BAB 8

Romance Completed 13748

AKU tarik nafas dalam dalam. Lambat lambat langkah akh diaturkan ke tempat duduk aku. Kelihatan Ashraff tengah berbual dengan seorang lelaki yang bernama Adam. Tak silap aku, Adam tu kawan baik Ashraff. Adam tu jugak ialah pengawas sekolah.

Aku berdiri di sisi meja sambil memandang Adam yang duduk di atas kerusi aku. Tapi nampaknya dia tak sedar akan aku. Jadi, terpaksalah aku buat buat batuk.

"Eh, Yasmin." Ashraff baru tersedar. Adam menoleh dan pandang aku. Dia hanya tersenyum dan kembali menghadap Ashraff. Eh, macam tu je? Tak tahu ke yang aku lenguh dan nak duduk kat tempat aku?

Lalu dengan teragak agak, aku buat batuk batuk lagi.

Ashraff pandang aku.

"Kau kenapa? Nak batuk, batuklah kat lain." Ashraff berkata selamaba. Aku mencebik. Dah tu, nak cakap, cakaplah kat lain.

Hampir lima minit aku menunggu. Namun, nampaknya tempat duduk aku masih belum 'dilepaskan' oleh Adam. Jadi nak taknak, aku terpaksa meminta secara lembut.

"Err, Adam... Boleh aku duduk?" tanyaku.

Adam kelihatan macam baru tersedar. Lantas dia bangun dan pandang aku sambil menyentuh lehernya.

"Oh, sorry. Tak ingat ni tempat duduk kau. Ash ni pun, bukannya reti nak bagitahu." Adam berkata sambil menggosok lehernya. Aku cuma senyum.

"Rasanya kita tak pernah berkenalan sebelum ni. Nama aku Adam." Adam memperkenalkan dirinya. Aku senyum.

"Nama aku Yasmin.". Balas aku sambil meletakkan beg di atas kerusi. Adam tersenyum lalu keluar dari kelas. Katanya nak pergi ke tandas. Tiba tiba rasa nak terkencing. Tandas lelaki terletak di sebelah kelas kedua, 5 Dinamik. Aku, Ashraff dan Adam berada di kelas pertama dan mengambil subjek addmath, fizik, kimia dan biologi. Kami budak Sains Tulen.

Aku melabuhkan duduk. Tiba tiba...

"Berkenalan dengan lelaki lain ni, tak takut pakwe marah ke?" soal Ashraff tanpa pandang aku. Dia buat buat cari buku di bawah mejanya. Lambat lambat aku pandang dia.

Hai, tak habis habis lagi ke pasal semalam?

"Macam mana nak kena marah, pakwe pun takde." Selamba aku membalas. Ashraff pandang aku. Senyuman sinis mula ditayang.

"Hai... Dah berkenalan dengan Adam, dah tak ingat pakwe sendiri ke?" Soalnya perlahan, mungkin taknak orang lain dengar perbualan kami. Aku turut tayang senyum sinis.

"Maaf. Bukan tak ingat, tapi memang takde." Balas aku laju.

Ashraff ketawa kecil.

"Habis, yang kau naik motor sama sama tu siapa? Yang ada sebelah kau dekat pasar malam tu siapa? Jangan cakap dia tu uncle kau sudahlah sebab aku memang tak per..."

"Dia adik aku." Aku mencelah. Ashraff terdiam.

"Apa?" perlahan saja Ashraff bertanya.

"Dia adik aku, Lutfan Haqiem." Balas aku lambat lambat.

Ashraff pandang bukunya yang terbelek belek sendiri akibat ditiup angin yang terhasil daripada putaran kipas di atas.

"Weh, Ash. Kau dengar tak aku cakap apa? Aku cakap, lelaki yang kau nampak semalam tu, and lelaki yang datang kat kelas kita masa habis waktu sekolah semalam tu... dan lelaki yang aku naik motor dengan dia masa hari aku ke rumah kau tu, sebenarnya dia tu adik aku. Kau dengar tak? Adik aku, Ash. Haqiem nama dia..."

Ha, ambik kau. Padan muka! Aku nampak tangan Ashraff berpeluh peluh. Perlahan lahan dia bangun dan buat buat meraba meja dia. Eh, buat apa ni?

"Eh, rasanya Adam terambil pen aku tadi. Aku pergi keluar cari dialah kejap." Ujar Ashraff lalu terus meluru keluar dari kelas. Aku pula terus melepaskan tawa kecil.

Hahaha! Ash malulah!

"DAM!" Ashraff berdiri di hadapan kawannya, Adam. Terkejut Adam jadinya apabila nampak Ashraff yang tiba tiba ada di dalam tandas.

"Kau masih ingat apa yang aku cerita semalam?" soal Ashraff.

Adam terkelip kelip dan perlahan lahan mengangguk.

"Ingat, yang kau cakap kau suka dia tapi dia dah ada boyfriend tu?" soal Adam yang inginkan kepastian. Ashraff mengangguk. Dipandangnya wajah Adam tanpa sebarang riaksi.

"Kau tahu ke siapa perempuan tu?" soal Ashraff lagi.

Adam angkat bahu.

"Hmm, entah."

"Yasminlah orangnya." Beritahu Ashrafd. Adam terkejut.

"Hah? Seriously?! Jadi, Yasminlah orangnya?!" soal Adam, macam tidak percaya. Ashraff mengangguk.

"Kau tahu tak, aku dah tersalah faham..." ujar Ashraff, lemah.

"Maksud kau?" desak Adam mahu tahu.

"...dia takde boyfriend, dan lelaki yang aku nampak tu sebenarnya..." Ashraff menjeda. Dia menyentuh kepalanya yang sedikit pening. Adam sedikit melompat kecil, macam tak sabar sangat nak tahu status lelaki yang Ashraff cakapkan.

"...dia... adik Yasmin."

"MACAM mana? Ash dah tahu?" Soal Haqiem sebaik sahaja aku menghampirinya. Masa tu, Haqiem berada di atas motosikal. Kenapa aku dan Haqiem selalu balik sekolah naik motosikal dan tak naik kereta? Sebab mama aku tulah, katanya malas nak bawa kereta. Katanya lagi, rumah kami dekat dengan sekolah. Papa pula tiap tiap hari kerja. Kalau lapang pun, hujung minggu saja.

Aku capai topi keledar yang Haqiem hulurkan.

"Dia dah tahu..." balas aku sambil memakai topi keledar. Haqiem pandang aku.

"Sungguh? Macam mana riaksi dia?" soal Haqiem, tak sabar sabar.

"Macam tu jelah. Kakak cakap yang kita ni adik beradik. Lepas tu dia buat buat cari pen. And then dia keluar dari kelas..." cerita aku, jujur. Haqiem sengih manakala aku mula naik ke atas motosikal

"Lepas tu macam mana? Korang okey?" soalnya lagi.

Aku angguk.

"Okey macam tu jelah. Sepatah kakak tanya, sepatah dia jawab." Balas aku sambil membetulkan duduk. Haqiem sengih lagi.

"Dia malu kut." Teka Haqiem. Aku angkat bahu. Entah, yalah tu kit. Sebab aku perasan tadi, Ashraff macam curi curi pandanga aku aje. Bila aku tengok dia, dia buat buat tengok meja aku. Tapi tak tahulah betul ke tak yang dia pandang aku. Entah entah aku yang terlebih perasan.

Tiba tiba Haqiem panggil aku.

"Ya, tengoklah tu..." Haqiem tunjuk ke kanan. Aku menoleh. Kelihatan Ashraff sedang memandang ke arah kami semasa dia duduk di wakaf. Aku pandang Ashraff. Apasal muka merah nk?

Tiba tiba Haqiem mengangkat tangannya ke arah Ashraff sebagai tanda mahu pergi dulu. Ashraff pula terus tersentak habis. Aku pula hanya menahan senyum. Tapi entah mengapa...

...aku lega bila Ashraff dah tahu.

'ASSALAM.' - Ash

Terbuntang mata aku. Apahal dia tiba tiba whatsapp aku ni?

'Wassalam.' - Me

Aku menunggu balasan daripada Ashraff. Ashraff tengah menaip.

'Yasmin, aku ada benda nak cakap kat kau ni.' - Ash

Aku diam. Benda apa pula ni? Nak cakap yang dia suka aku ke? Hahaha... Takdelah, aku gurau aje. Tahu dek Haqiem ni, confirm tak cukup tanah aku berlari sebab malu punya pasal.

'Nak cakap apa? Cakap ah...' - Me

Ashraff sedang menaip, lama pula kali ini. Lepas tu status tiba tiba jadi online, macam Ashraff padam balik apa yang dia tulis. Lepas tu, terteralah...

...last seen, 8:30 p.m...

Aku rasa macam nak lempar telefon ke dinding saja. Tapi tak lama, aku nampak status Ashraff bertukar kepada online semula. Dia mula menaip dan aku makin tak sabar sabar pula.

'Pasal tadi, semalam dan semalam punya semalam tu...' - Ash

Mata aku kian terbuka luas. Tak sabar nak tahu apa yang Ashraff nak cakapkan sangat itu. Mustahak sangat ke sampai tak boleh tunggu esok? Atau Ashraff malu nak bercakap secara depan depan?

'Aku harap kau tak salah faham atas semua yang dah jadi. Kau jangan ingat dan fikir benda yang bukan bukan pulak. Yang tadi tu, aku saja je nak test kau.' - Ash

Nak tergelak aku jadinya. Banyaklah kau. Bukan aku yang sepatutnya tak salah faham, tapi kau tu! Eleh, nak test aku konon. Tapi malaslah aku nak tulis macam tu. Nanti tak pasal pasal Ashraff jadi diam balik dengan aku.

'Lepas ni, kita buat biasa saja.' - Ash

Aku tersenyum sahaja. Yalah yalah. Anything for you, Ash.

'Okey.' - Me

ASHRAFF melepaskan keluhan lega.

"Yasmin, Yasmin... Entah kenapa sejak aku kenal kau, dada aku ni asyik nak semput aje. Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Apahal dalam banyak banyak perempuan, kau jugak yang aku suka? Tapi... Kalau kau nak tahu, aku rasa macam gembira sangat bila tahu yang kau takde boyfriend. Hmm..." Ashraff bercakap sendirian.

Aplikasi galeri ditekan lalu Ashraff membuka album dalam ruangan kamera. Foto yang diambilnya pada kali terakhir, ditatap lama. Ashraff tersenyum sendiri. Di skrin telefonnya ada gambar Yasmin yang sedang khusyuk menulis sesuatu. Sebenarnya foto ini ditangkap ketika dia dan Yasmin menyiapkan denda yang Cikgu Azman bagi.

Ashraff tersenyum lagi. Nasib baiklah Yasmin tak sedar. Kalai tak, mana Ashraff nak sorok mukanya? Ashraff mengaku yang tindakannya itu yang telah menangkap gambar seorang gadis secara curi curi memang tidak manis. Namun entah mengapa, Ashraff tetap berbuat sebegitu.

Mungkin kerana hatinya sudah terpaut.

Sebenarnya, Ashraff pernah berniat untuk memadab gambar itu ketika dia fikir bahawa Yasmin sudah mempunyai kekasih hati. Namun entah mengapa, Ashraff tidak mampu berbuat sedemikian.

Nasib baiklah dia tidak jadi. Kalau tak, mana dia nak dapatkan gambar ini balik?!

Ashraff pandang gambar itu lagi. Kelihatan Yasmin begitu khusyuk dan tekun melakukan kerja. Jujur Ashraff katakan, sejak daripada peristiwa itulah hatinya mula terusik. Kesungguhan Yasmin dalam membelanya membuatkan hati Ashraff makin tertarik.

Sebab itulah Ashraff tidak keruan apabila melihat Yasmin bersama lelaki lain. Ingatkan teman lelaki, padahal adik sendiri. Hahaha, memalukan sungguh! Nasib baiklah Yasmin dah berjanji untuk melupakan segala galanya dan menganggap perkara itu seolah olah tidak pernah terjadi.

Hai... Yasmin, Yasmin...

"Kalaulah kau tahu apa yang aku sukakan kau, agak agak, kau akan terima aku ataupun tidak?" Ashraff bercakap seorang diri. Lalu tanpa berfikir panjang, Ashraff menjadikan foto itu sebagai wallpaper telefonnya.

I love you, Yasmin...

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience