BAB 19

Romance Completed 13748

SETELAH beberapa hari berada di kem...

Malam ini iaitu hari ke empat, kami semua akan menjalani malam kebudayaan. Aktiviti ini memang lazim dilakukan bagi apa apa program ataupun anjuran. Kalau tiada aktiviti ini, rasa macam tidak lengkap pula.

Malam itu merupakan malam terakhir kami berada di sini. Esok, kami hanya ada satu saja lagi aktiviti iaitu pembahagian hadiah. Lepas tu balik rumah. Oh, tak sabarnya. Teringin aku nak makan daging black pepper air tangan mama. Rindu aku nak dengar suara Haqiem. Ah, bestnya!

Setiap kumpulan hanya akan membuat satu persembahan. Kumpulan aku, Tuah dan kembarnya yang menjadi wakil. Sebenarnya, Adrian nak buat lakonan tapi, macam hambar saja. Bagi mengelak malu, kami awal awal lagi dah tolak idea Adrian.

Bagaimana pula dengan Ashraff? Hmm, macam tu sajalah. Kitorang masih tak bercakap. Bukan kitorang sebenarnya, tapi aku saja. Entahlah... hati aku masih keras.

Satu persatu kumpulan membuat persembahan. Aku hanya layan tak layan mana. Tuah dan Aina menyanyi lagu apa entah, tak pernah dengar. Bukan tak pernah dengar sebenarnya, tapi aku yang tak berapa nak dengar.

Pukul 10.40 malam, kesemua kumpulan telah selesai membuat persembahan. Tiba tiba aku nampak Puteri bangun.

"Abang Hady...!" jeritnya.

Abang Hady yang tengah menghadap telefon, terus tersentak apabila namanya dipanggil. Lambat lambat dia memandang Puteri.

"Eh, Puteri? Ada apa?" soal Abang Hady, pelik.

Puteri berlari lari anak menuju ke arah lelaki itu. Aku hanya memerhati. Entah apa yang Puteri mahu. Dia mencapai mikrofon yang terletak di birai pentas.

"Hmm... Abang Hady, actually saya nak request lagu. Boleh tak?" Puteri tersengih gedik. Abang Hady menggeleng geleng. Lah, ingat apa tadi. Rupanya nak request lagu.

"Kejap, nak request lagu apa? Abang pasangkan." Abang Hady mula mencapai laptop merah miliknya.

"B... bukan, bukan!" Puteri menggeleng geleng.

"Habis tu?" Abang Hady berkerut dahi.

"Maksud saya, saya nak mintak budak yang datang dan menyanyi. Maksud saya, datang ke depan dan menyanyi depan semua orang." Jelas Puteri. Abang Hady terangguk angguk. Tadi cakap nak request lagu, lepas tu nak request orang pula. Ayo...

"Oh, baiklah. Awak nak suruh siapa? Elok juga cadangan awak tu. Sebab kita dah tak tahu nak buat apa. Nak jemput awak semua minum malam, kuih tak siap lagi." Balas Abang Hady.

"Saya nak minta Tengku Ashraff menyanyi." Tersentak aku bila mendengar sebaris nama itu. Seriuslah Puteri ni? Dia nak Ashraff menyanyi depan semua orang? Nak ke Ashraff layan permintaan Puteri yang mungkin mrngada ngada tu?

"Ha, Ashraff mana Ashraff? Ada orang mintak awak ni..." Abang Hady mencari kelibat Ashraff.

Aku pandang Ashraff yang agak terkejut sama. Dia pandang Adam. Adam terkelip kelip.

"Ash, nyanyilah! Esok kita dah nak berpisah!" jerit Puteri.

Ashraff diam, masih tidak berganjak.

"Ash, nyanyilah!" pinta Puteri lagi.

"Nyanyi!!!"
"Nyanyi!!!"
"Nyanyi!!!"

Semua orang mengharapkan Ashraff. Abang Hady turut terjebak sama. Begitu juga dengan fasilitator yang lain. Memang Ashraff dan dikenali ramai. Boleh kata semua orang kat resort ni dah kenal dia. Maklumlah, orang kacak. Kaya pulak tu. Mestilah popular. Kalau buka Instagram ni, mesti ramai yang dah follow.

"Adam, macam mana ni?" Ashraff menyiku lengan Adam.

"Kau nyanyi jelah. Tak baik hampakan orang. Lagipun, esok kita dah nak balik..." balas Adam. Sebenarnya dia pun mengharapkan kejutan daripada sahabatnya. Dia memang akui, suara Ashraff bila menyanyi memang boleh tahan.

Rasanya takde masalah kalau Ashraff menyanyi. Mahu tak mahu, Ashraff terpaksa bangun. Semua orang bersorak bila Ashraff mula berjalan ke depan. Ramai budak perempuan yang bertepuk tangan sambil menjerit dan memanggil nama Ashraff. Macam dah kena histeria.

Abang Hady meletakkan kerusinya di atas pentas agar Ashraff boleh duduk. Lambat lambat mikrofon bertukar tangan. Ashraff duduk di atas kerusi yang boleh tahan tinggi.

Aku curi curi pandang Ashraff. Kacaknya!

"Assalamualaikum..." Baru beri salam, semua orang bersorak lagi.

"Saya... sebenarnya tak tahu nak nyanyi lagu apa..."

"Nyanyi je!" laung Adam yang berada tidak jauh dari aku.

Ashraff tak tahu nak cakap apa. Dia pegang tengkuknya.

"Kalau macam tu, terimalah lagu ni..." Semua orang diam, mahu fokus kepada Ashraff saja. Aku nampak ada yang tengah rakam, mungkin nak jadikan kenangan.

Ashraff halakan mikrofon ke mulutnya.

Kenangan yang telah berlalu.
Takkan ku lupa...
Hanya engkau yang aku mahu.
Sudah tentu...

Kisah cintaku bersamamu.
Tidak sempurna...
Walau apa pun kita, tetap akan bersama.

Aku pandang Ashraff. Tersentak aku jadinya apabila Ashraff turut memandang ke sini. Entah kenapa, hatiku berdebar secara tiba tiba. Padahal Ashraff tengah menyanyi aje pun.

Hariku...
Lebih indah...
Pabila... Kau ada...
Ku menunggu, kau...

Pulang...
Pulang sekarang...
Ku rindu wajahmu, senyuman manismu sayang.

"Asyraff nyanyi untuk awak." tiba tiba Raden berbisik. Tersentak aku jadinya. Apa? Jangan merepeklah. Takdenya Ashraff nak jadi macam tu. Dia cuma menyanyi. Untuk Puterilah tu, sebab Puteri yang minta.

"Merepeklah..." bidasku.

"Tak percaya sudah." Raden tersenyum tipis.

Aku pandang depan balik. Ashraff masih lagi memandang kr sini. Eh, ya ke? Entah entah aku yang terlebih perasan. Mungkin dia tengok orang kat belakang aku. Lambat lambat aku menoleh. Er, macam tak logik pula sebab kat belakang aku ada seorang lelaki. Dia pakai cermin mata tebal, dan rambutnya dibelah tengah.

Hanya kau pemilik hatiku.
Tiada yang dapat, mengatasi...
Cinta kita...
Apa adanya...

Hariku...
Lebih indah...
Pabila... kau ada...
Ku menunggu, kau...

Pulang...
Pulang sekarang...
Ku rindu wajahmu, senyuman manismu sayang.

Pabila...
Bila kau tiada...
Ku renung gambarmu...
Menunggu sampai kau tiba.

Jantungku berdegup kencang. Tiba tiba kata kata Ashraff hari itu bermain di minda. Jangan cakap Ashraff memang betul betul memaksudkannya sudahlah.

"Aku hanya suka orang macam kau. Yang pandai jaga aurat... yang tidak berlebihan dalam mekap... yang menyerlahkan kecantikan asli dan neutral... yang tidak melampau dalam berfesyen. Yang baik dan yang tak gedik. Macam kau... hanya kau..."

"Aku sukakan kau, Yasmin. I love you."

Aku pegang tanganku yang sejuk macam mayat.

Where?
Where did you go?
I've got so much to say.
So you can't go, go, go!

Tak bisa ku percaya
Yang kau sudah tiada
Ku takkan menerima
Kenyataan...
Kisah kita...

Suara Ashraff bertukar sayu. Pandangan redup menikam anak mata aku. Aku terkaku di situ. Mata Ashraff kelihatan berkaca kaca, macam tengah berkata kata melalui hatinya.

Tolong...
Tolonglah pulang...
Ku rindu wajahmu, senyummu yang sudah hilang.

Pabila...
Bila kau tiada...
Ku renung gambarmu...
Menunggu sampai kau tiba.

Semua orang memberikan tepukan yang gemuruh. Adam sudah berdiri sambil menjerit jerit.

"That's my friend! My friend!"

Aku nampak Ashraff berdiri. Dia bergerak turun dari pentas. Matanya masih melekap padaku. Lambat lambat dia berhenti berjalan.

"Yasmin..." Terkejut aku bila dia menyebut nama aku. Ah, sudah. Dia nak apa pulak ni? Tolonglah jangan macam macam. Aku taknak malu. Aku tak mahu.

"Bersaksikan semua orang yang ada kat sini, aku nak cakap yang aku nak mohon maaf pada kau atas keterlanjuran aku dalam berkata kata. Tolonglah, jangan siksa hati aku lagi. Aku tak mampu hidup tanpa kau, sebab kaulah segala galanya bagi aku.

Dan dekat sini jugak, aku nak buat pengakuan. Nurul Yasmin... Aku cintakan kau dengan sepenuh hati aku. Aku tak mampu menipu kau. Juga tak mampu hati aku lagi. Tolonglah jangan lari daripada aku lagi. Pulanglah semula, Yasmin..."

Aku tunduk. Entah mengapa, mengalir air mataku mendengarnya. Dapat aku rasakan keikhlasan dalam setiap patah katanya.

"Yasmin, I love you..." ucap Ashraff lagi, kedengaran begitu jelas sekali di telingaku. Kali ini aku yakin yang aku tidak tersilap dengar lagi. Aku pandang Raden di sebelah. Dia hanya tersenyum.

"See?" Raden angkat kening. Lambat lambat aku pandang Ashraff balik.

"...aku maafkan kau..." ucapku. Dan terukirlah senyuman di wajah Ashraff dan juga di wajahku.

...and I love you too, Ash!

"WOW, cayalah kawan kita ni! Ada orang suka sebenarnya!" usik Nabihah sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik. Mulalah tu. Aku hanya tersenyum segan.

"Mana adalah. Dia main main je tu." Aku tebalkan muka dan melangkah ke arah katil. Tudung bawal warna ungu gelap itu aku tanggalkan.

"Eleh, yalah tu main main." Nabihah sengih sorang sorang.

"Orang lawa, nak buat macam mana kan?" Iftitah sama naik. Dia tersenyum sorang sorang. Segan aku jadinya. Ah, aku dah agak. Mesti kena bahan. Isy, Ashrafflah ni! Habis orang tahu. Ergh, memalukan aje!

Tapi entah kenapa, aku rasa bahagia.

"Untunglah kau, Yasmin. Dapat orang hensem yang sukakan kau. Weh, kenalkanlah aku kat kawan Ashraff tu. Aku nampak dia pun boleh tahan kacak. Tak dapat Ashraff, kawan dia pun jadilah..." Nabihah tersenyum nakal. Dia mula pasang angan angan. Berjalan beriringan dengan Adam bagaikan pasangan kekasih. Oh, bahagianya.

"Sorrylah,Nabihah. Tapi setahu aku, Adam dah ada awek. Tua setahun daripada kita. Batrisya nama dia." Terus Nabihah monyok. Dia menarik muncung sedepa.

"Alaaa.... Nak Adam!" Nabihah merengek.

"Tak bolehlah. Adrian nak?" Aku pandang dia. Pantas aku mengerutkan dahi apabila Nabihah menggeleng laju.

"Taknak! Aku tak suka dia! Tak hensem! Ada misai!" kutuk Nabihah.

Aku nampak Iftitah mencuit bahu Nabihah.

"Ewah, ewah! Seronok kutuk crush aku? Adrian hensem apa?!" marah Iftitah. Aku tergelak. Tak sangka Iftitah suka Adrian.

"Tang mana hensemnya? Dahlah ada misai colour hijau? Eyyyuw..." Nabihah buat gaya hendak muntah. Iftitah menghentak kaki, tanda marah.

"Hensemlah! Ada misai baru lelaki namanya! Seksi!"

Nak termuntah aku mendengarnya. Iftitah suka lelaki seksi rupanya. Tapi, mana ada Adrian seksi. Seksi kut celah mana pulak ni?

"Mana ada! Adam lagi hensem!" bidas Nabihah.

"Adrian paling hensem!" balas Iftitah.

"Aku cakap Adam tu, Adamlah!" Nabihah tak mahu kalah.

"Dah! Dua dua tak hensem. Ashraff aje yang hensem!" celah aku. Nabihah dan Iftitah sama sama terdiam.

"Yang tu memang!" jerit mereka serentak.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience