BAB 10

Romance Completed 13745

"DEKAT mana kem tu?" soal mama sebaik sahaja aku selesai bercerita tentang kem yang bakal dianjurkan. Sebenarnya masa rehat tadi, Cikgu Alif panggil aku, Ashraff dan Adam untuk bercakap tentang kem yang Adan bagitahu. Menurut Cikgu Alif, kem itu akan berlangsung pada awal bulan Februari. Dan kem itu berlangsung selama lima hari.

"Dekat Maryland Resort." Balasku.

Mama diam sebelum lambat lambat mengangguk. Aku mencuci sayur sawi. Hari ini aku tolong mama masak. Papa cakap, dia teringin nak makan masak lemak ikan patin. Aku pula minta mama masakkan sotong masak sambal kegemaranku manakala Haqiem minta ayam masak kicap. Banyak betul lauk kami hari ini.

"Kakak dengan siapa lagi yang pergi? Berapa orang? Nisa ada sekali ke?" bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut mama. Masa satu yang aku nak jawab dulu ni? Ayo...

"Kakak dengan dua orang lagi kawan kakak. Nisa tak terpilih..." balasku.

"Kawan kakak tu perempuan ke lelaki?" soal mama, laju sungguh.

"Lelaki." Aku membalas jujur.

Aku potong sawi itu ala kadar saja. Malaslah nak potong cantik cantik. Nantu kena campak masuk kuali pula. Lepas tu masuk dalam perut juga. So, tak perlulah risau kalau potongan tak sama panjang.

"Jadi maknanya, kakak sorang jelah perempuan?" soal mama sambil menjeling jeling aku. Hai, kenapa main jeling jeling ni? Salah ke kalau cuma aku yang berstatus perempuan?

"Haah." Balas aku pendek sambil pandang mama.

"Boleh ke mama biarkan kakak pergi ni?" mama pandang aku juga. Terangkat keningku. Kenapa pulak mama macam ragu ragu je dalam membuat keputusan? Aku nak pergi kem belajar kut, bukannya aku nak pergi kem musim panas dengan diorang.

"Kenapa?"

"...kakak sorang je perempuan." Balas mama, laju.

Aku berhenti potong sayur.

"Apa mama cakap?"

"Mama cakap, kakak sorang aje yang perempuan." Ujar mama.

"Jadi kenapa?" soal aku, laju.

"Boleh ke mama biarkan? Kalau jadi apa apa macam mana? Kakak perempuan, tapi kawan kakak tu lelaki. Kalau ada Nisa tu, takdelah mama bimbang sangat. Tapi sekarang, kakak sorang..." aku tergeleng geleng. Mama, mama... Apa salahnya kalau aku pergi dengan lelaki? Kitorang kan nak pergi kem? Lagipun, bukan kami bertiga aje. Banyak lagi budak dari negeri lain. Takkanlah takde perempuan lain dalam banyak banyak pelajar yang datang?

Lagipun, bukannya aku kena tinggal sebilik dengan orang lelaki. Pandai pandailah tu pihak resort uruskan. Sekalipun kitorang kena tinggal sebilik, takkanlah aku tak pandai nak bantah?! Kaki, tangan dan mulut aku ada. Awal awal lagi aku dah maki hamun resort itu kalau betul teruknya cara pengurusan diorang.

Tapi aku faham, kebimbangan mama itu sebab sebenarnya dia sayangkan aku. Seorang ibu sudah tentu hendakkan yang terbaik untuk anaknya, kan?

"InsyaAllah... Takde apa, mama. Lagipun, kakak yakin yang kawan kakak tu baik baik belaka. Sebab diorang baiklah, cikgu pilih diorang." Balas aku sambil tersenyum. Aku potong bebola ikan kepada dua bahagian. Bebola ikan itu akan dimasukkan ke dalam tumis sawi nanti. Mama yang nak makan.

"Hm, tak apalah kalau macam tu. Mama ni bukan apa, Yasmin. Mama cuma risaukan awak. Mama cuma taknak kehilangan kakak. Mana mana nak cari kakak kalau terjadi apa apa?" mama pandang aku.

Aku diam dan hanya mendengar.

"Tapi kalau Yasmin rasa ia patut dibuat, mama tak halang." Beritahu mama lalu berlalu ke singki. Aku pandang papan pemotong sayur. Aku nak pergi kem itu untuk belajar, untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Belajar kan benda baik? Jadi aku rasa aku takde alasan untuk tolak semua ni.

AKU, Adam dan Ashraff keluar dari kelas tepat pada jam 9 pagi. Setelah mendapatkan beg pakaian masing masing, kami masuk ke dalam kereta Cikgu Rozila. Aku duduk di bahagian tepi pemandu manakala Adam dan Ashraff sama sama duduk di belakang. Setelah hampir 45 minit menempuh perjalanan, akhirnya kami tiba di Maryland Resort.

Aku nampak ada ramai pelajar yang baru tiba. Ada yang berpakaian pengawas, dan ada juga yang berpakaian putih macam aku. Kesemuanya datang bersama guru pengiring sekolah masing masing.

Setelah membuat tinjauan masuk, kami semua dikehendaki untuk bergerak ke dalam dewan.

Seorang lelaki yang bertubuh besar yang memeng sudah sedia ada di dalam dewan itu perlahan lahan mencapai mikrofon dari atas pentas. Dia menepuk nepuk mikrofon itu sambil mula menghadap ke arah kami semua yang mungkin mencecah 300 orang murid. Ada seorang wanita sedang memeriksa pembesar suara, mungkin bagi menyelaraskan kelantangan bunyi.

"Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh, semua anak anak yang berada di dalam dewan ini..." salam yang diberikan oleh lelaki itu dijawab oleh semua murid dengan serentak. Kami semua duduk di atas kerusi yang memang telah disediakan.

"Okay, first saya akan perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Okey, nama saya ialah Akamustafa bin Ahmad Zainudin. Anak anak semua boleh panggil saya, Cikgu Akam. Okey, mungkin kamu semua belum lagi tahu sepenuhnya tentang matlamat kem ini dianjurkan. Jadi saya rasa, eloklah kalau saya terangkan sedikit tentang tujuan utama kami bawa kamu semua ke sini..." Cikgu Akam berjalan ke kanan dan ke kiri sambil memandang beberapa murid yang berada di barisan paling hadapan.

Aku, Ashraff dan Adam berada di tengah tengah dewan.

Kata Cikgu Akam, kem ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan murid murid dengan dunia luar yang lebih mencabar. Maksudnya adalah murid murid akan diberi pendedahan awal tentang pelbagai perkara yang pastinya untuk melahirkam murid dan generasi yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia.

Kata Cikgu Akam lagi, murid murid akan terdedah kepada serba sesikit tentang bagaimana kehidupan mahasiswa dan mahasiswi apabila berada di universiti kelak. Di universiti nanti, kita akan berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang kita tidak pernah kenal. Jadi, bertemunya murid dengan murid murid dari sekolah lain semestinya akan membuat kita lebih bersedia dan berani untuk berdepan dengan orang yang tidak dikenali semasa universiti nanti.

Hampir sepuluh minit Cikgu Akam berucap.

"Okey, saya pun tahu yang kamu semuanya tengah letih setelah menempuh perjalanan yang panjang. Ada yang datang dari Terengganu, Kelantan... semuanya jauh jauh. Jadi, saya rasa eloklah kalau kamu semua diberikan masa untuk berehat. Ataupun ada yang nak tenang tenangkan diri..."

"Jadi kamu semua boleh ke meja pendaftaran untuk mendapatkan kunci bilik masing masing. Lepas tu, korang semua boleh bergerak ke bilik bilik yang ditetapkan. Boleh tengok kunci yang awak semua dapat ya. Atau nak lebih senang, boleh tengok dekat kertas nama yang tertampal dekat papan kenyataan sana." Kata Cikgu Akam sambil memandang murid murid yang sudah bangun.

Aku dan dua orang di sebelah aku ini turut sama bangun. Setelah mendapatkan kunci bilik masing masing, kami semua bergerak. Aku sebilik dengan dua lagi budak perempuan yang berlainan negeri. Yang bernama Iftitah itu berasal dari Kedah manakala Nabihah pula datang dari Terengganu. Dua dua pun baik.

Iftitah itu aku nampak muka dia iras iras macam sepupu aku yang kalau aku cakap nama dia pun, aku yakin korang semua takkan kenal. Nabihah pula, aku nampak muka dia macam Nabila Razali. Cuma pipi dia tembam sedikit. Macam mana pandangan diorang apabila memandang muka aku? Entah, mungkin macam Kao Supassra kut.

AKU meletakkan beg pakaian di atas katil. Nanti nantilah aku berkemas sebab sekarang ni aku rasa macam nak berehat kejap. Lalu perlahan lahan aku berbaring. Tiba tiba...

"Eh, kertas apa ni?" Soal Nabihah dengan kerutan di dahi. Aku memandangnya. Nabibah sedang memegang satu kertas yang berwarna kuning cair. Kertas apa pulak tu?

"Mana kau jumpa?" soal Iftitah sambil menghampiri Nabihah. Aku bangun daripada pembaringan. Nak juga aku tahu apakah yang terkandung pada kertas itu.

"Ni, aku jumpa dalam almari. Cuba korang check, ada jugak ke?" suruh Nabihah sambil pandang Iftitah dan aku silih berganti. Dengan perlahan lahan, aku bangun dan buka almari. Eh, ada kertas warna kuning jugaklah.

Cepat cepat aku ambil dan duduk semula.

Hmm, kertas apa ni? Laa, dalan kertas ini ada pemberitahuan tentang pembahagian kumpulan. Dengan berdebar debar, aku cari nama sekolah aku. Jangan janganlah aku tak sekumpulan dengan Ashraff dan Adam. Takutlah aku nak duduk sorang.

Lega aku bila nampak nama sekolah aku. Eh, sekolah aku sekumpulan dengan dua buah sekolah. Satu dari Melaka dan satu lagi...

...sekolah lama aku!

PUKUL 12 tengah hari, semua murid dikehendaki untuk turun ke dewan. Abang hensem yang bertugas bagi waktu itu. Namanya Hady, budak budak panggil dia Abang Hady. Dia bukan cikgu tapi dia ialah lepasan universiti dalam bidang pelancongan. Dia berada di sini sebagai seorang fasilitator. Sekali tengok, muka dia cute sangat. Macam Nickhun 2PM dah aku tengok.

Abang Hady mengarahkan kami semua untuk bergerak dalam kumpulan. Aku awal awal lagi dah duduk sekali dengan Ashraff dan Adam. Sesat nanti kang, jenuh pula aku nak cari diorang. Aku tercari cari, agaknya siapalah wakil dari sekolah lama aku dulu? Menurut Adam, kem ini dianjurkan kepada murid murid yang mendapat tiga tempat pertama dalam peperiksaan. Kalau dulu, aku nombor satu. Nombor dua pula Ad...

Jangan jangan Adrian pun ada? (Adrian ialah kawan Yasmin dan pernah muncul pada bab satu)

Eh, terkejut aku apabila nampak seorang lelaki sedang menuju ke arah aku. Makin aku terkejut apabila lelaki itu ialah Adrian! Dia datang bersama dua orang lagi kawannya yang masing masing aku tak kenal. Eh, apahal dua orang kawan dia tu mukanya hampir sama je? Kembar agaknya. Tapi aku tak pernah nampak pun diorang.

"Assalamualaikum, Yasmin..." sapa Adrian.

Aku nampak Ashraff dan Adam sama sama memandang ke arah aku apabila terdengar suara pemberian salam.

"Wa... waalaikumussalam..." balas aku sedikit teragak agak. Dah hampir satu bulan lebih kitorang tak bertentang mata kut. Malah, ada aje whatsapp yang Adrian hantar aku tak balas. Tiba tiba kitorang bertemu balik? Macam mana kalau Adrian tiba tiba tanya, kenapa aku tak balas whatsapp dia? Jangan ingat aku jenis yang lupa kawan sudahlah. Aku bukannya sengaja taknak balas whatsapp dia tapi...

...macam tulah.

Adrian mengambil tempat di sebelah aku. Kami duduk bersila dalam bentuk bulatan. Tak lama kemudian, datanglah tiga lagi pelajar, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Lelaki itu duduk di sebelah Adam dan bertentangan dengan aku. Dia hanya tersenyum bila aku pandang dia.

"Tak sangka jumpa kau dekat sini, Yasmin..." ujar Adrian sambil tersenyum.

"Ha yelah... Tak sangka, kan?" balas aku agak kekok. Aku nampak Adrian menyeluk poket seluarnya. Kemudian dia menghulurkan sesuatu kepada aku.

Coklat?

"Ambiklah..." ujarnya. Aku pandang Ashraff yang pandang aku dari sebelah kanan. Nak ambik ke tak? Kalau aku ambik, macam mana dengan Ashraff? Apa kata dia nanti? Nanti dia fikir yang bukan bukan.

Seketika aku menepis segala apa yang aku fikirkan. Ah, apahal aku ni? Kenapa pulak aku nak bimbang sangat akan pandangan Ashraff kepada aku? Kitorang bukannya ada apa apa pun.

"Err... tak apalah..." tolak aku lembut.

"Ambiklah. Kau ni, macam tak biasa pulak makan coklat yang aku bagi. Selama ni kan kau suka coklat? Laju je ambik bila aku bagi..." Adrian tergeleng geleng sendiri. Aku pandang kanan dan kiri serta depan sekali. Tiba tiba rasa tak selesa bila aku nampak semua mata ahli kumpulan sedang memandang ke arah kami. Jadi nak taknak, aku terpaksa ambil. Tak ucap terima kasih pun.

Tiba tiba Abang Hady bersuara.

"Kalau semua dah berada dalam kumpulan masing masing, saya nak korang berkenalan. Sekarang kita berada di slot satu iaitu sesi suai kenal..." kata Abang Hady sambil mundar mandir di bahagian depan dewan.

Aku pandang Ashraff yang buat buat batuk.

"Yasmin, kau mula dulu..." arah Ashraff.

Eh, suka suka hati aje arah arah aku. Ingat dia tu ketua ke? Kat sekolah bolehlah, tapi sekarang kita semua bukan fekat sekolah!

"Aku pulak? Kaulah..." bisik aku, keras.

"Cepatlah, kau mula dulu!" suruh Ashraff lagi.

"Taknaklah!" balas aku laju.

Ashraff membisikkan sesuatu kepada aku.

"Semua orang tengah tunggu kau, Yasmin. Boleh tak jangan buat orang tertunggu tunggu?" aku berdecit dalam diam. Nak taknak, aku terpaksa mengalah. Aku pandang depan. Baru nak buka mulut aku dah tunduk balik. Aku malulah nak bercakap depan orang.

"Nn... nama aku Nurul Yasmin... Aku dari Sekolah Menengah Seri Kenanga. Selamat berkenalan..." ucap aku tanpa mengangkat kepala. Lantahlah kalau suara aku perlahan macam bunyi kentut dalam pempers pun. Kalau dah tunduk, memang aku tunduk terus.

Setelah lima saat berlalu, barulah aku angkat kepala. Seterusnya adalah giliran Adrian.

"Hai, nama aku Adrian Is..."

Tiba tiba!

"Nama aku Tengku Ashraff bin Dato' Tengku Aznizal. Aku dari Sekolah Menengah Seri Kenanga, sekelas dengan Yasmin." Dengan selamba, Ashraff memotong ucapan Adrian. Aku pandang Ashraff. Dia ni kenapa? Baru hari pertama, dah nak cari gaduh ke? Dan apa motif dia tambah ayat sekelas dengan aku? Lambat lambat aku pandang Adrian. Tenang sahaja wajahnya.

Adrian pandang Adam, Adam pandang Adrian.

"Cakaplah..." suruh Adam. Adrian menggeleng.

"Takpe, kau dulu..."

Aku pandang Adrian pula. Dia ni kenapa? Takut kena potong ucapan lagi ke? Kesian pula aku nampak Adrian ni. Isy, Ashraff ni pun. Agak agaklah sikit. Takkan tak nampak Adrian buka mulut tadi.

"Nama aku Haris Adam Izzudin bin Ahmad Izzan. Aku dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kenanga. Selamat berkenalan..." ucap Adam sambil menunduk sedikit. Sempat aku nampak seorang budak perempuan yang duduk di sebelah orang kat depan aku ni asyik tersenyum senyum seorang diri.

Hisy, musykil pula aku. Dia senyum pada siapa ni? Aku pandang arah pandangan mata perempuan itu. Hmm...

Ewah, kau pandang Ashraff aku ya?!

Kemudian tibalah masanya untuk orang di depan aku ni berucap.

"Assalamualaikum. Nama aku Raden Dariel bin Dato' Azra. Aku dari Sekolah Menangah Bukit Angkasa." Ucap lelaki itu bersama senyuman manis. Baru aku perasan, muka dia macam Lai Kua Lin. Comel aje muka dia. Manis aje muka dia. Hehe, kalaulah dapat jadi girlfriend dia, mesti ramai perempuan yang cemburukan aku. Taklah, aku gurau je. Ashraff aku tu nak campak mana?

"Nama I Puteri Dariena binti Dato' Abra. I ni classmate Raden. And untuk makluman you all, I dengan Raden ni cousin." Ucap perempuan yang tak pakai tudung di sebelah Raden itu. Sekali aku tengok dia, entah kenapa aku rasa dia ni jenis yang gedik nak mampus. Tengoklah mata dia tu, asal gatal sangat pergi tengok Ashraff aku?!

"Nama Nurin pulak ialah Nurin Hanna binti Aziz. Nurin dari Sekolah Menengah Bukit Angkasa." Ucap perempuan yang bertudung sarung hitam itu sambil tersenyum. Lapas tu giliran perempuan yang sama muka dengan lelaki di tepi Adrian. Betullah sangkaan aku, mereka kembar. Yang perempuan itu namanya Aina manakala yang sorang lagi nama Tuah.

Yang terakhir buat ucapan pula ialah Adrian.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience