Bab 15

Romance Completed 7016

Iris dah tak senang duduk dah rasa nya, mahu saja kaki di angkat lari pada waktu ini. Sekarang lelaki itu dah berada di depan meja nya, mata dia masih lagi tajam merenung muka Iris.

“Abang” sepatah perkataan itu keluar juga dari mulut Iris. Macam mana la abang Ash ni boleh ada kat sini? Betulkah hanya kebetulan nie? Ataupun..Jay!

Ash mendiamkan diri dan mata nya hanya memandang kea rah adik nya berada di depan mata nya itu. Rasa marah, geram, rindu, dan gembira semuanya bercampur pada masa yang sama.

“Abang Ash” kedengaran sekali lagi suara keluar daripada mulut adik nya itu.

Buk! Diketuk nya sekali kepala adik nya itu untuk melepaskan geram yang terbuku selama dua tahun itu, biar dia tahu betapa geram nya hati ini.

“Abang! Sakit la!”

“Ooo sakit erk! Hati abang nie lagi sakit tau tak. Orang cari adik separuh mati tau tak!” Kedengaran sedikit tinggi suara yang keluar dari mulut Ash.

“Maaf” Iris terus menundukkan wajah nya memandang ksong makanan yang didepan matanya. Selera makanya telah terbang hilang entah ke mana. Air matanya yang ditahan dari tadi menitis jua akhirnya.

“Hurmm” satu keluhan keluar dari mulut Ash. Bukannya dia tak sayang adik dia nie, tapi tindakan Iris tu la yang menyebabkan rasa sangat marah.

Perlahan-lahan dia menghampiri Iris lalu dipeluknya adik dia tu untuk melepaskan segala rindu yang ditanggung selama dua tahun itu. Apalagi kedengaran makin kuat esak tangisan Iris.

“Abang, adik minta maaf. Bukannya adik tak fikirkan abang tapi masa tu adik betul-betul keliru tak tahu nak buat apa lagi. Adik fikir kalau adik pergi masalah tu akan lebih cepat selesai. Papa paksa adik buat sesuatu yang adik tak rela abang. Abang tau kan adik tak bersalah dalam hal tu. Adik yang jadi mangsa keadaan bang. Papa tak mahu dengar pon penjelasan daripada adik dan terus suruh adik kawin dengan lelaki tu. Adik taknak kawin dengan dia!” Iris terus menghamburkan semua yang ditanggung nya selama dua tahun ini kepada Ash.

Ash menepuk lembut belakang adik nya, tanda dia mengerti masalah yang dihadapi adik nya itu.

Tiba-tiba mata Ash terpandang seorang lelaki yang berdiri kaku tak jauh dari tempat dia dan Iris. Dari riak wajah lelaki tersebut, Ash dapat mengagak bahawa dia telah mendengar semua yang diluahkan oleh Iris. Dia memandang muka Ash lalu memberikan senyuman yang kelihatan tawar dan melangkah pergi dari situ dan Ash hanya mampu menghantar nya dengan pandangan simpati sahaja. Buat masa sekarang dia perlu menenangkan hati adiknya yang satu ini.

‘Maafkan abang Dani’ desis hati Ash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience