BAB 5

Romance Completed 13745

"DAH solat?" soal Ashraff. Aku angguk walaupun sebenarnya aku tak boleh solat. Ashraff duduk di atas sofa yang bertentangan dengan aku. Dia keluarkan kertas serta alatan tulisnya. Begitu juga dengan aku. Kami mula menulis.

"Takpe ke kau tolong aku ni?" soal Ashraff, tiba tiba.

"M... mana ada aku tolong kau. Ni kan memanh kerja aku jugak...?" balas aku tanpa memandangnya. Ashraff diam.

"Ya tak ya jugak..."

Selama hampir 15 minit, kami tidak bersuara. Hanya kedengaran bunyi pensel di tulis atas kertas. Tangan aku mulai lenguh. Urgh... Penatnya. Satu... dua... tiga... empat... Ha, baru tujuh helai yang dah siap? Aku lepaskan pensel. Lepas tu aku regangkan jari jemari.

Ashraff mendongak dan memandang aku.

"...kau nak air?" tanyanya dengan tiba tiba.

"Takpelah... susahkan kau aje." Balas aku perlahan.

"Kalau susah, takdenya aku tanya." Ashraff berdiri dan terus berlalu.

Aku sambung membuat kerja. Tak boleh jadi ni! Ashraff hanya ada sehelai lagi untuk siapkan bahagian dia. Sedangkan aku kena buat lagi lapan helai. Ni semua gara gara dia suruh aku buat lima daripada bahagian dia! Kalau tak, takdelah banyak sampai macam ni.

Aku tulis laju laju. Tak kisahlah tulisan aku macam komik pun. Nasih baik bukan cakar hantu. Tulis punya tulis, akhirnya aku berjaya siapkan sepuluh helai. Yes, tinggal lima saja lagi!

Ergh, dahaganya. Mana Ashraff ni? Kata nak bagi aku air...

Disebabkan terlalu lama menunggu, akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke dapur. Di dapur, aku nampak Ashraff tengah duduk melutut sambil menggosok bulu seekor kucing warna putih bersih.

"Putih... Kau kan demam, kenapa keluar ni? Kalau kau sakit balik, macam mana?" aku dengar Ashraff bercakap. Dengan kucing yang dia pegang tu ke? Oh my... Ashraff bercakap dengan kucing?!

"Kan semalam aku dah cakap, jangan keluar... Ke kau merajuk dengan aku sebab semalam aku tak datang jenguk kau?" Hesy, Ashraff ni okey ke tak? Entah entah dah kena sampuk!

Tiba tiba Ashraff menoleh. Dia macam terkejut bila nampak aku.

"Yas... min..."

"...dah lama ke kau kat situ?" soal Ashraff sambil mengangkat kucing putih itu lalu dimasukkan ke dalam sangkar yang terbuka. Aku diam sambil memegang lengan sendiri.

"Takdelah lama sangat, tapi aku ada dengar apa yang kau cakap." Balas aku, sengaja aku tambah ayat kat belakang itu. Sebenarnya aku nak dia jelaskan kenapa dia bercakap dengan kucing tadi.

"Eh, kau nak air tadi, kan? Kejap..." Ashraff capai gelas kaca dan buka peti sejuk.

Eh, dia ni! Macam sengaja tukar topik saja. Kut ya pun, jawablah dulu bagi ayat aku yang tergantung tadi. Tapi takde pulak aku suruh dia jelaskan. Ashraff tuanh air kotak coklat sejuk. Kemudian dia hulurkan kepada aku. Aku ambil dan ucap terima kasih.

Kami bergerak ke ruang tamu semula. Kerja yang tertangguh, diteruskan. Masing maisng diam. Sehinggalah 15 minit berlalu. Akhirnya aku berjaya siapkan kerja aku. Ashraff tak payah cakaplah. Dia dah siap lama!

"Ash..." panggil aku.

"Apa dia?"

"Aku... aku mintak maaf." Ucapku dengan perlahan.

"Herm..." itu saja yang Ashraff balas. Aku pandang dia. Entah kenapa, aku tak suka dengan Ashraff versi senyap. Aku lebih rela hadap Ashraff versi belagak dan suka mengarah.

"Kau... maafkan aku ke tak ni?" soal aku selepas itu.

Lambat lambat Ashraff mengangguk. Barulah lega hatiku.

"Thanks, Ash!" ucapku lagi. Kalaulah dia tu perempuan, mesti dah lama aki peluk dia ketat ketat sebab nak cakapnya yang aku betul betul gembira dan bersyukur bila dia terima maaf aku.

"Tak payahlah berterima kasih. Aku pun dah lupakan semuanya. Lagipun, salah aku jugak sebab suruh kau siapkan homework aku..." balas Ashraff tanpa pandang aku. Aku diam. Nak aje aku tanya dia, kenapa kau tak buat kerja kau sendiri? Kau sengaja nak buli aku ke?

Hajat nak bertanya dalam hati saja, tapi tak sangka pula terluah kat mulut. Ashraff pandang aku.

"...bukan macam tu. Sebenarnya..."

Ashraff menjeda. Aku ternanti nanti akan sambungannya namun...

"...oh, takde apa apalah..." Ashraff tunduk.

"Hei, cakap jelah!" desak aku.

"...tak apalah!" tolak Ashraff

"Tengku Ashraff!" suara aku naik seoktaf. Ashraff pandang aku.

"...what, Nurul Yasmin?" balasnya laju.

Aku pandang dia.

"...cakaplah..." pujuk aku. Aku memang bersungguh nak tahu. Aku cuma nak tahu, kenapa dia tak buat sendiri kerja sekolah dia? Kenapa perlu suruh orang lain yang buatkan? Kenapa perlu aku?

Ashraff mengeluh.

"Yalah yalah..." aku tersengih. Akhirnya!

"Sebenarnya... Kk... kucing aku tengah sakit... dah hampir seminggu dia sakit..." aku terkejut. Maksud Ashraff, kucing putih dia tu yang sakit? Jangan cakap dia suruh aku buat kerja sekolah dia sebab nak jaga kucing dia sudahlah.

"...jadi, aku selalu habiskan masa aku dengan kucing aku. Kadang kadang, aku terlupa pasal homeworks. Jadi sebab tulah semalam aku suruh kau buat Matematik tu untuk aku. Aku pilih untuk bagu kau kerja Matematik sebab... sebenarnya, aku lemah dalam subjek tu." Terang Ashraff.

Aku tersentak. Apa? Ashraff lemah dalam Matematik? Wei, Matematik tu subjek kegemaran akulah. Tak sangka pula dia lemah dalam Matematik. Aku ingat dia sengaja nak buli aku.

"...aku ingat bila kau buatkan untuk aku, takdelah aku sibuk sangat kat rumah... Jadi aku hanya buat kerja kerja sekolah lain. Jadi, aku akan ada masa untuk kucing aku. Tapi... kerja sekolah yang cikgu kita bagi semalam masih banyak, sampaikan aku lupa untuk tengok kucing aku. Kau tahu, aku tertidur masa buat homework. Pukul tiga pagi baru aku terkejut.

Bila aku terjaga tu, aku nampak kucing aku makin melarat pula sakitnya samoai dia tak boleh bangun. Jadi, aku tangguhkan dulu homework aku dan rawat kucing aku sampai pagi. Sebelum pergi sekolah, aku sambung buat homework... sampailah aku buat karangan pagi tadi. Rehatnya baru semua kerja siap..."

Aku terdiam. Ya Allah, aku dah bersangka buruk dengan dia.

"...dan... tak sangka pulak kau kenakan aku. So... that's why aku macam... aku... aku terasa jugaklah bila kau buat macam tu. Tambah tambah lagi, mood aku tak berapa nak baik sangat hari ni..."

Terkedu aku. Memang patutlah dia dingin dengan aku tadi. Alamak... mesti dia ingat aku sengaja taknak tolong dia. Tak boleh jadi ni! Aku kena jelaskan segala galanya. Nanti dia ingat aku jahat!

"Aku betul betul mintak maaf, Ash. Aku ingatkan, kau sengaja nak kenakan aku sebab aku duduk sebelah kau. Ingat ke kau sengaja nak buli aku lepas kau tolong aku jawab soalan Cikgu Anita. Sumpah... kalau kau cakap awal awal, aku akan buat homework kau sungguh sungguh!" terang aku.

Aku pandang Ashraff. Aku nampak Ashraff tersenyum. Terkaku aku sekejap. Pertama kali aku nampak dia tersenyum ikhlas!

"Tak apalah. Kan aku dah cakap, aku dah lupakan?" balas Ashraff.

Aku angguk lega. Syukurlah! Tapi...

"Ash, aku peliklah... Kenapa kau bimbang sangat bila kucing kau sakit? Dia kan cuma kucing?" aku menyuarakan isi hati aku. Ashraff pandang aku. Mungkin sedang berfikir, kenapa aku tanya macam tu.

"Kalau mak kau sakit, kau bimbang tak?" soal Ashraff. Aku tersentak.

"Mestilah bimbang! Mak aku kut..." balas aku laju.

"Macam tu jugak dengan aku. Aku sayangkan kucing aku. Kalaulah aku diberi pilihan antara telefon dengan kucing, aku akan pilih kucing..." beritahu Ashraff. Terkejut aku. Kalaulah aku, mesti awal awal lagi aku dah reject kucing dan pilih telefon.

*Kau tahu, aku terlalu sayangkan kucing aku. Bila dia sakit, automatik aku akan susah hati. Aku takut dia mati. Jadi, sebab itu aku selalu habiskan masa dengan dia. Kucing aku pun, macam dah tunjuk tanda tanda, macam nak cakap yang dia dah tak lama..."

Aku diam. Boleh tahan sedih jugak cerita Ashraff.

"Alah, Ash. Kalaulah... err, kalaulah kucing kau betul betul pergi, kau belilah kucing baru. Nak lagi bagus, carilah yang sebiji kacam kucing kau tu. Senang cerita..." cadang aku.

"Mana boleh." Tukas Ashraff.

"Apasal pulak tak boleh?" soal aku laju.

"Yasmin... Aku ni jenis yang susah nak sukakan sesuatu. Tapi kalau sekali aku suka, aku akan jadi susah untuk lupakan apa yang aku suka tu." Balas Ashraff sambil pandang aku lama.

Aku diam. Entah kenapa, aku berdebar pula. Kata katanya meresap masuk ke dalam hati aku. Dia...

"Eh, Ash! Dah pukul limalah... Aku balik dululah." Aku simpan buku buku dan segala barang kepunyaanku. Semuanya dimasukkan ke dalam bag sekolah lalu aku galas menggunakan bahu kiri saja. Aku bangun. Begitu juga dengan Ashraff.

"Balik dengan siapa? Nak driver aku hantarkan?" soal Ashraff.

"Eh, tak apalah. Aku boleh balik sendiri." Balas aku, lembut. Ashraff diam dan hanya mengangguk. Aku keluar dari rumah dan terus pakai kasut. Jam tangan dipandang sekilas. Dah pukul lima lebih. Mesti mama dah sampai dekat selekoh.

Aku terkocoh kocoh menuju ke pintu pagar. Tiba tiba...

"Yasmin!" aku menoleh. Apahal mamat ni, bila aku pergi baru nak panggil?

"Thanks!" ucapnya dengan tiba tiba. Aku angkat kening.

"...for?" soal aku.

"...all." Balasnya pantas. Aku senyum dan angguk. Lambat lambat aku melepasi pagar rumahnya. Aku beredar manakala Ashraff mula datang menghampiri pagar rumahnya.

Aku pandang manusia yang berada di selekoh jalan. Eh? Haqiem ke yang datang ambil aku? Alahai... kena naik motosikallah jawabnya. Nasib baiklah aku pakai seluar panjang kat dalam.

"Qiem, kau tak faham ke? Kan aku cakap, suruh mama yang ambik kakak." Soal aku sambil menyambut helmet yang Haqiem hulurkan. Aku pakai topi keledar itu lalu naik ke atas motosikal.

"Orang dah cakaplah, tapi mama yang suruh Qiem ambik kakak. Mama ada kat bandar, tak boleu nak balik lagi, urgent katanya..." balas Haqiem.

Oh, macam tu ke? Tak apalah...

"Dah ready?" soalnya. Aku angguk.

"Dah ready ke belum?" soalnya lagi.

"Dahlah!" aku pukul bahunya. Kan aku dah angguk tadi.

"Orang tanya tu, kenalah jawab guna mulut. Ni angguk angguk, macamlah orang nampak?" bebel Haqiem.

Aku mencebik.

"Dah tu, buat buat ajelah nampak!" balas aku, taknak kalah. Motosikal mula bergerak di atas jalan raya. Tanpa aku sedar...

...ada mata yang sedang memandang.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience