BAB 2

Romance Completed 13745

"KAKAK, cepat sikit boleh tak?!" gesa Haqiem yang sudah berdiri di depan kereta.

Aku yang masih berada di dapur hanya mampu menadah telinga. Apahal Haqiem ni? Bising pada waktu pagi macam ni? Rileklah, awal lagi kut. Tak senang betul aku! Aku tahulah dia tu tai sabar nak masuk ke sekolah baru. Tapi tak boleh ke kalau tunggu aku yang nak sediakan bekal kejap? Kan tak pasal pasal aku tertuang sebotol sos cili dalam sandwic aku.

Dengan tergesa gesa, aku masukkan bekal ke dalam beg. Lalu langkah dihayunkan laju menuju ke luar rumah. Kelihatan Haqiem sedang bercekak pinggang dengan wajah yang masam mencuka.

"...lambat sangat ni kenapa?!" dia bertanya tidak puas hati sambil memandang aku. Aku buat bodoh saja, malas nak layan dia. Kerjanya asyik nak menang saja bila kami bergaduh. Ikutkan hati, nak aje aku tarik rambuk gaya pacak dia tu!

Aku pakai kasut. Mulut Haqiem masih bergerak dan membebel. Bila dah siap, aku berdiri dan menghampiri dia.

"...bisinglah kau ni!" aku pandang Haqiem yang lebih tinggi daripada aku itu.

Haqiem memang tinggi. Aku yang 17 tahun ini lebih rendah daripada dia yang baru berusia 15 tahun. Tapi sebenarnya, bukan aku yang pendek. Dia aje yang terlebih tinggi. Ketinggian aku hanyalah 161 cm manakala ketinggian dia adalah 172 cm. Tapi aku perasan, budak lelaki kebanyakannya tinggi tinggi belaka selepas naik tingkatan satu.

Aku yang lebih tua ni kadang kadang emo jugak. Kenapa dia lebih tinggi sedangkan aku yang lahir dulu? Rasanya masa Haqiem darjah enam dulu, dia jauh lebih pendek. Tapi bila dah naik sekolah menengah, makin melonjong pula dia. Kadang kadang bila kami sekeluarga terserempak dengan kawan lama mama atau papa, mesti diorang akan ingat yang Haqiem tu abang aku.

Ah, tak sukanya!

"...bising tak bising, siapa suruh kakak lambat?" balas Haqiem lalu membolos ke dalam kereta Camry papa. Aku mengetap bibir. Haqiem ni kalau tak menjawab memang tak sah! Kegemaran kami berbeza. Aku suka coklat, dia suka vanilla. Tapi perbezaan itulah yang membuat kami berdua rapat sangat...

...walaupun sering bergaduh.

AKU teragak agak untuk masuk ke dalam kelas. Takdelah ramai sangat pelajar yang ada masa itu. Cikgu pun belum masuk lagi. Aku terkulat kulat di belakang pintu kelas. Adoi, nak masuk ke taknak? Kalau tak masuk, mana aku nak pergi? Kalau tak masuk, apa yang nak dijawab bila cikgu tanya? Tapi kalau masuk, nak duduk mana?

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Otak kata masuk tapi hati kata jangan. Alahai... rumitnya nak buat keputusan. Kalaulah aku ni lelaki, mesti aku akan masuk dengan selamba. Tak payah fikir panjang, masuk aje tanpa pandang kiri kanan dengan belagak macam seorang taiko kolej.

Ceh, banyaklah kau!

"Dah ni siapa pulak yang jadi tiang tak bergaji ni?! Tak reti nak masuk ke macam mana?!" tegur satu manusia di belakang aku. Lambat lambat aju menoleh. Tergamam aku tiga saat. Wah, kacaknya mamat ni! Orang mana ni? Dia kelas ni ke?

Belum apa apa, lelaki itu merempuh bahu aku. Nasib baik tak tertonggeng aku kat situ. Aku pegang buku log di tangan. Kang tak pasal pasal ada orang masuk ICU sebab tertelan buku log nanti! Aku tahan geram. Isy, belagak nak mampus!

Nak taknak, terpaksalah aku masuk ke dalam kelas. Aku tak senggup dah kena langgar lari macam tadi lagi. Dengan teragak agak, aku menghampiri seorang murid perempuan yang kelihatan begitu tekun membaca novel. Selamba badak aje baca novel dalam kelas ni, tak takut kena rampas ke? Tak sayang novel ke apa?

"...er... m... mana tempat duduk yang takde orang? Sorry ganggu..." aku bertanya kepada perempuan yang memakai tanda nama 'Nisa'. Perempuan itu tutup novel dan terus berdiri.

"Ada satu je tempat kosong. Kat belakang sana..." tunjuknya.

Aku pandang ke belakang. Nak melompat jantung aku bila nampak tempat kosong itu adalah bersebelahan dengan lelaki yang belagak nak mampus tadi.

Aku pandang Nisa.

"Oh, thank you. Maaflah ganggu..." ucapku sambil menunduk.

"Takdelah, mana ada ganggu. Well, kau ni hudak baru ke? Nama apa?" soal Nisa bersama senyuman.

Aku balas senyuman dia.

*Nama aku Nurul Yasmin. Panggil Yasmin," balasku perlahan. Nisa mengangguk macam burung belatuk nak buat rumah.

"Nama aku Khairunnisa... Kau boleh panggil aku Nisa saja," dia memperkenalkan namanya sambil menghulurkan tangan mahu bersalam.

Aku sambut tangan dia.

"...kalau perlu apa apa, cari aje aku ya?" pesan Nisa.

"Baiklah, Nisa."

Aku meninggalkan dia. Perlahan lahan aku bergerak ke belakang. Aku nampak lelaki tadi tengah menulis sesuatu di bukunya. Di atas meja dia turut ada buku teks Matematik. Nampak gaya macam tak siap kerja rumah saja.

Dengan teragak agak, aku menarik kerusi. Tiba tiba...

"...tunggu!" jeritnya.

Aku tersentak.

"...aku tak benarkan kau duduk sini. Pergi cari tempat lain." Arahnya tanpa memandang aku walaupun hanya sebelah mata.

Aku pandang sekeliling. Masih ada ke tempat kosong yang lain? Macam takde aje. Lagipun Nisa cakap tadi, ada satu aje tempat kosong. Dan tempat kosong yang cuma satu itu adalah tempat ini.

"Dah puas aku cari tapi sorrylah... tak jumpa," balasku lepas itu.

Lelaki itu diam dan masih tekun menyiapkan kerjanya. Aku mengetap bibir. Dia ingat aku ni traffic light agaknya!

"...it's none of my business..." balasnya setelah seminit berlalu.

Aku terkedu. Tak bagi aku duduk sini tapi bila aku cakap takee tempat kosong lain, dia cakap bukan masalah dia? Habis tu macam mana? Ingat aku tiang lampu ke apa, hah?!

"...okay, then." Putus aku lalu dengan selamba, aku meletakkan beg ke atas kerusi itu. Tanpa ragu ragu, aku duduk di situ. Malas aku nak peduli pasal dia. Bikin panas hati saja.

"Tak faham Bahasa Melayu rupanya..." aku dengan lelaki itu membebel.

Lambat lambat aku menoleh dan memandangnya. Amboi, seronok betul kau kata aku tak faham Bahasa Melayu? Habis yang aku balas cakap dia tadi bahasa apa? Tamil? Ke Nepal?

"Habis aku nak duduk mana kalau bukan kat sini?! Atas lantai? Kau jangan jadi gila ya, sedara!" balas aku sambil menahan geram. Nak aje aku koyak buku latihan dia tu! Tak pun sumbat buku latihan tu kut ya pun taknak sumbat buku log dalam tangan aku ni dalam mulut dia.

"Good assumption... and memang betul pun." Balasnya selamba.

Aku ternganga macam buaya yang meminta burung untuk membersihkan mulutnya. Ah! Mamat ni memang menyebalkan! Bencinya!

"...oh, maaflah sedara. Tapi saya tak baik macam tu sekali ya?" balasku dengan nada geram yang tertahan. Namun lelaki itu hanya diam dan buat bodoh.

Aku genggam penumbuk. Janganlah buat aku macam kayu balak! Nanti aku layang penumbuk sampai bengkak gusi, cakap aku anak buah John Cena pulak! Ah, sepak berjoget kang!

Tiba tiba cikgu masuk. Semua murid bangun. Aku tercari cari ketua kelasnya. Tapi tak jumpa. Last sekali aku terkejut apabila nampak mamat sebelah aku yang memberi salam dahulu. What? Dia ketua kelas? Ahaha, a crazy thing!

Lepas itu cikgu arahkan kami semua duduk. Aku keluarkan buku Sains bila nampak lelaki di sebelah aku a.k.a ketua kelas 5 Akademik ini keluarkan buku teks Sains. Kebetulan pula bab yang budak itu belajar sama dengan bab yang sedang aku belajar di sekolah lama. Takdelah aku tertinggal pulak.

"...Ashraff, sila bangun." Arah Cikgu Anita dengan tiba tiba setelah hampir 30 minit kelas bermula.

Ashraff? Mana satu budak yang bernama Ashraff ni? Tiba tiba aku dengar bunyi kerusi sebelah ditolak.

Laa, dia lagi ke?

Aku nampak mamat tu berdiri sambil memandang Cikgu Anita.

"Cikgu ada soalan untuk awak..." beritahu Cikgu Anita sambil membaiki kedudukan cermin mata segi empatnya iti. Aku nampak Ashraff cuma mengangguk kecil.

Aku tarik senyuman sinis. Heh, orang belagak di sebelah! Agak agak, mampu atau tak kau menjawab soalan cikgu? Kalau sombong tapi cerdik, tak apalah. Cuma jangan bodoh sombong!

"Angkasawan tidak dihantar ke angkasa lepas dengan menggunakan Kuar Angkasa. Boleh awak jelaskan mengapa?" soal Cikgu Anita.

Kelas menjadi begitu sunyi sepi. Semua pelajar memandang ke arah Ashraff.

"...sebab... Kuar Angkasa dihantar ke angkasa lepas yang jauh untuk satu tempoh masa yang sangat panjang dan akhirnya akan terkeluar dari sistem suria." Balas Ashraff dengan yakin.

Aku diam. Err, betul ke jawapan dia? Aku sendiri tidak berapa pasti.

"Bagus, Ash! Tepat sekali!" puji Cikgu Anita.

Ashraff hanya tersenyum tipis lalu duduk apabila dibenarkan duduk. Wah, hebatnya dia! Kagum aku! Memang jawapan dia dengan jawapan yang ada di dalam kepalaku berbeza habis! Yang aku tahu, Kuar Angkasa tidak mengorbit bumi sahaja.

Tiba tiba aku menjadi gelisah bila pandangan Cikgu Anita bersabung dengan pandangan aku. Ah, janganlah dia pergi soal aku! Aku ni memang lemah dalam mata pelajaran Sains! Dia boleh soal aku apa apa saja, tapi tolonglah jangan Sains!

"...nama apa yang duduk sebelah Ash tu?" soal Cikgu Anita. Ah, mati aku. Kalau tanya nama, sahlah dia nak soal aku. Lambat lambat aku pandang cikgu itu.

"Nama saya Yasmin..." beritahu aku perlahan. Cikgu Anita mengangguk angguk.

"Kamulah yang dari Sekolah Bantura tu, kan? Ha, tolong berdiri. Saya nak tengok, pelajar sekolah cerdik mampu jawab ke tak." Hampir hampir aku tergigit lidah sendiri. Yang dia cakap pelajar sekolah cerdik tu kenapa?! Tak tahu ke apa yang dia cakap itu boleh memalukan aku kalau aku tak dapat jawab soalan dia tu?

Lambat lambat aku berdiri. Dari ekor mata, boleh aku nampak mamat di sebelah yang mula tarik senyuman sinis. Ah, dia ni macam tahu tahu aje yang aku lemah dalam Sains. Entah entah dia nampak aku senyum sinis masa dia bangun tadi? Alamak, matilah aku kalau macam ni!

"...ramalkan apa yang akan berlaku kepada Bumi sekiranya tiada magnetosfera." Serentak dengan itu, aku rasa macam nak pengsan saja. Magnetosfera? Apa benda itu? Yang aku tahu cumalah atmosfera, biosfera, litosfera dan hidrosfera serta adik beradiknya yang lain sahaja.

Ah! Apa yang aku nak jawab ni?! Kalau aku tak jawab, mesti Cikgu Anita akan pandang sinis akan kemampuan aku. Ah!!!

Aku diam. Otak bagaikan tersumbat segala mak nenek. Hwaa, aku tak boleh nak ramalkanlah! Mama tolonglah kakak! Apa yang kakak nak jawab ni? Tolong!!!

"...Yasmin? Are you okay?" soal Cikgu Anita.

Lambat lambat aju mengangguk. Gila ke aku nak cakap yang aku tak okey? Atau patutkah aku buat buat pengsan dengan tiba tiba? Hwaa...

"Woi, kau dengar tak soalan cikgu..?" soal Ashraff.

Aku tidak mengangguk mahupun menggeleng. Aku berdoa agar jawapan muncul di depan mata. Aku menunduk. Tiba tiba aku terkejut apabila secebis kertas ditolak ke tepi oleh satu tangan.

Aku pandang si empunya tangan. Ashraff!

"...baca..." suruh Ashraff dengan kadar berbisik.

Tanpa ada pilihan lain, aku membaca tulisan Ashraff itu bulat bulat.

"...semua hidupan di Bumi akan terdedah kepada sinaran mengion dalam angin suria yang sampai ke Bumi yang melebihi tahap selamat. Jadi, risiko terhadap kesihatan hidupan aoan bertambah dan semua hidupan awam mati..." habis membaca, aku terus memejamkan mata. Tak sanggup aku tengok senyuman sinis daripada Cikgu!

Tapi... bertentangan pula dengan apa yang aku bayangkan.

"Bagus, Yasmin! Betul jawapan awak!" ucap Cikgu Anita sambil bertepuk tangan. Pelajar pelajar lain turut sama memberi tepukan. Aku tak tahu nak buat apa. Lambat lambat aku duduk.

Aku pandang Ashraff yang hanya diamn memandang ke depan.

"...terima kasih..." ucapku dengan ikhlas.

Ashraff tidak membalas tapi aku tak kisah. Aku bersyukur sangat. Kalaulah Ashraff takde tadi, Mesti sekarang jugak aku akan memohon untuk berpindah ke sekolah lain!

Malu!

Dalam diam, aku bangga dengan Ashraff. Sumpah, aku mengaku yang dia berkali ganda lebih bijak daripada aku! Ashraff ini takdelah menyebalkan sangat. Baik hati dan berperikemanusian jugak. Prihatin juga dengan nasib aku yang terkial kial menjawab solaan yang melemahkan semamgat aku.

Oh Asharff, thank you!

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience