BAB 14

Romance Completed 13745

AKU terjaga dari lena sebaik sahaja aku rasa macam lengan aku dingoncang lembut. Lambat lambat aku membuka mata dan menurunkan selimut yang menutupi kepala aku. Aku pandang manusia yang berdiri di hadapan aku. Nabihah...

"Weh, Yasmin. Bangun, solat subuh." Ujarnya. Aku pandang jam tangan, pukul 6.07 a.m. Lambat lambat aku bangun. Namun sebaik sahaja aku bangun, kepala aku berdenyut denyut. Ah, sakitnya kepala. Aku kembali berbaring.

Nabihah kembali mendapatkan aku.

"Kau okey tak ni?" soal Nabihah, bimbang. Aku tidak membalas. Lambat lambat dia meletakkan belakang tangannya pada dahi aku. Dia terus melarikan tangannya dengan cepat.

"Panasnya! Kau demam, Yasmin." Beritahu Nabihah lalu melabuhkan duduknya di sisi katil aku.

"Herm..." hanya itu respons aku.

"Kau ada ubat demam tak?" soalnya. Aku menggeleng. Kalau aku tahu yang aku akan demam, mesti awal awal lagi aku dah sumbat ubat demam dalam beg.

"Kejap, aku ada panadol. Nanti kau makan ya?" Nabihah bangun dan membuka beg galasnya. Kemudian dia datang sambil membawa empat butir panadol dan sebuku roti jagung jenama Gardenia.

"Make sure kau makan roti ni dulu sebelum telan panadol. Kalau lepas tu kau rasa okey, bagitahu aku. Kalau demam kau tak kebah, kita bagitahu cikgu kau, ya? Dah, sekarang aku nak solat dulu." Ujar Nabihah sambil menepuk bahu aku lembut sebanyak dua kali. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam tandas.

Aku pejam mata. Badan rasa berat. Namun kerana kewajipan, aku gagahkan jua untuk bangun dan menunaikan solat. Mesti aku demam sebab menangis sebab semalam.

AKTIVITU pertama pada hari itu adalag senamrobik. Aku awal awal lagi dah tarik diri. Mujurlah fasili Kak Ita itu seorang yang memahami. Semasa orang lain bersenamrobik, aku dibenarkan untuk berehat di bawah pokok yang ada bangku pendek. Aku perhatikan kawan kawan aku yang mula bersenam dengan cara mengikut langkah seorang fasilitator yang dipanggil.

Muzik rancak turut dimainkan.

Tiba tiba perut aku terasa lapar. Ugh, ni mesti sebab aku tak bersarapan tadi. Rasa menyesal pula sebab tak makan tadi. Nabihah cakap, pihak resort menyediakan nasi goreng kampung. Ah, mesti sedap. Namun kerana tadi tubuh aku masih lemah, aku takde keinginan untuk turut makan. Sekarang barulah rasa menyesal. Lapar perut betul!

Kan seronok kalau ada orang datang dan bagi makanan untuk aku? Tapi, haih... Siapalah yang akan buat macan tu kat aku, kan? Ingat aku ni anak Puteri Diraja ke? Lainlah kalau Puteri tu, mesti berlambak lelaki yang nak bagi makanan.

Tengah tengah berkhayal, tiba tiba ada seseorang menghampiriku.

Adrian.

"Yasmin. Assalamualaikum..." sapanya. Aku hanya menjawab dalam hati. Langsung aku tak pandang wajahnya. Hati aku makin sakit. Juga terkilan dengan perbuatan dia. Jangan ingat aku ni baik sangat untuk terus melupakan.

"Berdosa kalau tak jawab tau." Kata Adrian. Aku tahan perasaan. Eleh, macamlah aku tak tahu. Sebab aku tahu ia berdosalah, aku jawab salam dia. Kalau tak, takdenya aku nak jawab! Huh! Ingat aku budak agaknya.

"Yasmin, I'm sorry. Pasal semalam, aku tak sengaja." Ujarnya perlahan.

Aku melepaskan keluhan berat. Sakit hati aku bila dia sebut pasal semalam. Aku bencilah kata kata yang dia luncurkan. Dia tak fikirkan perasaan aku pun! Malu aku! Tertekan aku! Dia ingar aku ni kambing agaknya! Sampai hati kau, Adrian. Jangan ingat aku baik kau dengan kau semalam, balas whatsapp yang kau hantar, bermakna aku suka kau sebagai mana kau nak aku suka kau. Tolonhlah, Adrian!

"Aku dengar kau demam." Aku tersentak. Macam mana dia tahu?

"Aku dengar Nabihah bercakap dengan kawan dia tadi." Adrian seolah olah dapat membaca fikiran aku. Namun aku tidak membalas, membuatkan Adrian terlihat bagai orang yang dipulaukan.

"Yasmin, tolong jangan diam, please..." rayu Adrian.

"Yasmin, I'm sorry. Aku tahu aku salah." Pujuk dia lagi. Aku pandang Adrian. Dia nampak macam mahu menangis saja. Kenapa, terasa hati bila aku buat buat tak nampak akan kewujudan dia? Ke sedih bila terpaksa meminta maaf? Heh!

"Yasmin..." Ah! Tak betah aku duduk di sini.

"Kau ni semaklah!" selamba, aku berkata. Adrian tersentak.

"Yasmin, I'm sorry..." ucapnya lagi.

Hisy, kau ni! I'm sorry, I'm sorry! Pergi naik ferilah! Pergi jauh dari aku sebab aku dah muak dengan kau! Aku dah tak lalu nak tengok kau!

"Tolong pergi, Ad! Aku nak berehat!" arah aku tanpa memandangnya.

"Tapi, Yas..."

"Pergilah!" aku berdiri dan pandang dia dengan tajam. Serentak dengan itu, aku nampak Ashraff tengah berjalan ke arah aku. Ni lagi sorang, nak kena tengking ke apa?!

"Macam mana dengan kau, Yasmin? Kau sihat? Demam dah kebah?" Ashraff bertanya sebelum berhenti di sebelah aku.

"Sihat ke tak, takde kaitan dengan kau!" balas aku, laju. Ashraff diam. Kenapa? Terasa hati jugak ke? Tulah... Lain kali, jangan buat orang terasa hati kalau diri sendiri pun tak tahan dan cepat terasa. Otak tu basuh sikit, jangan biar berhapak!

"Kau tak breakfast tadi, kan? Nah, ambik roti ni." Ashraff menghulurkan roti berinti mentega. Kembang tekak aku. Memang dari kecil aku tak suka mentega.

"Aku benci butter." Balas aku, bukan nak jual mahal. Tapi, itulah hakikatnya. Kalau roti jagung atau coklat, memang aku tak segan segan lagu untuk ambil. Kalau makan makanan berasaskan mentega, alamatnya memang cirit biritlah aku. Aku pun tak tahu kenapa aku anti dengannya.

"Kalau macam tu, ambik coklat ni." Adrian menyeluk poketnya lalu menghulurkan cloudnine kepada aku. Wah, coklat! Aku suka coklat. Tapi bila Adrianlah si pemberi, aku jadi takde selera.

"Aku tak makan coklat pagi pagi. Nanti gigi aku kena makan dengan ulat. Lepas tu rongak. And aku tak sanggup dihina sebagai budak kolot yang rongak gigi oleh manusia tu lagi..." Ujar aku bersahaja dan terus berlalu dari situ. Sempat aku lihat wajah kelat Ashraff.

Jangan terasa tau, Ash.

Aku menghayunkan kaki ke arah bangku yang terletak di sebelah dewan. Mungkin di sini lebih nyaman. Lagipun, aku boleh tengok orang berzumba dengan lebih dekat. Enak pula lagu El Perdon tu, joget sana sini dalam bentuk senaman.

Sungguh mengasyikkan.

Tak sampai tiga minit aku berlabuh di situ, tiba tiba aku didatangi seseorang. Eh, Raden! Dia buat apa kat sini? Rasanya kitorang tak pernah berbual.

"Assalamualaikum, Yasmin." Ucapnya sambil tersenyum tipis. Aku membalas senyumannya dan menjawab salam. Apa yang Raden nak?

"Boleh saya duduk?" dia pandang aku.

"Eh, duduk ajelah. Apa salahnya?" aku memberi ruang untuknya. Aku mengengsot rapat ke arah kanan. Raden senyum dan terus melabuhkan duduk. Lebih kurang ada satu meter jaraknya daripada aku oleh sebab Raden duduk rapat di sebelah kiri. Mungkin dia taknak aku segan.

"Awak dah makan?" Raden tetap bertanya walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya. Aku menggeleng dengan lambat lambat. Kemudian aku nampak Raden mengeluarkan satu bungkus roti kek yang di dalamnya ada dua keping kek.

"Awak nak?" Raden bertanya sambil pandang aku.

"Err... tak apalah." Balas aku perlahan.

"Ambillah. Kita kongsi..." ujar Raden lalu membuka plastik roti kek itu. Satu keping roti kek dihulurkan kepadaku. Dengan teragak agak, aku mengambilnya.

"Terima kasih." Ucap aku. Raden tersenyum dan hanya mengangguk.

"Saya cuma ada kek coklat. Maaflah kalau awak tak suka." Dia berkata. Terus aku memandangnya. Aku tak suka kek coklat? Hahaha... kalau begitu, memang bukan akulah namanya.

"Takdelah, saya ni hantu coklat tau?" aku tersenyum sendiri. Raden pandang aku. Dia kelihatan macam teruja sangat bila aku cakap macam tu. Kenapa aku boleh cakap macam tu? Sebab aku nampak dia senyumlah!

"Betul ke? Sata pun sukakan coklat!" kini giliran aku pula yang terkejut dan rasa teruja sangat bila berjumpa dengan orang yang suka coklat macam aku.

"Betul? Coklat sedap, kan?" aku tersenyum sendiri. Raden mengangguk. Menurut Raden, dia suka semua jenis coklat. Coklat susu, coklat putih dan coklat pahit. Betul betul sama kepala dengan aku. Tak sangka sungguh! Mesti Raden makan coklat setiap hari!

"Mesti peti dalam dapur rumah awak penuh coklat, kan?" aku meneka.

Raden tersenyum dan perlahan lahan mengangguk.

"Untungnya awak! Kalau kat rumah saya, sekejap je coklat habis. Sebab saya dan papa sukakan coklat sangat sangat." Beritahu aku tanpa dipinta. Dengan tempoh yang singkat, aku dah rasa selesa dengan kehadiran Raden. Walaupun baru kenal, aku yakin yang Raden ialah seorang lelaki yang baik dan berhati mulia.

"Kalau macam tu, biar saya poskan coklat banyak banyak untuk awak. Awak dari Selangor, kan?" Raden tersenyum. Aku hanya mengangguk. Entah betul ataupun tidak tentang apa yang dikatakannya. Rasanya dia main main kut.

"Tak apalah, Raden. Simpan untuk adik adik awak." Balas aku selepas itu.

"Saya anak tunggal." Beritahunya. Tapi kenapa aku dengar suaranya sayu?

"Oh..." hanya itu yang aku balas.

"Awak tahu, sebenarnya saya anak yatim. Mummy dan daddy saya dah meninggal sejak saya umur 9 tahun lagi..." Raden membuka kisah lamanya lalu membuatkan aku terdiam.

Raden tiada mak ayah? Juga tiada adik beradik? Ya Allah, kesiannya Raden. Benarlah kata orang, kekayaan tak dapat memberi kebahagiaan yang sebenar. Maksudnya, walaupun Raden anak orang kaya... dia sebenarnya kesunyian. Kesunyian tanpa keluarga di sisi. Kesiannya...

"Err... Raden... awak bersabar ya? Saya yakin awak kuat. Nanti awak juga boleh jumpa mak ayah awak. Saya harap awak tabah." Aku memujuknya. Raden tunduk. Dapat aku mendengar dia melepaskan satu keluhan.

"Memang betul cakap awak, Yasmin." Raden menjeda.

"...saya akan mati." Sambungnya.

Aku mendongak.

"Apa awak cakapkan ni...? Bukan macam tulah maksud saya." Aku menggeleng geleng, risau kalau Raden salah anggap akan kata kata aku. Raden pandang aku dan hanya tersenyum tipis.

"Saya tahulah, Yasmin. Saya sengaja nak merepek." Balasnya lalu melepaskan tawa kecil. Tersenyum aku mendengarnya. Baguslah kalau macam tu. Jangan ingat aku berdoa dia cepat cepat mati sudahlah.

Aku pandang pelajar lain yang mula berlari keluar dari pagar resort.

"Eh, Raden! Awak tak berlari sama ke? Diorang dah gerak." Aku tumbuk budak budak yang keluar berpusu pusu. Raden menggeleng.

"Saya tak digalakkan berlari. Saya ada asma." Beritahunya. Aku terangguk angguk. Hm, tak apalah kalau macam tu.

"Lepas ni, kita ada aktiviti apa?" aku bertanya kepadanya. Raden berfikir sejenak sambil menunduk.

"Hmm... Tak silap saya, kuiz Bahasa Inggeris." Balas Raden tak lama selepas itu. Aku diam. Bahasa Inggeris ya? Ah, aku tak suka mana kuiz English. Kalau Bahasa Melayu kan seronok. Kalau pasal Inggeris ni, aku macam takde mood mana. Ah, biar orang lain sahaja yang menjawab!

"Lepas lunch pulak, kita ada aktiviti 'MasterMind'."

Aku duduk tegak. Master... Master Mind?

"Apa tu?" soal aku, betul betul tak tahu.

"Macam ni, Yasmin. Setiap kumpulan akan diberikan satu kad yang berbeza secara rawak. Pada kad tu, kita dikehendaki untuk mengenal pasti tempat yang dinyatakan. Biasanya, klu akan dinyatakan dalam bentuk pantun. Bila dah confirm tempat tu dekat mana, kita dikehendaki untuk ke sana. Kalai betul, point akan bertambah. Dan dekat situ jugak, kita akan menyelesaikan kes misteri." Terang Raden dengan tenang.

"Kes misteri? Wah! Macam best aje!" ujar aku, teruja.

"Yup, memang best! Sebenarnya, game kali ni bagi banyak peluang untuk kumpulan kita mendapat mata. Kalau kita berjaya menyelesaikan kes, biasanya mata akan bertambah 10. And kalau kita dapat menyelesaikan kes itu dengan betul, lagi banyak mata yang akan terkumpul." Jelasnya lagi.

Makin tertarik aku jadinya.

"Awak hebatlah, Raden! Awak tahu macam macam yang saya tak pernah tahu..." puji aku, ikhlas. Betul, aku kagum dengan dia. Raden tersenyum tipis.

"Saya mula ambik tahu pasal banyak perkara selepas saya tahu satu perkara yang orang lain mungkin tak tahu, Yasmin." Balasnya tenang. Aku tercengang cengang. Apahal ada banyak perkataan 'tahu' dalam ayat dia? Nak buat aku keliru agaknya.

"Hah? Apa maksud awak?" aku bertanya pantas.

Raden menggeleng.

"...nothing."

"Eyyy, awak ni...! Cakaplah, kenapa?" gesa aku. Raden menggeleng lagi.

"Betul, takde apa apa. Saya cuma merepek." Raden senyum. Lambat lambat aku ketawa. Rasanya, inilah kali pertama aku ketawa saat berada di Resort Marryland ini. Entah apa yang lucu.

"Awak ni kelakarlah, Raden. Hobi awak memang suka merepek ke?" soal aku sambil tahan senyum. Raden turut senyum sama. Hai... seronok betul dapat berbual dengan Raden. Kalaulah dia ni adik beradik aku, mesti hari hari aku akan ketawa dengar dia merepek!

"Saya suka awak..." terluncurlah kata kata itu dari mulut Raden. Aku kembali gelak.

"Tengok, merepek lagi. Apalah awak ni...!" aku menggeleng geleng. Raden tersenyum.

"Awak suka saya merepek?" soalnya bersahaja. Aku mengangguk laju. Memang betul pun. Dengar dia merepek, hilang tekanan yang aku alami. Memang johan merepek betul Raden ni!

"Kalau macam tu, saya nak merepek banyak banyak." Beritahunya.

Hah?! Nak merepek banyak banyak? Apa kejadah pulak ni?

"Kenapa macam tu?" soal aku, tak faham.

"Baru awak suka saya." Dan aku terus terdiam.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience