BAB 11

Romance Completed 13745

SETELAH sesi suai kenal tamat, kami semua dibenarkan makan. Pada tengah hari itu, pihak resort sediakan nasi ayam. Kami semua dikehendaki makan dalam kumpulan masing masing di meja yang telah dilabelkan. Aku dan ahli kumpulan yang lain bergerak ke meja makan. Baru nak tarik kerusi, tiba tiba Adrian datang...

"...aku duduk sebelah kau." Ujarnya lalu menarik kerusi di sebelah aku. Aku pandang Ashraff yang hanya diam tanpa riak. Lambat lambat aku duduk di sebelah Adrian. Ashraff duduk di tepi Adam iaitu bertentangan dengan aku. Di sebelah kanan aku ada Nurin Kemudian Aina. Di sebelah Adam ada Tuah. Manakala dihujung meja sana ada Raden. Di hujung meja sebelah sana tiada orang kerana meja dirapatkan pada dinding.

Di sebelah kanan Ashraff masih ada satu tempat duduk. Ah, mesti tempat Puteri yang berlagak macam puteru kayangan!

Benar sangkaan aku. Aku nampak Puteri jalan terkedek kedek dan duduk di sebelah Ashraff. Bila semua orang dah berkumpul, kami mula makan. Entah kenapa aku tidak berapa nak lalu, bila tengok Puteri kat depan!

"Ash... can you help me?" Puteri pandang Ashraff.

"Help what?" soal Ashraff macam nak taknak saja bunyinya.

"Tolong ambikkan I lauk tu... I nak paha..." pinta Puteri. Ashraff ambil saja mangkuk itu sebab tak mahu dicop sombong. Kemudian dia meletakkan mangkuk tersebut di hadapan pinggan Puteri.

Puteri memuncungkan bibir.

"Ala Ash... tolonglah letakkan sekali." Rengek Puteri. Aku mencebik. Isy, perempuan ni memang mengada ngada sungguh! Dia tak tahu agaknya yang Ashraff tu tak suka diarah arah. Tambahan... diarah oleh perempuan gedik pula itu!

"Letak ah sendiri." Aku tersenyum sendiri. Kan aku dah cakap.

"Ala, Ash... You ni berkira sangatlah." Puteri merengek lagi. Ashraff mengeluh perlahan. Lambat lambat dia mencapai sudu dalam mangkuk kari ayam itu. Aku mencebik. Ah, Ashraff termakan dengan pujukan perempuan gedik juga? Dasar mudah cair!

"Okay, fine. Kau nak sangat." Ujar Ashraff sebelum meletakkan kaki ayam ke dalam pinggan Puteri. Puteri menjerit kecil. Ah, gelinya tengok kaki ayam!

Aku ketawa berdekah dekah. Dalam hati saja.

"Uh... you ni jahatlah, Ash..." Puteri merajuk dan mula berpeluk tubuh. Dia tidak pandang Ashraff lagi, kononnya telah berjauh hati. Namun Ashraff sikit pun tidak peduli. Lantaklah nak merajuk ke, nak mati ke. Peduli apa?!

"Ash! Apa you ni...? Pujuklah I, I kan merajuk dengan you ni!" desak Puteri sambil tercebik cebik. Ashraff tersenyum sinis.

"Tak suruh pun kau merajuk." Balas Ashraff, selamba.

Tiba tiba...

"Ashraff, boleh tolong hulurkan jag air tu?" Adrian meminta sambil tersenyum. Dia meminta tolong Ashraff kerana jag berisi air sirap itu berada paling hampir dengan lelaki kacak itu.

Ashraff menghentikan makannya. Dia memandang Adrian. Lama dia berdiam diri seolah olah berkata, 'kau dah takde kaki tangan ke sampai mintak orang hulurkan?'

Namun demi menjaga hati Adrian, lambat lambat Ashraff mencapai juga jag itu lalu dihulurkan kepada Adrian. Adrian tersenyum sebagai gantian ucapan terima kasih. Kemudian tak disangka sangka bahawa Adrian akan menuangkan air tersebut ke dalam gelas kepunyaanku.

Terhenti makanku. Lambat lambat aku pandang Adrian yang hanya tersenyum. Kemudian pandangan aku jatuh kepada Ashraff yang bulat matanya memandang ke arah sini.

Err... Ashraff marah ke?

"Kenapa kau tuang untuk aku? Aku boleh buat sendirilah." Bisik aku agak keras kepada Adrian. Namun Adrian hanya tersenyum, buatkan aku rasa macam nak tumbuk saja mukanya. Dia ni macam sengaja nak buat aku rasa segan! Apa orang cakap nanti?! Kalau nak tuang tu, tuanglah untuk smeua! Itu pun nak kena ajar ke?!

Kami sambung makan. Aku rasa macam nak habiskan cepat cepat saja. Aku tak mahu Adrian tegur aku lagi. Entah kenapa aku rasa tak selesa. Aku lagi suka kalau Ashraff yang suka mengarah! Ashraff lagi baiklah! Adrian tu... argh, geramnya!

Tiba tiba...

"Yasmin, bibir kau comot..." tiba tiba Adrian menegur. Terus terhenti makan aku. Dia ni kenapa?! Dah nama pun makan, mestilah bibir akan terkena makanan! Apa, dia makan guna hidung agaknya!

Aku pandang dia. Baru nak balas, tiba tiba...

"Ada tiga butir nasi atas pipi kau, Yasmin tak cakap pun..." celah Ashraff lalu berdiri dan beredar bersama sambil membawa pinggannya yang masih ada separuh nasi yang tidak habis.

Cepat cepat Adrian menyentuh pipinya. Benarlah!

Aku pula cepat cepat bangun. Aku ikut langkah Ashraff yang tengah membuang sisa makanannya ke dalam tong sampah. Kemudian, Ashraff meletakkan pinggannya ke dalam satu besen warna biru gelap. Aku pun turut membuat perkara yang sama. Kemudian, aku menghampiri Ashraff yang sedang membasuh tangan di singki.

"Ash, kenapa tak makan habis?" aku menegurnya sambil menunggu Ashraff menggunakan sabun pencuci tangan. Ashraff menggosok tangannya. Langsung dia tak pandang aku.

"Macamlah kau makan habis." Bidas Ashraff.

Eh, aku makan habislah! Tak nampak ke aku sumbat nasi sampai terjojol biji mata tadi?! Atau Ashraff rabun? Kalau ya, aku boleh pinjam cermin mata milik budak Cina kat meja sebelah tadi.

"Aku cuma tak habis terung aje!" balas aku tak puas hati. Ashraff tutup paip. Eh, dia ni! Tak nampak ke aku tengah menunggu sebelah dia ni? Betul agaknya yang Ashraff rabun!

"...tetap tak habis!" tempelaknya.

Aku mencebik. Yalah yalah...

"Yang kau macam nak marah marah ni kenapa? Aku ada buat salah ke, ha?" aku beranikan diri untuk bertanya. Ashraff terus memandang ke arah aku. Aku nampak muka Ashraff agak memerah.

"Tolong jangan jadi gedik, Yasmin!"

Aku tersentak. Kau ni dah kenapa, Ash?! Masa bila pulak aku jadi gedik? Rasanya aku sendiri yang menyampah bila tengok sikap Puteri yang menggedik tadi! Hoi, sedap mulut aje mengata aku gedik! Kang aku kaut sisa makanan yang tak habis dalam tong sampah itu dan sumbat dalam mulut dia!

"Masa bila aku jadi gedik?!" soal aku geram.

"Yang mamat ada tahi lalat dekat dagu kat sebelah kau tadi buat tu apa? Bukan ke kau yang suruh dia tuangkan air tadi?!" balas Ashraff dengan nada agak tinggi namun masih perlahan suaranya.

Masa bila pula aku minta dibuat macam tu?!

"Kau cakap elok elok sikit, eh? Kau ingat aku ni takde tangan ke nak buat sendiri?!" balas aku geram. Ya, memang aku geram sangat sekarang ini. Geram dengan sikap Ashraff!

Ashraff diam tapi matanya masih memandang aku.

"Aku tak suka kau rapat dengan Adrian!" tiba tiba Ashraff berkata.

Aku tersentak. Dia tak suka aku rapat dengan Adrian? Adrian tu kan kawan aku? Apa salahnya kalau aku rapat dengan dia.

"Kenapa kau tak suka?!" soal aku mahu tahu.

"Kalau aku cakap aku tak suka, tak sukalah! Banyak pula soal kau!" balasnya.

Aku diam. Kenapa? Ashraff cemburu ke? Dia suka aku ke? Kalaulah betul dia suka aku, aku janji yang aku takkan rapat dengan Adrian lagi. Lagipun memang aku kekok bila berhadapan dengan Adrian.

"Ash, kau suka aku ke?" aku beranikan diri untuk bertanya. Ashraff terdiam. Cakaplah Ash yang kau sebenarnya sukakan aku kerana aku pun sukakan kau. Kau cemburu ke, Ash?

"Perasannya kau! Eh, Yasmin... kau ingat kau tu siapa? Kau bukan taste akulah! Perempuan yang aku suka bukan macam kau! Aku suka perempuan macam Puteri tu. Pandai tayang rambut! Bukan macam kau, kolot! Asyik pakai tudung aje! Lepas tu tak pandai nak mekap. Harapkan kecantikan asli aje!" sembur Ashraff.

Aku tersentap. Pedihnya sampai ke ulu hati. Sampai hati kau, Ashraff. Kalau betul tak suka, janganlah kutuk aku. Kau ingat aku sengaja aje ke pakai tudung? Tak, Ash. Menutup aurat tu kan suruhan Allah? Kalau kau suka perempuan free hair macam Puteri, tak apalah. Sebab aku takkan mungkin jadi macam dia.

Dan lagi satu... Apahal kau nak cakap yang aku tak pandai nak mekap? Aku pakai ajelah mekap, cuma kadang kadang. Kalau pergi jalan jalan, aku pakailah. Inikan kem, nak belajar, bukan nak mengurat orang! So, salah ke kalau aku tak mekap? Aku cuma pakai pelembab bibir dan pakai budak baby Carry Junior. Jangan terkejut pulak kalau aku pakai mekap nanti. Kalau aku jadi cantik, aku akan pastikan yang kau takkan cam aku.

Jamgan terkejut kalau aku jadi Hannah Delisya!

"Woi! Berangan ajelah!" Tiba tiba aku terdengar suara Ashraff. Nampak saja muka Ashraff, aku jadi sakit hati tiba tiba. Laju saja aku pergi picit sabun pencuci tangan dan aku lesetkan pada bahagian lengan bajunya.

"Ambik sabun ni, dan bersihkan hati kau!"

"Aku tak sangka mulut kau lebih jahar daripada setan, Ash!" jerit aku.

Terus aku beredar dari situ bersama hati yang marah. Ashraff pula tergamam habis. Kenapa? Terasa ke bila aku cakap yang mulut dia lebih jahat daripada syaitan? Kenapa, terasa hati sebab aku tak jaga hati dia? Habis macam mana dengan aku pulak, Ash?! Kau tak fikirkan perasaan aku!

Kau kejam, Ash! Aku benci kau!

Aku terus masuk ke dalam tandas. Aku menangis di depan cermin. Sampai hati Ashraff maki aku. Dia tu lelaki, bolehlah nak tayang rambut. Tapi aku ni perempuan. Agaknya dia pun tak sukakan mak dia! Sebab aku nampak mak Ashraff pakai tudung, siap dah buat umrah lagi.

Ha, pergilah maki mak kau tu! Tengok sendiri macam mana riaksi dia!

Tiba tiba pintu tandas dibuka. Puteri! Laju sahaja aku menyapu air mata aku. Dia menghampiriku.

"You... Yasmin, kan?" Puteri pandang aku atas bawah. Lambat lambat aku memgangguk. Apahal si Puteri ni tengok aku macam tu? Nak ejek aku sebab dah menangis ke?

"You dengan Ash ada apa apa ke?" soalnya lagi. Lambat lambat aku menggeleng. Tiba tiba rasa sedih bila teringatkan Ashraff. Sampai hati kau, Ash! Kau buat aku macam patung, takde perasaan. Kau jahat!

"Ah, thanks God! Ahaha!" ucap Puteri lalu ketawa dan melompat lompat kegembiraan. Dia ni kenapa? Tiba tiba ketawa sambil meloncat loncat. Agaknya dia terencat akal kut.

"Yang kau suka sangat ni kenapa?" soal aku, pelik.

"Gembiralah! You dengan Ash kan takde apa apa? Bolehlah I jadi girlfriend dia... Au au, tak sabarnya!" Puteri bertepuk tangan. Aku berdecit. Lupa pulak aku yang Puteri ini tengah syok kat Ashraff.

Tiba tiba aku sakit hati.

"Ash dah ada aweklah!" balas aku selamba. Puteri terdiam.

"Siapa?" soalnya laju. Aku buka paip air dan buat buat basuh tangan. Lepas tu aku betulkan tudung, taknak bagi senget. Nanti tak pasal pasal Ashraff kutuk aku tak pandai pakai tudung pula.

"Kau tak kenal. Ashraff dah ada awek kat sekolah kitorang." balasku.

Puteri diam, macam tengah berfikir.

"Tak apalah. Girlfriend dia takde sekarang. Sempatlah tu I pikat dia. Bila dia cair dengan I, mesti dia akan break dengan girlfriend dia. Oh, tak sabarnya! Yasmin, nanti bila kitoranh dah couple, tolong tangkap gambar kitorang berdua ya..." Puteri mula pasang angan angan.

Aku mencebik. Namun dalam diam, hati aku bertukar sayu. Aku pegang tombol pintu tandas. Lambat lambat aku menoleh. Wajah teruja Puteri aku tatap lama.

"Tahniah, Puteri. Mungkin impian kau akan tercapai nanti."

AKTIVITI dimulakan dengan sesi ujian Matematik. Semua pelajar dikehendaki untuk duduk di dalam kumpulan masing masing. Automatik aku jadi sakit hati bila terpandangkan Ashraff. Jika selama ini kitorang saling duduk sebelah menyebelah, jangan haraplah aku nak buat macam tu lagi.

Aku takde hati lagi nak bersama dengan dia pada setiap waktu. Aku taknak dilihat terhegeh hegeh macam perigi mencari timba.

Awal awal lagi aku dah duduk bersila sebelum orang lain melabuhkan duduk. Tiba tiba aku nampak Ashraff datang mendekat sambil memandang aku. Lambat lambat dia duduk di sebelah aku. Aku mencebik dalam diam. Tak suka aku tu, buatlah macam tak suka. Tak payahlah duduk sebelah aku. Ada banyak lagi tempat lain. Tu, duduk sebelah Puteri kesayangan kau tu!

Hisy! Tak betah aku duduk sini. Laju sahaja aku bangun dan tukar tempat duduk. Ashraff nampak macam tergamam dengan tindakan aku.

Sebaik sahaja aku duduk, tiba tiba Adrian datang dan duduk sama. Dia senyum pada aku. Nak taknak aku terpaksa senyum juga. Dulu aku dan Adrian pernah jadi rapat sangat macam rapatnya aku dengan Ashraff. Dia pernah jadi kawan baik aku kut. Mungkin Adrian nak lepaskan rindu kepada aku. Jadi sebab itu dia selalu duduk dekat aku.

Aku pandang Ashraff. Hmm, mukanya tegang.

Mulalah aku nak tersenyum sinis. Kau ingat aku tak boleh hidup tanpa kau ke? Wei, Adrian tu pernah luahkan perasaan kat aku kut. Ingat aku tak laku ke walaupun aku ni bertudung litup? Kau tu yang jahil, Ash! Suka perempuan yang gedik macam Puteri.

Aku pandang Adrian. Pelbagai idea datang mencurah curah.

Adrian memang boleh tahan kacak. Ramai aje perempuan yang tersipu sipu bila tengok dia. Jadi, boleh tak kalau aku nak buat buat mesra dengan Adrian? Niat aku cuma satu. Aku nak buktikan yang perempuan bernama Nurul Yasmin ni bukannya tak laku. Aku bukan tak laku, Ash!

"Kau sihat, Ad?" aku menegurnya.

"Aku makin sihat bila bertemu dengan kau balik, Yasmin." Balasnya sambil tersenyum manis. Aku buat buat ketawa dan pandang Ashraff secara curi curi. Heh, apahal kau macam gelisah?

"Okey murid murid semua. Hei, hei, tengok depan semua... Berhenti bercakap." Aku dengar suara Cikgu Akam. Aku pandang depan. Kelihatan dia sedang mengangkat tangan kanannya tanda meminta semua murid diam.

Semua orang angkat tangan tanpa ada sebarang bunyi lagi.

"Okey, saya akan bagi tiga helai kertas dalam setiap kumpulan. Satu kertas akan dikongsi dengan tiga orang dalam setiap kumpulan. Grup yang siap paling awal akan diberi markah bonus kalau tiada kesalahan jawapan. Okey fasi, tolong saya edarkan kertas kertas kat meja sana." Kesemua fasilitator tidak kira perempuan atau pun lelaki mula bergerak.

Semua kumpulan telah diberikan tiga helai kertas.

"Kita kena buat grup dulu." Ujar Tuah. Baru aku dengar suaranya. Adam serta ahli kumpulan yang lain hanya mengangguk tanda bersetuju dan mengiyakan kata kata Tuah.

"Kau, kau dan kau... satu grup." Tanpa berselindung, Ashraff membuat keputusan. Dia menundinkan jarinya ke arah Adrian, Tuah dan Aina. Kemudian dia tunding ke orang lain pula iaitu Raden, Nurin dan Puteri.

"Kau tiga orang satu grup..."

"Aku, Adam dan Yasmin pulak saty grup. Deal?" Ashraff pandang kesemua ahli kumpulannya. Lupa pulak aku nak cakap. Sebenarnya, Ashraff dah sah menjadi ketua kumpulan setelah membuat undian. Ramai yang undi dia, Adam, Puteri, Tuah, Aina... dan aku pun sekali.

Tapi itu cerita sebelum makan tengah hari tadi. Kalaulah aku tahu dia akan kutuk aku, memang aku bersumpah yang aku takkan undi dia.

Semua orang hanya mengangguk. Buatkan aku rasa macam nak bersuara.

"Aku tak setuju...!" aku berkata tanpa memandangnya. Ashraff pandang aku. Begitu juga dengan ahli kumpulan yang lain.

"Kenapa?" soal Ashraff.

"Aku taknak sekumpulan dengan budak sekolah sama. Aku nak buat tugasan dengan budak dari sekolah lain." Selamba aku meluncurkan kata kata.

"Tapi..."

Cepat cepat aku potong percakapan Ashraff.

"Macam nilah, biar aku buat keputusan. Sebab aku rasa orang lain pun sependapat dengan aku..." Aku gunakan nama pelajar lain. Sengaja nak sakitkan hati Ashraff yang telah menyakiti aku.

"Adam, kau dan Puteri satu grup..." Aku pandang wajah Ashraff yang kelihatan agak tersentak dengan keputusan yang aku buat. Aku tersengih jahat dalam hati. Sempat aku nampak Puteri yang dah kembang hidung dengan keputusan baru.

Aku pandang Adrian pula.

"Aku, kau dan Tuah pula satu grup." Aku pandang Tuah yang hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kumpulan yang aku tetapkan. Kemudian aku pandang Raden pula.

"And the last one... Raden, Nurin dan Aina..."

Lega aku bila mereka semua bersetuju. Aku pandang kesemua ahli kumpulan. Hm, seronok juga dapat memberi arahan macam ni. Rasa macam aku pula yang jadi ketua.

Cakap pasal ketua, tiba tiba aku teringatkan Ashraff selaku ketua kumpulan ini. Aku pandang Ashraff. Mukanya agak bengang.

"Ya, Ash? Kau ada nak cakap apa apa ke? Sebab kita akan mula membuat tugasan dengan kumpulan kecil yang telah ditetapkan. Harap kau gembira..." Aku senyum, senyum plastik.

Ashraff hanya diam dan melarikan pandangan daripada aku. Aku tersenyum sinis. Aku tahu yang Ashraff sebenarnua susah nak adapt dengan suasana baru. Tulah kau... jangan harap aku akan biarkan kau arah hidup aku lagi.

"Ad, Tuah... Jom mula sekarang?" kataku lalu bangun sambil mencapai sehelai kertas yang paling dekat dengan aku. Aku menghampiri Adrian dan Tuah. Sempat aku tengok ke arah Ashraff yang agak tak selesa dengan kumpulannya.

Nasib baik ada Adam!

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience