kan rapat dengan adik”

“Takde ma.”

Ash juga geram dengan adik nya itu, merajuk membawa diri sehingga sanggup lari dari rumah. Dah dua tahun adik nya Iris menghilangkan diri. Kali terakhir Iris menghubungi dia pada hari dia melarikan diri.

2 tahun yang lalu..

Brr brr terasa getaran pada telefon yang dipegangnya, tatkala melihat nama pemanggil laju jari nya menekan button hijau.

“Adik! Adik kat mana nie? Semua orang kecoh mencari adik nie, jangan la buat macam nie kita bincang elok-elok yer”

“Maafkan adik abang Ash. Adik tak mampu abang Ash hadapi semua nie”

“Yer Iris abang tahu tu tapi adik lari macam nie tak selesai masalah nie, tambah masalah ada la nie”

“Maafkan adik abang. Bagitau papa dan mama adik minta maaf. Biarla adik pergi mungkin itu yang terbaik untuk semua orang.”

“Adik jangan la macam nie. Adik tak sayangkan abang, papa, mama ker?”

“Adik sayangkan semua, mungkin bila adik dah sedia adik akan balik. Bye abang”

“Adik! Adik!” talian telah pon dimatikan Iris. Ash cuba menghubungi lagi nombor telefon adik nya, tapi hampa telefon adik nya telah ditutup.

“Ash nasi tu untuk dimakan bukan untuk dikuis jer” suara mama nya mengembalikan nya semula ke alam nyata. Ya Allah, Kau lembutkan la hati adik aku yang satu tu agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkuan kami ini. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience