BAB 9

Romance Completed 13745

DAH sebulan aku menjadi murid di Sekolah Menengah Sri Kenanga. Sebulan itu jugak, persahabatan antara aku dan Ashraff menjadi semakin akrab. Ashraff yang sekarang bukan macam yang dulu lagi. Layanannya terhadap aku tak sedingin dahulu. Tapi sifat belagak dan suka mengarahnya itu masih ada malah makin teguh pula.

Tapi kadang kadang, kitorang bergaduh juga. Gaduh gaduh budak, manja manja gitu. Hahaha! Aku melawak ajelah. Memang taklah si Ashraff tu sudi nak bergaduh manja dengan aku. Dia kalau gaduh, memang gaduh betul betul. Tak mainlah macam budak sekarang, hulur duit atau gula gula ataupun lolipop, dah berbaik.

Ashraff kalau dah merajuk, mesti aku yang kena pujuk. Tapi yang geramnya, takde pula dia nak pujuk pujuk aku bila aku merajuk. Ashraff kata, dia takde masa nak layan rajuk budak budak tak matang macam aku. Habis rajuk dia tu matanglah? Kadang kadang sakit hati jugak aku. Harapkan dia tu lelaki yang aku sayang je, kalau tak dah lama aku layang penumbuk biar luruh gigi kapak.

"Assalamualaikum..." tiba tiba muncullah seorang lelaki dalam lingkungan usia 14 tahun di muka pintu kelas 5 Akademik.

Pembelajaran subjek Pendidikan Islam terganggu. Semua murid memandang ke luar kelas. Ustazah Nik Mayana pun turut memandang ke luar. Macamlah budak lelaki itu artis.

"Waalaikumussalam. Ada apa ni?" soal Ustazah Mayana.

"Maaf mengganggu. Saya nak tampal jadual peperiksaan sekejap. Boleh rujuk di sini ya?" ujar lelaki itu sambil melangkah masuk ke dalam kelas. Dia menampal jadual tersebut di papan kenyataan. Setelah meminta diri, lelaki itu terus berlalu.

Aku pandang jadual peperiksaan itu dari kejauhan.

"Peperiksaan Awal tahun..."

"ASH... aku nak tanya sikit." Aku pandang Ashraff.

"Apa benda? Tanyalah..." balas Ashraff. Masa tu kami sedang menyalin soalan Matematik yang ditulis oleh Cikgu Azman di papan putih.

"Kau cakap kau lemah Matematik. Err, boleh aku tahu markah Matematik kau macam mana sebelum sebelum ni?" aku bertanya sambil memandang papan putih. Haih, banyak pulak soalan yang Cikgu Azman bagi. Kali ini, lenguh pulak tangan aku nak menyalinnya.

"Hmm, 60 lebih je..." jawab Ashraff, macam nak taknak saja bunyinya. Aku terangguk angguk. Hmm, boleh diusahakan lagi tu. Aku percaya, suatu hari nanti Ashraff akan capai gred A bagi Matematik.

"Kau pula berapa markah Matematik sebelum ni?" soal Ashraff balik.

"90 lebih..." lambat lambat aku membalas. Ashraff tidak membalas apa apa. Aku cuma diam selepas itu. Aku bertekad, nak siapkan menyalin soalan ini semua sebelum masa tamat.

"Kalau Sains pulak?" soal Ashraff tidak lama selepas itu. Aduhai, ditanya markah Subjek Sains pula? Kenapa tak tanya subjek Sejarah ataupun Geografi saja? Tak tahu ke dia yang aku paling lemah dalam bab Sains? Malu rasanya nak mengaku markah aku. Hodoh betul gred aku. Hesy, kertas milik siapalah agaknya. Teruk betul.

"Rendah je..." balas aku yang kedengaran sedikit enggan.

"Tahulah. Berapa?" Tahulah? Apa dia tahu ke yang markah Sains aku sebelum ni rendah? Dia tahu ke yang aku lemah dalam Sains? Rasanya aku tak pernah bagitahu pun.

"Ha, macam mana kau tahu?" soal aku, hairan. Takkanlah dia ada kuasa magis pula? Konon kononnya dia dah tahu walaupun aku tak pernah bagitahu. Tapi, tak logiklah.

"Hari pertama kau kat sekolah ni dulu, kan kau tak boleh jawab soalan yang Cikgu Anita bagi? Jadi terpaksalah aku tolong kau yang terkial kial cari jawapan tu. And sebab itulah, awal awal lagi aku dah tahu yang kau tak suka Sains. Mesti markah kau pun tak tinggi mana kalau dah tak minat." Cerita Ashraff tanpa pandang aku. Pandangannya masih fokus kepada latihan di hadapan.

"Oh..." aku terangguk angguk.

"Oh apa oh? Jawablah soalan aku tu!" desak Ashraff. Aku sengih. Alamak, lupa pulak aku ni.

"60 puluh lebih..." beritahu aku jujur. Ashraff angguk saja. Nasib baiklah dia tak ejek aku. Kalau tak, tahulah aku nak buat apa kat dia nanti.

"Markah Sains kau pulak berapa?"

"95..." balasnya perlahan.

Aku ternganga. Pergh! Bijaklah dia ni. Nak aje aku hantuk kepala aku dengan kepala dia. Orang tua tua cakap, macam tulah kalau nak tukar otak dengan kawan. Tapi kalau difikirkan balik, kenapa orang tua boleh cakap macam tu? Tukar otak dengan orang, dengan cara hantuk kepala? Tak logik kut. Moyang siapalah yang reka reka cerita ni?!

Tiba tiba hari aku terdetik untuk bertanya sesuatu. Hmm, nak tanya ke tak? Rasanya, Ashraff takkan marah kut bila aku tanya soalan ni? Dia kan budak cerdik? Jadi bolehlah aku tanya. Tapi tak sangka pulak...

"Dalam tingkatan, kau biasanya nombor berapa?" soal kami, serentak.

Aku pandang Ashraff. Dia pun turut sama pandang aku. Kemudian dia menggeleng geleng sambil ketawa kecil. Aku pun tumpang gelak sama. Hahaha... macam manalah kitorang boleh tersoal serentak ni? Dahlah soalan yang sama. Panjang pulak tu!

"Jawablah dulu... Kau ni!" Ashraff berkata bersama sisa ketawa. Aku hanya mampu tersengih.

"Nombor satu. Kau pulak?" soal aku semula.

"Sama ah..." balasnya pendek.

Uish! Tak boleh jadi ni. Dibuatnya kalau Ashraff dapat nombor satu lagi, macam mana? Tak boleh. Aku takkan biarkan! Kalau kat sekolah lama, bolehlah aku dapat nombor satu straight setiap kali ada peperiksaan. Sebab markah aku cemerlang kesemuanya kecuali Sains. Tapi selagi tak fail, tak jadi apa. Tambahan pula, kawan kawan kat sekolah lama aku dulu kebanyakan mendapat markah cemerlang bagi subjek subjek tertentu saja.

Tapi Ashraff? Dia cuma lemah Matematik. Subjek subjek lain, mesti tip top! Tak boleh jadi! Tapi nasib baiklah markah Matematik dia dan markah Sains aku lebih kurang. Jadi, takdelah aku bimbang sangat.

Tapi... boleh ke aku tak bimbang sangat sedangkan saingan aku kali ini bukan calang calang budak elit? Tambahan pula, aku mula berasa tak sedap hati bila nampak senyuman sinis yang terselit di wajah Ashraff. Argh, Ashraff ni. Macam tengah fikir benda yang sama dengan aku aje?

"Yasmin..." panggil Ashraff. Lambat lambat aku menoleh.

"Wanna play a game?"

Sudah! Mati aku macam ni!

PETANG hari Jumaat minggu itu, kami berjanji untuk membuat ulang kaji bersama sama. Peperiksaan akan jatuh pada hari Selasa. Bermakna kami masih ada tiga hari saja untuk membuat ulang kaji. Sebenarnya, Ashraff yang mencadangkan idea untuk study bersama sama. Aku pun terus bersetuju. Kami dah tetapkan untuk berkumpul di perpustakaan awam.

Ashraff datang bersama Adam manakala aku akan datang bersama Nisa. Begitulah perancangan kami pada mulanya. Namun, langit tak selalunya cerah. Sehari sebelum hari Jumaat, Nisa tiba tiba call aku dan cakap yang dia tak boleh join sekali. Katanya, nenek dia sakit di kampung. Dia sekeluarga perlu balik ke sana.

Aku pula, takkanlah nak halang? Dibuatnya nenek dia ditakdirkan menghembus nafas terakhir ketika ini, menangis tak bermelodilah Nisa jadinya.

Menonong sorang sorang pergi library? Oh, no way! Baik aku ajak Haqiem. Takdelah nanti aku kekok sangat. Dibuatnya Ashraff study dengan Adam aje memanjang dan dibiarkan aku sorang sorang macam tunggul. Hesy, baik ajak Haqiem. Bolehlah jugak dibuat teman.

Nasib baik jugaklah Haqiem tu jenis yang tak kisah. Lalu ake dia.

So, kitorang adakan perjanjian baru. Ashraff datang dengan Adam manakala aku datang dengan Haqiem. Rasanya tak apa kut kalau hanya aku sorang aje yang berjantina perempuan. Kitorang hanya nak study. Dekat perpustakaan awam pula tu. Lainlah kalau aku pergi study dekat taman permainan yang sunyi dan jauh dari orang.

Lagipun... Haqiem kan ada?

Alkisahnya begini...

Sesampai sahaja aku dan Haqiem di perpustakaan, aku nampak Ashraff dan Adam dah terpajak atas kerusi. Khusyuk betul aku nampak Ashraff study. Berbeza pula dengan Adam yang kelihatan begitu santai. Dia cuma membelek belek buku.

Eleh, Ashraff. Sengajalah tu tunjuk yang dia ulang kaji. Heh, aku pun bolehlah. Laju sahaja aku tarik buku buku rujukan. Sains... Sejarah... Pendidikan Islam... Matematik... Biologi...

Kesemua buku itu aku ambil dan letak atas meja dengan kuat. Sampai bergegar meja. Ashraff pandang aku. Aku tayang senyuman sinis dan angkat kening. Ashraff mencebik.

Heh!

Sudah hampir 30 minit kami diam dalam perpustakaan. Aku mencuri curi pandang ke arah Ashraff di meja sebelah. Terangkat aku bila dia dah khatam tiga buah buku. Aku genggam penumbuk. Jangan ingat dia habis baca tiga buku dulu, dia akan dapat nombor satu pulak. Aku yang baru nak belek muka surat terakhir dan baru nak masuk buku kedua inilah yang sepatutnya dapat nombor satu. Sebab apa? Sebab aku hadap maklumat baik baik, sebab tu lambat habis. Bukan macam Ashraff, laju macam bot marin!

Adam mula menguap, mengantuk agaknya. Adam pandang ke arah Haqiem yang tengah membaca novel Andai itu takdirnya, hasil karya Siti Rosmizah. Adam tersenyum sendiri apabila melihat Haqiem yang tersengguk sengguk. Buku rujukan di tutup, malas dah nak baca agaknya.

Perlahan lahan dia mendekati Haqiem.

"Khusyuk betul baca novel?" tegur Adam sambil mencuit bahu Haqiem.

Haqiem terjaga dan terpinga pinga. Novel di tangan ditutup. Tulah, orang tak biasa baca novel memang mudah mengantuk. Kut ya pun bosan, ambillah komik ke apa. Tu kat almari sana, banyak komik komik berkenaan pembelajaran hasil karya Afiq Salam dan Nazry Salam. Eloklah tu dengan Haqiem yang berusia 15 tahun.

"Mengantuk siak!" Haqiem menggosok matanya.

Wajah Adam dipandang.

"Abang Adam ni form 4 ke form 5?" soal Haqiem buat kesekian kalinya dia berbicara dan bertentang mata dengan Adam. Adam pegang belakang lehernya.

"Abang form 5 lah. Sama dengan Ash tu. Kenapa, orang nampak macam budak form 4 ke?" soal Adam sambil memandang Ashraff yang mula mencapai buku ke lima pula.

Haqiem menggeleng.

"Takdelah. Orang nampak Abang Adam tak study mana pun..."

Adam sengih sambil ketuk meja.

"Abang mana pernah study sebelum ni. Ni bukak buku dan baca sebab Ash yang ajak. Kalau tak, lambat lagi rasanya abang nak datang library. Kalau exam, abang jawab yang mana abang tahu sajelah... bergantung atas ingatan abang." Cerita Adam tanpa dipinta.

Haqiem terangguk angguk.

"Habis, result macam mana?" soal Haqiem.

"Alhamdulillah, result abang okey. Malah, abang dalam ketegori top ten. Biasanya abang dapat nombor lima, enam macam tulah..." Haqiem terangguk angguk lagi. Ada jugak pelajar yang dapat result cemerlang tanpa membuat ulang kaji. Ajaibnya! Mungkin kerana berkat belajar. Atau mungkin juga berkat doa doa daripada cikgu dan ibubapa.

Haqiem pandang Ashraff.

"Gigih betul Abang Ash tu kan?" komen Haqiem. Adam turut pandang Ashraff.

"Tak tahu ke? Ash dengan Yasmin tu tengah bertaruh." Haqiem terkejut. Bertaruh apa? Macam berjudi pula bunyinya. Takkanlah bertaruh untuk tentukan siapa lagi cerdik.

"Bertaruh apa?" soal Haqiem.

"Bertaruh untuk dapatkan nombor satu dalam tingkatan."

Haqiem terlopong.

SEMINGGU telah berlalu. Alhamdulillah, peperiksaan telah berlangsung dengan lancar. Nasib baik takde halangan. Kalau tersekat pun, soalan soalan Sainslah. Dan mungkin subjek Matematik, bagi Ashraff.

Keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Menurut guru kelas kami iaitu Cikgu Latif, kertas keputusan telah ditampal di papan kenyataan yang terletak di bawah artikel kesihatan jantung. Papan kenyataan tersebut diletakkan di bahagian belakang dewan perhimpunan.

Pada waktu rehat, kami berdua keluar untuk ke sana.

"Aku yakin yang aku dapat nombor satu. Aku berani kerat kukulah!" aku mencebik apabila mendengar kata kata Ashraff. Berani kerat kuku buat apa? Kalau macam tu, aku pun berani. Nak nampak lebih berani lagi, aku berani kerat kuku kakilah!

"Jangan terlalu yakin sangat, Ash. Percayalah, nombor satu tu hanya ada nama aku sebagai tuannya!" balas aku sambil tersenyum yakin. Eh, yakin ke? Kenapa aku rasa macam bukan aku aje tempat pertama? Ashraff ke?!

"Okey, kita tengok. Kalau aku nombor satu, kau kena..."

Tiba tiba kami terserempak dengan Adam yang baru nak turun tangga. Ashraff menegurnya.

"Adam, nak ke mana?"

"Nak pergi bilik guru. Cikgu Zizan panggil tadi..." balas Adam sambil menggosok matanya. Ashraff mengangguk.

"Korang pulak nak pergi mana?" soal Adam pula. Dia pandang aku.

"Nak pergi tengok result exam kita." Balasku.

Adam tengok jam di tangannya.

"Eh, hari ni baru 22 hari bulan. Dah keluar?" Ashraff mengangguk. Mungkin tak sampai berita ini di telinga Adam agaknya. Setidak tidaknya, itulah yang berada di fikiran aku masa tu.

"Dah. Nak join?" pelawa Ashraff sambil angkat kening. Adam tayang muka monyok. Eh, apasal tiba tiba muram saja ni? Rasanya, takde pula Ashraff atau aku sakitkan hatinya.

"Entahlah... Malas rasanya nak tengok. Sebab setiap kali exam, mesti aku dapat nombor lima. Tak tengok pun dah tahu." Cebik Adam. Aku tersenyum. Laa, sebab tu aje ke? Ish ish ish.

Alhamdulillahlah sikit sebab dia memang dah bijak, selalu dapat top ten!

"Alah, jomlah ikut sekali." Ajak aku pula. Adam diam, macam tengah berfikir sama ada mahu ikut atau tidak.

"Okeylah." Putusnya lalu mengikut kami.

"Kitorang bertaruh, Dam. Kau rasa siapa yang dapat first place?" soal Ashraff sambil memandang Adam. Kemudian dia jeling aku bila pandangan kami bersatu.

"Entahlah aku. Sama sama cerdiklah korang ni. Kalau aku yang nombor satu, takpelah jugak." Adam sengih. Aku pula hanya tersenyum.

"Jom kita main. Siapa nombor satu, orang kena belanja." Ajak Ashraff. Oh, nak main ya? Baiklah, aku setuju. Nanti jangan mengangislah kalau duit kau habis. Sebab aku ingat nak minta rantai baru ni. Elok pulak rantai leher aku tercicir entah di mana.

"Aku setuju, Ash! Adam nak join?" aku tanya Adam.

"Hm, kalau aku dapat nombor satu, baru aku setuju. Kalau tak, malaslah..." aku ketawa. Boleh pulak macam tu? Tapi okeylah, aku anggap dia join. Tapi kalau taknak belanja pun takpe.

"Yasmin, ingat tu. Kalau aku nombor satu, kau kena buat apa?" soal Asgraff dari sebelah kanan. Aku pandang Ashraff yang berdiri di tepi Adam.

"...kena belanja kau." Balas aku pendek. Ashraff jeling aku sambil tersenyum sinis. Apa senyum senyum? Jangan ingat kau sorang aje. Kalau aku yang nombor satu, kau pun kena belanja aku!

"...pandai!" eh, ingat aku ni budak tadika agaknya.

Kami masuk ke dalam dewan perhimpunan. Langkah kami diaturkan ke arah papan kenyataan yang terletak di belakang. Kami bertiga tercegat di depan papan kenyataan itu.

Ashraff pandang aku. Aku jeling dia.

"Jangan menyesal, Yasmin. Kau diberi peluang, sama ada kekal dengan perjanjian kita ataupun tak." Ashraff berkata. Heh, dia ingat aku ni penakut agaknya.

"Peluang ditawarkan untuk kau sekali. Aku takkan menyesal." Balasku. Ashraff angguk.

"Okey."

Kami pandang papan kenyataan itu. Kelas 5 Satria... Kelas 5 Debunga... Kelas 5 Dinamik... Kelas 5 Girang... Ha! Kelas 5 Akademik!

Tiba tiba rasa berdebar debar pula. Aku pandang kertas keputusan itu. Satu demi satu nama dipandang dari bawah sampai ke atas.

13- Shukor Ashrey. Hm...

10. Medina Johan. Hm...

6. Aizat Jusoph. Hm...

5. Stephen Chow. Hisy!

4. Mutu Gopalan. Hm...

Baru nak tengok nombor tiga, tiba tiba...

"Eh!" aku dengar Adam terjerit. Aku dan Ashraff menoleh ke belakang dengan serentak. Ashraff angkat kening.

"Apahal?"

Adam pandang aku dan Ashraff silih berganti.

"Aku nombor satu."

"Apa?!" aku dan Ashraff menjerit serentak.

"MAKAN... makan kenyang kenyang..." satu persatu pinggan berisi makanan diletakkan di atas meja. Nasi goreng kampung... Sotong celup tepung... Sup cendawan... Ayam goreng pedas...

Adam tersenyum bangga. Penghormatan yang diterimanya itu bukan selalu dia dapat. Hahaha... kenyanglah dia malam ini. Aku duduk di sebelah bahagian dinding. Haqiem di sebelah hanya mampu tersengih. Aku pandang Adam yang kelihatan begitu berselera menikmati hidangan pada malam ini. Ah, rezeki Adam!

Tak sangka, nombor satu bukanlah milik Ashraff. Bukan juga aku tetapi Adam? Adam sendiri tidak menyangka bahawa dia boleh dapat keputusan begitu. Malah, Adam pernah cakap bahawa mungkin ada kesilapan dalam mana mana pengiraan markahnya. Tak cukup dengan itu, Adam sanggup bawa kertas keputusan itu ke hadapan pengetua dan cakap bahawa mesti ada kesilapan dalam pemarkahan.

Mana taknya! Adam cakap, dia study ala kadar sahaja. Tapi? Nombor satu? Tapi tak apalah, dah takdir tersurat begitu. Lagipun, ini baru peperiksaan awal tahun. SPM nanti, aku akan buktikan yang keputusan aku akan cemerlang dengan gilang gemilang.

"Kalau Abang Adam nombor satu, kakak pulak nombor berapa?" tiba tuba Haqiem bertanya. Aku pandang Haqiem lama. Alahai, nak cakap ke tak? Malulah pulak, tapi...

"Nombor tiga aje..." balas aku nak taknak saja bunyinya. Aku tak kisah bila Adam dapat nombor satu. Yang aku tak tahan, Ashraff tu yang dapat nombor dua. Jumlah markah kami tak jauh beza pun. Markah Ashraff hanya lebih dua. Maka jadilah aku nombor tiga.

Huhu... Padahal berbeza dua markah aje. Kalaulah aku betul satu sahaja lagi menjawab apa apa soalan, mesti aku yang dapat nombor dua.

Dan keajaibannya... markah Adam hanya lebih satu saja daripada markah Ashraff. Sungguhlah kata orang. Satu peratus itu memang sangat sangat bernilai. Ia mampu membuatkan kita mendapat tempat ke berapa.

Ah, biarkan ajelah! Nombor tak penting, gred tu yang penting!

"Oh, Abang Ash pula?" soal Haqiem lagi.

"...nombor dua." Balas Ashraff sebelum menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Haqiem terangguk angguk. Aku pula dah takde modal nak berbual. Aku capai pinggan nasi goreng aku.

Baunya sedap!

"Thanks, guys! Tak sia siap aku join game korang tadi. Alhamdulillah, rezeki memang tak salah alamat!" ujar Adam sambil menyumbat sotong celup tepungnya ke dalam mulut. Ashraff hanya tersenyum. Dia sendiri gembira dan senang dalam membelanja Adam. Aku pun sama.

"Eh, aku lupa nak bagitahu korang!" kata Adam lalu tersedak sendiri. Dia menyedut air sirap selasihnya untuk menghilangkan keperitan di tekaknya. Ha, itulah kau, bercakap masa makan lagi! Kang dah tersedak. Kut ya pun makanlah dulu, telan nasi tu elok elok.

"Bagitahu apa?" soal Ashraff setelah Adam kembali tenang.

"Masa nak balik sekolah tadi, Cikgu Alif panggil aku. Kau tahu kenapa? Dia suruh aku jadi wakil dalam kem subjek teras bagi budak budak SPM. Dalam setiap negeri, akan ada dua buah sekolah yang dihantar. Semua negeri ada. Terengganu, Kedah, Kelantan... Sabah dan Sarawak pun ada jugak." Beritahu Adam sambil memandang aku dan Ashraff silih berganti.

"Oh, ya? Congrat!" ucap aku sambil tersenyum. Ashraff senyum juga.

"...and congratulations to you too..." Adam pandang aku dan Ashraff. Ha, you too? Tahniah kepada siapa? Adam ni!

"Apa maksud kau?" aku bertanya, betul betul tak faham. Adam tarik senyuman manis. Dia merapatkan badannya ke sisi meja. Dia pandang aku dan Ashraff silih berganti.

"Korang pun terlibat sama." Kata Adam perlahan. Aku terkejut. Begitu juga dengan Ashraff. Kami saling berpandangan sebelum kembali memandang Adam.

"Kenapa kitorang pun kena?" soal Ashraff, mahu tahu.

"Sebab sekolah hantar wakil berdasarkan result peperiksaan kita hari tu. Tiga tempat pertama. Aku, Ash dan Yasmin." Terang Adam sebelum kembali menyambung makannya.

"Dekat mana kem tu?" aku pandang Adam pula.

Adam angkat bahu.

"Entah. Tapi cikgu cakap, esok kita bincang balik. Tak silap aku, cikgu cakap tu kem uji minda..."

Aku diam. Kem uji minda?

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience