BAB 29

Romance Completed 13745

"AKU dah tak tahu nak luah dekat siapa lagi, Nisa. Aku stres... Aku sedih sangat. Aku tak sangka pertemuan Haz dengan aku hari tu, sampai kat sini je. Terlalu singkat tempoh kitorang berkawan. Aku sayangkan dia, Nisa. Aku sayangkan dia sebagai mana aku sayangkan nyawa aku sendiri. Aku... aku cukuo terkilan dengan semua orang yang tuduh Haz benda yang bukan bukan..."

"Diorang tak kenal Haz. Dan diorang tak pernah nak kenal siapa Haz. Diorang cuma tahu menuduh dan memburuk burukkan Haz. Hati aku sakit, kau tahu tak? Diorang tak tahu cerita sebenar! Aku pun sakit bila Haz dihina. Dan aku takkan biarkan..." aku meluahkan perasaan aku kepada Nisa. Nisa sendiri tak sangka yang aku murung kerana Haz meninggal. Malah dia tak tahu pun kepergian Haz.

"Apa kata kau bagitahu semua orang pasal cerita sebenar? Aku confirm, mesti diorang akan faham. Kau cakaplah yang arwah tu ada barah otak. Dah dia dah meninggal dah pun. Lepas tu pandai pandailah diorang mohon maaf dan bertaubat sebab dan fitnah Haz tanpa usul periksa. InsyaAllah, diorang takkan buat macam tu lagi." Cadang Nisa.

"Hmm... I hope so..."

Lamunan aku tersentak apabila ada yang menegur. Haqiem rupanya. Dia dah balik dari kem PT3nya. Dia melabuhkan duduk di sebelah aku. Tanpa dipinta, Haqiem menyorongkan secawan hot chocolate untuk aku. Dia sendiri yang bancuh tadi.

"Termenung saja... Ingat kat siapa? Ash ya?"

Aku tersenyum kelat. Ashraff apa ke bendanya? Lambat lambat aku menggeleng.

"Takdelah..."

"Habis tu?" Haqiem pandang aku.

Aku diam.

"Ingatkan someone yang dah takde." Jawabku dan Haqiem tersentak.

"Ha?! Maksud kakak... orang yang dah mari?" dia meneka. Aku angguk saja.

"Siapa dia?" soal Haqiem lagi.

"Kawan kakak. Nama dia Hazyrul. Dia baru je meninggal hari Rabu lepas. Dia ada barah otak tahap empat." Aku memberitahu.

Haqiem terdiam.

"Kakak sayang dia?"

"Gila tak sayang? He's my friend." Balasku laju.

"Oh..."

Dan aku tunduk pula.

"Petang nanti kakak nak ziarah kubur dia, nak baca Yasin." Aku memberitahu.

Haqiem masih diam.

"Kakak pergi sorang sorang? Nak Qiem temankan?" pelawanya. Aku hanya tersenyum tipis.

"Tak payahlah. Kakak nak bersendirian."

Lepas tu diam antara kami. Masing masing tengah melayan perasaan sendiri. Aku pandang jam tangan. Pukul 4.15 minit petang. Baik aku solat asar sekarang. Lepas tu akan pergi ke kubur terus.

SEBAIK sahaja selesai membaca surah Yasin, aku terus menyimpan bukunya. Pandanganku dihalakan ke depan. Tanah kubur Haz masih merah warnanya, menandakan baru beberapa hari dibuat. Perlahan lahan aku memegang batu nisan putih itu. Aku usapnya lembut.

Haz... Saya datang menziarahi awak. Saya tak dapat nak bagi apa apa untuk awak. Saya cuma mampu sedekahkan al-Fatihah untuk awak. Saya hanya mamou membacakan surah Yasin untuk awak. Dan saya hanya dapat mendoakan agar awak baik baik sahaja di sana.

Damailah wahai sahabat. Aku akan mengenangimu sampai bila bila. Aku harap engkau tenang berada di alam sana. Engkau akan selalu ada di dalam setiap doaku.

Aku sentuh gelang putih yang aku pakai. Mata tiba tiba terasa panas. Perasaan sebak dan sedih kembali bertandang. Tapi aku tetap cuba untuk menahan. Aku tak boleh menangis. Bukankah aku kena redha atas segala yang Allah tetapkan?

Walaupun berat, aku harus menerima takdir.

Daripada Abu Hurairah R.A, ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.' Pada masing masing memang terdapat kebaikan. Capailah (dengan sungguh sungguh) apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu ditimpa sesuatu (kemalangan), janganlah kamu katakan, 'Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu...' Tetapi katakanlah, 'Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan terjadi. Sesungguhnya ungkapan 'Lau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi syaitan.'" Hadis Riwayat Muslim, sahih muslim.

Aku menatap kubur Haz lama. Tiba tiba aku rasa macam ada titisan yang turun dari atas. Aku mendongak. Hujan renyai renyai. Aku mengangkat tangan dan menadahnya. Tubuh aku tiba tuba terasa dingin. Perlahan lahan hujan yang tadi menitis sedikit demi sedikit, kini turun dengan lebatnya secara mendadak.

Aku kalut. Cepat cepat aku capai apa apa yang patut. Aku melipat tikar kecil yang aku bawa. Tiba tiba aku perasan yang tubuh aku tidak lagi ditimpa hujan. Dan entah kenapa, aku rasa macam ada orang lain yang turut bersama aku pada waktu itu.

Perlahan lahan aku memandang ke atas. Aku tergamam apabila melihat Ashraff. Ya, Ashraff di sini. Dan dia sedang memayungkan aku agar tidak basah ditimpa hujan.

Aku pandang Ashraff. Pandangannya redup menikam anak mataku.

"Yasmin..." Ashraff menyeru namaku.

"...I'm sorry..."

Aku terkedu. Ashraff meminta maaf?

"Aku mintak maaf. Aku dah tahu cerita sebenar. Nisa yang bagitahu aku. Maafkan aku sebab dah buruk sangka pada kau. Aku minta maaf, Yasmin. Aku... aku sebenarnya cemburu. Dan aku akui, cemburu aku tak bertempat. Aku... aku rasa berdosa pada Haz..."

"Aku tak tahu pasal penyakit dia, Yasmin. Aku tersilap sebab menuduh dia. Sumpah, Yasmin... Aku takkan cakap dia macam tu kalau aku tahu yang dia sebenarnya sakit. Aku... aku nak minta maaf pada dia, tapi... Nisa cakap, Haz dah meninggal tiga hari lepas... masa kau tak datang sekolah."

Aku terdiam.

"Aku berdosa pada dia... juga pada kau, Yasmin." Tambahnya.

"Sudi tak kau maafkan aku semula? Aku janji, lepas ni aku takkan bertindak melulu lagi. Kalau ada apa apa, aku akan selidik dulu. Aku takkan ulang kesalahan aku lagi. Please, Yasmin... I'm sorry." Pintanya dengan penuh berharap.

Aku mengeluh dan perlahan lahan berdiri.

"Aku dah lama maafkan kau, Ash. Sudahlah, aku tak ambil hati pun. Aku tahu kau tak tahu. Salah aku jugak sebab tak berterus terang dan..."

"Tak, Yasmin. Salah aku... Aku yang tak pernah nak bagi kau peluang untuk berterus terang." Pintas Ashraff.

Aku diam sahaha.

"Kita buka buku baru, boleh?" pinta Ashraff.

Aku mengangguk lambat lambat. Ashraff tersenyum. Lambat lambat dia pandang ke arah kubur Haz. Dia tunduk dan pegang batu nisan.

"Assalamualaikum, Haz. Aku minta maaf tau sebab selalu buruk sangka pada kau. Aku minta maaf. Tolong maafkan aku. Aku janji, aku takkan ulang balik salah aku. Dan aku janji, aku takkan sakitkan hati Yasmin lagi. Aku tahu kau sayangkan dia. Aku pun sayangkan dia. Aku akan jaga dia baik baik... Jaga perempuan yang kita berdua sayang." Ucap Ashraff, perlahan.

Perlahan lahan aku tersenyum. Alhamdulillah. Akhirnya kebenaran dah terbongkar. Terima kasih, Ya Allah.

DANISHA mendongkol marah. Berani betul Ashraff bluetick mesej whatsappnya. Tadi Danisha hantar mesej, ajak lunch sama sama dekat Restoran Cahya Kartika. Namun...

...Ashraff baca tapi tak balas?! Menyebalkan sungguh.

"Aku akan pastikan... one day, kau aku punya! Jangan ingat kau boleh terlepas daripada aku. Ini Irene Danishalah! Kau belum tahu apa yang aku boleh buat, Ash! Kau tunggu..."

"TAK apa, Ash. Aku boleh duduk kat sini. Kau tak payah risau ek? Alah... bukan mati pun, kan?" Aku berkata seraya melabuhkan duduk di kerusi aku.

Ashraff mengeluh berat.

"Tapi, Yasmin... kalau ikutkan, tempat kau kat sana. Not this place!" bentak Ashraff.

Aku tersengih. Alahai, Ashraff ni. Terima jelah hakikat yang aku bukan lagi tablemate dia macam yang dulu dulu.

"Cubalah kau terima Danisha tu sikit. Kesiap pulak aku tengok kau layan dia. Lebih teruk layanan kau pada dia berbanding Puteri tau?!" Aku tergeleng geleng sendiri. Memang pun... Ashraff ni selamba aje sekeh kepala Danisha.

"No, Yasmin. Sampai bila bila pun, aku takkan terima dia. You know, aku tak suka dia." Bidas Ashraff.

"Even dia cantik?" tebakku.

"Yup. Even dia cantik." Balas Ashraff laju.

"Kau tak suka perempuan cantik?" aku menyoal. Jarang rasanya nak jumpa lelaki yang suka perempuan tanpa pandang rupa.

"Tak, aku suka aje..." balas Ashraff.

"Then, wujudkanlah rasa suka kat dia."

"No need. Sebab rasa suka aku ada pada kau aje." Balas Ashraff laju.

Aku diam. Alahai, Ash. Janganlah buat aku macam ni. Kau buat aku rasa nak perasan, tahu tak? Macam mana kau boleh tersuka kat perempuan biasa biasa macam aku ni? Aku ni takdelah cantik sangat. Jika dibuat pilihan antara aku dengan Park So Ae, aku rasa dia berganda ganda cantiknya. Tapi secantik cantik dia, aku yakin yang Park Chanyeol akan pilih aku. Hahaha!

Tak! Aku melawak aje.

"Boleh bagi sebab? Kenapa kau suka aku? Why me?" aku bertanya.

"Because you're special. You're princess for me. Because you're kind. Because you're beautiful. Because you're someone that I waiting before."

Aku terkedu mendengarnya.

"Kau tak percaya? Tunggulah beberapa tahun nanti..."

Aku pandang Ashraff. Ha? Ada apa dengan 'beberapa tahun nanti' tu? Baru nak bertanya, tiba tiba Ashraff berbisik sesuatu kepada aku.

"...tunggu aku masuk meminang kau."

Terus aku rasa macam darah menyirap naik ke seluruh muka. Argh!!! Malunya. Bila aku pandang dia, aku nampak dia tersenyum. Aku terpanar melihatnya.

Oh, my Headboy! Kenapa kau manis sangat ni? Terlebih ratah gula ke?

Tiba tiba...

"Done checking me out?"

Ayat Ashraff buat aku termalu sendiri. Aku tunduk, segan sangat nak angkat kepala. Kantoi aku pergi usyar mukanya. Kau ni, Yasmin... Mata tu jagalah sikit! Kan dah malu?!

"Dah, pergi ke tempat kau! Aku nak buat nota ni! Shoohh!" aku menghalau Ashraff.

Dia mencebik kemudian beredar. Aku tergelak kecil. Malu tu memang malu. Tapi aku rasa bahagia sangat. Aku tak pernah rasa sebahagia ini bila bersama Ashraff. Ah! Hebat benar penangan cinta dia. Boleh gila aku kalau tiap tiap hari Ashraff tabur ayat manis dia!

Hai, bilalah nak habis SPM ni? Lepas tu nak sambung belajar. Bila dah dapat ijazah, dan stabilkan kewangan... aku nak bina masjid yang terindah bersama Ashraff. Ah... tak sabarnya. Aku sendiri tak tahu kenapa aku gatal sangat sekarang ni. Tapi yang aku tahu...

...aku gatal dengan dia aje. Hehehe...

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience