BAB 3

Romance Completed 13748

MAAF, nampaknya aku terpaksa tarik balik apa yang aku cakap berkenaan pandangan aku terhadap Ashraff tadi. Ashraff tak prihatin! Ashraff tak baik hati! Ashraff tak berperikemanusiaan! Yang ada hanyalah Ashraff yang sombong. Ashraff yang belagak dan Ashraff yang jahat!

Aku pandang muka surat 53 buku teks Matematik tingkatan lima. Bergerak gerak geraham aku jadinya bila ingat balik peristiwa sebelum balik sekolah tadi. Argh! Bencinya! Ada ke patut mamat belagak tu suruh aku siapkan latihan Matematik yang cikgu bagi?

Aku tengok muka surat itu. Mak ai, soalannya penuh satu surat.

"...latih tubi Matematik yang cikgu bagi tadi... aku nak kau siapkan. Pagi pagi esok, aku nak buku ni dah ada atas meja aku. Awas kau kalau jawab salah!"

Aku menggenggam penumbuk. Hesy! Suka hati dia aje suruh aku buat semua ni. Apa?! Muka aku ada nampak macam robot buat kerja sekolah ke?! Atau muka aku ada nampak macam Pengarah Pendidikan Malaysia? Paling teruk, boleh pulak mamat tu bagi amaran!

Hey, jawablah sendiri! Tadi bijak sangat menjawab soalan cikgu!

"Ka..." terus aku menoleh sambil tayang muka bengang. Ni lagi sekor! Suka hati aje masuk bilik orang tanpa izin! Haqiem tersengih dan menutup semula pintu bilik aku. Tak lama kemudian, Haqiem memberi salam bersama ketukan di muka pintu.

Haqiem buka pintu. Aku pandang dia.

"Nak apa?!" soal aku, garang kuasa dua.

Haqiem tergaru garu kepala sendiri sambil terkulat kulat. Mungkin perasan akan perubahan aku. Aku nampak ada buku Matematik di tangannya. Ni mesti tak lain dan tak bukan, nak tanya pasal kerja sekolahlah tu. Muka aku memang macam Pengarah Pendidikan Malaysia agaknya!

Tapi disebabkan dia tu adik aku, tak jadi aku nak marah.

"Tak apalah, kak. Haqiem keluar dulu..." Haqiem mahu berpusing namun aku lebih cepat menghalang. Aku panggil dia dan suruh dia datang dekat dengan aku.

"Yang mana satu tak faham?" tanya aku sambil membelek buku teksnya.

Haqiem tunjuk soalan berhuruf g. Oh, persamaan linear dalam satu pemboleh ubah! Heh, kacang aje ni. Pantas saja aku menggapai pensel dan mengajar dia tentang cara mendapatkan jawapan bagi soalan itu.

"Ha, faham tak?" tanyaku.

"Hee... Tak fahamlah, kak. Ajar lagi sekali, boleh?" pinta Haqiem sambil tersengih sengih. Aku hanya mengangguk. Haqiem memang lemah sikit dalam subjek Matematik. Dan dia lebih cenderung dengan subjek Sains. Kan aku dah cakap, minat kami berbeza.

Dengam sabar, aku ajar lagi sekali. Kali ini barulah Haqiem faham. Memang ada pelajar yang faham bila belajar dengan kawan kawan atau adik beradik dan tidak faham bila belajar dengan cikgu. Haqiemlah contohnya.

Aku tolak buku latihan Haqiem.

"Thanks, kak. Untunglah, pandai Matematik..."

Aku tersenyum saja.

"Maaflah ganggu akak malam malam. Qiem bukan apa, dah tak faham sangat dengan apa yang soalan ni nak. Bagi orang yang tak pandai Matematik macam Haqiem, memang sensitif. Kadang kadang bila gagal dapatkan jawapan, rasa sedih semacam. Kadang tu, Qiem selalu menangis bila gagal jawab soalan. Haih, nasib... nasib..." ujar Haqiem lalu bergerak keluar.

Aku tergeleng geleng. Ada jugak jenis yang macam tu?

Aku pandang buku latihan Matematik yang bersepah di atas meja. Otak mula berserabut balik. Ah, si Ashraff ni pun! Sengajalah tu suruh aku buat kerja sekolah dia. Aku pandang jam dinding. Dah pukul 10.10 malam. Mata aku makin memberat. Ashraff mesti dah lama berdengkur dalam selimut.

Tak boleh jadi ni! Aku mesti buat sesuatu. Jangan haraplah aku nak biarkan dia bersenang lenang. Dia sesedap pencukup rasa aje tidur kat rumah, sedangkan aku terpaksa bersengkang mata nak jawab soalan demi soalan.

Huh, memang taklah! Kau nak buli aku sangat kan? Nah, aku buli kau balik.

Good luck, Ash!

TEPAT pada jam 7.15 pagi, aku sampai ke kelas. Sempat aku letakkan buku latihan Ashraff di atas mejanya seperti apa yang dia arahkan. Kemudian dengan tergesa gesa, aku keluar dari kelas dan terus mendapatkan Nisa. Kami berdua turun ke bawah dan bergerak ke dewan perhimpunan.

Dalam sekolah ini, boleh tahan ramai jumlah pelajarnya. Kesemuanya berkumpul dalam dewan. Dewan Alamanda. Hmm, manis namanya.

Pukul 8.20, perhimpunan tamat. Kami masuk ke dalam kelas.

Aku tengok jadual kelas. Yes, Matematik! Tak sabar nak tengok Cikgu Azman masuk. Tak sabar lagi aku nak tengok muka cuak Ashraff sebab jawapan bagi soalan soalan tu salah belaka.

Hahahaha! Sesekali aku jadi jahat, apa salahnya? Aku pandang Ashraff di sebelah. Dia ni taknak tengok buku latihan Matematik dia ke? Aku nampak Ashraff tekun gila mengarang karangan yang Cikgu Noreta bagi semalam.

Hisy, pagi ni baru nak buat? Teruknya! Semalam dia buat apa? Betul agaknya sangkaan aku berkenaan dia semalam yang sedap sedap buat tahi mata. Tengoklah, kan dah susah? Padan muka!

Tiba tiba Cikgu Azman masuk, lalu memaksa Ashraff untuk menutup dan mengetepikan segala kerja sekolahnya. Ashraff memberi salam selayaknya ketua. Semua murid mengikut salamnya dengan serentak.

"Waalaikumussalam! Duduk semua!" arah Cikgu Azman. Semua patuh.

"Semalam kita dah sampai kat bab mana?" soal Cikgu Azman sambil membelek buku teks miliknya. Aku turut membelek sama. Begitu juga dengan pelajar pelajar lain.

"Baru nak masuk bab dua, cikgu." Jawab Ismail.

"Oh, jadi bab satu dah habislah, kan? Rasanya semalam saya ada berikan latihan. Ada buat dan siapkan atau tak?" soal Cikgu Azman seraya bangun dari duduknya.

Semua murid mengangguk. Kecuali Ashraff. Hahaha! Aku gelak dalam hati.

"Bagus. Hantar buku latihan semalam. Hari ini kita belajar tajuk baru..." arah Cikgu Azman.

Semua murid bangun dan menghantar buku latihan masing masing ke depan. Begitu juga dengan Ashraff. Aku panggil dia.

"Ash! Kau... kau nak hantar buku ke?" soal aku dengan sedikit berdebar. Ashraff menoleh dan pandang aku.

"Ha'ah. Kenapa, nak aku hantarkan buku kau sekali?" soal Ashraff sambil menghulurkan tangannya. Aku menggeleng perlahan lahan. Nak aje aku tanya dia, kau tak check buku kau dulu ke? Tapi... entah kenapa aku rasa takut. Jadi aku biarkan saja Ashraff menghantar bukunya ke depan.

Ashraff kembali semula. Pembelajaran dimulakan...

"ASH! Mari sini kejap!" tiba tiba Cikgu Azman memanggil nama Ashraff. Aku pula yang berdebar debar. Alamak... Mesti Cikgu Azman marahkan Ashraff sebab buat salah belaka.

Ashraff pergi ke depan dan menghampiri Cikgu Azman. Kenapa cikgu tunjuk buku Ashraff tu?! Aku pasang telinga, nak mendengar.

"Awak ni kenapa, Ash? Kenapa jawab salah belaka soalan yang saya bagi? Saya tahulah awak tu pelajar elit, tapi tak payahlah sengaja jawab salah semata mata nak nampak bodoh. Saya tahulah saya ni cikgu baru kat sini. Mungkin cara mengajar saya tak sehebat cikgu lama awak dulu, tapi perlu ke buat macam ni semata mata nak protes rasa tak puas hati awak?"

Aku berdebar debar. Alamak! Nampak macam serius saja?

"Maafkan saya, cikgu. Tapi saya rasa... Saya rasa cikgu dah salah faham. Sumpah, saya tak rasa mavam tu pun. Saya tak pernah rasa tak puas hati. Saya tak terniat pun nak protes sebab bagi saya, semua cikgu sama aje. Saya tak kisah cikgu mana pun yang mengajar saya sebab ilmu yang akan saya dapat tu sama saja... " balas Ashraff dengan bersungguh sungguh.

Aku mula tak sedap hati. Ashraff...

"Kalau macam tu, boleh awak jelaskan? Kenapa semua jawapan ni salah? Dan paling saya tak sangka, jawapan yang awak buat ni ialah jalan pengiraan bagi mengukur isipadu, pelajaran tahun enam. Sedangkan kita belajar pasal wang."

"...saya..." Ashraff berhenti berkata kata. Cikgu Azman menanti balasan Ashraff sambil berpeluk tubuh. Ashraff menunduk dan diam. Lambat lambat dia mengangkat kepala dan memandang cikgu muda itu.

"...maaf... Tapi, saya memang takde jawapan bagi soalan cikgu." Balasnya.

Aku memengang kepala sendiri. Ya Allah, berdosanya aku terhadap Ashraff! Sebab aku, Cikgu Azman pandang sinis kepada Ashraff. Ashraff, maafkan aku!

"Okey, saya nak awak buat pembetulan bagi semua soalan ni dua puluh helai. Boleh tak, Ash?" soal Cikgu Azman selepas itu. Ashraff diam. Aku masih setia memerhati dan mendengar dari jauh.

Lambat lambat Ashraff memgangguk dan kembali ke tempat duduknya.

Aku pandang Ashraff. Wajahnya tidak beriak itu sukar untuk aku takfsirkan perasaan dia sekarang. Marahkan dia? Ya Allah, aku minta maaf...

"Ash..." panggil aku.

"...Yasmin..." Ashraff menjeda.

"...aku tak tahu nak cakap apa tapi... kau suka ke tengok aku kena marah dan kena sindir oleh cikgu?"

Aku terdiam. Sahlah, Ashraff marah!

"Sumpah... aku takkan mintak kau buat kalau aku tahu kau akan buat aku macam ni. Tapi tak apalah... Kau jangan risau, aku takkan mintak balik pujian yang sepatutnya aku dapat daripada Cikgu Anita semalam. Kau ambiklah pujian tu, Yasmin. Aku memang ikhlas nak bagi kat kau..."

Aku diam lagi. Entah kenapa aku rasa macam Ashraff tengah sindir aku.

"Ash... I'm sorry..." pintaku. Namun lima minit, Ashraff tetap diam. Aku mengeluh.

Ashraff merajuk...

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience