BAB 23

Romance Completed 13748

"Haz, thanks for all you had done. Saya memang bersyukur sebab awak ada bersama saya tadi." Ucap aku semasa kami melabuhkan punggung di wakaf sekolah. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30. Lagi sepuluh minit, semua pelajar pasti akan balik sekolah. Aku dah pakai pakaian sekolah semula.

"Takde hallah. Kan saya sendiri pun tak tahu nak buat apa tadi."

Aku cuma tersenyum. Bertuah aku sebab kenal lelaki sebaik Haz. Entah kenapa, aku berasa begitu selamat bila dengannya. Aku tahu Haz seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang mulia. Aku boleh rasakannya.

Tiba tiba Haz menghulurkan telefonnya. Aku pandang dia. Kenapa ni? Nak suruh aku telefon mama dan cakap yang aku dah nak balik ke? Tak perlulah... sebab aku akan balik dengan Haqiem. Macam kebiasannyalah. Pukul 4 nanti Haqiem balik ke sekolah semula, sebab dia ada kem PT3 selama tiga hari.

"Save nombor telefon awak." Suruh Haz.

"Err... untuk apa pulak?" aku menyoal.

"Awak masih berhutang dengan saya pagi tadi. Lipas, remember?"

Terus aku senyum. Pasal lipas tu rupanya.

"Sure." Aku menyambut telefonnya dan menyimpan nombor telefonku. Kemudian aku menekan butang back. Buntang mata aku bila melihat wallpaper yang Haz gunakan.

Terus aku pandang dia tajam.

"Haz, what's this? Can you explain?" Aku halakan telefon kepadanya. Haz hanya membuat biasa. Selamba sahaja dia mengunyah keropok segera yang entah bila disuapnya.

"It's my phone. Why?" dia menyoal balik.

"Tak, maksud saya... wallpaper yang awak gunakan. Kenapa?!" aku menyoal lagi. Haz masih selamba menyunyah keropoknya. Nak aje aku rampas keropok dia itu dan lempar dalam tong sampah.

"Kenapa apa? Ada yang salah ke?" soalnya pula.

"Siapa dalam gambar tu?"

"Oh... It's you." Balasnya mendatar.

Terjegil jegil mataku. Dia ni kenapa? Tak rasa bersalah ke ambil gambar aku secara curi curi? Dahlah masa tu aku tengah makan. Kut ya pun, bagilah signal dulu. Boleh juga aku buat gaya piece ke apa.

Hisy!

"Masa bila pulak awak ambik ni?" soal aku disaat telefon bertukar tangan. Haz pandang aku. Dia seperti sedang menyusun kata.

"Kalau awak tengok gambar tu, agak agaknya bila saya ambil?"

Eh! Aku tanya dia, boleh pulak dia tanya aku balik? Ayoo...

"Awak tahu tak, tak baik ambik gambar anak dara orang secara curi curi! Berdosa tau!" aku sengaja meninggikan suara. Haz tunduk sambil menghancurkan keropoknya di dalam plastik.

"Hmm..." Hanya itu yang dibalasnya.

"...tapi disebabkan awak ni kawan saya, maka saya maafkan." Terus Haz pandang aku dengan sengihan lebar.

"Betul? Jadi, bolehlah saya ambil banyak lagi gambar awak?"

"Siapa cakap? Nak gambar saya, kena bayar RM1 tau..." Aku tersengih. Macamlah ada orang nak ambil gambar aku. Bukannya lawa pun. Lepas tu suka suka hati nak letakkan harga.

"Sure. Saya boleh bayar. Saya nak 50 keping ya?" ujar Haz.

Aku tergelak sendiri. Haz ni ada ada ajelah.

"Awak ni santai aje. Mesti hidup awak best, kan?" aku bertanya. Haz diam dan hanya mengangkat bahu.

"Entahlah... Kadang kadang saya rasa macam dunia ni tak adil tau..." Aku tersentak. Lambat lambat aku pandang dia. Haz sedang mencampak kepingan keropoknya yang telah hancur ke tanah. Gayanya macam tengah bagi ikan makan saja.

"Tak adil? Maksud awak?" aku menyoal.

"Hurm... Yelah, kita baru je jumpa. Saya baru aje nak kenal kenal dengan awak. Tapi saya pulak..." Haz menjeda.

Aku pandang dia. Aku nak tahu apa yang Haz nak cakapkan itu sampaikan nadanya pun bertukar sedih juga.

"...saya pulak macam ni." Sambungnya.

"Macam mana?" Dahiku berkerut.

"Macam nilah... dibenci oleh cikgu sendiri, selalu kena halau sebab tidur dalam kelas, dan selalu ponteng sekolah. Urgh, teruknya saya." Ujar Haz membuatkan aku terdiam.

"Awak tak teruklah, Haz. Awak masih boleh berubah jadi lebih baik, kan? Tinggalkanlah semua tabiat buruk lama tu. Awak kena selalu datang sekolah, kena bawa buku, tak boleh tidur dalam kelas... Barulah cikgu tak halau awak." Pujuk aku.

Haz diam.

"Awak tak faham..."

Eh, aku pula? Tapi aku diam saja.

"Takde gunanya kalau saya datang sekolah dan belajar... Last last nanti, benda tu tetap sama." Bagitahu Haz.

Aku diam. Benda tu? Benda apa pula?

"Maksud awak, result?" aku cuba menebak.

Haz cuma diam. Hm, yalah tu kut.

"Takde benda yang mustahil, Haz. Ingat tu..." ujar aku.

Haz pandang aku.

"Takde benda yang mustahil..." ulangnya. Kemudian dia macam mengeluh.

"...it's complicated, Yasmin." Haz pandang aku.

"Saya hanya sebutir bintang tapi sekarang awak sedang mengejar bulan. Bulan boleh temankan awak sampai bila bila tapi bintang...? Lama lama ia akan mati." Ujarnya perlahan.

"Hei, awak mengarut apa ni? Apa kaitan kita dengan bintang dan bulan pula?" Aku menggeleng geleng. Haz hanya tersenyum tipis. Dia pandang aku.

"Betullah saya cakap. Bintangkan ada kelahiran dan kematian bintang?" sebutnya. Aku diam, mengiyakan.

"Awak tau, saya teringin sangat nak tengok bintang dengan awak." Ujarnya.

"Kalau macam tu, kita tengoklah malam nanti. Senang." Balasku, laju.

"I hope... but, bintang terlalu banyak. Awak mesti akan pandang bulan. Sebab bulan hanya ada satu je..." balasnya pula.

"But, Haz... Bulan yang saya tengok tu lain. Kalau saya tengok bintang, bintang tu tetap satu, walaupun kat sekitarnya ada beribu ribu bintang yang lain..." Aku membalas juga, walaupun aku tak tahu maksud bintang dan bulan yang dia maksudkan.

"Yalah yalah, awak menang." Dia tersenyum.

HAZ menggeledah lagi mejanya. Argh, mana pula perginya benda tu? Masa dia nak inilah barangnya itu nak main sorok sorok! Haz menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hai, manalah barangnya pergi. Haz betul betul terdesak sekarang ni.

Akhirnya Haz terduduk lemah di sisi katilnya.

"Mak Jah...!" panggil Haz antara kuat tak kuat mana.

"Mak Jah!!!" laungnya lagi.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an. Dia terkocoh kocoh mendapatkan Haz, anak majikannya.

"Ya, Haz... Haz panggil Mak Jah ke?"

"Iyalah! Mak Jah buat apa kat bawah? Tak dengar ke saya panggil?!" soal Haz tidak berpuas hati.

Mak Jah tertunduk.

"Maafkan Mak Jah ya, nak. Mak Jah dalam tandas tadi..."

Haz diam saja, malas mahu memarahi wanita itu. Kasihan juga dia bila setiap hari dimarahi Haz.

"Mak Jah ada nampak ubat saya?" soal Haz.

Dahi Mak Jah berkerut kerut kerana cuba mengingat. Ubat? Ubat mana pula ni? Dia tidak ingatlah pula.

"Mak Jah tak ingatlah, nak..."

"Hisy! Mak Jah ni! Kemas bilik saya kan kerja Mak Jah! Takkan tak ingat kat mana Mak Jah letak?!" protes Haz lalu memasamkan wajah. Haz memang macam tu. Sekejap sahaja, moodnya mampu berubah ubah. Mak Jah sudah masak benar dengan sikap Haz yang satu itu.

"Betul, nak. Mak Jah tak ingat..." ulang Mak Jah.

"Betul ke Mak Jah ni? Seingat saya, ubat tu ada kat dalam laci sana! Sekarang bila saya nak, takde pulak! Macam mana Mak Jah buat kerja?!" Haz mula marah-marah lagi. Dia memang mudah melenting.

"Betul, nak. Tadi masa Mak Jah kemas bilik ni, ubat tu dah takde dalam laci. Mak Jah tak tipu, nak..." balas Mak Jah, sayu.

"Argh! Selalu macam tu!" tempik Haz, geram. Tiba-tiba Puan Medina datang dengan wajah yang berkerut kerut.

"Haz... kenapa bising-bising ni sayang?" soal Puan Medina seraya mendapatkan Haz, satu-satunya anak yang dia ada.

"Haz cari ubat Haz! Mummy tak nampak ke?!" soal Haz kepada mummynya pula. Dahi Puan Medina berkerut kerut lagi.

"Mummy tak ingatlah, Haz..."

"Mummy...!" marah Haz.

"Betul, Haz. Ubat mana ni? Ubat apa?" Tanya Puan Medina.

Terus berubah air muka Haz.

"Mummy teruk! Takkan tak ingat Haz sakit apa?! Agaknya mummy memang nak Haz cepat mati, kan?! Mummy jahat! Haz memang tak penting bagi mummy, kan?! Semua orang sama aje! Haz benci mummy! Mummy pergi keluar!" jerit Haz macam orang kena histeria.

"Maafkan mummy, Haz. Mummy lupa... Banyak sangat kerja kat office, sampai mummy lupa pasal anak mummy..." pujuk Puan Medina.

Sakit hati Haz jadinya.

"Kerja lagi penting bagi mummy daripada Haz! Haz benci mummy! Mummy keluar! Keluar!!!" jerit Haz lalu menolak tubuh Puan Medina supaya keluar dari biliknya. Dia turut menolak tubuh Mak Jah. Dia nak bersendirian.

Fikirannya kusut. Perasaannya berkecamuk. Remuk seremuk-remuknya. Haz terkilan. Juga sedih dengan sikap sambil lewa mummynya. Haz teringin nak bebas dari cengkaman ini, namun dia tak berdaya. Haz tak mampu. Dirinya lemah.

Setelah dirinya disahkan menghidap barah otak hampir setahun yang lepas, semuanya bagaikan berubah. Haz lebih banyak menyepi. Baginya, tiada guna pergi sekolah dan ambil SPM kerana lambat laun, dia pasti akan mati. Haz benci kehidupannya. Semua guru tak pernah tahu tentang penyakitnya. Setiap kali dia tidak hadir, tiada sesiapa yang bertanya tentang sebabnya. Mereka semua hanya mampu menuduh dan terus menuduh. Semua kawan kawannya berkata bahawa dia tidak datang sekolah kerana malas.

Jika diturutkan kata hati, mahu saja Haz memberitahu situasinya yang sebenar. Namun Haz tak sanggup. Dia tidak mahu orang lain bersimpati terhadap nasibnya. Setelah setahun berlalu, sakitnya semakin teruk. Kansernya sudah sampai ke tahap tiga. Pada waktu ini, Haz terasa macam ajalnya sudah begitu hampir.

Mummynya pula seolah olah tidak berapa bimbang akan kesihatannya. Pada mulanya, mummy Haz mengambil berat. Mummynya selalu menangis pada setiap malam. Namun sekarang, semuanya tiada lagi.

Kosong, Haz! Kosong!

Haz pun nak bahagia. Dia nak hidup lebih lama lagi. Dia taknak mati. Tapi dia tidak mampu melawan takdir. Haz tahu, ajalnya sudah tidak lama. Walau sekuat manapun dia melawan, hakikatnya dia tetap tidak mampu melawan.

Haz jatuh dan bersandar pada pintu. Air matanya mula bergenang. Dirinya dirasakan begitu kosong. Dia sunyi. Mujurlah Yasmin datang untuk jadi peneman dan penghibur hati.

"Yasmin, saya suka awak. Tapi saya tahu awak sukakan Ash. Tapi kalau boleh, saya nak bersama dengan awak, dengan awak... dan dengan awak aje. Tapi siapalah saya dalam hidup awak? Pertama kali saya nampak awak, hati saya dah terpaut. Saya dapat lihat kemuliaan hati awak. Saya tak pernah menyesal sebab kenal awak, walaupun hati awak bukan untuk saya. Saya tak tahu apa perasaan awak bila saya dah tiada nanti. Mungkin awak pun akan lupakan saya, sebagai mana orang lain mula lupakan saya walaupun sekarang saya masih ada dan belum lagi tiada..." rintih Haz.

Kepalanya sakit. Di dalam kepalanya, Haz rasa macam ada benda yang sedang bergerak-gerak. Sakit sangat. Serentak dengan itu, Haz rasa ada cecair pekat yang mula mengalir dari dalam hidungnya. Haz memandang ke bawah. Ada setitis cecair merah.

Dengan terketar-ketar, Haz bangun dan mendekati cermin. Kelihatan ada darah yang sedang mengalir keluar. Terus Haz menarik tisu di dalam kotak. Dengan kasar, dia mengesat darah itu.

Air matanya jatuh setitik. Selamat tinggal dunia. Tidak lama lagi, aku pasti akan pergi. Pergi jauh dari semua orang.

Dengan lambat lambat Haz mengeluarkan telefonnya. Wallpaper telefonnya menjadi tatapan.

Yasmin...

Aku kena berterus terang pada dia. Aku taknak dia menangis bila tahu yang aku sudah tiada nanti. Biarlah dia tahu, sekurang kurangnya dia boleh bersedia. Aku kena bagitahu dia. Desis hati Haz.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience