Bab 23

Romance Completed 7016

Malam itu Iris dan Jay menikmati makan malam berdua, maklum la Jay seminggu sibuk dengan seminarnya, nasib baik la abang Ash selalu juga menemankan dia setiap waktu makan. Dan setiap kali itu juga lelaki itu muncul, geram Iris melihat lelaki itu tak pernah berputus asa untuk mengoratnya. Makin dia kuat dia menolak, makin mendekat pulak laki itu.

Jay yang memerhati Iris mencucuk sosej itu berkali-kali sambil kening nya berkerut-kerut, seandainya sosej itu manusia konfom meraung-raung menahan sakit.

“Iris you nak bunuh sosej itu? kalau taknak bagi I jer la, kesian dia kena cucuk berkali-kali.”

“Ish! Kalaula sosej nie mamat tu kan bagus, barula dia berhenti kacau aku nanti” ujar Iris lalu menyuap sosej ke dalam mulutnya.

“That means he like you” balas Jay lalu lalu mengangkat kedua-dua keningnya.

“Gosh! Jay I’m married ok!”

“Aik! You dah kawin ker? Kenapa I tak tahu pulak you dah kawin” saja Jay mahu memerli Iris. Tahu pulak mengaku dah kawin, habis tu buat apa nak lari dulu. Pelik Jay dengan sikap kawan nya itu. Kata taknak tapi mengaku pulak dah kawin.

“Not funny Jay!” tajam mata Iris merenung Jay.

“So, you dah jumpa tak dengan husband you tu? Hensem tak” tanya Jay dengan penuh teruja.

“Hurm.. I don’t know Jay. Muka dia pun I dah lupa macam mana, dulu pon sekali jer I pernah tengok muka dia. Waktu nikah dulu pun I tak tengok muka dia. Yang I ingat nama dia Dani tu jer”

Terlopong Jay mendengar penjelasan kawan baiknya itu. Rasanya hanya Iris jer dalam dunia nie ada kelebihan itu, suami sendiri pon tak kenal dengan nama sekali dia tak ingat.

“What?! Takkan la masa akad nikah tu you tak dengarkan nama dia disebut” tanya Jay seakan sukar untuk percaya kata-kata Iris.

“Do expect me to listen to all of that! Masa tu I pikir macam mana I nak lari dari situ jer” rasa geram bila Jay tak percaya kepadanya.

“You the only one in this planet can do something like that. But Iris don’t you want to know about you husband? What do you want to do about your marriage? Divorce or get together with him?” Jay juga ingin tahu apa yang difikirkan oleh Iris tentang perkahwinannya itu.

Terdiam Iris mendengar pertanyaan Jay itu, pernah juga terlintas difikiran dia samada dia mahu meneruskan perkahwinan itu ataupun bercerai. Sesungguhnya Iris belum ada jawapan yang pasti, memang kalau diikutkan akal fikirannya dia ingin bercerai dengan suaminya itu. Tapi debaran dan perasaan yang dirasanya semasa menerima kucupan di dahinya saat dia menyalami tangan suaminya itu membuatkan Iris terus berbelah bagi.

Mungkinkah ada harapan untuk dia mempertahankan rumah tangganya yang goyah itu. Atau mungkinkah ada rasa cinta untuk lelaki yang telah bergelarnya suaminya itu. Jujur Iris akui kali pertama bertembung dengan mata suaminya buat kali pertama dulu telah mencuri hatinya. Ya dia jatuh cinta pandang pertama tapi sayang semua yang terjadi menepis semuanya hinggakan dia sekarang tidak dapat mengingati wajah suaminya itu yang hanya dikenalinya dengan nama Dani.

“Iris! Are you still here with me?” tanya Jay apabila dia melihat Iris telah melayang jauh dan hanya jasadnya saja tinggal disitu.

“Yeah still here” tersentak Iris dengan pertanyaan Jay.

“So, do want to go have fun after this?” Jay menukar topik perbualan mereka untuk memulihkan semula semangat rakannya itu.

“Have fun? Bukan you masih ada seminar lagi ke? Kata dua minggu hari tu” tanya Iris.

“Hahaha sori, seminggu jer yang seminggu lagi tu for vacation!” jawab Jay dengan penuh teruja.

“Hurmm you tipu I Jay”

“Sori. Did you know owner hotel nie ada satu lagi resort tau. Mereka cakap resort tu ada the best sunset view tau. I lama dah tak tengok sunset, jomla kita pergi Iris. They also give me 30% discount sebab kita pernah menginap di hotel nie tapi hanya dalam tempoh 10 hari selepas kita checkout dari sini. Rugi la kalau tak guna Iris.” Jay terus membuat muka comel nya agar Iris bersetuju dengan rancangannya itu.

“Yerla I setuju but I want abang Ash pun join kita sekali. Boleh?”

“Of Course! Yay!!” ujar Jay dengan senyuman sampai ke telinga.

Iris mengambil handphone nya untuk mengajak abangnya itu turut ikut serta percutiannya dengan Jay.

‘Assalammualaikum..Abang buat apa tu’

‘Waalaikumsalam..Abang tengah keluar dengan kawan nie. Kenapa?’

‘Hurmm..abang nak tak ikut adik gan Jay pergi bercuti?’

‘bercuti? Bila? Dimana?’

‘esok n dekat resort owner hotel yang I n Jay tinggal sekarang nie’

Lama pulak Iris menanti Ash membalas whatsapp nya, masih online dan dah blue tick tu tapi masih juga Iris belum menerima balasan. Akhirnya setelah seketika Iris melihat Abang Ash is typing.

‘Ok! Esok abang datang jemput adik dengan Jay di hotel pukul 9 tau..Kalau lambat abang tinggal jer’

‘Yay! Sayang abang..Muaah!’

“Guess what Jay?”

“Abang Ash setujukan?”

“Green light!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience