BAB 28

Romance Completed 13745

TIGA hari telah berlalu...

Aku termenung di tempat duduk. Ingatan aku melayang layang. Aku macam masih ternampak nampak akan kewujudan Haz. Aku pandang geleng yang aku pegang. Geleng yang Haz berikan sehari sebelum kepergiannya. Aku akan jaga geleng ni baik baik, seperti macam mana aku jaga nama Haz dalam hati aku.

"Weh, termenung je? Rehat, jom?" Tiba tiba Nisa menegur.

"Taknaklah..." aku menolak.

"Hisy... Kau ni kenapa? Dua tiga hari ni, aku nampak kau murung aje. Kau ada masalah ya? Bagitaulah aku. Mana tau aku boleh tolong?" Nisa berdiri di hadapan meja aku.

"Takde apa apa pun." Aku tunduk.

"Hei, budak ni. Ingat aku buta agaknya. Kau fikir aku tak kenal kau? Yasmin, aku tahu kau ada problem kan?" desak Nisa.

Aku menggeleng lagi.

"Taklah..."

"Yes, you're in problem. I can see it!" bidasnya.

Aku tergelak kecil.

"Macam mana kau boleh tahu? Yakin sangat ni kenapa?"

"Aku tahulah Yasmin, oi... I can see it. From your eyes!" Aku tergelak perlahan. Hei, Nisa ni. Kuat tengok drama agaknya. Ingat aku ni apalah tu. Tiru ayat novel pulak tu. Hahaha...

"Kenapa? Kau memang nak aku ada masalah ke macam mana ni?"

"Eh, bukanlah! Aku cuma risaukan kau. Asyik tak makan aje..." balas Nisa.

Aku tersenyum.

"Betul, aku takde masalah. Kau pergilah rehat ya?"

Nisa tergeleng geleng.

"Yalah tu. Aku belikan kau roti, ya? Nanti sakit, aku jugak yang susah." Nisa membebel seraya beredar. Aku kembali memandang gelang yang aku pegang. Haz... aku rindukan dia.

Tiba tiba...

"Teringatkan kawan baru?" Aku dengar suara Ashraff.

"Kenapa? Mama kau dah tak bagi kau kawan dengan dia ke? Sebab dia taknak kau kawan dengan budak tulah tu. Tengoklah, baru berkawan dah terikut ikut dengan perangai dia. Ponteng sekolah... tertinggal buku..." Aku nampak Ashraff tersenyum sinis.

"Kan aku dah cakap, mamat tu teruk? Kau bersaing dengan dia buat apa? Sampai sanggup keluar malam dan ponteng semata mata nak dating. Ingat, kalau berdua, mesti syaitan jadi yang ketiga. Haz tu bukannya boleh kira... Kalau kau sendiri buat baik, tak mustahil dia ambil kesempatan."

Aku bangun. Ini dah lebih! Berani dia cakap macam tu?!

"Kau cakap elok elok, Ash! Kau ingat Haz jahil sangat ke?! Mentang mentang dia selalu tak datang sekolah, kau ingat kau betul sangat ke? Hei...! Kau tak tahu apa apa, jangan bajet tahu serba serbi hal orang!" aku menjerit geram. Kemudian aku beredar. Aku pergu ke padang, nak tenangkan fikiran aku yang bercelaru.

Aku duduk di bangku. Gelang pemberian Haz aku tatap lama. Air mata aku gugur setitik tanpa disedari. Haz... Saya takkan benarkan orang lain menuduh awak. Saya akan pertahankan awak. Saya akan pertahankan awak sampai bila bila...

Tiba tiba gelang itu direntap kasar. Aku tersentak. Ash! Berani beraninya dia merampas gelang istimewa itu! Aku bangun dan cuba merampas semula gelang tersebut. Namun Ashraff lebih pantas melarikam tangannya.

"Kau bagi sekarang!" aku menjerit marah.

"Kenapa? Istimewa sangat ke gelang ni? Siapa yang hadiahkan? Haz kawan kau yang nakal tu, ya?" Ashraff buat buat membelek gelang itu.

Aku menahan marah. Suka hati aje kutuk Haz!

"Bagilah balik!" aku meminta, kasar.

"Tak boleh!" balas Ashraff, dingin.

"Tolonglah... bagi balik gelang tu. Aku merayu..." Aku mulai sebak.

Ashraff mengetap bibir. Mungkin tak sangka yang aku sanggup merayu semata mata hendakkan gelang ini. Hati Ashraff, dia cemburu. Sayang benar akan gelang itu!

"Kau nak sangat kan? Hah, ambiklah!" jerit Ashraff lalu melontar gelang itu ke tengah padang. Aku pula terus ke sana mahu mencarinya kembali.

Aku melutut di tengah tengah padang, mencari di manakah gelang itu terletak. Langsung aku tak hiraukan panas terik. Tangan aku sakit dan luka luka kerana menyelak rumput yang tajam. Aku dah tak kisar jari aku tercucuk duri yang ada pada pokok semalu. Yang aku tahu, aku nak gelang tu balik. Aku dah takde apa apa kecuali gelang itu. Bagi aku, gelang tu ada sentimental value yang tersendiri.

Gelang yang Haz hadiahkan untuk aku...

Aku menangis sesungguh hati. Haz... gelang tu dah hilang. Maafkan saya sebab tak mampu nak jaga gelang tu sebaik baiknya. Saya minta maaf, Haz. Saya minta maaf...!

"Hh... Haz... Ha... zz..." aku tersedu sedu.

Tiba tiba aku nampak ada sepasang kaki di hadapanku. Lambat lambat aku mendongak. Ashraff... Dia nak apa? Tak cukup lagi ke lepas dia buat aku macam ni?!

"Kau kejam, Ash!!!" aku menjerit marah.

Ashraff diam. Lambat lambat dia menghulurkan tangannya. Ashraff membuka genggamannya. Terkejut aku bila nampak ada gelang dalam tangannya. Cepat cepat aku ambil.

Sebenarnya Ashraff tak buang pun...

"Sampai macam ni sekali kau sayangkan gelang yang Haz bagi? Sampai sanggup mencari di dalam keadaan panas? Sampai sanggup mangis sebab takut kehilangan...?"

Aku diam. Ashraff tak tahu apa apa, senanglah dia cakap!

"Aku..."

"...aku tak tahu pula yang kau begitu sayangkan lelaki tu. Agaknya kalau aku betul betul buang, mesti kau akan sanggup bencikan aku sampai bila bila, kan?"

Aku terkedu.

"Tak apalah, Yasmin. Pilihlah dia sebagai pilihan kau. Aku takkan ganggu korang lagi." Ucap Ashraff lalu pergi meninggalkan aku.

Aku tertunduk sedih. Sudahlah aku masih bersedih di atas kematian Haz. Sekarang Ashraff pula yang buat aku sedih?

"...agaknya aku memang tak layak bahagia..."

ASHRAFF menjeling ke arah pintu belakang kelas. Kelihatan perempuan yang dia sukai macam baru lepas bercakap cakap dengan Nisa. Entah apalah yang mereka bualkan itu. Musykil Ashraff jadinya apabila perasan yang Nisa sudah beberapa kali asyik melihat ke arahnya.

Tahulah terpesona memandang mandang wajah Ashraff yang manis!

Sakit hati melihat sahabat yang disukainya itu langsung tidak menegurnya sepatah haram, Ashraff terus menggalas beg sekolahnya. Lima minit nanti, jam loceng yang menandakan sudah tiba waktu pulang akan berbunyi. Ashraff ingat nak keluar dari kelas sedikit awal hari ini. Tambahan, petang nanti dia ada latihan bola sepak. Bolehlah dia berehat sejenak nanti. Lagi pula, Cikgu Malik tak datang hari ini dan tiada guru yang ganti. Jadi, Ashraff langsung tak kisah jika dia keluar terlebih awal dari pelajar lain.

Semasa mahu keluar ikut pintu belakang, sempat lagi Ashraff mengutip pen yang terjatuh di atas lantai lalu di letakkan di atas meja. Mungkin Yasmin tidak perasan yang sebatang pennya dah terjatuh. Huh, memanglah tak akan sedar kalau dah setiap masa Haz yang ada di dalam fikiran!

Tanpa mahu menegur kedua dua orang kawannya yang sedang memandang itu, Ashraff terus berlalu keluar dari kelas. Turun ke tingkat paling bawah, kemudian Ashraff terus membelok ke arah padang.

Beg sekolah diletakkan di atas bangku yang ada. Ashraff melabuhkan duduk di situ sambil memerhati ke arah padang di mana menjadi tempat Yasmin bertungkus lumus mencari gelang yang Haz bagi. Mengingatkan itu, Ashraff jadi sakit hati pula.

Ingatkan Yasmin betul betul menyukainya juga. Ternyata semuanya bohong belaka. Mungkin ya Yasmin menyukainya. Tapi mungkin hanya dulu. Sekarang hati Yasmin dah diberi kepada Haz, si budak nakal itu. Huh, mudah betul berubah!

Tengah tengah duduk menenangkan fikiran di bangku itu, tiba tiba Ashraff terpanggil untuk menoleh ke arah kanan. Terus kelat muka Ashraff apabila melihat Danisha sedang berdiri tidak jauh darinya. Di tangan perempuan itu ada dua barang yang seakan akan bola namun berbulu. Benda itu berwarna merah jambu. Ah, dah ingat dah. Itulah benda yang budak pom pom girl selalu guna!

Danisha berjalan menghampiri. Setelah tiba di sisi Ashraff, dia turut melabuhkan punggung di situ.

"I nampak you keluar kelas tadi, jadi I datang sini..." Danisha cuba berbuat baik kepada Ashraff.

Ashraff tidak menyahut mahupun ingin membalas kata kata Danisha.

"Kenapa? You gaduh dengan Yasmin, kan? Actually, I nampak you both kat padang tadi. Nampak macam serius. Kenapa, Yasmin taknak kat you? I dah cakap, Ashraff... Hanya I aje yang ikhlas sukakan you. Tiada perempuan lain termasuk Yasmin, Ash. Hanya I aje..." Meskipun perasan wajah Ashraff yang tampak begitu benci, Danisha tetap cuba berbuat baik.

"Hanya I yang sukakan you... Kenapa you tak sedar lagi, Ash?" tanya Danisha lagi.

Ashraff diam sebelum menarik senyuman sinis.

"...sebab kau bukan yang aku suka."

"Tapi you boleh pupuk perasaan suka untuk I, kan? C'monlah, Ashraff. Bangkit daripada mimpi. Yasmin dah undur diri tu, jadi you pun perlu move on. I ada untuk you, Ash..." Sebaik sahaja meluncurkan kata kata itu, Danisha perlahan lahan cuba mencapai tangan kanan Ashraff.

Ashraff terkejut. Minah ni memang dah gila agaknya! Hari tu cakap jam tangan cantik, tapi tangan Ashraff yang diusiknya! Dulu pun pernah sekali Danisha pegang dagu dia sebab nak dia bertentang mata. Sekarang sekali lagi tangannya nak dipegang.

Dengan kemarahan yang meluap luap kerana bercampur dengan sakit hati terhadap Yasmin, Ashraff pantas menepis tangan Danisha. Dia berdiri lalu dengan kasar, Ashraff menolak bahu Danisha sehingga perempuan itu tertolak jatuh ke atas simen.

"Auch! Sakitlah, Ash!" marah Danisha.

"Oh, sakit? Habis tu kau pegang pegang tangan aku tu kenapa? Kau tahu tak sekali kau pegang aku, aku rasa macam wajib kena mandi air selut?! Sebab apa, sebab kau tu najis Mughallazoh!!! Sama aje macam Cik B krok krok tu!" Tanpa bertapis, Ashraff terus menghamburkan marahnya.

Danisha mengetap bibir. Najis Mughallazoh? Walaupun Pendidikan Islamnya selalu dapat E, namun Danisha tahu maksud Mughallazoh itu. Ish, berani beraninya Ashraff samakan dia dengan perkara itu!

Dengan geram, Danisha bangkit dari tanah.

"I cuma nak temankan you di saat semua orang tinggalkan you! Apa itu pun salah ke, Ash?!" marah Danisha pula.

Ashraff senyum sinis.

"What? Semua orang tinggalkan aku? Kau melalut apa ni, budak? Siapa yang tinggalkan aku? Takde seorang pun yang meninggalkan aku. Kau tu aje yang memandai mandai! Dan kau pun, tak payahlah nak teman teman aku bagai! Busuk tahu tak? Busuk!" balas Ashraff seraya merampas pom pom merah jambu di tangan Danisha.

"Ash! Apa ni? Bagilah balik...! Itu barang yang I paling sayang, you tahu tak?!" marah Danisha lalu cuba mencapai pom pom merah jambunya.

"Untuk pengetahuan kau, barang yang paling kau sayang nilah yang busuk sebenarnya! Hah, apa lagi? Ambiklah balik! Ambik, ambik...!" Dengan geram, Ashraff terus melempar pom pom merah jambu itu sebelum betul betul mendarat tepat di batang hidung Danisha.

"Dan kau pun busuk jugak. Busuk hati! That's why aku tak dapat nak sukakan kau! Tuan dengan barang sama aje! Dua dua busuk!" tempelak Ashraff berjalan mengelilingi Danisha sebanyak dua kali. Kemudian dia mencapai beg sekolahnya lalu beredar.

Danisha mengetap bibir sebelum melempar pom pom merah jambunya itu ke dalam longkang.

"Hisy! Tak setap betul! Kau tunggu, Ash! Suatu hari nanti, you akan jadi milik I jugak! You ingat tu!" gumam Danisha lalu berjalan ke arah tangga yang membolehkan dia melepasi kawasan padang.

Semasa dia sedang memanjat anak tangga yang ketiga, tak semena mena kakinya tersilap langkah lalu dia terbalik ke tepi. Sikit lagi dia hampir hampir termasuk ke dalam longkang kalau bukan sebab ketiaknya sempat berpaut pada besi tangga.

Nasib malang juga Danisha walaupun tidak termasuk ke dalam longkang kerana tak pasal pasal baju sekolahnya di bahagian bahu sedikit terkoyak akibat tertarik pada besi tangga yang sedikit tajam dan tidak rata itu.

"Ish... Baju I dah koyak. Hurm... Kena minta daddy belikan yang baru ni." Ucap Danisha sambil membaiki bahagian yang terkoyak itu. Koyaknya hanya sedikit sahaja dan masih boleh ditutup dengan tudung meskipun tudungnya memang dah singkat.

Sedang asyik Danisha menyapu nyapu bahunya, tiba tiba dia terfikir sesuatu.

Koyak? Ashraff?

Hmm... Tunggu I, Ashraff. You akan jadi milik I juga nanti.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience