BAB 17

Romance Completed 13745

PETANG itu, kami menikmati minum petang. Air milo suam dan juga dua biji pulut panggang begitu membuka seleraku. Kali ini, aku makan berdua dengan Raden. Dia yang ajak aku makan bersamanya. Aku tak kisah sebab memang aku selesa dengan dia. Raden baik, dia tak pernah pun nak arah arah aku macam apa yang Ashraff selalu buat. Dia tak pernah pun mengaku benda yang bukan bukan macam apa yang Adrian lakukan.

Adam pula, aku nampak dia semakin rapat dengan tuah. Ashraff? Hmm, aku tak tahu Ashraff buat apa. Mungkin dah naik ke bilik sebab setahu aku, Ashraff tak suka makan kuih. Tiba tiba aku nampak Puteru bercakap cakap dengan seorang lelaki di tepi tiang.

Eh, itu Ashraff! Diorang cakap pasal apa tu? Pasang telingalah... tapi tak dengar sebab kedudukan kami jauh.

"Yasmin, awak dengar tak?" soal Raden buat aku tersentak. Wajah putih bersih Raden menjadi tatapan. Lambat lambat aku mengangguk. Namun dalam diam, aku masih memandang ke arah Ashraff. Aku nampak Puteri seakan akan membentak. Ashraff pun sama. Diorang macam tengah gaduh saja!

"Awak dengan Ash ada apa apa ke?" soal Raden tiba tiba.

Aku diam. Perlahan lahan aku menggeleng.

"Kalau macam tu, awak suka dia?" tebak Raden lagi. Aku tunduk sambil menolak piring yang sudah kosong. Lambat lambat aku pandang dia dan melepaskan satu keluhan berat. Memang aku sukakan dia. Tapi... aku bukan siapa siapa dalam hatinya. Aku cumalah insan biasa padanya. Hanya seorang kawan yang sebenarnya tak layak digelar kawan.

Aku hanya diam, membiarkan soalan Raden bagaikan angin berlalu.

"Saya tahu, Yasmin. Korang gaduh, kan?" Tebak Raden lagi.

Aku tersentak. Macam mana dia boleh tahu? Tak mungkinlah dia tanya Ashraff. Atau Puteri pernah bagitahu dia memandangkan perempuan gedik tu pernah nampak aku menangis?

"Saya tak tahu atas sebab apa, tapi saya yakin, korang memang tengah gaduh. Saya nampak awak dengan dia saling tak bertegur. Awak berdua selalu buat hal masing masing... and saya nampak, awak selalu nak larikan diri daripada dia. Awak kenapa, Yasmin? Ada sesuatu yang awak patut luahkan kepada saya? Kalau ada, ceritalah... Saya akan jadi pendengar awak." Ujar Raden dengan senyuman.

Entah kenapa, sejuk hati aku mendengarnya. Aku percayakan Raden. Aku tahu hati dia mulia. Jadi, tak salah rasanya kalau aku meluahkan segala perasaan aku kepadanya.

"Raden... memang saya sukakan Ash." Aku berterus terang.

"...dari awal pertemuan kami, saya dah sukakan dia. Saya tak tahu kenapa, dialah orang pertama yang buat saya tertarik. Malah, saya rasa saya sanggup buat apa saja untuk dia. Saya tak pernah rasa macam tu dekat mana mana lelaki. Termasuklah Adrian... Tapi... saya tak sangka dia sanggup kutuk saya..." ceritaku. Mata aku mulai panas. Hatiku kembali sebak.

Raden pandang aku.

"...dia... kutuk awak?" soal Raden, tidak percaya.

Lambat lambat aku mengangguk. Aku pandang dia. Hati menjadi semakin sebak. Ah, kenapalah aku terlanjur membuka cerita ni? Patutnya aku kena pendam sendiri.

"Ya, Raden. Dia cakap, saya bukan taste dia. Dia kata saya kolot sebab pakai tudung... tak pandai tayang rambut... tak pandai nak bermekap. Dia cakap, dia suka perempuan macam Puteri. Dan takkanlah saya nak kena ubah penampilan saya semata mata sebab tu? Saya tak boleh, Raden. Saya... saya memang cukup terasa dengan kata kata dia. Saya tak rasa yang saya boleh maafkan dia macam tu saja." Aku tahan air mata daripada mengalir.

"Aaa... Ashraff cakap macam tu?" Hanya itu yang terluah daripadanya. Aku angguk. Raden menggeleng geleng, mungkin tidak menyangka bahawa begitulah cerita yang aku pendamkan.

"Yasmin, sabarlah... Tapi bagi saya, awak tak seteruk apa yang dia sangka..." Raden menjeda sekejap.

"...tapi saya rasa, semua ni salah faham..." ujarnya lagi.

Aku tersentak.

"Apa maksud awak?" tanyaku sambil memegang permukaan meja. Wajah Raden aku tatap lama. Raden ambil cawannya, lalu minuman yang sudah pun sejuk itu diminum sedikit.

"Saya rasa, Ashraff pun sukakan awak." Bagitahu Raden.

Aku diam. Ashraff pun sukakan aku? Ah, tak mungkin! Mustahil, Yasmin! Mustahil! Mana ada orang kutuk orang yang dia suka!

"Tapi dia hina saya, kutuk saya... Suke ke namanya?" Aku genggam jari jemari.

Raden letak tangannya di atas meja.

"Macam nilah, Yasmin. Saya tahu mesti susuah untuk awak percaya, tapi percayalah saya... Ashraff memang sukakan awak. Saya boleh faham isi hati dia." Kata Raden sambil pandang aku.

Aku tunduk.

"Tapi, dia kutuk saya... Awak faham tak?" keluh aku.

"Saya tahu, Yasmin. Saya faham perasaan awak. Awak terluka, dan saya pun faham perasaan Ashraff. Dia sebenarnya tersepit, Yasmin..." ujar Raden lagi.

Aku mendongak. Mahu saja aku hempaskan piring ke dalam longkang. Macam mana Raden boleh. Cakap macam tu? Ah!

"Tersepit apa?! Tersepit antara memilih saya ataupun sepupu awak? Macam tu?" soal aku dengan agak tinggi. Bukanlah niat aku nak marah dia, tapi aku tak tahan. Kenapa Raden macam nak backup Ashraff?!

"Bukan, Yasmin..." Raden menjeda lagi.

"Dia tersepit antara memilih untuk berterus terang ataupun merahsiakan." Bagitahu Raden. Aku terkejut. Raden cakap apa ni? Aku tak fahamlah...

"Merahsiakan apa pula?" Tanya aku.

"Perasaan dia. Saya percaya yang dia sukakan awak. Tapi, Yasmin... Faham faham sajalah. Bukan semua lelaki sama. Lelaki ni, egonya tinggi melangit. Begitu juga dengan Ashraff. Dia takut untuk berterus terang perasaan dia. Dia takut benda lain pula yang jadi." Terang Raden yang lagak macam tengah menyelami perasaan Ashraff pula.

Aku pandang Raden.

"Benda apa pulak? Bukan ke saya pun sukakan dia?"

"Tapi, awak rasa dia tahu ke yang awak sebenarnya suka dia?" tukas Raden dengan laju. Aku diam. Ashraff tahu ke? Tak, aku mana pernah cakap. Jadi, macam mana Ashraff nak tahu?

Lambat lambat aku menggeleng. Raden tersenyum tipis.

"So... sebab tak tahulah, Ashraff takut untuk bercakap benar. Dia takut awak reject dia, mana dia nak letak muka? Kan saya dah cakap, bukan semua lelaki sama. Mungkin Ashraff jenis yang susah nak terima kenyataan." Beritahu Raden, tenang aje suaranya.

Aku genggam penumbuk. Sakitnya hati aku.

"Tapi, perlu ke sampai mengutuk saya?"

Raden diam. Lambat lambat dia mengangkat bahu.

"Saya tak tahu. Tapi saya yakin, dia sedar kesalahan dia. Dan saya jamin, Ashraff tak pernah terniat pun nak mengutuk awak atau memaksudkan kata kata dia." Kata kata Raden sedikit sebanyak menyejukkan hatiku. Adakah semua itu benar, Ashraff? Katakanlah bahawa ianya benar...

"Kalau betul cakap awak, k... kenapa sekali pun tak pernah dia datang dan mintak maaf pada saya?" Tanyaku bersama satu keluhan.

"Macam yang saya cakap, lelaki ni tinggi egonya." Ujar Raden. Aku diam.

"Sudahlah, Yasmin. Maafkanlah dia. Tak elok gaduh lama lama..." Raden memujuk. Aku pandang Raden. Patutkah aku mengikut kata katanya? Ya Allah, aku buntu.

"Ramai orang suka awak, Yasmin." Tersentak hebat aku jadinya. Raden ni apahal? Tiba tiba saja cakap benda macam tu. Tak fahamlah aku!

Aku pandang Raden, tanda sedang menagih alasan.

"Apa maksud awak?" aku bertanya laju.

"I mean, ramai orang kat kem ni sukakan awak sebenarnya. Honestly, a guy. Tuah pun cakap yang dia pun suka awak. Adrian pun. Lepas tu Khairi, Izuan... Diorang cakap sendiri kat saya. Khairi dengan Izuan ty roommate saya." Nasib baik tak terkentut prek prek aku kat situ.

Apa kejadah pulak ni? Tuah pun suka aku? Alahai... Khairi dan Izuan? Ah, semuanya tak aku kenal.

"...and pretty sure, bukan diorang saja. Saya pun terjebak sekali." Sambungnya.

Aku terdiam. Raden... apakah semua ni? Ya Allah, benda apa ni?!

"Apa maksud awak?" soal aku dengan berdebar debar.

"Saya suka awak, Yasmin." Perlahan saja dia membalas. Aku tergamam, agak tak percaya dengan apa yang baru didengari. Ya Allah, apa semua ni? Raden pun sukakan aku? What the heck? Aku ni macam artis ke? Rasanya aku tiada apa apa kelebihan pun.

"Raden... ss... saya... Awak hanya main main, kan?" aku bertanya sambil memandang dia. Tiba tiba terasa kekok.

Raden menggeleng.

"Saya tak main main, Yasmin. Saya memang maksudkannya." Tekan Raden.

Aku tunduk. Kenapa orang boleh sukakan aku? Aku rasa aku ni cuma perempuan biasa biasa saja. Aku tiada apa apa. Just perempuan biasa.

"Awak bukan biasa biasa, but you're so special." Ujar Raden, macam tahu tahu saja yang aku tengah bermain kata di dalam hati.

Lambat lambat aku mendongak dan pandang dia.

"Tapi, saya tak rasa macam tu..." kataku, lemah.

Raden senyum sahaja.

"Saya... saya hanya sukakan dia. Dan saya tak mungkin dapat lupakan dia." Aku pandang wajah Raden. Dia masih senyum. Tidak sakitkah hatinya bila aku cakap macam tu? Kata suka aku? Tak cemburu ke bila aku cakap yang aku hanya sukakan Ashraff? Pelik ni...

"I know, Yasmin. Suka tak boleh dipaksa." Balas Raden.

"Awak tak marah, kan?" aku soal dia. Raden menggeleng.

"Tiada sebab untuk saya nak marah awak, Yasmin. Saya faham perasaan awak. Dan saya terima hakikatnya. Awak berhak memilih dengan siapa yang awak mahu." Lega aku mendengar.

Raden ni memang baik sungguh! Matang dalam setiap tindakan, bijak dalam berkata kata cekap dalam mengawal keadaan dan hebat dalam semua perkara. Untunglah siapa yang dapat Raden kelak.

"Terima kasih sebab faham perasaan saya, Raden. Awak memang baik." Aku hadiahkan sebuah senyuman manis. Raden senyum dan mengangguk.

"Tapi saya akan tetap jadi kawan awak, kan? Awak dah save nombor saya?" Raden bertanya. Lambat lambat aku mengangguk. Memang aku dah simpan nombor dia.

Raden senyum.

"Baguslah kalau macam tu. Saya harap bila kem ni tamat, awak takkan lupakan saya. Whatsapplah saya kalau ada apa apa. Saya akan tetap ada untuk awak." Pesan Raden.

Aku hanya mengangguk. Aku takkan lupakan kau, Raden. Sebab kaulah yang mengubah hati aku untuk memaafkan orang yang aku sayang.

"Raden, saya pergi dulu. Ada benda yang saya perlu buat." Aku pandang Raden.

Raden hanya mengangguk.

"Assalamualaikum." Ucap aku seraya bangun sambil mengangkat piring dan cawan yang telah kosong.

"Waalaikumussalam." Balas Raden.

Aku meletakkan piring dan cawan ke dalam besen warna biru gelap. Kemudian aku berjalan keluar dari ruang makan. Tak sabar nak naik ke bilik dan buka telefon. Lepas tu aku nak buat buat mesej Ashraff. Kok kok dia boleh tahu signal kemaafan daripada aku. Dan lepas tu, kitorang akan baik macam dulu.

Pasal apa yang Ashraff katakan tempoh hari, aku akan cuba melupakan. Oh, tak sabarnya! Ashraff, tunggu aku tau! Aku tak sanggup nak jauh daripada kau lagi!

Kaki aku yang tadi dihayun laju perlahan lahan menjadi lambat sebaik sahaja aku nampak Puteri dan Ashraff. Mahu luruh jantung aku apabila melihat keadaan mereka ketika itu. Puteri sedang memeluk Ashraff dari belakang. Aku nampak Puteri tengah menangis ketika itu. Mereka berdiri di tepi kolam.

Sebak hati aku jadinya. Perlahan lahan air mata mengalir. Pandangan aku mulai kabur. Ashraff dan Puteri memang dah ada apa apa ke? Sampainya hatu Ashraff buat macam tu!

Aku tak sempat nak tengok wajah Ashraff. Entah bagaimanalah perasaannya ketika itu. Ah, mestilah bahagia!

Aku berpusing dan pada waktu itu juga, aku terlanggar seseorang. Aku jatuh terjelepok macam nangka yang belum busuk mana.

"Hei, jalanlah baik baik!" tengking perempuan itu.

Lambat lambat aku bangun. Air mata aku masih setia mengalir. Aku nampak Ashraff sedang memandang ke arah aku. Masa tu, Puteri dah berada jauh daripadanya.

"Mm... maaf!" ucap aku lalu berlari dari situ.

Aku tak sanggup lagi menahan derita ini. Aku sakit tengok Ashraff dan Puteri bersama. Ya Allah, kenapalah aku boleh tersuka dia? Kenapa aku boleh mencintai lelaki yang terang terang tak akan membalas cintaku?

Kenapa...?!

"KAU pekak ke hah?! Aku cakap, aku tak suka kau!" marah Ashraff. Puteri tercebik cebik menahan rasa. Dia sebak bila Ashraff memarahinya. Mummy dengan daddy dia sendiri tak pernah tinggalkan suara padanya. Tapi Ashraff...? Sampai hati!

"Tapi I suka you..." lirih Puteri berkata. Ashraff mendengus marah.

"Aku tak pernah suruh pun kau suka aku!" cebik Ashaff sambil berpeluk tubuh. Dia memang geram dengan sikap Puteri. Entah bagaimana perempuan itu boleh dapat nombor telefon dia sedangkan dia tak pernah bagi. Malah nombor telefon sendiri pun Ashraff tak pernah ingat.

Nak cakap Yasmin bagi? Entahlah... macam mustahil saja.

Bingit telinga dia malam tadi. Hampir 50 kali Puteri menelefonnya. Mana perginya maruah dan rasa malu Puteri pun Ashraff tak tahu. Tak malu ke terhegeh hegeh kepada orang yang tak pernah sudi? Ah, mahu saja dicampak Puteri ke dalam kolam renang. Biar kojol, senang cerita!

"Kau ingat eh, aku takkan pernah sukakan kau sebab bagi aku, kau tak layak disukai aku! Dalam hati aku hanya ada Yasmin! Hanya dia, kau ingat benda tu sampai bila bila!" marah Ashraff lalu mahu beredar.

Puteri tercebik cebik menahan tangis. Tiba tiba dia ternampak kelinat seorang perempuan yang sedang berjalan pantas.

Yasmin!

Lalu tanpa berfikir panjang, Puteri terus memeluk Ashraff dari belakang. Ashraff pula tergamam habis. Otaknya bagaikan tersumbat dan terputus sel sel neuronnya. Ketika itu, Ashraff langsung tak terfikir untuk menolak perempuan yang begitu asing baginya. Dia bagaikan patung. Entah mengapa jadi begitu.

Tiba tiba...

"Hei, jalanlah baik baik!" Ashraff tersedar apabila terdengar suara yang kuat itu. Lantas dia menoleh ke arah bunyi yang terhasil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Yasmin sedang terjelepok di atas lantai. Adakah Yasmin nam...

Terus Ashraff menolak Puteri dengan kasar. Kedudukan mereka dijarakkan.

Ashraff pandang ke arah tadi. Kelihatan Yasmin sedang bangun dengan perlahan lahan. Ashraff nampak Yasmin memandang ke arahnya. Hancur luluh hatinya melihat air mata yang mengalir di pipi Yasmin. Sah! Yasmin nampak segala galanya!

Kemudian Ashraff nampak Yasmin berlari pergi dari situ. Ashraff mahu mengejar namun entah kenapa kakinya terasa begitu berat. Dia tidak berdaya...

Lantas Ashraff memandang Puteri. Pandangan yang paling tajam dilemparkan. Puteri menggigil gigil. Ketakutan menguasai jiwa. Tanpa sempat berbuat apa apa, Ashraff terus melayangkan penampar. Puteri terteleng ke kanan. Peritnya usah dikata. Perlahan lahan air matanya jatuh.

Ashraff merengus marah. Dia tidak kisah digelar dayus.

"Aku benci kau, Puteri! Kenapa kau buat macam tu, hah?! Kau memang saja nak Yasmin fikir benda yang bukan bukan, kan?!" Ashraff genggam penumbuk. Puteri memang dah melampau. Suka hati aje nak peluk peluk orang. Ingat dia tu nenek aku agaknya!

"Kan I dah cakap yang I suka you, sayang dan cintakan you? I buat semua tu untuk you, Ash! Takkanlah you tak nampak?" Puteri pegang pipinya yang merah.

Ashraff menjeling, meluat.

"How much I need to tell you that I never love you?! You...!" dada Ashraff turun naik menahan marah. Ah, sakit hatinya!

"Aku benci kau, Puteri! Apahal kau tak suka kat Adrian aje?! Kenapa malang sangat nasib aku yang terpaksa disukai kau ni?! Argh, tension aku!!!" jerit Ashraff lalu berlari pergi dari situ, meninggalkan Puteri yang termanggu manggu.

Hingga datanglah sepupunya...

"Puteri okey?" soal Raden begitu prihatin. Puteri menggeleng lemah.

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?" soal Raden. Dia memanh sayangkan Puteri. Puteri itu nampak saja gedik, tapi hatinya mulia. Selama ni, Puterilah yang selalu menghiburkan hati sunyinya.

Raden bersyukur kerana Allah menganugerahkan sepupu yang memahaminya seperti Puteri. Puterilah yang banyak merawat hati lukanya apabila dia merindui ibu dan ayah yang sudah lama tiada.

"Raden... Ash bencikan Puteri..." terus dia menghamburkan tangisannya.

___

P/s: kalau banyak typo, author minta maaf banyak ii. Nanti free author baiki satu satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience