BAB 7

Romance Completed 13745

AKU melangkah longlai ke dalam rumah. Entah kenapa, tubuh tiba tiba rasa tidak bermaya. Aku heret beg sekolah lalu aku tinggalkan beg itu di ruang tamu. Aku berlalu ke dapur. Haqiem pula terus menyimpan kunci motosikalnya.

Tanpa sedar, Haqiem mengikuti langkahku. Aku termenung di meja makan. Kata kata Ashraff terngiang ngiang di telinga.

"...aku tak suka berebut."

Ah! Apa yang Ashraff cakap tu? Kenapa hati aku kuat mengatakan yang ayat itu mempunyai makna yang dalam? Tapi... dia tak suka berebut apa? Rasanya, mana ada aku berebut barang dengan dia. Atau... maksud Ashraff, dia tak suka berebut benda lain?

Tapi benda apa?!

"...kakak?" aku tersentak apabila Haqiem tiba tiba duduk di sebelah aku. Haqiem pandang aku, lama.

"Kakak okey?" soalnya.

Lambat lambat aku angguk, walaupun sebenarnya aku rasa tak okey. Haqiem pandang aku lagi.

"Lelaki tadi... pakwe kakak?" aku tersentak. Confirm dah tersembur air dalam mulut kalau aku tengah minum. Aku pandang Haqiem. Hisy, dia ni. Soalan tak berlapik langsung. Apa jenis soalanlah!

"Taklah, mana ada..." nafi aku sambil menggeleng.

"Habis tu, dia siapa?" soal Haqiem lagi. Aku diam dan menunduk.

"...kawan." Balasku sepatah. Tapi kenapa pula aku rasa sedih dengan jawapan aku tu? Ah! Kau jangan macam macam, Yasmin! Memang kau dengan Ash kawan, kan? Jangan ingat dia tu boyfriend kau pulak walaupun separuh daripada hati kau berharap macam tu!

Err, apahal dengan aku ni?!

"Eleh, yalah tu kawan. Padahal boyfriend kakak, kan?" tebak Haqiem. Aku mencebik. Pandailah kau, Haqiem. Kalau betul tu tak apalah jugak tapi...

...hampeh!

"Mana ada, kitorang kawan ajelah." Nafi aku lagi. Haqiem tarik senyuman sinis.

"Sekarang ni kawanlah. Nanti nanti...? Langipun, Qiem nampak macam ada something wrong aje. Macam..." aku pula yang berdebar debar. Macam apa pulak ni?

"...macam... two people in love aje." Haqiem jeling aku.

Hm, hampir hampir tepat tapi ada pembetulan sikit. Hanya aku aje yang tengah in love sekarang ni. Orang kat sana memang taklah nak ada perasaan yang sama macam aku. Tapi, ya ke? Habis, yang Ashraff cakap kat sekolah tadi tu macam mana pulak?

Ah! Ashraff cuma main main! Padahal dia ambil kesempatan untuk taknak balik dengan aku dengan cipta alasan. Kononnya dia taknak berebut. Berebut balik dengan aku kut. Betullah tu, Ashraff taknak rebut aku yang sepatutnya balik dengan Haqiem, adik aku.

Eh, kejap.

Ashraff tahu ke yang kitorang sebenarnya adik beradik?

"Huwoi!!!" terperanjat aku jadinya. Aku pandang Haqiem yang baru selesai menjerit di depan muka aku. Kau ni dah kenapa? Teringin sangat nak jadi Ashraff Rozami versi dua ke macam mana?!

"Apahal?!" marah aku, agak tak senang.

"Orang panggil sampai nak terkoyak anak tekak, boleh pulak dia tak dengar. Mengelamun aje kerjanya!" Haqiem mula membebel. Aku sengih. Aku mengelamun rupanya.

"Hah, kenapa?" aku bertanya kepada Haqiem.

"Qiem tanya, mamat tu nama apa?" ulangnya semula. Aku pandang dia.

"Mamat mana?" soal aku.

"Mamat bangla jual kain batik kat depan sana tu! Eh, buat buat tanya pulak. Lelaki kat dalam kelas kakak tadi tulah..." Haqiem bercekak pinggang. Aku mencebik. Eleh, kang aku beritahu nama dia awal awal, nanti cakap kepala aku asyik fikir pasal mamat tu pulak! Apa daaa...

"Ashraff. Tengku Ashraff."

Haqiem dia, seolah olah sedang menghadam nama itu. Mungkin juga sedang membuat andaian, sama ada sesuai ataupun tidak nama Tengku Ashraff dengan orangnya.

"Tengku Ashraff... Hmm, kakak tak suka dia ke?" soal Haqiem, tiba tiba. Aku pandang Haqiem.

"Apasal pulak kakak kena suka dia?" soal aku balik.

"Yalah, Qiem tengok dia tu bukan main hensem lagi. Takkan kakak tak suka kat dia kut?" tebak Haqiem. Aku menggeleng geleng. Ah, takde maknanya aku nak suka dia. Tapi bukan ke hakikatnya aku memang sukakan dia?

"Kalau kakak tak suka dia, mungkin dia suka kakak?"

Aku angkat kepala.

"Kenapa pulak?"

"Qiem ni lelaki, kak. Qiem tahu apa yang Ashraff tu rasakan. And pretty sure, Ashraff tengah jealous!" Haqiem berpeluk tubuh. Tersentak aku jadinya.

...Ash jealous? What?!

"KAK, keluar jom!" ajak Haqiem yang sedang berdiri di depan pintu bilik aku yang ternganga. Aku yang sedang membaca novel di atas katil, perlahan lahan pandang jam di tangan. Pukul 8.15 malam. Nak keluar pergi mana pulak malam malam macam ni?

"Pergi mana?" soal aku tanpa memandangnya. Ikutkan hati, malas sebenarnya aku nak keluar. Entahlah, mood aku tak baik hari ni. Sebab tu aku baca novel. Jarang sekali aku baca novel.

"Jom pergi pasar malam." Terus aku tutup novel dan duduk berlunjur.

"Pasar malam? Bestnya! Okey, jom!" aku pula yang terlebih bersemangat. Cepat cepat aku buka almari. Baju sejuk warna hitam aku capai, kemudian aku sarungkan ke tubuh. Macam itulah pakaian aku setiap kali aku malas nak tukar baju lengan panjang.

Aku pakai tudung bawal yang berwarna merah hati. Tak sampai tiga minit, aku dah siap. Laju sahaja aku tarik tangan Haqiem dan heret dia ke tingkat bawah.

Kami pergi ke ruang tamu.

Aku nampak papa dan mama tengah tengok berita di TV3.

"Mama, papa... Kitorang nak keluar kejap, nak pergi ke pasar malam." Aku beritahu kepada mak ayah aku. Heh, contohilah aku. Nak pergi mana mana, mesti kena beritahu mak ayah dulu. Bukannya menonong aje keluar tanpa berkata sepatah haram!

Tengok kakilah... Yasmin ni!

"Nak buat apa pulak kat pasar malam ni? Tak kenyang kenyang lagi ke makan speggeti tadi?" soal mama tanpa mengalihkan matanya daripada terus memandang televisyen. Begitunya khusyuk tengok tv, sampai aku ni langsung tak dipandang.

"Nak beli belahlah. Dah lama kitorang tak makan ayam goreng kat pasar malam, kan kakak?" Haqiem pandang aku. Aku mengangguk, memang betul pun. Dah lama kami tak jejakkan kaki ke pasar malam. Lagipun, nak jugak aku kenal kenal pasar malam kat sini.

"Hm, yalah. Jalan balik lewat, sudah..." ujar papa aku pula.

Bila dah dapat keizinan, terus kami keluar.

"BIASALAH makcik, kakak saya ni memang kuat makan. Mana cukup kalau sebiji je." Aku cubit pinggang Haqiem lalu aku jegilkan biji mata. Dia ni selalu aje macam ni. Semua benda, dia cakap aku yang nak. Dahlah cakap aku kuat makan!

"Masa bila pulak?! Padahal dia yang nak dua biji, makcik!" balas aku seraya memandang makcik yang tengah membungkus burger itu. Makcik itu menggeleng geleng, mungkin geli hati dengan telatah kami berdua.

"Eh, kita pulak yang kena. Padahal kakak saya malu, makcik." Haqiem tahan senyum. Kalau tak dihiraukan orang yang lalu lalang, memang dah lama aku tampar dia sampai terberak cair kat sini jugak. Hisy, memandai aje kerjanya. Sekali lagi dia petik nama aku, siaplah dia! Bertukar jadi Megatton baru tahu.

Makcik itu masukkan tiga biji burger ke dalam plastik.

"RM9, dik..." beritahu makcik itu dikala plastik bertukar tangan. Haqiem hulurkan RM10, lepas tu makcik itu bagi duit baki RM1.

Kami berjalan lagi sambil memerhati gerai gerai yang penuh dengan pelanggan. Bau tumis menusuk ke dalam hidung aku. Suasan begitu bising dengan suara riuh rendah pelanggan yang tidak terbilang. Keadaan memang sesak sangat. Aku dengar bunyi budak menangis hendakkan mainan pun ada.

"Nak beli apa lagi, kakak?" soal Haqiem. Aku diam sambil memandang satu persatu gerai di kiri dan kanan. Nak apa lagi ya? Burger dah. Ayam goreng dah. Keropok goreng dah. Laksa Kuah Putih dah. Hmm, apa lagi ya? Ha, air coklat aku!

"Jom cari air coklat!" ajak aku. Haqiem mencebik.

"Akak ni, mana mana mesti cari air coklat. Cubalah cari air lain pula. Meh, try air kelapa campur vanilla!" ajak Haqiem pula. Aku menggeleng. Heh, air lain tak sedap! Taknaklah aku.

"Taknak! Nak air coklat jugak!" aku berkeras.

"MANA kau ni?!" Ashraff menjerit di talian.

"Kat gerai kuetiau Kak Mek? Mana?!" soal Ashraff sambil memandang ke sekeliling. Sebenarnya, Ashraff dan kawan baiknya iaitu Adam dah janji untuk ke pasar malam. Lepas beli apa yang patut, mereka akan makan sambil lepak dekat tempat mereka.

"Takdelah, Dam... Aku kat depan kedai burger ni..." beritahu Ashraff sambil melihat makcik yang tengah menggoreng daging burger itu melakukan kerjanya. Adam ni! Tadi cakap kat gerai kuetiau. Lepas tu ada dekat gerai apam balik pulak? Lepas tu nanti ada dekat gerai dorayaki pulak?

Mana satu ni?!

"Okey, macam ni. Kau beli makanan kau, aku beli makanan aku. Lepas tu kalau dah siap, call aku takpun aku yang call kau." Cadang Ashraff. Adam di sebelah talian hanya mengikut. Ashraff menyimpan telefonnya ke dalam poket. Dia memandang sekeliling.

Nak beli apa lagi ni? Burger dah, ayam dah. Laksam kegemaran pun dah. Hm...

Ha! Air kelapa vanilla kegemarannya! Terus kaki dihayun laju.

"KAKAK kena cuba air kelapa vanilla tu dulu, lepas tu baru boleh nilai sama ada sedap ke tak sedap!" Haqiem menjerit geram.

"Ah, tak payah cuba pun kakak dah tahu, jawapannya tak sedap." Kutuk aku. Memang aku tahu, kegemaran Haqiem adalah vanilla. Semua benda yang namanya Vanilla, mesti Haqiem suka. Aku pula semua benda yang namanya vanilla, mesti awal awal aku dah campak ke tepi.

"Kalau kakak taknak minum, Qiem anggap kakak ada hati kat Ash!" aku terkejut. Eh, macam tu pun boleh ke? Baiklah, kalau macam.

Aku pun boleh!

"Kalau Qiem taknak bagi akak minum air coklat, kakak anggap Qiem ada hati kat Hani!" aku tayang wajah ketat.

"Qiem tak kisah, sebab memang kitorang suka sama suka. Siap bercouple dah..." Haqiem berpeluk tubuh. Aku mengetap bibir.

"Kalau macam tu, kakak pun tak kisah sebab memang kakak..."

"...ada hati kat Ash, macam tu?" potong Haqiem.

Aku terdiam. Argh, aku kalah lagi!

"Yalah yalah, kita minum air kelapa vanilla!" aku mengalah akhirnya. Haqiem pula terus tersenyum bangga. Puas hatilah tu sebab dia menang dan aku kalah. Tapi takpe, biar aku rasa dulu minuman kesukaan dia tu. Kalau memang tak kena dengan aku, jangan menangislah sebab aku dah berniat untuk kutuk habis habisan!

Hahahaha!

Tiba tiba Haqiem tarik tangan aku semasa kami berdua berjalan menuju ke gerai yang menjual air kelapa vanila. Aku pandang Haqiem dengan pandang pelik. Apahal dia ni? Tak jadi nak beli air ke?

"Tadi Qiem cakap yang Ash tengah jealous, kan?" soalnya dengan tiba tiba. Eh, kenapa dengan Haqiem ni? Tapi aku jawab jugak soalan dia. Lambat lambat aku angguk.

"Tonight, I'll make sure you believe me that I'm right!" bisik Haqiem, betul betul di telinga aku. Kemudian Haqiem pandang ke depan. Aku pun turut pandang ke depan. Alangkah terkejutnya aku bila nampak Ashraff berdiri selang beberapa meter daripada aku.

Ashraff sedang memandang ke sini.

"Ash..." entah kenapa, aku terpanggil namanya.

"Yasmin..." sebut Ashraff.

"You both know each other?" tiba tiba Haqiem menyampuk. Aku dan Ashraff sama sama melihat Haqiem. Aku nampak Ashraff macam tengah resah.

"Yasmin, siapa lelaki ni?" soal Haqiem dengan tiba tiba. Aku terkejut. Kenapa dia ni? Buat buat tak tahu pulak depan Ashraff? Seketika kemudian, aku tersedar. Kata kata Haqiem...

"Tonight, I'll make sure you believe me that I'm right!"

"...and pretty sure, Ashraff tengah jealous!"

Apakah... Entah entah, Haqiem tengah cuba untuk buktikan telahannya berkenaan Ashraff. Oh my... Oh, Haqiem, tolong jangan buat masalah! Aku takut nanti Ashraff fikir benda yang buka bukan.

"You... Tengku Ashraff, kan?" Haqiem pandang Ashraff.

Lambat lambat Ashraff mengangguk.

"Meet my sweetheart, Nurul Yasmin..." aku hanya diam bagaikan patung cendana. Ah, Haqiem! Tolonglah jangan macam macam. Aku nampak Ashraff macam gelisah.

"Oh... tt... tahniah..." ucapnya setelah hampir seminit berlalu.

Aku pandang Ashraff. Ashraff pun turut pandang aku.

"Yasmin, I need to go. Jalan jalan dengan boyfriend tu, hati hati sikit. Jangan balik lewat sangat, tak manis orang tengok." Pesan Ashraff lalu beredar dari situ. Aku kian terpanggung.

Lambat lambat aku pandang Haqiem.

"Qiem tak cakap pun yang Qiem ni boyfriend kakak, tapi... See? Ashraff tu sendiri yang ingat Qiem ni boyfriend kakak. Qiem cakap, kakak ni sweetheart iaitu kekasih atau buah hati. Tapi takde pun Qiem cakap yang Qiem ni sweetheart kakak..."

Aku terdiam.

"So... conclusion yang Qiem boleh buat adalah, Ashraff tiba tiba balik dulu masa sekolah tadi sebab dia jealous. And dia taknak jadi perampas, so that's why dia cakap, dia tak suka berebut. Dan macam yang Qiem cakap, Ashraff tu jealous. Orang cakap, cemburu tu tandanya cintalah, akak. Jadi, tak faham lagi ke lepas eksperimen ni habis?" Haqiem angkat kening.

Aku pandang depan. Ashraff...

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience