Bab 18

Romance Completed 7016

“Macam mana pulak dengan kawan kamu boleh jadi macam nie, Nadia?” tanya Puan Hasrima apabila dia melihat Nadia masuk dengan seorang lelaki yang baju nya basah macam tu.

“Dani kena simbah dengan sejag air sirap tadi mak ngah. Abang Ash suruh guna baju dalam beg dia bawa tadi”

“Laa kesiannya. Kejap mak ngah pergi ambik” lalu Puan Hasrima nya mengambil baju didalam beg Ash yang diletakkan di sudut dapur itu dan menyerahkannya kepada Dani sebelum masuk semula ke dapur.

“Dani, pergi tukar baju nie di bilik I. Situ ada bilik air sekali senang sikit untuk you cuci badan tu nanti. You naik atas bilik hujung sekali pintu warna biru muda tu bilik I.”
“Ok” jawab Dani lalu naik pergi ke mengikut arah yang dibagitau oleh Nadia.

Dani melihat pintu bilik tersebut terbuka sedikit dan hanya cahaya malap memenuhi ruang bilik itu. Baju yang diberikan Nadia tadi dibaling ke atas katil dan kakinya menuju ke arah pintu tandas yang terletak disebelah kanan bilik itu.

Setelah usai membersihkan diri Dani melangkah keluar dari tandas dan menuju ke arah katil untuk mengambil baju.

Membulat mata dia apabila baru terperasan ada orang yang sedang tidur dibilik itu, mata dikecilkan untuk melihat wajah yang sedang tidur lena itu.

Iris! Wajah yang sedang tidur itu memberikan ketenangan di hati Dani, wajah itu kelihatan sangat cantik dimata Dani. Matanya kemudian terlihat bibir Iris yang terbuka sedikit memberikan getaran di dada Dani, lalu jantung nya kembali berdegup kencang terasa seperti tidak cukup oksigen.

Tak lama selepas itu dia melihat badan Iris bergerak untuk menukar posisi tidurnya dan mengiring membelakangkan Dani. Dani masih lagi tak puas melihat wajah itu, lalu dia pon duduk di atas katil untuk melihat lebih dekat lagi wajah Iris.

Benarlah kata orang andai kita berdua akan ada yang ketiga. Dani bagaikan terpukau lalu tangannya membelai rambut panjang Iris yang terdedah pada waktu itu, terasa haruman wangi menusuk ke hidung Dani. Entah bila dia sendiri pon tak sedar dia sudah terbaring dan memeluk pinggang Iris dan matanya terpejam.

“Ya Allah!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience