Bab 20

Romance Completed 7016

Puan Julia pelik melihat muka Dani yang kelihatan kusut sekali dikerling suaminya yang sedang menyuap mee goreng, namun suaminya hanya mengangkat bahu tanda dia juga tak tahu.

“Dani, kamu ni ada masalah ker?” tanya Puan Julia kepada Dani.

Dani masih lagi mendiamkan diri dan hanya memandang kosong muka mummy nya, dia tak tahu nak macam mana nak memberitahu mummy dan daddy nya pasal kejadian semalam. Tapi dia dah berjanji dengan Encik Aziz semalam untuk membawa ibu bapanya berbincang bersama.

“Mumy daddy kalau Dani nak kawin boleh tak?” tanya Dani dengan suara yang agak perlahan.

“Laa tanya mumy dengan daddy buat apa, daddy ni lagi la suka kalau kamu nie kawin Dani. Sapa calon menantu daddy nie? Bila nak masuk meminang?” jawab Encik Daus dengan senyuman.

Namun Dani hanya tersenyum hambar mendengar suara daddy nya gembira dengan berita itu, kalau la daddy nya tahu sebab dia mahu kawin nanti apa la akan jadi.

“Kalau nak kawin orang sepatutnya gembira, tapi kamu ni mumy tengok lain jer. Ada perkara lain ke Dani dah lakukan nie? Dani dah bagi anak orang mengandung ke?” tanya Puan Julia dengan nada yang tegas. Bukannya dia tak suka anak berkahwin tapi perangai Dani yang pelik tu membuat hatinya mengatakan ada sesuatu yang terjadi.

Gulp! Terasa pahit air liur yang ditelan Dani, mummy nya itu seakan dapat membaca fikirannya. Puan Julia merupakan seorang ibu yang sangat tegas dalam didikan agamanya, terasa dirinya sungguh kerdil masa itu kerana kalah dengan nafsu sendiri.

“Dani tak mengandungkan anak orang mummy, tapi Dani kena tangkap basah” ayat itu kedengaran sayup-sayup keluar dari mulut Dani.

“Ya Allah Dani! Kenapa boleh sampai jadi macam tu?!” kedengaran suara Puan Julia terkejut dengan apa yang didengarnya. Dani diam tak berkutik dan hanya tertunduk memandang ke bawah, dia tahu pasti mummy nya kecewa dengan dirinya.

“Jadi sekarang nie Dani nak buat apa?” tanya Encik Daus yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Setahunya ini la kali pertama Dani melakukan kesalahan seperti itu, dia tahu Dani sangat menjaga batas-batas pergaulan terutama sekali dengan perempuan yang bukan muhrim.

“Dani akan bertanggungjawab, Dani tahu nie semua salah Dani. Ayah Iris suruh Dani bawa mummy dan daddy jumpa dirumah mereka untuk bincang hal ni”

“Bagusla kalau macam tu, pukul berapa kita kena pergi nanti?” tanya Encik Daus lagi. Kesian pulak dia melihat muka Dani yang bersungguh-sungguh mahu dia dan isterinya tahu bahawa dia ingin bertanggungjawab akan kesalahannya.

“Dani Dani. Nasib baik kamu tak lari macam tu jer, kalau tak mummy sendiri yang akan heret kamu tu nanti” ujar Puan Julia dengan gelengan di kepalanya.

“Cantik sangat ke Iris tu Dani, sampai kamu nie terkandas macam tu?” usik Encik Daus untuk meredakan sedikit kekusutan dihati anaknya itu.

Tersenyum Puan Julia, dia juga tahu sikap Dani yang tak pernah lagi ada gadis dalam hidupnya, tup tup kena tangkap basah pulak.

“Betul juga tu, cantik ker bakal menantu mummy tu? Apa nama dia?”

“Cantik, Iris Arisha nama dia.”

Dani yang mendengar usikan mummy dan daddy nya itu akhirnya mengukirkan senyuman dibibir. Semangat nya kembali pulih setelah mendapat reaksi positif daripada kedua-dua orang tuanya.

Terasa debaran di dada Dani apabila memasuki perkarangan rumah tersebut, tangan yang memegang stereng kereta nya terasa berpeluh dang bergetar sedikit. Iq yang menyedari hal itu tersenyum, jarang sekali dia melihat Dani gabra seperti. Dani meminta Iq turut mengikuti mereka pada tengah hari itu.

“Dani, bertenang la sikit. Rasanya ayah Iris tu tak makan orang,” ujar Iq untuk menenangkan sedikit kawan baiknya itu.

“Ish! Aku tau la dia tak makan orang, aku bukannya risaukan papa Iris tu tapi Iris.”

Dani memang tengah risaukan Iris, penerimaan gadis itu akan dirinya membuatkan dia tak senang duduk. Dah la baru berjumpa semalam, tak sampai sejam dah kena tangkap basah dengan dia pulak. Semalam pun Iris betul-betul menunjukkan betapa dia tak mahu berkahwin dengan Dani.

‘Ya Allah Kau permudahkan segala urusanku ini, Kau lembutkan hati Iris agar dia dapat menerima diriku ini. Ku berserah semuanya kepadaMu. Amin. Dani berdoa sebelum melangkah keluar dari keretanya.

“Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam” kelihatan wajah Ash, Encik Aziz dan Puan Hasrima yang keluar menyambut kedatangan mereka.

“Eh! Aziz, macam mana pulak kamu ada dekat sini?” tanya Encik Daus apabila melihat wajah kawan nya itu.

“Dah ini rumah aku, lama tak jumpa dengan kamu nie” lantas dua sahabat itu pun berpelukan.

Yang lain hanya tercenggang melihat adegan yang sedang berlaku itu hanya tersenyum. Dani tahu yang mereka berdua berkawan Cuma terlupa nak bagitahu dekat daddy nya tadi, fikiranya tengah sesak memikirkan Iris.

“Laa Dani yang kamu jadi tunggul dekat situ kenapa pulak, marilah masuk sekali” ujar Ash yang melihat Dani masih lagi belum berganjak mengikuti yang lain masuk rumah.

“Bukan Ash, dia tu gabra sangat sampai tak tengok kiri kanan” tambah Iq lalu serentak dia dan Ash ketawa.

“Gabra apa nya Dani, kami sekeluarga makan nasi juga tak makan orang. Dah mari masuk” tambah Ash mengusik Dani lalu mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah.

Mata Dani terus menjalankan operasinya mencari wajah seseorang, namun hampa wajah yang dicarinya tidak dapat dikesan.

“Iris ada dalam bilik dia, Dani. Dia tak mahu turut serta dalam perbincangan ini” bagitau ash kepada Dani apabila dia melihat Dani kelihatan menganalisa wajah-wajah yang ada di ruang tamu itu. Terpancar wajah kecewa di muka Dani, nampak gayanya Dani nie betul-betul dah jatuh hati dengan adiknya itu.

Setelah lama berbincang, akhirnya mereka semua bersetuju untuk menikahkan Iris dan Dani lusa. Lagi cepat lagi bagus. Perkara yang penting didahulukan, bersanding tu boleh dibuat kemudian hari.

“Nampak gayanya berbesan la kita ni kan.” Ujar Encik Daus kepada Encik Aziz.

“Yerla Daus tak sangka pulak kita ni boleh jadi macam tu” tambah Encik Aziz lagi.

“Semalam kau kata aku yang tak sabar mahu kawin, alih-alih kau pulak yang nak bernikah lusa” kata Iq kepada Dani lalu menepuk bahu rakannya itu.

“Ala Iq, dia dah bagi rasuah kot dengan JPJ dan PDRM tu yang senang jer terlepas dari sekatan” Ash juga turut serta mengusik Dani.

Serentak kedengaran ketawa memenuhi ruang tamu rumah itu. Dani hanya tersenyum menahan malu mendengar usikan yang ditujukan kepada nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience