BAB 24

Romance Completed 13745

"ALA, Yasmin... Jomlah kita keluar. Apa salahnya, sekali sekala?" Ashraff berkata di talian. Dia telefon aku dalam pukul 8 malam tadi, nak ajak keluar. Aku menggeleng geleng mendengarnya.

"Tak boleh, Ash. Kau ingat papa aku akan bagi?" Aku berbaring di atas tilam yang empuk. Dapat dengar suara Ashraff, oh bahagianya! Nak tergelak aku jadinya bile mendengar Ashraff merungut.

"Ala... cakaplah bakal menantu dia yang ajak, confirm dia bagi."

Haha, Ashraff buat lawak agaknya. Mahu kena kejar dengan parang kalau aku cakap macam tu. Nak tengok aku jadi arwah ke? Nak sangat makan makan sempena majlis tahlil aku?

"Bakal menantulah sangat. Entah entah kau akan terpikat dengan minat sebelah kau tu. Almaklumlah, pelajar cantik... lelaki mana yanh tak berkenan, kan?" Sempat aku memerlinya. Bukan nak berniat buruk tapi, macam tulah... tiada yang mustahil. Hati manusia boleh berubah ubah.

"Hisy, kau! Jangan mengarutlah!" marah Ashraff.

"Batullah... tak mustahil kau akan suka dia, Ash. Korangkan dah jadi tablemate. Tambah tambah lagi, Danisha tu kaya... cantik... Apa lagi kurangnya? Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, rasanya awal awal lagi aku dah kena blacklist daripada dibandingkan dengan dia." aku berkata, agak sayu bunyinya. Memang kata kata itu datang dari dalam hatiku. Aku bimbang apa yang aku fikir akan menjadi kenyataan.

"Kau janganlah cakap macam tu, Yasmin. Kau ingat senang ke aku nak suka kat perempuan? Dalam hidup aku, kaulah yang first buat aku tak lena, Yasmin..." balas Ashraff, perlahan.

Aku pejam mata.

"Tapi Danisha tu perempuan idaman semua lelaki, kan?" tebakku.

"No, not all. And pretty sure, not me." Balasnya laju.

"Tapi dia can..."

"Yasmin, kau memang nak aku suka dia ke?" pintas Ashraff.

"Err..." Tiba tiba lidah menjadi kelu.

"Kau memang nak aku lupakan kau ke?" soalnya lagi.

"Ash..."

"Kau memang nak aku betul betul pergi pada dia ke?" dia bertanya lagi. Aku mati kata. Kenapa Ashraff terlalu serius sangat ni?

"Ash, kau kenapa? Rilek dahlah..." Aku cuba menutup rasa gemuruh.

"Siapa aku dalam hati kau, Yasmin? Kawan? Stranger? Atau someone yang lebih dari perkataan kawan?" soal Ashraff lagi. Semput dada aku jadinya. Tolonglah jangan tanya macam tu. Aku berdebar debar.

Gabra!

"Don't ask me. You're already know it, don't you?" balas aku setelah seminit berlalu. Aku menghela nafas.

"Okey, aku takkan tanya lagi. Tapi make sure, kau takkan cakap benda yang bukan bukan pasal aku dan minah tu lagi. Aku tak suka!" tegas kata katanya.

"Err... okay, okay..." balas aku, kalut.

Lepas tu diam antara kami. Aku pandang skrin telefon. Talian masih bersambung tapi Ashraff tak cakap apa apa pun.

"Ermm, Yasmin... Pasal apa yang aku cakap tadi, kau memang serius tak boleh keluar malam ke?" soalnya tiba tiba. Hai... tak habis habis lagi rupanya pasal tadi.

"Yelah... Papa aku tak bagi."

"Tapi aku bukan nak buat apa apa pun. Setakat nak belanja kau makan aje. Takkan tu pun tak boleh?" Ashraff bersuara, agak tidak puas hati. Aku pandang jam tangan, dah hampir pukul 8.30 malam.

"Tak boleh, Ash. Kalau malam macam ni, memang tak boleh. Lainlah kalau siang." Aku terdengar Ashraff mengeluh pula.

"Haqiem mana? Dia tak boleh temankan kau?" soal Ashraff.

"Dia takde. Pergi kem PT3." Balas aku senada.

"Hurm, tapi Yasmin... aku rindu kaulah. Tadi tak sempat nak jumpa kau. Cikgu Malik tulah! Hisy, geram pulak aku!" Ashraff marah marah. Aku tersenyum sendiri. Sanggup marah Cikgu Malik? Hmm, sayang akulah tu! Hehe...

"Hmm, tak apalah. Takde rezeki aku tengok kau. Esoklah kita jumpa." Kata Ashraff sebagai tamda mahu meletak telefon.

"Ha, yalah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Balasnya.

Aku matikan talian. Baru nak tutup telefon, tiba tiba ada panggilan lain masuk. Aku pandang skrin, tertera nombor yang aku tidak kenali. Hisy, takutlah aku nak angkat call. Nanti kena pukau. Hisy, taknak!

Lekas lekas aku tolak panggilan itu.

'Assalam. Ni Haz.' - xxx xxx xxxxx

Aku duduk berlunjur. Oh, Haz rupa rupanya. Nak suruh aku save back nombor dia agaknya. Terus aku simpan nombor dia.

'Waalaikumussalam.' - Me

'Boleh awak angkat call?' - Haz

Terangkat keningku. Kenapa, dia nak telefon aku ke?

'Kenapa tak chat aje?' - Me

Aku menunggu balasan daripada Haz.

'Kenapa? Tak sudi dengar suara saya?' - Haz

Aku tersentak sendiri. Haz ni kenapa? Aku tak cakap apa apa pun, kan?

'Jangan salah faham. Saya tak maksudkan macam tu.' - Me

Aku nampak Haz tengah menaip.

'So, can you answer that call?" - Haz

'Okey, boleh.' - Yasmin

Aku menghantar mesej. Aku taknak dia terasa hati. Tidak lama kemudian, telefon aku berbunyi lagi. Dengan teragak agak, aku menjawab panggilan itu dengan cara meleretkan ikon hijau ke atas.

"Hello..." aku memulakan bicara.

"Yasmin, saya nak jumpa awak." Aku terkejut.

"Ha?"

"...saya nak jumpa awak. Sekarang."

"Tapi Haz...".

"Please... I want to see you. Please, Yasmin." Pinta Haz.

Aku menggigit bibir.

"Tapi, Haz... papa saya tak benarkan saya keluar malam."

Aku dengar Haz mengeluh berat.

"Please, Yasmin. Only once, please..." Haz merayu. Serba salah aku dibuatnya. Ashraff ajak aku keluar pun, aku tak berani. Sahkan dengan Haz, lelaki yang aku baru kenal tadi.

"Awak anggap saya ni kawan awak, kan?"

"Err... Ya..." balas aku perlahan.

"So please... I wanna see you... I'm begging you."

Makin serba salah aku jadinya. Terdesak sangat ke Haz ni sampai sanggup merayu dan memohon sebegini? Takkan tak boleh tunggu hari esok? Apa pula kata papa aku nanti?

"Err Haz... Saya... saya..."

"Ni antara hidup dan mati saya." Ucap Haz, sebak.

Aku kelu. Entah kenapa, hati aku rasa tak sedap.

"Haz..." aku memanggilnya.

"Please... saya merayu..."

"Err... okay okay. Saya keluar..." Dengan berat hati, aku menurut kata.

"Thanks. See you later. Saya tunggu awak dekat court wakaf sekolah tau?" balas Haz lalu talian dimatikan olehnya. Aku pandang skrin telefon yang mula malap. Ya Allah, macam mana nak keluar dari rumah ni? Sudahlah Haqiem takde kat rumar sejak petang tadi. Tipu papa? Tak, aku tak sanggup.

Nak keluar senyap senyap? Mama dan papa tengah tengok berita di ruang tamu. Aku pandang tingkap yang terbuka. Kata kata Haz mendesak aku untuk bertindak di luar sangkaan sesiapa. Lambat lambat aku menyarungkan baju sejuk bagi menggantikan baku yang aku pakai sekarang ini. Tudung bawal yang elok tersangkut, aku ambil dan sarungkan di kepala.

Aku tekan butang kunci tombol pintu, jangan ada sesiapa pun yang masuk. Tak cukup dengan itu, aku letak bantal golek di atas tilam dan aku bungkusnya dengan selimut, seolah olah aku berada di dalamnya. Dan untuk langkah berjaga jaga, aku buka paip air hujan di dalam bilik mandi. Kemudian aku tutup pintu tandas.

Aku bergegas ke arah tingkap. Tingkap itu aku buka luas. Aku pandang ke bawah. Ya Allah, boleh tahan tinggi. Kalau jatuh tak kena gaya, ICUlah jawabnya.

Aku genggam kedua dua belah tangan. Perlahan lahan, aku memanjat tingkat. Nafas dihela berat. Dengan semangat yang terkumpul, aku membulatkan tekad dan terus melompat. Terus aku rasa kaki aku tidak mencecah lantai.

Aku mendarat di atas tanah.

Argh! Sakitnya kaki aku. Kaki aku tergelecek dan tercucuk batu batu kecil yang tajam. Pasti sudah terseliuh. Sakit sangat untuk aku melangkah. Namun demi Haz, aku kuatkan jua. Perlahan lahan aku menapak. Aku memakai selipar dan terus beredar dari situ.

Aku berjalan ke arah laluan menuju ke sekolah.

Hampir sepuluh minit, akhirnya aku tiba di depan sekolah. Mataku melilau memandang sekitar. Mujurlah ada satu lampu di situ. Aku nampak Haz sedang menunggu di bangku di seberang sekolah berhampiran court.

Dengan bersusah payah, aku menghampiri Haz.

"Haz..." aku memanggilnya.

"Yasmin..." Dia bangun dan mendapatkan aku. Matanya dihalakan ke arah kaki aku. Kemudian dia pandang aku.

"Awak... Kenapa dengan kaki awak?"

"Kaki saya? Erm... takde apa, just terseliuh." Balas aku yang turut sama melihat ke kaki.

"Sebab nak keluar dan jumpa saya?"

"Ermm... Ya." Aku tunduk.

"Ya Allah, Yasmin... I'm sorry. Saya betul betul minta maaf. Saya pun taknak sebenarnya awak datang dengan cara macam ni tapi saya... saya tak tahu lagi macam mana nak jumpa. I have no choice..." ucap Haz dengan rasa kesal.

"Tak apalah. Sikit aje ni." Aku cuba mengukir senyum manis.

Haz pandang aku. Perlahan lahan dia heret aku supaya duduk di sebelahnya, di bangku yang dia duduk tadi. Aku duduk. Begitu juga dengan dia. Diam antara kami. Dingin betul malam ini.

Aku pandang dia.

"So... awak nak cakap apa?" Aku memulakan bicara.

Haz pandang aku.

"Actually, Yasmin... Saya... saya..."

"...awak...?"

"...hidup saya dah tak lama."

Aku tersentak hebat.

"A... awak... awak apa?" aku menyoal lagi. Haz cakap apa ni? Dia dah tak lama di dunia ini ke? Ah, tak mungkinlah. Mesti telinga aku ada tahi telinga yang tersumbat. Aku mesti tersalah dengar. Pasti!

"Saya dah tak lama, Yasmin. Actually, saya menghidap barah otak." Hancur luluh hati aku mendengarnya. Aku pandang wajah Haz dengan perasaan sayu. Hatiku mula dihurung sebak.

"Awak bergurau, kan? Awak tengah main main, kan? Jahatlah awak ni, Haz. Tak baik tau tipu orang..." Aku cuba mengawal perasaan. Dada aku berdebar dengan kencang. Tak, aku taknak hilang Haz! Aku sayang dia, sebab Haz kawan aku!

"Saya tak bergurau, Yasmin. Memang saya ada barah otak... dah tahap tiga. Dan dah nak menjangkau ke tahap empat. Dalam situasi sekarang, doktor cakap peluang untuk saya hidup dah terlalu tipis. Dan... that's why saya cakap, hidup saya dah tak lama..." ucap Haz dengan nada sayu.

Air mataku mula memenuhi pelupuk mata.

"Saya akan mati, Yasmin. Saya akan pergi jauh. Sa..."

"Tak boleh!" aku menjerit. Air mata perlahan lahan mengalir. Haz pandang aku. Aku turut sama sama memandangnya.

Aku menggeleng geleng.

"Tak... b... boleh..." ucapku dengan tersedu sedu.

"Awak tak boleh tinggalkan saya. Saya taknak hilang awak..."

"Awak tak boleh pp... pergi jauh..." ucap aku lagi. Dadaku terasa berat.

Aku nampak mata Haz berkaca kaca.

"Yasmin... Kalau boleh, saya pun taknak pergi. Saya taknak tinggalkan awak. Dan saya juga tak sanggup nak hilang awak. Tt... tapi..." kata kata Haz terhenti. Dia tertunduk. Dapat aku lihat air matanya yany mula mengalir di celah celah pelupuk matanya. Aku dapat melihatnya walaupun pandangan aku mulai kabur. Kabur dengan air mata yang keluar dan mengalir kerana dia.

"...tapi saya cuma manusia biasa. Saya takde kuasa untuk menghalang. Sebab itulah, saya sedar... I know, we never know know about our destiny. Takde sesiapa yang tahu takdir kita. Saya pasrah... pasrah kalau ini yang Allah mahukan..." ucapnya tanpa pandang aku.

Aku sedih. Terlalu sedih. Air mata semakin pantas mengalir dan membasahi seluruh wajahku. Aku menangis semahu mahunya. Inilah kali pertama aku menangis tanpa rasa malu dan segan.

Haz...

"Tapi, Haz... Saya tak mampu. Kita baru aje nak saling mengenali, tapi awak...? Awak dah nak pergi. Sampai hati awak nak tinggalkan saya. Awak tahu kan yang saya sangat sayangkan awak walaupun usia perkenalan kita belum sampai satu hari?" lirih aku berkata. Bahu aku terhinjut hinjut manahan tangis. Allah...

Haz mengesat air matanya kasar.

"Saya pun sayangkan awak, Yasmin. Saya taknak mati tapi saya sedar yang saya akan mati. Saya bukan tuhan, Yasmin..." balasnya dengan suara yang bergetar. Aku menangis lagi. Aku sedih bila memikirkan hari esok. Entah bagaimana hidup aku tanpa dia. Dia begitu bermakna dalam hati aku.

"Bila saya tahu pasal penyakit saya, saya hentikan segala harapan dan impian saya... juga apa yang saya inginkan, sebab saya tahu yang saya takkan mampu mengecapi semuanya. Sebab tu saya tak kisah bila saya tak datang sekolah. Tak pernah kisah kalau tak bawa buku. Saya tak kisah walaupun result SPM saya teruk. Sebab bagi saya, takde guna saya gapai semua tu kerana pengakhirannya tetap sama." Ucap Haz lagi.

Aku menangis lagi.

"But... when I meet you..." Haz menjeda.

"...fikiran saya mula berubah." Aku mengangkat kepala bila mendengarnya. Lambat lambat aku pandang dia.

"Awak pernah cakap... takde benda yang mustahil. Jadi saya mula percaya tentang apa yang awak cakap. Selagi saya masih hidup, dan jasad saya masih bernyawa... tak mustahil untuk saya dapat apa yang saya nak..." ujar Haz dengan nada suara yang bergetar.

"Yasmin... Sebenarnya, saya nak berterus terang. Saya taknak menyesal sebab terlambat meluahkan. Saya tahu, kita baru kenal hari ini. Dan mesti tak logik untuk saya cakap yang saya sebenarnya dah sukakan awak..." Terus aku berhenti menangis.

Lambat lambat aku menyapu air mata dan memandang dia kembali.

"Haz..."

"Saya tahu awak cuma anggap saya sebagai kawan. Dalam hati awak cuma ada Ash, dan begitu juga dengan Ash yang hanya ada awak di dalam hati dia. Saya... saya cuma meluahkan... sebab saya taknak menyesal kerana memendam..." Dia pandang aku.

Aku termati kata.

"Yasmin... Can you do me a favour?" soalnya.

"Apa benda tu?" aku bertanya dengan air mata yang masih tersisa.

"...tunaikan impian saya, boleh?" Dia pandang aku dengan penuh rasa berharap. Hati aku menjadi sebak semula. Permintaan Haz buat aku rasa tak sedap hati. Dia memang betul betul akan pergi dalam masa terdekat ke?

"Apa impian awak? Saya janji, saya akan tunaikan demi awak..." ucap aku sambil cuba mengukir senyuman paling manis yang pernah aku ukirkan.

"Untuk pertama kali dalam hidup saya... boleh tak awak cakap kat saya yang awak pun sukakan saya... bukan sebab kawan, tapi sebab saya seorang lelaki. Saya tak kisah kalau awak menipu. Saya cuma teringin mendengarnya sebelum saya pergi buat selama lamanya..."

Hancur luluh hati aku. Haz buat permintaan yang terakhir ke? Ya Allah, Haz...

"Saya..."

"...saya sukakan awak, Haz. Saya sukakan awak sangat sangat. Saya sukakan awak, Hazyrul Shabil..." ucap aku dengan perasaan sedih yang tidak tertanggung.

Dengan perlahan lahan, aku nampak dia tersenyum. Perlahan lahan air matanya jatuh setitik. Aku turut sama tersenyum. Senyum yang dibuat untuk menutup peraaaan aku yang semakin bergelodak.

"Ah... tiba tiba rasa malu. Macam mana ya saya boleh 'termenangis' depan awak? Mesti buruk..." ujar Haz seraya menyapu air matanya dengan ibu jari.

Aku pandang dia.

"Saya suka lelaki yang menangis..." ucap aku perlahan. Haz ketawa.

"Haha... Awak kelakarlah. Ada ke orang suka lelaki menangis? Macam saya ni? Lemah... mesti buruk..." ujarnya dengan sisa ketawa. Aku bahagia melihat dia tersenyum. Aku gembira mendengar gelak ketawanya.

"Saya suka lelaki lemah... dan buruk." Tambah aku lagi.

Haz tersentak.

"Eh, awak! Nak cakap yang awak suka saya, ya? Kalau saya kudung macam mana?" Dia pandang aku.

Aku sembunyi senyum.

"Saya akan suka orang yang kudung."

"Kalau saya buta?"

"Kalau saya buta?"

"Saya akan suka orang yang buta." Aku membalas laju.

"Kalau saya gemuk dan ada lemak berlapis lapis?" soalnya lagi.

"Saya akan suka orang yang gemuk, dan ada lemak berlapis lapis."

"Kalau... erm... Kalau saya India tu?" Haz tunjuk seorang lelaki yang tengah berjalan. Lelaki India itu tengah membawa plastik yang ada bungkusan maggi kari di dalamnya.

"Saya akan suka India tu." Kataku sebelum cepat cepat tersedar. Haz ketawa lepas. Dia memegang perutnya yang sedikit senak.

"Hahahaha! Awak suka dia!" Haz gelakkan aku. Air matanya mula bergenang.

"Oh... Kenakan saya, ya?!" Aku tumbuk bahunya, perlahan.

"Hee... Hee..." Dia masih ketawa. Kemudian dia berhenti gelak.

"Awak..." Haz panggil aku.

"Ya?"

"Kalau esok saya tak datang sekolah, awak pergilah kat rumah saya, ya?" ujar Haz tiba tiba.

"Kenapa?"

"Ala... Pergi ajelah." Gesanya.

"Yalah yalah... Rumah awak kat mana?" Aku mengalah dan bertanya.

"Kat sana..." Dia tunjuk sebuah rumah banglo yang agak berhampiran dengan tempat kami duduk. Lah... Rumah dia dekat aje dengan sekolah rupanya.

"Baiklah." Aku berjanji. Haz tersenyum.

Dia mendongak ke langit.

"Eh... Cantiknya bulan tu!" jeritnya teruja. Aku pandang atas.

"Bulan tu menyoroklah!" tambahnya lagi. Aku cuma tersenyum melihat bulan yang dilitupi awan itu. Cantik. Memang cantik sangat. pemandangan di langit gelap pada malam ini kan seronok kalau aku boleh terbang ke sana?

Aku leka melihat ke atas sampai tak sedar yang Haz dah lama pandang aku di sebelah. Akhirnya impian dia untuk melihat bintang dengan aku tercapai jua. Haz tersenyum nipis.

Biar hatiku menanti
Biarku terus menunggu
Di dalam kegelapan hariku
Tanpa cinta kamu
Biar jiwa terus mati
Menanti janji kamu
Biar aku jadi... penunggu.

"Cuba tengok bintang tu..." Haz tunjuk ke satu arah.

"Bintang yang mana satu?" Aku melilaukan mata.

"...yang tengah berkerlip kerlip tu..."

Aku pandang bintang yang dimaksudkan.

"Itulah saya..." ujarnya tiba tiba. Aku pandang dia.

"Kenapa dalam banyak banyak, awak pilih yang tu?"

"Sebab dia berkerlip kerlip. Macam nak mati, kan?"

Terus berubah air muka aku. Tiba tiba terasa sayu...

"Walau dia akan mati suatu hari nanti, saya akan ingat bintang tu sampai bila bila. Sebab bagi saya, bintang tu teristimewa. Terlalu..." ucap aku dengan sebak.

Haz terdiam.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience