BAB 21

Romance Completed 13745

TERBANTUT langkah aku bila nampak ada seorang pelajar perempuan duduk di tempat aku. Ashraff pandang aku sambil mengerutkan dahi. Dia turut memandang ke sana. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat budak perempuan itu. Paling mengejutkan, dia tidak pernah nampak perempuan itu selama ini. Pelajar barukah?

"Wei..." Cepat cepat aku menarik lengan baju Ashraff.  Ashraff pandang aku. Aku sekadar menggeleng.

"Ada Cikgu Malik!" bisik aku, keras.

Sememangnya Cikgu Malik dikenali dengan perwatakannya yang terlampau garang. Kalau dia bercakap, ibarat menggunakan mikrofon. Sekali dia bertempik, boleh tercabut bulu burung. Sudahlah ada misai yang bergulung dan tebal macam Mister Potato. Tubuhnya pula tegap dan tinggi macam askar. Cuma kepala dia botak. Kalau dia lalu depan kelas, automatik menjadi sunyi sepi.

Lambat lambat kami memberi salam.

"Ha! Kenapa korang lambat?!" bagaikan halilintar, suaranya memecah gegendang telinga kami.

"Err... duit saya tercicir tadi..." auta Ashraff. Cikgu Malik pandang aku pula.

"...kamu?!"

"Err... barang saya tertinggal dekay wakaf, jadi saya ambik..." balas aku dengan tersangkut sangkut. Cikgu Malik sambung menulis di papan putih.

"...dua dua cuai! Masuk!" arahnya. Lambat lambat kami masuk.

Ashraff berdiri di sisi meja aku manakala aku berada di belakang Ashraff.

"Apahal kau duduk sini?" soal Ashraff keras. Perempuan itu pandang Ashraff.

"Kenapa? You ada masalah ke?" soalnya tenang.

*Yes, ni tempat kawan aku." Balas Ashraff pantas.

"Hm? But... I can't see anything that ni tempat kawan you tu." Perempuan itu pandang aku.

"Oh, tapi sekarang kau dah tahu kan? So...?" Ashraff menjeda.

"Sorry, handsome. Tapi, I taknak. Cikgu yang benarkan I duduk sini." Ucap perempuan itu sambil memeluk tubuh. Aku nampak muka dia tak macam orang Melayu seratus peratus. Mix mana ni?

"Tapi tempat ni dah ada tuan! Tak faham ke?!" soal Ashraff agak tinggi.

"So? Peduli apa? I taknak!" balas perempuan itu, berani.

"...kau...!" Ashraff nampak macam marah. Tiba tiba...

"Hei! Korang bising bising apa tu?!" jerkah Cikgu Malik.

"Perempuan ni taknak tukar tempat!" balas Ashraff sambil pandang Cikgu Malik.

"Jadi kenapa? Biarlah dia!" sambut Cikgu Malik.

"What?! Ni tempat Yasmin!" bentak Ashraff.

"Saya tahulah... sebab tu saya suruh dia duduk situ." Ashraff dan aku sama sama terkejut. Apakah? Tempat aku kut? Kurang asam!

"Kenapa?!" aku menyoal agak bengang.

"Macam nilah... Danisha cakap, dia nak duduk di sebelah lelaki yang paling berpengaruh dalam kelas ni. Jadi... kamulah lelaki tu..." Ashraff tersentak. Danisha yang dimaksudkan hanya tersenyum sendiri.

"Special sangat ke dia? Anak raja mana ni?" soal Ashraff, sinis.

"Dia bukan anak raja, tapi dia anak kepada usahawan terkenal tanah air kita. Bapanya ialah orang kaya, orang berkoprat, ada syarikat yang berada dalam ketegori lima tergah dalam dunia. Danisha juga keturunan Perancis.

Kalau nak dibandingkan dengan kamu..." Cikgu Malik pandang aku dan menjeda.

"Saya terpaksa ketepikan awak... sebab awak hanya pelajar biasa."

Berdesing telinga aku. Marah cuba ditahan.

"Cikgu? Cikgu sedar tak apa yang cikgu cakap ni? Sekalipun dia anak orang kaya dari planet Neptun, sekalipun dia kaya dan ada duit yang banyak macam lautan, dia tetap bukan tuhan. Tak layak diagung agungkan!" bentak Ashraff.

Cikgu Malik diam.

"Sudahlah, Ash. Tak manis kita bertengkar depan dia."

Ashraff menarik senyuman sinis.

"Habis cikgu boleh aje perkecilkan Yasmin depan dia? Macam tu apa pula? Kurang manis?" Ashraff membalas. Aku diam dan tunduk.

"Ashraff!" Cikgu Malik menjerkah.

"Apa, cikgu?!" sambut Ashraff laju.

Aku pegang lengan baju Ashraff. Ashraff pandang aku. Aku menggeleng geleng. Air mata rasa macam nak terkeluar. Tapi aku tahan.

"Sudahlah. Aku boleh duduk kat lain." Ujar aku sambil tayang senyuman pahit.

"Tapi..."

"Ha, baguslah. Awak pergi ambik meja dekat bilik hujung. Lepas tu duduk kat sana." Cikgu Malik tunjuk pintu kelas di bahagian belakang. Lambat lambat aku mengangguk.

"Biar aku tolong ambik." Ujar Ashraff namun aku pantas menggeleng.

"Thanks but no. Aku boleh buat sendiri."

AKU masuk ke dalam sebuah bilik di hujung. Aku tutup hidung. Tebal betul debu dekat sini. Tiba tiba rasa sakit hati. Apahal dengan Cikgu Malik tu?! Dah kena guna guna ke? Ada ke patut dia buat aku macam tu? Memang limau masam sebelah betul cikgu botak tu! Tak pasal pasal aku kutuk dia! Sakitnya hati hanya Allah yang tahu.

Aku seluk poket baju kurung. Terpaksalah aku korbankan sapu tangan yang aku bawa semata mata nak bersihkan meja. Memang lepas ni aku akan buang sapu tangan ni terus. Takpun, aku sumbat dalam beg Danisha yang melebihi anak raja itu. Heh, menyampahlah aku! Cantik tu memanglah cantik, tapi... Entahlah, kecantikan dia macam dah tertutup dengan kesombongan dan keangkuhannya.

Ingat kalau Perancis tu hebatlah? Ptuih... blahlah! Memadatkan penduduk Malaysia aje. Baliklah, tak payah menyemak kat sini. Hidup pun mesti hanya akan buat aku sakit hati saja.

Dengan sekuat tenaga, aku membawa keluar meja yang seberat tong gas. Tengah tengah berjalan, tiba tiba aku rasa macam ada sesuatu yang bermain main di kakiku pada bahagian belakang. Aku menoleh. Penghendap mana ni?!

"Argh!!!" jerit aku lalu menyepak dagu lelaki itu. Kepalanya terdongak ke atas di saat sepakanku dilayang. Kemudian dia jatuh terlentang ke belakang. Aku melepaskan meja yang aku pegang.

"Ergh!!! Awak ni kenapa, hah?!" aku menyoal garang.

"Eh, kau tu apahal?!" marahnya.

"Awak buat apa?!" Tanyaku sambil memandang lelaki itu. Dia pandang aku sambil memegang bibirnya yang berdarah di bahagian tepi. Perlahan lahan dia berdiri. Nasib baiklah masa tu tiada orang yang lalu lalang. Mungkin kerana pembelajaran sudah bermula.

"Aku tak buat apa apa pun lah!" marahnya.

"Penipu! Awak menghendap, kan?!" aku pandang dia tajam.

"Eh, jaga sikit mulut! Takde masa aku nak hendap kau!" Dia pandang aku juga tajam. Aku bercekak pinggang. Ey, sudahlah dah kantoi, lepas tu taknak mengaku pula! Ni rasa macam nak tampar orang ni!

"Kalau macam tu, cakap kat saya, awak nak buat apa tadi?!" aku menyoalnya.

"Aku nak ambik lipaslah!" balasnya dengan bengang. Aku tersentak. Lipas?

"Mana lipas?" aku bertanya laju.

"Dekat kain sekolah kau!" jawabnya. Lambat lambat aju melihat ke bawah.

"Arghh!!!" aku menjerit. Entah kenapa aku rasa macam lipas tu tengah tersenyum sinis kepadaku. Lambat lambat aku pandang ke bawah balik. Aku nampak sesungut lipas tu bergerak gerak. Mama! Gelinya...!

Lipas itu berjalan.

"Awak! Tolong ambik!!! Tolong! Tolong!" aku merayu kepadanya.

"Maaflah, tapi aku taknak. Nanti kena tuduh nak ambik kesempatan pulak!" balasnya tenang, macam nak perli aku aje nadanya. Aku menghampirinya. Tangan aku dirapatkan ke dada.

"Tolonglah...! Aku mohon, Ya Allah. Saya minta maaf. Awak tak hendap pun tadi. Saya salah... Please, ambik kejap. Saya takut lipas..." aku merayu kepadanya. Aku mula terbayang benda yang bukan bukan. Macam mana kalau lipas tu merayap masuk ke dalam pakaian aku? Argh, gelinya! Nantu mesti menggaru satu badan sebab gatal gatal. Isy, tak sanggup!

"Heh, taknak!" Dia berpeluk tubuh.

"Please...! Saya sanggup buat apa je..." rayuku lagi. Rasa macam nak menangis pula. Huhu, mama... Haqiem, tolong kakak.

Lelaki itu menjatuhkan tangannya. Dia pandang aku.

"Apa apa je, awak sanggup?" soalnya. Aku mengangguk pantas.

"Kalau macam tu, baiklah..." balasnya lalu menunduk dan mengambil lipas itu. Aku menjauhkan diri, takut lipas tu naik balik.

"Isy, buang... buang..." arah aku sambil tunjuk ke koridor.

"Eh, mana boleh buang. Dia pun nak hiduplah..." ujar lelaki itu sambil melepaskan lipas tersebut di atas lantai. Kemudian dia bangun dan pandang aku. Err... nak cakap apa ni? Terima kasih ke?

"Thanks..." ujarku perlahan. Dia tidak membalas.

"Kau dah janji tadi, kan? Kau sanggup buat apa saja kalau aku tolong kau?" Dia pandang aku. Err, memang aku kata macam tu ke tadi? Alahai... terpaksalah aku iyakan. Aku taknak berlaku khianat.

"Awak nak apa? Nak makan? Saya boleh belanja." Aku mempelawa.

Lelaki itu menggeleng.

"Saya nak awak ikut saya ke mana saja yang saya mahu." Balasnya bersama dengan bahasa yang telah berubah. Aku tergamam mendengar permintaannya. Ya Allah, takde permintaan lain ke?

"Err... yang lain ada?" aku tanya dia. Dia pandang aku. Kemudian dia mengangguk.

"Saya nak awak jadi kuli saya selama tujuh hari."

Aku terkejut besar. Macam lebih teruk saja!

"Err... saya pilih yang ta..."

"Time's up! Pilihan awak cuma yang kedua." Lelaki itu tersengih.

"T... t... tap... tapi..."

"Tapi apa?! Kau nak jadi munafik ya?!" Lelaki itu meninggikan suara. Aku diam. Dia ni kenapa? Perlu ke cakap kuat kuat? Aku belum pekaklah. Dan lagi satu, dia ni dah kenapa? Mula mula cakap aku-kau. Kemudian saya-awak. Dan sekarang aku-kau balik. Entah entah lepas ni, dia guna ana ente pula. Haih... jenuh aku nak belek kamus Bahasa Arab.

"Hm, yalah yalah. Tak payahlah marah!" aku berkata perlahan.

Dia pandang aku.

"Masa bila aku marah? Telinga aku ada keluar asap ke?" cebik dia. Ah, terserahlah!

"Nama saya Hazyrul Shabill. Panggil saya, Haz." Dia senyum pula. Dengan teragak agak, aku membalas senyumannya. Taknaklah digelar sombong nanti.

"Nama saya Nurul Yasmin." Beritahu aku.

"Hm, cantik." Pujinya.

Eleh, nama pun cantik ke?

"I mean, awak cantik." Dia macam dah tahu tahu saja apa yang aku katakan di dalam hati. Aku hanya tersenyum hambar. Cantik apa bendanya?

"Lepas ni, bolehlah jadi awek aku!" Tersentak aku. Eh eh, kenal tak sampai 10 minit dah nak cakap benda yang bukan bukan! Habis Ashraff aku tu nak campak mana? Dalam hati Danisha? Oh, never!

"Ha, yalah yalah. Saya jadi awek awak." Selamba, aku berkata. Niat di hati hanyalah untuk melayan karenah Haz tapi, nampaknya masalah lain pula yang timbul.

Haz pandang aku dengan wajah yang ceria.

"Okey, awak dah janji. Ingat, janji mesti ditepati!" ujarnya, riang.

"Eh, Haz! Saya melawak ajelah!" aku cuba menghentikannya.

"Bagi saya, istilah melawak tak pernah wujud. Dalam hidup ini, kita kena sentiasa serius dalam setiap tindakan sebelum terjadinya perpisahan yang dinamakan kematian!" balasnya tegas. Cuak pula aku. Dia ni kenapa serius sangat? Haisy!

"Eh, jom saya tolong awak. Awak nak bawa meja ni ke mana?" Suara Haz bertukar ceria semula. Dia ni... sekejapnya mood dia boleh berubah ubah? Kejap marah marah marah. Lepas tu okey. Peliklah dia ni!

"Ke kelas saya." Balas aku selepas itu. Haz pandang aku.

"Awak berada di kelas mana?" dia bertanya lagi.

"5 Akademik."

Haz diam.

"Hmm... tak pernah nampak pun sebelum ni? Awak budak baru?" tebaknya.

"Haah..." balas aku pendek. Aku baru sebulan lebih duduk dan belajar kat sekolah ini. Jadi, aku masih dikira sebagai budak baru juga walaupun dah lama sikit. Haha... Sebenarnya aku malas nak explain banyak banyak dekat Haz.

"Erm... awak perlukan meja aje? Kerusi?" Barulah aku tersedar.

"Ya Allah, saya lupalah!" Aku tepuk dahi. Haz pandang aku.

"Tak apalah, saya tolong ambikkan." Dia senyum.

"Err... tak menyusahkan awak ke?" Aku pandang dia. Haz menggeleng.

"InsyaAllah, tak. Setakat ni, saya masih kuat." Ujarnya sebelum berlari dan menuju ke bilik yang menyimpan meja dan kerusi. Aku hanya tersenyum. Tak dinafikan...

...aku mula senang dengan kehadiran Haz.

"TERIMA KASIH." Ucap aku sebaik sahaja Haz selesai meletakkan meja di tempat yang Cikgu Malik arahkan. Haz hanya tersenyum sebelum perlahan lahan meminta diri.

Aku pandang ke arah Ashraff. Wajahnya kelihatan bengang. Mungkin tak senang bila terpaksa bersebelahan dengan Danisha atau namanya yang sebenar ialah Irene Danisha. Mamanya berketurunan Perancis, bernama Irene Lefabian atau nama Islamnya Mazidah.

Aku pandang Danisha. Dia hanya pandang sinis ke arah aku. Lambat lambat aku mendekatinya. Maksud aku, meja lama aku.

"Nak apa?!" soal Danisha, macam tak senang dengan kehadiran aku. Aku mencebik. Eleh, menyampah betul aku dengan dia ni. Ingat aku hamak sangat ke nak datang pada dia? Oh, tolonglah!

"Aku nak ambik buku buku aku. So, tolong ke tepi sikit." Balas aku, tenang.

Danisha menjeling.

"Tak payah! Balik nanti kau boleh ambik kalau kau nak!" balas Danisha. Eh, selamba badak aje cakap macam tu. Habis tu aku nak belajar guna apa? Nak guna kepala botak Cikgu Malik?

"Tapi masalahnya, aku perlukan buku buku aku right now! Kau tak faham ke?!" nada aku mula bertukar tinggi. Dia ingat aku ni taknak belajar ke? Heh, tolonglah! Dahlah tak sedar diri, menyibuk nak hak orang!

"Kau marah aku?" soal Danisha.

"Kenapa? Kau rasa macam aku tengah marah kau ke?" Aku pandang dia balik. Danisha bangun. Matanya tajam memandang aku.

"Kau cakap elok elok! Kau tak tahu apa yang aku boleh buat!" Aku tersentak mendengar suaranya yang tinggi. Semua mata memandang ke arah aku, termasuklah Cikgu Malik.

"Kami ni nak apa lagi, Yasmin?!" jerlah Cikgu Malik.

"Saya..."

"Tak habis habis nak ganggu Danisha!" Cikgu Malik memotong aku bulat bulat.

Aku tunduk. Apa ni? Masa bila aku ganggu dia?

"Tapi... saya cuma nak ambik buku buku saya. Danisha yang taknak ke tepi, jauh sekali untuk tolong saya..." Aku cuba membela nasib. Air mata rasa macam nak tumpah tapi aku tahan. Malulah aku kalau menangis depan semua orang. Terutamanya Danisha!

"Dah tu, takkan tak faham faham lagi?! Kalau dia taknak ke tepi, biarlah!"

Aku tergamam. Sampai begitu sekali Cikgu Malik membela Danisha? Hebat sangat ke perempuan yang tinggi lampai macam galah rambutan tu depan Cikgu Malik? Sungguh, robek hatiku.

"Tapi kalau takde buku, macam mana saya nak belajar, cikgu?" Aku kuatkan diri untuk bertentang mata dengan Cikgu Malik yang berkepala botak. Nak aje aku hantuk kepala dia macam dalam WWE, kalau tak mengenangkan dia tu merupakan seorang cikgu...

...tambahan, cikgu pilih kasih.

"Tak payah belajar, pergi balik rumah. Nah ambik duit syiling ni, call mak kamu!" Dengan selamba, Cikgu Malik berkata sambil mengeluarkan 50 sen berkarat dari dalam kocek seluarnya yang lusuh.

Serentak dengan itu, Ashraff bangun.

"Cikgu jangan melampau, boleh tak?!" Ashraff sudah terlalu berang, jarinya dia tidak segan segan lagi untuk ditunding tepat ke wajah Cikgu Malik.

Cikgu Malik menepis.

"Kamu jangan kurang ajar, Ash! Hormat saya yang bergelar guru kamu ni!" tegas, Cikgu Malik berkata. Tercabar sungguh dia apabila anak muridnya sendiri berani meninggikan suara.

Ashraff merengus geram.

"Saya takkan kurang ajar, dan saya akan hormat cikgu, kalau bukan cikgu yang kurang ajar, dan tak hormatkan orang lain!" Dengan berani, Ashraff membalas.

Bulat mata Cikgu Malik.

"Yang kamu lebih lebih bela Yasmin ni kenapa? Kamu suka dia, ya? Ubat guna guna apa yang dia bagi kat kamu?!" tengking Cikgu Malik. Aku semakin tunduk. Aku sedih. Aku rasa terhina.

"Cikgu atau saya yang diberi ubat guna guna? Cikgulah yang dah diguna guna! Oleh perempuan tak tahu malu ni!" Ashraff menolak bahu Danisha agak kuat. Mujurlah Danisha tidak jatuh.

Pelajar lain hanya menunduk, tak berani nak masuk campur.

"Apa lebihnya Yasmin sampai you sanggup tolak I?!" soal Danisha agak bengang. Ashraff mengoyak senyuman sinis.

"Yasmin tak lebih apa apa, cuma kau yang terlalu banyak kurang! Kurang ajar!" balas Ashraff berani. Dia langsung tak kisah kalau Danisha nak saman dia. Apa dia peduli?

"Cukup, Ash! Hentikan! Hormat Cikgu Pendidikan Islam ni sikit!!!" tempik Cikgu Malik. Ashraff pandang dia. Bibirnya diketap ketap.

"Cikgu tak layak dihormati kalau cikgu sendiri tak pandai nak hormatkan orang lain! Cikgu pilih kasih! Cikgu tak layak bergelar guru! Cikgu tak layak!" jerit Ashraff. Dadanya turun naik menahan amarah.

Aku kian tertunduk.

"Beware yourself, Ashraff!"

"You gotta beware!" balas Ashraff pantas.

"Sudah!" Semua diam apabila aku bersuara. Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Aku menggigit bibir sendiri untuk tidak menghasilkan bunyi tangisan. Aku masih tunduk. Aku sapu air mata aku. Perlahan lahan aku mengangkat kepala.

"Kalau cikgu nak saya balik, saya akan balik. Tak perlu kecoh..." ucapku dengan suara yang terketar ketar. Aku memusingkan tubub. Ah, panasnya mataku.

Ashraff pandang aku.

"Yasmin...!" panggilnya. Aku menoleh lambat lambat.

"...don't go..."

Sebak hatiku mendengarnya. Lambat lambat aku mengukir senyum. Aku harus dilihat tabah.

"Takpe."

"Ini memang jalan terbaik untuk mengakhiri kekacauan ni." Ucap aku dan terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience