BAB 4

Romance Completed 13748

"ASH... Kau taknak pergi rehat ke?" aku bertanya semasa mengeluarkan bekal makanan dalam laci meja. Ashraff buat bodoh. Selamba badak aje dia buat aku macam tunggul.

Alu mengeluh...

"...kalau kau marah aku sebab tadi, aku betul betul mintak maaf. Sumpah... kalau aku tahu, aku takkan buat jawapan salah..." kataku sambil menunduk, kesal.

Ya, memang aku menyesal. Kalaulah aku ada kuasa, mesti dah lama aku putarkan masa. Aku tak sangka jadi macam ni.

"Ash... Aku mintak maaf..." rayuku lagi.

Entah kenapa, hati aku tak tenang selagi tak dengar kemaafan daripada dia. Tolonglah maafkan aku. Aku janji, aku takkan buat macam tu lagi. Aku akan ikut aje cakap kau. Kalau kau nak aku siapkan semua kerja sekolah kau, aku sanggup setuju. Aku betul betul menyesal, Ash...

"...bisinglah kau ni!" dingin saja balasan Ashraff.

Aku tunduk. Nampak sangat Ashraff merajuk dan marah. Pagi tadi aku tengok dia masih okey. Siap pelawa aku untuk kirimkan buku latihan Matematik kepada dia lagi. Tapi sekarang... Tengoklah, bercakap langsung tak pandang aku. Agaknya dia dah benci kat aku.

Entah apalah pandangan dia kepada aku nanti.

Aku pandang kertas di tangan Ashraff. Nak menangis aku bila nampak dia tengah menyiapkan dendanya tadi. Semuanya salah aku. Kalaulah aku tak ikutkan perasaan aku semalam, mesti semua ni takkan terjadi. Argh, bodohlah kau, Yasmin!

Kesian Ashraff!

"...Ash... biar aku buat untuk kau..." aku pegang kertas di atas meja Ashraff dengan pantas. Namun dengan pantas juga, Ashraff menepis tangan aku daripada memegang kertasnya.

"Tak payah!" halang Ashraff, dingin.

Aku tunduk.

"Kalau macam tu, biar aku jelaskan semuanya kat Cikgu Azman..." aku bangun, mahu mencari Cikgu Azman dan jelaskan segala galanya. Namun baru satu langkah diaturkan, tiba tiba Ashraff bersuara.

"...Yasmin!" aku berhenti dan lambat lambat menoleh.

"...tak payahlah..." sambungnya.

Aku diam. Ah! Mana boleh. Aku kena betulkan segala salah faham ini. Aku kena buat jugak. Lalu aku berpusing ke depan dan mula meneruskan langkah.

"...Yasmin!" panggilan Ashraff tidak dihiraukan.

Aku nekad!

"APA? Saya tak faham!" Cikgu Azman pandang aku. Laptop di hadapan matanya itu diketepikan. Aku menarik nafas dalam dalam. Alahai... tak faham pula cikgu ini. Rasanya aku guna Bahasa Melayu tadi!

"Macam ni, cikgu. Semalam, saya terambil buku Ash. Jadi buku tu takde dengan Ash semalam sebab buku dia ada dalam beg saya..." aku auta Cikgu Azman. Gila ke aku nak cakap yang sebenarnya Ashraff memang suruh aku buat kerja dia?!

Cikgu Azman ternganga dengan mata yang terbeliak ke atas. Mungkin sedang menghadam apa yang baru aku cakap. Nak aje aku tutup mulut dia itu. Tahulah terkejut, tapi janganlah bagi nampak sangat. Ni kalau aku gumpal kertas dan sumbat dalam mulut dia, confirm dia tak sedar.

"Tapi... macam mana pulak dengan jawapan kat dalam?"

"Aaaa...?" kelu lidahku. Apa yang aku nak cakap ni? Nak menipu ke? Ah, lantaklah. Tipu sunat! Balik rumah nanti, aku bertaubatlah. Yang penting sekarang, aku kena tegakkan keadilan. Ashraff aku kena diselamatkan!

Eh, apahal tiba tiba ni?!

"Yang tu pulak... Ss... Semalam saya buat kira kira... ajar adik saya. Haa, betullah. Ingatkan buku conteng saya, jadi saya gunalah. Pagi tadi aku perasan. Lepas tu saya terhantar sekali dengan buku latihan Matematik saya." Hebat betul skrip yang aku reka. Agaknya dah lepas kut kalau dapat saguhati pertandingan mereka cerita ketegori 6 tahun.

Cikgu Azman menggeleng geleng.

"Ada ada ajelah budak budak ni. Habis macam mana?" Cikgu Azman tanya aku.

Aku pandang dia.

"Cancelkan denda yang cikgu bagi tadi..." beritahu aku.

"Eh, mana boleh cancel. Denda tetap denda..." potong Cikgu Azman, laju. Aku tayang muka tak puas hati. Kalaulah aku ni lelaki samseng, mesti aku dah angkat kaki dan taruh atas meja Cikgu Azman sambil tayang muka bengang semata mata nak protes.

"Kenapa pulak, cikgu?! Ash kan tak salah?" soal aku.

"Memanglah... tapi dia cuai..." balas Cikgu Azman pula.

Aku tunduk.

"...tapi, sebenarnya sayalah yang cuai sebab terambil buku dia..."

"So, saya denda awak sekali." Cikgu Azman berpeluk tubuh.

Dan aku ternganga besar.

"ASH..." aku panggil Ashraff.

"Hmm..." lega aku. Nasib baiklah dia bagi respon jugak walaupun cuma 'hmm' saja.

"Kau dah siapkan berapa helai tu?" aku bertanya sambil melabuhkan duduk di sebelahnya. Ashraff diam sekejap sambil memeriksa helaian kertas di mejanya.

Kemudian dia menyambung kerjanya.

"Dua helai." Balasnya pendek.

Aku angguk.

"Aku tolong kau buat." Beritahuku.

Ashraff berhenti menulis.

"Kenapa? Nak orang nampak macam aku buli kau, macam tu?" tebak Ashraff. Aku menggeleng dengan perlahan lahan. Dia ni, macamlah aku jahat sangat. Tapi takpelah. Aku tak ambik hati pun sebab aku sedar dia jadi macam tu sebab aku jugak.

"Bukan macam tu. Cikgu Azman dah putuskan... Denda kau, aku dapat separuh. Jadi kau buat sepuluh, aku buat sepuluh..." tenang saja aku membalas.

Ashraff pandang aku sambil meletakkan pen di dagunya.

"Oh, sepuluh je? Kenapa tak tambah lagi lima, biar aku buat lima, kau kena buat lima belas...?" aku terbatuk batuk dalam hati. Ah, dia ni... Aku dah tolong tapi tak cukup lagi ke?

Hisy...

"Boleh je, aku tak kisah..." aku tahan geram.

Ashraff angguk.

"Okay, deal!" Terus Ashraff mengagihkan 15 helai kertas kepada aku. Amboi, laju aje kau kalau dah macam ni ya? Kurang asam kau, Ash!

"Tapi, aku tak habis cakap lagi!" ujar aku dengan nada yang sedikit tinggi.

"Then cakaplah sebab seingat aku, takde pulak aku cakap yang kau dah habis cakap..." selamba saja Ashraff berkata kata.

Ah, tengoklah! Ashraff versi dulu dah datang!

"Kita buat sama sama." Beritahu aku sambil melihatnya. Ashraff berhenti menulis. Lambat lambat dia pandang aku.

"Apa?" Ashraff bertanya balik.

"Kita buat sama sama. Kalau kau tak kisah, kita boleh buat dekat rumah kau balik sekolah nanti." Cadang aku sambil menunduk.

Ashraff diam.

"Oh... Fine."

"MASUKLAH..." ajak Ashraff sambil menolak pintu pagar rumahnya. Mak aih... Bapak besar rumah dia. Kayanya! Baru aku perasan, ada nama Tengku pada pangkal namanya. Tengku Ashraff.

Dengan teragak agak, aku masuk.

"Siapa ada kat rumah? Mama dan papa kau ada?" soal aku sambil membontoti langkah Ashraff buka pintu rumah yanh tidak berkunci. Cantiknya rumah dia.

Hai, bilalah aku nak ada rumah cantik macam ni? Tapi takpelah... Aku redha dengan apa yang aku ada. Rumah aku pun besar. Dua tingkat dan cantik juga walaupun tak setanding dengan dia. Mungkin rezeki keluarga dia lebih. Allah dah pun dah bahagi rezeki dia pada aku juga. Semua orang ada bahagian masing masing.

"Mama aku ada kat butik. Papa aku pulak ada kat office." Aku berhenti melangkah. Jadi, mama dan papa dia takde kat rumah sekarang? Habis, kitorang macam mana? Takkan kitorang berdua saja? Kang kalau tiba tiba ada orang Pejabat Agama datang, haru aku!

Tak sanggup aku dengar umpatan masyarakat kononnya aku nak perangkap orang kaya!

"K... kalau macam tu, kita buat lain kali ajelah..." cadang aku.

Ashraff pandang aku.

"Kau tak payah risaulah. Nek Mah ada sekali." Terang Ashraff, macam dah tahu tahu aje apa yang ada dalam minfa aku. Aku terangguk angguk. Siapa pulak Nek Mah yang Ashraff cakapkan tu? Nenek dia ke?

"Nek Mah tu pembantu rumah aku..." beritahu Ashraff.

Aku angguk lagi.

"Kau duduklah dulu. Aku naik atas kejap." Kata Ashraff sambil membuka pintu rumah luas luas. Aku hanya diam. Nasib baik dia buka pintu. Takdelah rasa janggal sangat.

Baru nak naik, aku terus panggil namanya. Ashraff menoleh.

"Boleh aku pinjam telefon? Aku nak cakap kat papa aku, suruh mama aku ambil aku pukul lima nanti." Pinta aku sambil pandang dia.

Ashraff diam dan lambat lambat mengangguk. Dia tunjuk ke arah meja kopi. Kat atas tu ada satu telefon.

"Thanks!" ucapku lalu mencapainya. Aku tekan butang buka. Ah! Ada kata laluan pula. Aku pandang Ashraff dan tunjuk skrin telefonnya.

"...bodoh!" aku tersentak.

Kau ni kenapa? Takde angin takde ribut, tiba tiba cakap bodoh! Dia kata aku bodoh ke? Kecil ginjal aku jadinya. Padahal aku minta elok elok kut. Kalau taknak bagi, cakaplah baik baik.

"Tak payah sentap tak tentu pasal. Aku cakap, password aku tu... Bodoh. Tulis bodoh kalau nak bukak." Jelas Ashraff lalu naik ke tingkat atas. Aku pula terkulat kulat. Lambat lambat aku membuka telefon yang Ashraff bagi!

Bodoh... Aku buka kata laluan. Aku tersenyum sendiri. Alahai, bodohnya aku.

Aku dail nombor papa, tapi papa tak angkat. Voicemail yanh masuk. Aku dail nombor mama pula. Pun sama. Last sekali, aku call Haqiem. Nasib baiklah talian bersambung.

"Hai, cik adik... Tersalah call nombor jodoh ke?" aku ketawa dalam hati. Haqiem ni memang tak pernah nak berubah! Setiap kali ada nombor tidak dikenali masuk, setiap kali itulah Haqiem akan ulang ayat yang sama. Gatal betul adik aku rupanya!

"Banyaklah kau! Ni kakaklah..." tempelak aku.

"Oh, kakak rupanya. Eh, nombor siapa ni? Nombor jodoh kakak ke?" entah apa yang Haqiem cakapkan. Malas aku nak layan.

"Qiem..."

"Cakap kat mama, ambik kakak pukul lima nanti. Dekat simpang Jalan Ampang. Kakak tunggu kat situ." Aku berpesan kepadanya.

"Pukul lima? Kejap, kakak buat apa balik lewat? Sebab tulah orang cari kat wakaf tadi, kakak takde. Qiem balik sorang sorang aje tadi." Cerita Haqiem.

Aku hanya mendengar.

"Kakak pergi mana?" soalnya.

"Kakak ada kerja dengan kawan." Balasku.

"Hai, baru pindah dah ada kawan? Hari tu cakap susah nak bergaullah, apalah... Sekarang dah buat kerja sama sama dengan kawan? Hai, kawan lelaki ke perempuan tu?" usik Haqiem.

"Teruk kau, Qiem. Aku dah dapat kawan ni, tolonglah cakap alhamdulillah sikit!" balas aku selamba.

Haqiem ketawa.

"Yalah yalah, nanti Qiem bagitahu mama..."

Aku matikan talian. Aku letak telefon itu atas meja balik. Masa tu jugak, aku nampak Ashtaff tengah turun tangga. Dia dah bertukar pakaian. Tshirt hitam dengan seluar trek. Rambutnya nampak sedikit lembap, mungkin baru selesai solat. Santai aje gayanya. Tapi kenapa hati aku rasa semacam aje ni?

Tak pernah lagi aku rasa macam ni tapi aku sendiri tak pasti apakah perasaan itu.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience