BAB 13

Romance Completed 13745

ASHRAFF bangun. Tuba tiba dia rasa macam mahu menghirup udara segar. Lantas kaki dihayunkan ke arah tingkap. Langsir dibuka lalu Ashraff menolak tingkap yang tertutup. Udara mula memenuhi ruangan biliknya. Ah, nyaman sungguh. Baru nak beredar, tiba tiba Ashraff ternampak sesuatu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Yasmin sedang berada di dalam kolam. Makin terkejut Ashraff jadinya apabila melihat Adrian turut berada di situ.

Ashraff mendengus marah. Dia memerhati gelagat dua orang yang kononnya sweet itu. Ashraff menggenggam penumbuknya. Urat hijau mula kelihatan. Ah! Dia benci melihat Yasmin rapat dengan Adrian. Yasmin milik Ashraff! Bukan milik Adrian mahupun orang lain. Yasmin hak miliknya, Ashraff tak kira!

Ashraff terkejut apabila melihat Yasmin tiba tiba menangis. Automatik dadanya berdegup kencang. Kenapa? Kenapa Ashraff nampak Yasmin begitu lemah? Mata Ashraff menyorot ke arah Adrian yang mula tidak tentu hala. Ah, sial! Jantan tu mesti dah lukakan hati Yasmin! Berani kau, Adrian!

Seketika kemudian, Ashraff tersedar.

Benarkah Adrian yang melukakan hati Yasmin? Bukankah dia sendiri?

Ashraff meraup mukanya. Ya Allah... apa yang kau dah buat, Ash? Kau dah sakitkan hati Yasmin, tahu tak?! Yasmin menangis sebab kau, Ash! Kau sebenarnya pengecut sebab takut nak meminta maaf akan kesilapan sendiri. Yasmin menangis sebab kau! Sebab kau yang dah terlanjur menyakiti hatinya!

Ashraff terduduk di atas katilnya. Pada waktu itu juga, Adam datang dan berdiri di muka pintu bilik. Ashraff mendongak apabila namanya dipanggil. Kelihatan Adam tengah menanggalkan kasut dan perlahan lahan melangkah masuk ke dalam bilik. Dia melabuhkan punggung di sisi katil.

Di pandangnya Ashraff yang kelihatan muram.

"Ash, kau okey tak?" dengan lembut, Adam bertanya. Ashraff menggeleng dengan lambat lambat. Memang dia tidak okey. Dia rasa bersalah terhadap Yasmin. Dia rasa berdosa.

"Kau kenapa ni? Cuba bagitahu aku..." pujuk Adam sambil memandang si sahabat.

Ashraff mengeluh.

"Aku tak tahu, Dam... Aku tak tahu..."

"Hmm... Biar aku teka, pasal Yasmin?" tabak Adam.

Ashraff mengeluh lagi. Yasmin...

Lambat lambat Ashraff mengangguk. Terus Adam menepuk perlahan bahu lelaki yang dikenalinya lebih 15 tahun itu. Adam memang begitu. Kalau Ashraff ada masalah, dia pasti tahu. Adam sudah menganggap Ashraff macam adik beradiknya sendiri. Setiap masalah yang menimpa Ashraff, semuanya dia tahu.

"Sebenarnya Adam... aku... aku dah hina Yasmin." Pengakuan Ashraff membuatkan Adam tersentak hebat. Menghina? Apa sudah tiada perkataan lain yang jauh lebih elok ke? Menghina, Ya Allah...

"Maksud kau?" soal Adam setelah itu.

"Aku... aku sebenarnya jealous tengok Yasmin dan Adrian tu. Diorang ma..."

"Kejap, kejap. Adrian tu mamat yang mana satu ya?" potong Adam.

"Lelaki yang baik dengan Yasmin tulah..." balas Ashraff acuh tak acuh.

"Hmm, mana satu ya? Yang... yang..." Adam cuba mengingat.

"Yang ada tahi lalat kecik kat dagu tu..." potong Ashraff.

"Oh, mamat yang makan nasi, lepas tu ada tiga butir nasi kat pipi tadi?"

Ashraff mengangguk laju.

"Ha, yelah tu..."

Adam pandang Ashraff.

"Ha, cepat sambung!" desak Adam.

"Macam ni, Dam. Aku, aku jealous tengok dia dengan Yasmin. Dahlah tuang air dekat Yasmin sorang! Sakit mana aku, tahu tak? Kalau nak tuang tu, tuanglah untuk semua orang! Ni tak, tuang untuk Yasmin je! Aku rasa dia macam nak tarik perhatian Yasminlah!" Ashraff meluahkan perasaannya.

Adam diam.

"Tapi Ash... Tak silap aku, Adrian tu kawan lama Yasmin... Kawan baik actually." Adam berkata sambil pandang Ashraff.

Ashraff mencebik. Habis tu kalau kawan baik, jadi apa?! Aku pun kawan baik Yasminlah! Kau aje yang tak tahu, Adrian! Terhegeh hegeh dekat Yasmin! Sedarlah hakikat yang lambat laun, korang berdua akan berpisah balik! Hisy, menyemak betul! Pergi balik rumahlah kau! Pergi belajar cara cara makan nasi dengan betul! Makan nasi pun tak pandai! Bukan sebutir nasi, tapi berbutir butir! Tu baru dekat muka. Dekat atas seluar kau lagi? Heh.

"Then? Kau buat apa bila kau jealous?" soal Adam setelah itu.

"Aku..." Ashrafd terdiam.

"...aku... aku cakap kat dia, jangan jadi gedik." Perlahan, Ashraff meluncurkan kata. Adam terkejut.

"Asal kau cakap macam tu, Ash? Masa bila pulak perempuan tu jadi gedik? Ya Allah..." Adam menggeleng geleng. Ashraff pula tertunduk malu. Betul apa yang Adam cakap. Yasmin tak gedik pun. Yasmin gedik? Alahai, tahun depan pun belum tentu. Adam tahu yang Yasmin sendiri pantang orang gedik.

"Yasmin gedik? I don't think so, Ash..." Adam berkata perlahan. Asharaff mengeluh.

"So, sebab tu ke kau cakap... Nope, maksud aku... apa jadi lepas tu?" Soal Adam yang mula berbelit belit. Ashraff mendongak. Ditatapnya wajah sahabat. Adam... aku berdosa. Aku dah hina Yasmin sehinggakan dia terluka.

"Yasmin... Yasmin rasa pelik sebab aku marah marah. Aku cakap, aku tak suka dia rapat dengan Adrian. And then, Yasmin tanyalah aku, kenapa aku marah? Sebab aku suka dia ke? Aku pun, malulah bila dia tanya macam tu. Habis keluar mulut versi puaka aku. Aku cakap dia perasan. Lepas tu aku kutuk dia tak pandai tayang rambut, tak pandai nak bermekap! Macam macam aku kutuk dia.

Tapi Adam, please trust me! Aku takde niat pun nak cakap macam tu. Aku... aku sendiri tak faham dengan diri aku. Aku sebenarnya nak cakap yang aku suka dia. Tapi... entahlah, Dam. Aku tak boleh. Aku takut Yasmin tolak aku. And kalau betul ianya terjadi, mana aku nak letak muka aku, Dam?" Ashraff melepaskan keluhan berat.

Adam diam tidak berkutik.

"...ego." Ashraff terdongak apabila mendengarnya.

"Ha?" Ashraff memandang Adam.

"Kau ego, Ash. Kau sebenarnya ego..." balas Adam tanpa memandang Ashraff. Ashraff terkebil kebil. Aku ego? Apa yang Adam cakap in? Egokah aku? Apa benda yang aku ego?

"Apa maksud kau?" dengan perlahan, Ashraff menyoal.

"Kau ego untuk bercakap benar. Kau ego untuk meminta maaf atas kesalahan sendiri. Memang kau ego, Ash! Dan ego kau tu terlalu tinggi. Cubalah buang ego kau tu. Cakap betul betul dengan dia, mintak maaf elok elok. Dia terima atau tak, itu hak dia. Kau tak boleh nak halang." Nasihat Adam.

Ashraff terdiam.

"Tak mungkin..." Ashraff menjeda.

"Mana mungkin aku dapat buang ego aku, Adam. Dah lama aku pertahankan ego, takkan sebab dia... ego yang aku bina selama ni musnah?" soal Ashraff.

"Kau boleh, Ash. Aku tahu kau mampu." Pujuk Adam. Ashraff menggeleng geleng. Bolehkah aku turunkan ego aku yang tinggi melangit ini hanya kerana dia? Hanya kerana seorang gadis yang aku kenal sebagai Nurul Yasmin? Oh, mana mungkin.

"Mustahil, Adam. Mustahil...!" dengan lemah, Ashraff berkata.

"Kalau macam tu kata kau, jangan terkejut kalau korang takkan pernah bersama dan serapat macam dulu lagi. Think about it, Ash. I don't asked you to do anything. Just come to Yasmin for a few minutes, and say 'sorry'." Adam berpesan sebelum mula berdiri.

Dia memandang Ashraff.

"That was how my mom told me." Kemudian Adam menepuk bahu Ashraff dan dia terus berlalu pergi.

Ashraff meraup mukanya. Ya Allah, tolong aku.

"THANKS, Nabihah... sebab tolong hantarkan tuala untuk aku." Ucap aku sambil mengeringkan rambut panjang separas belakang yang basah. Nabihah yang sedang berbaring sambil menghadap telefon itu hanya tersenyum. Lambat lambat dia memandang ke arah aku.

"Welcome. Well, kenapa kau boleh ada dalam kolam? Dengan mamat hensem tu pulak tu. Apa nama dia ya?" soal Nabihah sambil tersenyum sorang sorang. Entah apalah yang dia fikirkan.

"...Adrian..." aku menjawab jujur.

"Oh. Kenapa korang ada dalam kolam? Kau mandi sama sama eh?" Nabihah mula serkap jarang. Dia tersenyum nakal. Aku menjegilkan mata. Merepek betul Nabihah ni! Aku tampar nanti baru tahu!

"Mana adalah! Tadi aku jatuh dalam kolam. Lepas tu dia tolonglah sebab aku tak pandai berenang. Tak sangka pulak kolam tu cetek." Auta aku. Malulah aku kalau Nabihah tahu yang Adrian tarik aku dan kami jatuh sama sama. Nanti apa pula yang dia fikir.

"Oh, macam tu. Tapi Yasmin, korang ada apa apa ke?" Nabihah bertanya.

"Apa maksud kau?" soal aku laju.

"Yah... mmm, aku tengok korang rapat aje. Manalah tahu kalau kalau korang bercinta ke?" tebak Nabihah. Aku menggeleng. Tang mana pula aku bercinta? Dengan dia tu? Oh, tolonglah. Takde orang lain dah ke? Aku tak sukalah orang fikir benda yang bukan bukan. Nanti mulalah timbul isu, kononnya aku mengorat mamat hansemlah, apalah! Aku tak suka!

"Mana adalah, Nabihah. Kitorang rapat sebab kitorang ni kawan baik." Aku berterus terang. Jelas kelihatan wajah Nabihah yang terkejut. Dia duduk mencongok sambil memandang aku. Apa pandang pandang? Nak bayar hutang ke?

"Korang kawan baik? Eh, jap jap... bukan ke korang lain lain sekolah?"

Aku mengangguk tanda mengiyakan.

"Sekarang memanglah. Dulu kitorang sama sekolah. Tahun ni baru aku pindah. Ada faham?" aku pandang Nabihah yang tersengih mendengar balasan aku.

"Oh, jadi korang takde apa apalah..." Nabihah terangguk angguk. Aku tersenyum sendiri, lega bila Nabihah dah tahu kisah sebenar. Takdelah dia fikir benda lain pula nanti.

"Well... kau dengan Ashraff pulak macam mana?" soalnya tiba tiba.

Aku terdiam. Aku dengan dia hanya kawan biasa. Hanya itu saja. Titik.

MALAM itu, aktiviti diteruskan dengan pertandingan menjawab cepat cepat soalan yang diutarakan. Aktiviti ini lebih kurang macam kuiz. Kumpulan besar dibahagikan kepada tiga kumpulan yang agak besar. Maksudnya, jika kumpulan ada 90, kumpulan kumpulan itu akan dipecahkan kepada tiga kumpulan pula. Jadi setiap kumpulan yang dipecahkan itu ada 30 buah kumpulan kecil.

30 buah kumpulan dipindahkan ke dewan sebelah. 30 buah lagi dipindahkan ke ruangan makan yang terbuka dan lapang. Manakala bagi 30 kumpulan lagi berada di tempat yang sama. Kumpulan aku terpaksa bergerak ke ruangan makan.

Aku tarik kerusi. Terkejut aku apabila Ashraff dan Adrian tiba tiba datang mendekatu aku secara serentak. Apa ni?!

"Aku duduk tepi kau..." kata mereka dengan serentak juga.

Semua ahli kumpulan memandang ke arah kami. Aku tertunduk. Ya Allah, malunya aku. Apa yang orang akan cakap nanti? Diorang ni pun, pergilah duduk kat lain! Menyemak jelah! Huh!

Lambat lambat aku melabuhkan duduk di tempat aku. Dan tak sangka pula Ashraff dan Adrian memegang kerusi yang sama. Aku pandang ahli kumpulan. Pandangan mereka menghala ke arah kami bertiga. Sempat aku lihat pandangan meluat oleh Puteri. Mungkin sakit hati apabila dua orang lelaki berebut nak duduk dengan aku.

"Aku sampai sini dulu. Can yo go away?" dengan selamba, Ashraff berkata.

Adrian tersenyum dan lambat lambat menggeleng.

"Sorry, this is my place. Kau yang perlu pergi." Dengan lagak tenang, Adrian membalas. Aku pandnag wajah Ashraff. Aku tahu yang dia tengah cuba untuk tidak kelihatan marah.

"I'm the leader in this group. Remember?" Ashraff membalas selamba. Langsung tidak kisah jika kata katanya mungkin membuatkan orang lain menyampah. Namun, ada ke yang akan berasa menyampah kalau sebab Ashraff? Mungkin ya bagi lelaki tapi agak mustahil bagi perempuan, kan?

"Yes, you're. I'm still remember that, and... why?" Adrian angkat kening. Aku tunduk. Ya Allah, tolong ghaibkan mereka buat seketika. Tolonglah, aku malu bila berhadapan dengan situasi begini. Aku taknak mereka bergaduh.

"I'm Ashraff, kawan baik Yasmin." Tekan Ashraff. Aku tunduk lagi. Benarkah kata kata kau, Ashraff? Betul ke kau kawan baik aku? I don't think so. Ada ke kawan yang sanggup hina kawan dia sendiri? Takde, Ash. Mana ada!

"Tapi kau juga perlu tahu sesuatu, hubungan aku dengan dia lebih daripada perkataan kawan baik. Yasmin kekasih aku. Dan aku yakin, Yasmin akan cintakan aku sorang aje." Aku tersentak mendengarnya. Lantas aku memandang Adrian yang hanya tenang. Aku dengar banyak orang mula berbisik.

Aku pandang wajah terkejut Ashraff. Ya Allah, Adrian! Apa kau buat, hah?! Kau dah malukan aku, tahu tak?! Aku benci kau.

Lantas aku bangun dan beredar dari situ. Aku tak tahu nak pergi mana tapi kalau boleh, aku nak berada jauh daripada orang lain. Aku malu... Aku takut orang membenci aku! Aku taknak dianggap perempuan gedik yang menarik perhatian lelaki. Aku benci gelaran itu!

Tengah tengah berlari, tiba tiba pergelangan tanganku dipegang oleh seseorang. Aku terpusing ke belakang.

Adrian!

"Yasmin...! Kenapa kk... kau tiba tiba lari? A... aku ada buat salah ke?" dia bertanya dengan nafasnya yang tercungap cungap. Aku merentap tangan aku dengan kasar lalu aku pandang Adrian dengan tajam.

"Perlu ke kau cakap macam tu depan semua orang?!" aku menyoalnya dalam marah. Adrian terdiam. Aku menghela nafas.

"Kau ingat balik, Ad! Aku tak pernah pun cakap yang aku setuju jadi girlfriend kau tadi! Tadi aku hanya diam bila kau cakap yang kau nak aku jadi girlfriend kau, aku ingat... Aku ingat bila aku diam, aku takkan lukakan sesiapa! Tapi kali ni, kau memang dah betul betul melampau!" aku melepaskan marah yang terbuku di hati.

Adrian meraup mukanya.

"Tapi kenapa, Yasmin? Sebab kau dah sukakan orang lain ke? Siapa dia, Yasmin?" soal Adrian dengan lemah. Aku tunduk dan ambil nafas baru. Lalu tanpa memandangnya, aku membalas.

"Tak, tu bukan masalahnya! Tapi cukuplah kau tahu yang aku memang kecewa dengan tindakan kau kali ni. Sudahlah, aku taknak cakap dengan kau lagi!" Marahku lalu terus beredar dari situ.

Adrian pula hanya mampu mengeluh berat.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience