BAB 32

Romance Completed 13745

AKU tenung slip keputusan SPM itu lama lama. Nak menangis aku bila tengok gred A+ pada subjek Kimia. Alhamdulillah... Aku berjaya mendapat straight A+. Mama dan papa aku semuanya berbangga dengan pencapaian aku. Haqiem pun tak henti henti minta aku jadi tutornya. Haha... Mentang mentanglah dah berjaya!

"Mama ada papa pergilah balik dulu. Kakak balik kejap nanti. Kawan kawan sekelas dulu nak berkumpul. Kitorang ada makan makan sikit." Aku memberitahu mama dan papa.

"Lah... Baru ingat nak lunch sama sama dekat luar." Mama merungut.

Aku tergelak.

"Ala, ma... Malam nantilah, kita makan steamboat. Kakak ada majlis, dah janji nak makan sama sama. Nanti dah susah nak jumpa. Masing masing bawa haluan sendiri. Please..." aku pujuk mama. Mama masih masam.

"Alah, ma... pergilah makan dengan papa, berdua macam dulu. Kembalikan nostalgia sebelum kahwin."

Mama tersenyum mendengarnya.

"Kakak ni, ada ada ajelah! Okey, tapi janji jangan balik lewat." Pesannya.

Aku angguk. Kemudian mereka beredar. Aku terus bergegas ke kelas 5 Akademik, kelas lama aku dulu. Masa aku sampai, aku nampak orang dah ramai.

"Hei, Yasmin. Lama tak jumpa! Aku rindu kau!" Tiba tiba Nisa menegur.

"Weh... Nisa, aku pun rindu kau. Eh, asal makin tembam ni?" Terus satu cubitan hinggap di lenganku. Aku menggosok gosok laju.

"Sakitlah!" aku memarahinya. Nisa bercekak pinggang.

"Ha, padan muka! Kata aku tembam lagi! Aku tahulah kau tu makin cantik." Aku tergelak kecil. Haha... marah betul!

"Ha yalah yalah. Aku tak buat dah." Nisa tersenyum.

Tiba tiba mukanya berkerut. Dia memegang perutnya.

"Weh, aku pergi toilet jap. Nak melepas!" beritahu Nisa kemudian terus berlari dengan gaya terbongkok bongkok. Aku tergeleng geleng. Tiba tiba muncullah seorang lelaki di sebelah aku. Aku pandang dia.

Ashraff.

"Hai!" sapanya.

"Err...hai." Balas aku, agak kekok. Maklumlah, dah lama tak nampak seraut wajah yang begitu tampan itu.

"Kau makin lawalah." Pujinya.

Aku tersenyum hambar. Lawa apanya? Aku rasa macam takde apa apa yang berubah pun. Tinggi aku pun bertambah satu inci saja. Hmm, bilalah nak tinggi.

"Aku rindu kaulah, Yasmin. Kau tak rindu aku ke?" soalnya.

"Eh, mestilah rindu." Balas aku laju.

"Kau nak makan apa?" dia menyoal.

"Nak mi goreng tu..." Aku tunjuk mi goreng yang tampak lazat di dalam bekas bulat yang besar. Entah siapalah yang bawa. Aku bawa koktel buah aje.

"Biar aku ambik. Kau pergilah duduk dulu." Ashraff tolak lembut bahu aku. Aku malas nak membantah. Jadi, aku hanya menurut.

Aku duduk di atas kerusi. Aku pandang sekeliling. Tak banyak yang berubah, masih sama macam dulu.

Mujurlah hari ni hari Sabtu, orang tak bersekolah.

Tidak lama kemudian, Ashraff datang sambil membawa sepinggan mi goreng. Dia turut membawa segelas air sirap untuk aku.

"Kau tak makan?" aku menyoal.

"Aku dah makan sebelum datang tadi." Balasnya.

Aku membaca bismillah. Sesudu mi disuap. Ah, lazatnya!

"Pergilah makan mi goreng ni. Sedap..."

"Aku dah makanlah. Mi goreng ni, mama aku yang buat."

Lah... ya ke? Manalah aku tahu!

Tengah tengah makan, tiba tiba.

"Eh!" aku terjerit kecil apabila melihat ada satu objek kecil yang berkilauan di celah mi goreng. Lambat lambat aku mengambilnya. Aku terkedu.

Cincin?

Lambat lambat aku pandang Ashraff. Dia senyum.

"Nak jadi tunang aku tak?" soalnya selamba. Aku terpempam. Ah, Ashraff tanya aku nak jadi tunang dia ke tak? Gilalah kalau aku taknak!

Lambat lambat aku mengangguk. Ashraff tersenyum bahagia.

"Kau tunggu aku ya, Yasmin. Kan aku dah janji, nak masuk meminang kau beberapa tahun nanti? Aku akan mintak izin mama dan papa kau. Mintak izin untuk ambil dan jadikan kau sebagai isteri aku yang sah." ucapan Ashraff membuatkan aku terkesima.

Sesungguh, aku cintakan dia. Ya Allah, jika dia adalah jodoh yang telah engkau tetapkan untuk aku, maka permudahkanlah urusan kami. Aku akan tunggu kau, Ashraff. Menunggu untuk menjadi pemilik hati kau buat selama lamanya...

...kerana, aku amat mencintai kau.

Orang sembunyikan cincin dalam kek tapi dia...? Ah, takpelah. Janji daripada dia!

Mr. Headboy, I love you!

-Tamat-

Cast (Bayangkan je)
Neo Hou= Tengku Ashraff
Riena Amirah= Nurul Yasmin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience