BAB 12

Romance Completed 13745

KUMPULAN kami telah berjaya menyiapkan tugasan. Fuh, memang aku akui yang soalan soalan yang tersedia tadi memang agak sukar. Oleh itu, kumpulan kami mendapat tempat kedua bagi kumpulan yang cepat siap. Tapi okeylah tu. Harapnya bonus akan dapat kepada kumpulan kami kerana kumpulan pertama yang menyiapkan tugasan tersebut rupa rupanya telah membuat dua kesalahan jawapan!

Aku beralih tempat duduk. Tiba tiba tubuh terasa lenguh, jadi aku duduk di tepi dinding untuk bersandar. Tak sampai seminit aku bersenang lenang, tiba tiba Ashraff datang dengan mukanya yang bengang. Dia duduk bercangkung di hadapan aku.

"Apa masalah kau, Yasmin?" soalnya dengan geram.

Apa masalah aku? Heh, aku takde apa apa masalah pun! Yang ada masalah tu ialah kau Ashraff. Datang datang bawak muka bengang lepas tu tiba tiba tanya aku macam tu.

"Kau tu, apa masalh kau ha?!" soal aku balik.

Ashraff mengetap bibir.

"Kaulah! Apahal kau buat keputusan sendiri?! Lepas tu suka hati kau aje bagi Puteri sekumpulan dengan aku! Kau ni kenapa, hah?!" Ashraff marah aku.

Aku tayang muka selamba. Lah... pasal tadi rupanya.

"Kenap, kau tak puas hati ke? Kalau tak puas hati, cakaplah awal awal. Kau datang dan marah marah aku buat apa? Slot tadi dah tamat pun. And satu lagi... Kenapa kau marah bila aku bagi peluang untuk kau sekumpulan dengan Puteri? Bukan ke kau sepatutnya gembira sebab dapat bergandingan dengan dia?

Oh... mungkin aku yang tersilap. Kau marah sebab aku masukkan Adam sekali. Sorrylah, tindakan aku buatkan kau dengan Puteri tak selesa." Aku tayang muka bersalah pula.

Air muka Ashraff terus berubah.

"Asal pulak aku kena gembira bila Puteri ada?" tanya Ashraff. Terus aku tayang muka terkejut. Aku buat buat pekup mulut.

"Ash, kenapa dengan kau ni? Kau dah tak ingat ke apa yang kau cakap tengah hari tadi? Kau kan cakap, kau suka perempuan macam Puteri yang pandai tayang rambut. Yang pandai bermekap... yang tak kolot. So, aku dah realisasikan impian kau untuk berkenalan dengan perempuan idaman kau tu. Sepatutnya kau kena berterima kasih dekat aku, bukannya marah marah macam ni..." Dengan nada perlahan, aku berkata kata.

Ashraff kelihatan macam tersentak.

"Aku..."

"Come onlah, Tengku Ashraff. I'm sorry sebab terlanjur masukkan Adam ke dalam grup korang, sampaikan korang tak bebas nak bermesra. Nak pegang pegang pun tak boleh. I'm sorry. Lepas ni kau janji, aku akan bagi korang berdua dalam satu kumpulan. Takde siapa yang boleh ganggu korang. Takde sesiapa yang akan ganggu korang meskipun korang nak pegang pegang." Aku menghadiahkan senyuman yang paling murah.

Ashraff pandang aku.

"Yasmin, aku rasa kau dah salah faham..." terus aku potong percakapan dia.

"Eh, mana ada aku salah faham. Otak aku masih boleh berfikir dengan cermat. Aku yakin yang aku tak salah faham. Kau memang sukakan perempuan macam Puteri, so that's why aku buat macam ni." Balas aku tanpa memandangnya.

Ashraff menggeleng geleng.

"Bukan macam tu, Yasmin..."

"Bukan apa, Ash?! Kau nak apa lagi? Tak bersyukur langsung sedangkan aku dah bagi peluang untuk korang merasai pengalaman satu grup." Aku cebikkan bibir.

"Aku tak suruh pun kau buat macam tu. Aku cuma nak sekumpulan dengan kau." Balasnya pula.

Aku terus pandang Ashraff.

"Kau nak sekumpulan dengan aku yang tak pandai nak tayang rambut, yang tak pandai nak bermekap, yang kolot... yang asyik bergantung dengan kecantikan asli yang sebenarnya berapa nak cantik? Are you serious, Ash? Pipit macam aku ni mana sesuai nak dibandingkan dengan aku. Kau tu enggang. Lainlah kalau Puteri, kakak tua. Sama sama besar...

Kau tak malu ke bila bersekumpulan dengan aku nanti? Yah... macam yang kau cakap, perempuan macam aku ni bukan taste kau. Lainlah macam Puteri tu, pandai tayang rambur walaupun tak berapa nak lurus. Pandai pakai mekap walaupun sekarang ni kita berada di sebuah kem. Yang tak kolot... Yang up to date. Fikirkannya, Ash. Kau tak malu?" tanya aku sambil pandang wajah Ashraff.

Namun jauh di sudut hati, terselit rasa sayu untuk menuturkannya. Kata kata makian yang Ashraff berikan tadi masih terngiang ngiang di telinga aku. Hati aku sakit, Ash...

"Yasmin, tolonglah jangan macam tu. Aku taknak kau salah faham. Aku nak..."

"Cukup, Ash! Aku taknak dengar apa apa pun daripada kau. Hati aku sakit, Ash! Hati aku sakit bila kau maki aku macam macam! Kau buat aku terluka, Ash! Kau cakap aku perempuan kolot! Kau cakap aku tak pandai tayang rambut! Kau cakap aku tak pandai bermekap! Apa semua ni, Ash?! Kawan apa macam kau ni?! Kau hina aku yang bertudung! Apa buruk sangat ke aku di mata kau? Aku bertudung sebab aku patuh perintah Allah! Kau siapa nak cakap aku macam tu?!

Sampai hati kau, Ash... Selama ni aku sayang kau sebab aku ingat selama ni kau juga ikhlas bersahabat dengan aku! Tapi apa semua ni, Ash? Kau hina aku. Kau buat aku macam robot! Aku terluka dengan setiap kata kata kau, Ash! Selama ni aku hargai kau! Aku sayangkan persahabatan kita melebihi nyawa aku sendiri. Tapi aku tak sangka ini balasan kau. Ini ke yang aku dapat, Ash...?" Lirih aku berkata.

Hati aku sebak. Hati aku sebak sangat. Sedih yang tidak tertanggung.

"Tak, Yasmin. Bukan macam tu maksud a..." Kata kata Ashraff terhenti sebaik sahaja aku menggeleng geleng. Air mata aku mula menitis keluar kemudian perlahan lahan mengalir ke pipi.

"Ada benda yang kau perlu tahu tentang perempuan. Perempuan ni, hati dia boleh jadi keras macam kerikil. Dan hati perempuan juga boleh jadi lembut macam kapas. Perempuan hatinya rapuh... Bila bila masa aje dia boleh menangis. Tapi perempuan juga mempunyai sekeping hati yang kuat...

Tak apa, Ash. Aku terima apa yang kau buat. Aku sedar aku ni siapa. Aku tak layak menjadi kawan kau lagi. Apa gunanya persahabatan kita diteruskan sedangkan ianya berlandaskan pengkhianatan yang kau cipta? Mungkin sampai sini aje persahabatan antara kita, Ash." Aku menyapu air mataku. Kemudian aku terus beredar dari situ.

Aku bersembunyi agak jauh daripada pelajar lain. Bukan bersembunyi sangat pun sebenarnya. Aku cuma pergi jauh daripada orang. Aku bergerak ke ruang utama resort. Lagipun kata Abang Hady dan Cikgu Akam, pelajar dibenarkan balik ke bilik setelah semua murid menyelesaikan tugasan.

Aku berdiri di tepi kolam. Lambat lambat aku duduk dan mencelupkan kaki ke dalam kolam. Aku pegang pipi aku yang agaj basah. Argh... kenapa aku boleh menangis depan Ashraff tadi? Ya Allah, malunya...

ASHRAFF menghempaskan tubuhnya ke atas tilam dengan kasar. Telefon di dalam poket seluar dikeluarkan. Ashraff menekan butang buka pada tepi telefonnya lalu terpampanglah skrinnya yang bernyala cerah. Ashraff pandang wallpaper telefonnya lama. Yasmin...

"Ya Allah, apa yang kau dah buat ni, Ash? Kau dah buat Yasmin sedih, tahu tak!" gumam Ashraff sendiri. Dia membuka kata laluan telefonnya. Kemudian dia menekan aplikasi whatsapp. Chat yang paling teratas adalah dengan kenalan yang disimpan dengan nama, LuVYasmin.

Ashraff membuka chat itu. Mesej mesej lamanya masih ada. Ashraff sebenarnya seseorang yang gemar memadam perbualan jika dirasakan terlalu banyak, namun dia langsung tidak berasa mahu memadam perbualan antaranya dengan Yasmin. Malah, Ashrafd berasa sayang dengan perbualan itu. Dan dia takkan mungkin menghapuskannya.

Dengan perlahan lahan, Ashraff menaip sesuatu di telefonnya.

'Assalam, Yasmin. Aku nak minta maaf pasal tadi. Aku tahu aku salah. Aku mengaku yang aku salah. Aku cakap macam tu tadi sebab aku jealous tengok Adrian dengan kau. Aku melampau, Yasmin. I'm so...'

Tiba tiba tangan Ashraff berhenti menaip. Nak minta maaf atau pun tak? Malulah pulak. Kalau aku chat dia dulu, mesti jatuh ego aku! Ah! Aku takkan mintak maaf dekat dia walaupun memang aku nak mintak maaf sangat sangat dekat dia. Bisik hati Ashraff.

Lalu dengan pantas, Ashraff memadam semula apa yang ditulismya. Harap harap esok Yasmin akan lupakan semua ini. Aku tahu Yasmin baik! Dia mesti tak sanggup marah aku lama lama, desih hati Ashraff.

"YASMIN..." aku tersentak apabila nama aku dipanggil dari arah belakang. Lambat lambat aku menoleh lalu ternampaklah akan kelibat Adrian yang sedang datang mendekat sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jean biru yang dia pakai. Dia berhenti di sebelah aku. Nasib baik tak pijak telefon aku.

Aku nampak Adrian mendepangkan kedua dua belah tangannya. Dia memejamkan mata. Mungkin selesa dengan tiupan angin yang menyapa wajahnya. Nyaman! Aku hanya tersenyum tipis. Entah kenapa, sedikit sebanyak hati aku mula terbuka untuk menerima dia.

Tak, tolong jangan salah faham. Maksud aku, aku terima kehadiran dia dalam hidup aku sebagai insan yang pernah menjadi kawan baik aku. Bukan terima dia dalam hati aku sebagai mana mahunya dia.

"Sedap angin kat sini, kan Yasmin?" soal Adrian tanpa melihat.

"Entahlah, aku tak makan pulak tadi." Balas aku bersahaja. Adrian menoleh dan tersenyum tipis. Lambat lambat dia melabuhkan dudukmya di sebelah aku. Dia menaikkan kakinya dan memeluk betisnya.

Aku terpandangkan kasut jenama Adidas yang dipakainya. Tanpa sedar, aku tersenyum.

"Cantik kasut?" tegur aku. Adrian turut memandang kasutnya.

"Mana tak cantiknya, kalau si pemberinya juga cantik?" Adrian pandang aku. Aku diam.

Sebenarnya, kasut sukan itu adalah hadiah pemberian daripada aku sempena ulang tahunnya semasa kami berada di tingkatan empat. Hari jadi Adrian pada 3
27 haribulan dua manakala hari jadi aku pula adalah pada 19 habribulan 3. Pada tahun lepas, Adrian menghadiahkan tiga helai tudung bawal kepada aku.

Untuk tahun ini pula, kami tidak sempat meraikan ulang tahun kami bersama sama kerana aku terpaksa berpindah ke tempat baru. Bertemunya dia pada waktu ini, sedikit sebanyak telah mengisi kekosongan hidupku. Jujur aku katakan, selama kami berpisah, aku memang merindui dia. Merindu insan yang pernah bersama aku tidak kira sewaktu susah atau senangku.

"Kau tak hargai pun hadiah aku..." tuduh Adrian.

"Wei, kau cakap elok elok sikit, ya? Ketiga tiga tudung yang kau bagi tu ada kat dalam almari kat atas sana!" aku tayang muka bengang sambil tunjuk ke arah blok bilik aku ditempatkan.

Adrian tersengih.

"Kau ni, tak payahlah marah. Aku gurau je. Dah lama aku tak tengok kau membebel, Yasmin. Rindu aku..." Adrian pandang depan. Jujur aku akui, memang aku suka membebel dia pun dulu.

"Habis, kau sukalah kena bebel?" soal aku tanpa pandang dia. Adrian hanya senyum. Hisy, dia ni. Tak penat ke asyik senyum aje memanjang? Agaknya hobi dia memang suka senyum!

"By the way, Yasmin... kau ada masalah ke?" soal Adrian dengan tiba tiba. Aku tersentak. Kenapa dia boleh cakap macam tu? Adakah muka aku nampak macam orang yang tengah tanggung masalah? Boleh jadi juga.

"Mana adalah..." aku menggeleng. Selepas itu, diam antara kami.

"Aku nampak kau nangis depan Ash. Apa dah jadi?" terus aku duduk tegak. Seriuslah? Dia nampak aku menangis? Huwarghh! Apa aku nak cakap ni?! Selama ini dia tak pernah pun nampak aku menangjs walaupun sesedih manapun perasaan aku. Ha....! Semua salah Ashraff!

"Takde apa apa pun. Hal kecik je..." aku cuba berselindung.

"Tipu. Ash yang buat, kan?" tempelak Adrian. Aku menggeleng.

"Taklah, aku cuma sakit perut tadi." Auta aku. Boleh jadi juga. Mungkin Adrian boleh terima alasan aku. Memang logiklah kalau kita menangis sebab sakit perut, kan? Haha, bijak jugak aku ni.

"Kenapa sampai menangis?" soal Adrian laju. Aku terdiam. Sebab Ashraff yang buat, Adrian. Ash kutuk aku, hina aku. Ash buat aku macam manusia takde perasaan, Adrian. Aku menangis sebab dia. Aku terluka sebab dia.

"Sebab perut aku memang terlalu sakit, Ad. So, Ash nak bagitahu cikgu. Dia suruh aku berehat saja tapi aku taknak. Sebab tu je, just that." Aku tunduk.

Adrian diam.

"How can I trust you?" soal Adrian, tiba tiba.

"You don't trust me? Kau tak percaya aku ke, ha?" soal aku dan Adrian hanya diam. Aku pandang wajah putih bersih Adrian.

"Cakapalah, kau tak percaya aku ke?! Aku cakap Ash tak buat apa apa pun! Ash tak buat apa apalah!" aku berkata separa menjerit.

Adrian pandang aku. Wajahnya jelas kelihatan terkejut.

"Aku... aku percayakan kau..." Adrian menjeda.

"...tapi... perlu ke kau menangis lagi?" tersentak aku jadinya. Apa? Aku menangis? Laju sahaja aku memegang pipiku. Benarlah! Pipi aku basah dengan air mata! Argh, mesti sebab aku teringatkan Ashraff.

"Kau merepek apa? Ni hinguslah!" aku membentak. Adrian terkejut.

"Baru aku tahu yang hingus keluar dari mata..." perlinya. Ah, Adrian ni pun, suka sangat menjawab! Salotape ada tak? Aku rasa macam nak 'bisukan' mulut Adrian buat seketika.

"Kau pernah lemas tak?" soal aku sambil tahan geram.

"Tak pernah." balas Adrian.

"So, kau nak cuba rasa?" soal aku sambil memandangnya.

"Nak... kalau lemas dalam cinta kau...!"

Serentak dengan itu, Adrian terus menarik kaki aku lalu membuatkan kami berdua jatuh ke dalam kolam renang yang paras airnya aku tak tahu bagaimana. Aku tercungap cungap. Ahhh... aku tak pandai berenanglah!

Air berdebur debur kerana aku mencuba untuk melonjakkan diri.

"Bb... bodohlah... kau!" aku mencarut dalam air. Adakah hayar aku sampai di sini saja? Ya Allah, aku taknak mati lagi! Mama... tolong!

Seketika kemudian aku tersedar sesuatu apabila melihat Adrian yang hanya tersenyum lucu. Apa ni? Lambat lambat aku berdiri.

What the...? Air separas pinggang aje?!

Aku kepal penumbuk.

"Kau ni dah lebih!" jerit aku dengan geram. Adrian hanya ketawa. Entah apalah yang kelakar sangat. Hisy! Kalaulah membunuh manusia itu tidak menjadi dosa, nak aje aku rendam kepala Adrian sampai lemas.

Biar mati otak!

"Jahat kau, Ad! Aku ingat aku akan mati, tahu tak?!" sumpah, aku rasa macam nak menangis saja. Bukan menangis sebab Adrian buat aku macam ni, tapi sebab aku fikir yang aku tak mungkin dapat menatap wajah Ashraff lagi buat selama lamanya. Aku taknak kehilangan dia walaupun aku mula merasakan bahawa Ashraff mula menghilangkan dirinya daripada aku.

Aku tak sanggup!

Terus aku menangjs sesungguh hati. Ashraff...! Ashraff...!

Adrian yang melihat aku menangis, terus menggelebah.

"Yasmin, I'm so sorry...! Yasmin..." Adrian menghampiri aku namun air mata masih setia mengalir bak Empangan Bakun yang pecah. Aku sedih.

"Jadilah kekasih aku... aku akan bahagiakan kau..." pujuknya.

"...Ad..." sayu hatiku.

____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience