BAB 22

Romance Completed 13745

AKU menangis sedih. Semasa menuruni tangga, aku terasa lemah sangat. Entah bagaimana, kakiku tidak mencecah lantai. Sedar sedar je, aku dah terdorong ke depan.

"Allah...!"

Namun belum sempat aku jatuh, tiba tiba ada satu tangan yang cuba menghalang. Tapi tindakannya agak terlambat, membuatkan kami berdua tergolek jatuh sama sama. Mataku terpejam. Sakitnya kepala...

Tinggi jugak tempat kami jatuh. Kemudian kami berhenti tergolek apabila tiba di lantai bawah. Ah, alhamdulillah. Aku hidup lagi. Syukur, ya Allah!

Tiba tiba aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa ada sesuatu di belakang kepalaku? Takkan ada orang letak bantal pulak? Dan di pinggang aku ni pula, kenapa terasa begitu berat.

Lambat lambat aku membuka mata. Alangkah terkejutnya aku apabila Haz begitu rapat dengan aku. Masa aku buka mata, aku nampak dia pun macam baru buka mata juga.

"Argh!!!" jerit kami serentak. Automatik aku menolak tubuhnya dan bergerak menjauhi. Tidak sangka pula tolakan aku begitu kuat. Haz jatuh terduduk.

"Hoi, sakitlah!" marah Haz.

Aku memalingkan muka, malu nak memandangnya. Aku dan dia jatuh bersama. Tergolek golek macam tayar lori pasir. Lepas tu buka mata, dan nampak keadaan kami yang terlalu rapat...

Haz menghampiriku. Aku masih tidak memandangnya.

"Yasmin..." panggilnya namun aku tidak menyahut.

"Yasmin..." panggilnya lagi, namun kali ini lebih kuat nadanya.

"Kut ya pun, pakailah dulu tudung awak." Tegur Haz. Tersentak aku. Automatik aku memegang kepala. Ah, macam mana tudung aku boleh tercabut pulak ni? Terus aku palingkan kepala Haz menghadap ke belakang.

"Hei...!" jerit Haz sambil mahu menoleh ke arah aku.

"Pandang sanalah!" aku menjerit.

Haz mencebik. Apabila selesai memakai tudung, lambat lambat aku memandangnya.

"Dah."

Haz memusingkan tubuhnya. Wajahnya masam.

"Eleh, takut sangat! Saya dah nampaklah rambut awak!" Berbahang muka aku. Aku pandang Haz, tajam.

"Tak payah ungkit tak boleh ke?!" marahku.

"Hm, yalah. Anything for my girl." Amat perlahan suaranya.

Aku pandang dia dan menjegilkan mata.

"Apa?" soalku.

"Takde apa. Saya cakap, saya makan burger!"

Aku mencebik. Eleh, macamlah aku tak dengar!

"Kenapa boleh jatuh ni?" soal Haz tiba tiba.

"Takde apa apa." Aku cuba berselindung.

"Cakaplah. Awak ada masalah ya?"

"Takdelah. Saya cuma pening."

"Awak sedih ya?" tebak Haz. Aku tidak membalas.

"...sebab Cikgu Malik marah awak?" tekanya buat aku tersentak.

"Mm... macam mana awak tahu?" soal aku lambat lambat. Haz diam.

"Sebenarnya... saya dengar semuanya..." terang Haz. Aku terkejut. Macam mana dia boleh dengar pula? Bukan ke dia dah balik ke kelas dia tadi?

"Saya tak pergi lagi tadi. Dan saya masih ada kat situ. Sebab saya sendiri tak tahu nak ke mana." Bagitahunya. Aku pandang Haz. Tak tahu nak ke mana?

"Kenapa tak balik kelas?" soal aku macam polis.

"...kena halau." Tersentak lagi aku. Apa semua ni? Dua orang bertemu setelah dihalau oleh guru masing masing? Haha! Kelakarnya! Macam ada tarikan jodohlah pula. Alahai...

"Saya tak bawa beg. Takde buku. Takde pen. Hanya tidur, and... kena halaulah." Terang Haz, ringkas yang teramat. Aku diam. Kalau aku pula, kena halau sebab dianggap sebagai si buat kecoh. Sampai hati Cikgu Malik! Ingat Danisha tu tuhan agaknya! Menyampah!

"Jom jumpa pengetua." Ajak Haz.

"For?" Aku angkat kening.

"...beritahu pasal Cikgu Malik." Balas Haz. Aku menggeleng.

"Tak apalah.."

"Kenapa?" Haz kelihatan seperti tidak mengerti.

"...taknak panjangkan masalah." Balas aku, senada.

Haz pandang aku.

"Tapi Yasmin, masalah ni takkan habis kalau tak ditamatkan."

Aku diam. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Tak apalah. Saya pasrah. Kalau memang ini yang Cikgu Malik mahukan, saya akan terima." Balas aku tenang.

"But it's not fair, Yasmin! Not fair!" tingkah Haz sambil pandang aku.

"Tak apalah, saya terima. Saya yakin, Allah akan mengadili semua ni dengan sebaik baiknya."

"Tap..."

"Haz, listen..." aku segera memotong.

Dia pandang aku.

"Allah sukakan orang yang sabar. Jadi, saya kena selalu sabar. Saya percaya yang Dia akan ada bersama saya. Dia takkan sesekali meninggalkan hamba-Nya yang sabar dan sentiasa bergantung harap kepada-Nya." Kata kataku membuatkan Haz terdiam.

"Hm... Yalah yalah. Anything for my girl." Balasnya selamba.

"Apa awak cakap?" Aku pandang dia.

"Takde apa apa. Saya cakap, saya nak makan dua biji burger." Balasnya tenang.

"Hmm... Yalah."

"EH, Yasmin. Jom makan dulu." Ujar Haz sebaik sahaja kami keluar dari pagar sekolah. Tak beranilah aku nak balik ke rumah. Nanti macam macam soalan yang keluar dari mulut mama. Aku dah buat keputusan, bila tiba waktu balik nanti, aku akan kembali ke sekolah dan balik bersama Haqiem seolah olah tidak ada apa apa.

Sekarang ni aku tengah buntu, macam mana aku nak keluar? Dengan berpakaian sekolah macam ni, mesti orang pelik tengok aku. Dahlah berdua dengan Haz. Dia tu tak apalah, ada baju tshirt yang dipakai di dalam. Aku?

"Taknaklah..."

"Kenapa? Takde duit?" tebak Haz. Aku hanya mengangguk, walaupun bukan itu alasan yang sebenarnya. Aku masih ada RM10, masih cukup untuk aku mendapatkan makanan dan minuman.

"Awak tak payahlah risau. Biar saya belanja." Pelawanya.

"Tak apalah." Tolakku.

"Kenapa?"

"Malulah..."

Langkah Haz terhenti. Begitu juga dengan aku. Eh, apahal dia berhenti ni? Dan kenapa dia pandang aku macam tu? Hidung aku dah hilang ke?

"Malu apa? Malu berjalan di sebelah saya, macam tu?" tebak Haz. Aku tergamam. Kenapa Haz ni? Macam sensitif aje.

"Mana adalah. Maksud saya, saya malu bila terpaksa keluar dengan pakaian macam ni. Saya takut orang lain salah anggap. Just that." Aku cuba menjelaskan maksud aku yang sebenarnya.

Haz pandang aku.

"Okay, kalau macam tu..." dia menjeda.

"...kita pergi beli baju untuk awak dulu!" sambung Haz lalu menarik aku ke dalam sebuah pasaraya. Aku hanya menurut, malas nak membantah sebab bagi aku, ada baiknya kalau aku dapatkan baju baru. Senang sikit untuk aku nak bergerak ke mana mana.

Haz heret aku ke tempat pakaian perempuan. Dia tengok tengok beberapa helai baju. Kemudian dia mencapai satu baju.

"Wah, cantiknya kalau awak pakai!" jerit Haz. Aku tersenyum sumbing.

"Kita ambik yang ni ya?" Haz pandang aku. Aku hanya menurut. Kemudian Haz tarik aku ke tempat seluar ditempatkan. Dia tarik sehelai seluar jean yang ada corak terkoyak di bahagian lutut.

"Yang ni nak?" Haz memadankan seluar itu dengannya. Lekas lekas aku menggeleng. Daripada pakai seluar tu, lebih baik aku pakai kain sekolah!

Haz tersengih dan meletakkannya semula.

"Habis nak yang mana?" soal Haz. Aku angkat bahu. Sebenarnya aku masih takde mood untuk berlagak biasa. Hati aku masih sakit dengan kejadian pagi tadi.

"Yang ni nak?" Haz tunjuk seluar ketat bercorak polkadot. Aku menggeleng laju. Macam lembu susu aje! Dahlah warna hitam putih. Nasib baik tak macam tahi cicak!

"Habis, yang ni?" Haz ambil skirt labuh warna ungu.

"Saya tak suka pakai skirt!"

"Kenapa? Kan cantik? Perempuan mesti suka." Haz padankan skirt labuh itu dengannya.

"Saya nak seluar..." pintaku.

"Then, pilihlah..." suruh Haz. Aku gigit bibir.

"...saya tak tahu." Aku garu kepala.

"So, ambik je skirt ni." Balas Haz laju lalu membawanya ke kaunter. Tak lupa juga untuk dia mengambil sehelai tudung shawl hitam. Senang, tak kedut mana.

Haz buka dompetnya. Berkepul duit RM50.

"Alang alang nak belanja tu, biarlah sekali dengan korongsang ni ya?" Aku tebalkan muka. Haz tersenyum manis. Aku tahu, dia tak berkira.

Bila dah siap bayar, dua hulurkan kepada aku. Aku tukar pakaian di dalam bilik salinan. Baju sekolah pula aku sumbat di dalam plastik tadi.

Tak sampai lima minit, aku dah siap. Tersenyum Haz bila nampak aku.

"Jom kita makan. Nak?" ajak Haz.

"Terserahlah. Saya pun tak tahu dah nak pergi mana. Orang balik sekolah pun lambat lagi..." balas aku perlahan.

"Okey. Hmm, nak makan kat mana?" Dia pandang aku.

"Tak tahu. Awak pilih ajelah. Saya tak kisah."

"Kenapa pulak macam tu?" soal Haz, tak faham.

"...sebab sekarang saya hanya ada awak, Haz." Balas aku dengan sedikit sebak. Haz terdiam. Jujur aku akui yang aku berasa tersentuh. Entah mengapa, aku berasa sedih.

Haz pandang aku.

"...dan selama lamanya saya harap yang saya akan sentiasa ada di sisi awak, Yasmin." Balas Haz, juga perlahan. Hatiku sebak. Tidak semena mena air mataku jatuh setitik. Haz...

"Awak terlalu baik, Haz. Terima kasih sebab ada di sisi saya." Ucapku lalu mengesat air mata. Haz tersenyum tipis.

"Tak payah berterima kasih. Saya ikhlas dengan awak."

Aku pandang Haz. Wajahnya putih. Rambutnya lembut menutupi dahi. Manis wajahnya. Hidungnya agak mancung. Keningnya tidak terlalu tebal. Dia mempunyai lesung pipit yang jelas terserlah apabila dia tersenyum. Senang cerita, Haz memang boleh tahan. Malah jika dibandingkan dengan Adrian, aku rasa Haz lebih kacak. Cuma sikapnya yang sedikit kebudak budakan.

"Thanks, Haz..."

"No thank, my friend." Bidas Haz.

Lambat lambat aku pandang dia.

"Awak anggap saya ni... kawan awak?" aku bertanya.

"Hmm, ya... for now." Balasnya perlahan, macam ada harapan lain dalam kata katanya. Air mata mula bertakung kembali. Bila aku berkelip, air mata itu terus jatuh.

"Terima kasih, kawan..." ucapku, luhur.

"Shhh! Don't cry. Nanti apa pulak orang cakap? Nanti diorang ingat saya buat kat awak..." pujuk Haz. Aku angguk dan perlahan lahan menyeka air mata. Haz tersenyum.

Dia pandang aku.

"Okay, sekarang kita pergi makan dulu ya?" pinta Haz. Aku cuma mengangguk.

Kami masuk ke dalam sebuah kedai makan.

"Awak nak makan apa? Biar saya tolong ambilkan." Pelawa Haz.

"Habis awak nak makan apa?" soal aku balik.

"Saya rasa macam nak makan nasi lemak." Beritahu Haz.

"Sama jelah." Sebenarnya aku malas nak memilih sangat. Apa yang Haz makan, aku akan makan juga.

Haz pergi ambil dua bungkus nasi lemak yang tersusun di atas meja. Kalau diikutkan, ada banyak lagi menu sarapan yang lain. Tidak sampai satu minit, Haz datang. Di tangannya ada sebungkus nasi lemak dan sebungkus lagi aku tak tahu apa benda di dalamnya.

Haz sorongkan nasi lemak kepada aku.

"Satu je nasi lemak? Habis awak makan apa?"

"Saya pilih laksam. Tiba tiba terasa nak makan..." balasnya.

"Oh, ya. Saya tak tahu awak nak minum apa, so saya order milo suam. Awak tak kisah?" soal Haz sambil membuka plastik pembungkus makanannya. Sebiji mangkuk turut diambil. Haz menuangkan makanannya ke dalam mangkuk.

"Tak kisah..." Aku senyum. Aku turut membuka makanan aku.

Haz menuangkan kuah laksamnya. Ah, sedapnya bau. Selama ni aku tak pernah pun makan laksam. Aku takut nak makan sebab kuahnya berasaskan ikan dan santan. Dua campuran tu buatkan aku rasa macam... eee, yerk!

Tapi entah kenapa bila Haz makan, aku rasa terliur pula. Nak minta sikit untuk rasa, aku malu. Alahai... kam best kalau Haz yang kat depan aku ni Haqiem?

"Awak memang suka laksam ke?" aku bertanya. Haz mengangguk.

"Sedap ke?" soal aku lagi.

"Sedap! Nak rasa?" tanya Haz lalu menyudukan laksamnya. Kemudian sudu tersebut disuakan ke mulutku. Aku tergamam dengan tindakannya yang tidak disangka sangka itu.

Aku pandang sekeliling. Haz ni! Janganlah buat drama kat sini!

"Eh, tak payahlah! Saya tanya aje..." Aku mulai kalut. Segan pula bila Haz nak bersuap suap. Malulah kalau orang tengok. Namun Haz masih menyuakan sudu itu kepadaku.

"Alah, trylah rasa..." pujuk Haz.

Aku teragak agak. Tapi bila dengar suara Haz yang tengah memujuk itu lembut, tiba tiba hati aku terasa lembut sama. Nak taknak, terpaksalah aku membuka mulut.

"Macam mana? Sedap kan?" soal Haz. Aku mengangguk.

Hisy! Tak pernah lagi mana mana lelaki yang menyuapkan makanan kepada aku selain Haqiem dan papa. Tapi Haz... Ah, biarlah! Dia kan memang baik.

"Nak lagi?" Haz mula menyudu lagi. Cepat cepat aku menggeleng. Alahai, Haz... Kenapa kau baik sangat? Rasa macam tak layak pula untuk aku bersahabat dengan kau dan ada di depan kau pada waktu ini.

"Hurm, Yasmin. Can I ask you something?" Tiba tiba Haz bersuara setelah sekian lama kami berdua menyepi. Aku pandang dia sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

Aku mengangguk.

"Ermm... awak... awak dengan Ash ada apa apa ke?" Tiba tiba Haz bertanya soalan itu. Hampir tersedak aku jadinya.

"Err, kitorang takde apa apa." Ujar aku dengan teragak agak. Haz diam.

"Kenapa awak tanya?" aku soal dia balik.

"Nothing. I'm just... hmm, nak pastikan sesuatu. Tadi saya dengar Ash berkeras nak bela awak. So I think awak dengan dia ada satu hubungan yang lebih daripada seorang kawan." Haz menenguk minumannya.

Aku pandang Nasi Lemak yang masih ada separuh. Tiba tiba teringatkan Ashraff.

"Err, Haz. Honestly, kitorang... err... kitorang memang suka sama suka tapi hubungan kitorang tetap sama macam hiasa. Takde apa yang berubah pun, walaupun perasaan masing masing dah terbongkar." Jelasku.

Haz diam dan mengangguk.

"Awak tak kisah jadi kawan saya?" soalnya.

Aku berkerut dahi.

"Kenapa?"

"Awak tak takut ke kalau Ash nampak dan marah marah?"

Aku diam.

"...saya tak rasa yang dia akan marah." Balas aku perlahan.

Haz pandang aku.

"Yasmin..." serunya. Aku pandang Haz. Pandangannya redup sekali.

"Actually... ada satu benda yang awak tak tahu pasal saya." Sambungnya.

Ha? Benda apa? Seram pula bunyinya. Haz bela saka ke?

"Jangan mengarutlah! Saya tak buat macam tu..." bidas Haz tiba tiba. Eh, dia ni. Macam tahu tahu je apa yang aku fikirkan. Entah entah dia ahli silap mata dan ada satu kuasa magis yang mampu membaca fikiran orang. Wow! Tapi...

...macam tak logik je.

"Apa benda tu?" aku bertanya. Haz diam.

"Tak boleh cakap." Balasnya.

"Kenapa tak boleh?" Aku berkerut dahi. Besar sangat ke benda tu?

"Saya tak rasa yang saya perlu bagitahu awak sekarang. Tapi saya yakin, suatu masa nanti, awak akan tahu juga apa yang saya nak bagitahu awak sekarang." Ucap Haz, kedengaran agak lemah.

Aku terdiam. Hmm, tak apalah kalau itu mahu dia. Aku taknak jadi pemaksa.

"Yalah. Tapi janji dengan saya yang lambat laun, awak kena bagitahu saya." Pintaku.

"Ya, saya janji." Sambut Haz.

"ASH... kenapa you benci sangat pada I?" soal Danisha.

"Sebab kau melampau. Terlalu." Balas Ash, laju.

Danisha mengetap bibir.

"Tapi I melampau dengan Yasmin, bukan you!" balas Danisha, geram.

"Apa apa yang berkaitan dengan Yasmin, bagi aku, ianya adalah masalah aku!" Tegas Ashraff.

Danisha mencebik. Sakit hatinya bila mendengar kata kata Ashraff. Dia benci bila Ashraff tidak menghiraukannya. Selama dia hidup, belum pernah dirinya ditolak oleh mana mana lelaki. Tapi Ashraff...? Pandang Danisha sebelah mana pun taknak.

Danisha akan pastikan yang suatu hari nanti, Ashraff akan jadi miliknya!

"Kenapa? Sebab dia kawan baik you?!"

"Tu pun ya. Tapi sebab utamanya ialah..." Ashraff menjeda.

"...aku cintakan dia." Bisik Ashraff, keras.

Danisha tergamam.

"You kenapa, Ash?!"

"Kenapa apa?! Kau ada masalah ke?!" tempik Ashraff.

Danisha mengetap bibir.

"You sukakan someone like Yasmin? Urgh, teruk betul taste you. Yasmin tu buruk, Ash. Buruk! Itukah taste you?" soal Danisha sambil membuat rolling eyes.

Ashraff menggenggam penumbuk.

"Kenapa you sukakan perempuan buruk macam Yasmin? Kenapa tak suka kat I aje?" Tanpa segan silu, Danisha mengutarakan soalannya.

Ashraff menarik senyuman senget. Agak sinis lihatnya.

"Sebab aku takkan sukakan perempuan yang lebib buruk daripada dia." Ujar Ashraff lalu menggalas begnya menggunakan bahu kiri sahaja. Danisha merengus geram. Berani beraninya si Ashraff ni mengatanya lebih buruk daripada Yasmin!

Ashraff mula berjalan keluar.

"I akan pastikan suatu hari nanti you akan tunduk pada I!" jerit Danisha.

Ashraff berhenti berjalan. Lambat lambat dia menoleh.

"Macam mana kau nak tundukkan aju, kalau aku sendiri pun tak pernah ingin tunduk pada perempuan bodoh macam kau?" sindir Ashraff sebelum kembali berjalan keluar meninggalkan Danisha yang mendongkol marah.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience