BAB 15

Romance Completed 13745

ASHRAFF bergerak ke hadapan untuk mencapai kad yang tergantung di dinding dewan. Begitu juga dengan ketua kumpulan lain. Mereka sedang memilih kad secara rawak. Tidak lama kemudian, Ashraff kembali dengan sekeping kad berwarna merah muda.

Kami membuat bulatan. Kad itu diletakkan di tengah tengah.

"Anak menangis kerana tersadung..." kata kata yang keluar dari mulut Adrian terus terhenti sebaik sahaja Ashraff menegur.

"Not so loud, please."

Adriam terus diam. Aku malas mahu menyampuk. Nanti tak pasal kena suruh diam. Aku baca pantun kata kunci yang tertera di atas permukaan kad di dalam hati.

Anak menangis kerana tersadung,
  Membuat beranda menggunakan papan,
Haruman wangi menusuk hidung,
  Tempat semua mendapar santapan.

Heh! Sekali baca pun dah tahulah. Ini bukan kata kunci, tapi memang jawapan. Ahahaha! Kat mana lagi tempat orang bersantap kalau bukan di ruangan makan yang terletak di hujung sana. Isy, fasi manalah yang mereka pantun ini.

"Ni... aku rasa dekat tepi kolam renang. Kat sana ada tempat bakar sosej. Okey, jom ikut aku..." ujar Adrian lalu mula berkemas kemas. Aku pandang dia. Alahai, Adrian oi! Janganlah buat malu. Bersantap tu mestilah maksudnya lebih kepada menikmati juadah. Bukannya makan BBQ. Kalau macam tu, mesti ada kata kunci yang menyebut perkataan air. Itu pun tak boleh fikir ke?

"Bukan. Tempat yang sebenar, ruang makan." Bidas Ashraff, sama dengan apa yang aku fikirkan. Puteri bertepuk tangan.

"Whaa... Ash bijak! Kagum I!" pujinya lalu menghampiri Ashraff dengan pantas. Namun dengan pantas juga, Ashraff melarikan diri. Dia beredar ke arah ruang makan untuk memulakan misi selanjutnya. Aku dan crewmate yang lain turut membuat perkara yang sama.

Sesampai di sana, ada dua orang fasilitator yang menunggu. Abang Hady dan Kak Iffah. Mereka meminta kad yang Ashraff pegang. Setelah memastikan yang kad itu benar, barulah dia dan kawannya itu membenarkan ahli kumpulan kami masuk.

"Awak semua duduk dulu ya? Remember, sebaik sahaja korang semua duduk, mission yang korang dapat akan bermula. Saya dengan Kak Iffab akan keluar sekejap." Ujar Abang Hady lalu bergegas keluar bersama Kak Iffah.

Hampir satu minit kami tidak berbuat apa apa. Tiba tiba, keluarlah seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an dengan membawa sedulang teh suam. Dia menjamu kami semua.

"Jamput minum ya, anak anak. Makcik nak basuh pinggan sekejap." Beritahunya lalu pergi dengan terkocoh kocoh. Aku nampak kakinya tempang. Hmm, mungkin dia pernah accident.

"Weh, teh ni boleh minum tak? Tak bahaya ke?" soal Adam, agak was was. Ashraff mencapai satu daripada cawan cawan itu.

"Minum jelah. Ini cuma game, takkan membahayakan nyawa kita." Balas Ashraff dengan begitu yakin. Lambat lambat aku mencapai sebiji cawan. Airnya aku teguk sedikit. Yerk, kelatnya! Takde gula langsung dalam teh ni!

Setelah dua minit berlalu, datanglah seorang perempuan dalam lingkungan usia 30-an. Dia membawa penyapu dan juga penyodok.

"Maaf akak mengganggu ya, dik. Akak nak sapu lantai kejap..." Beritahu wanita yang memakai tshirt lengan pendek warna hitam itu. Dia menyapu lantai di sekitar meja kami. Habis kotor kasut aku jadinya bila dia pergi sapu sekali.

"Akak nak simpan penyapu kejap." Beritahunya lalu terkocoh kocoh entah ke mana. Aku perhati sekeliling. Hmm, mana misi kitorang ni? Membazir masa sajalah! Kalau lambat siap macam mana? Aku dah tak sabar nak masuk ke dalam bilik ni! Ingat aku tak penat ke?

Tiba tiba seorang pakcik yang berjanggut putih dan berkasut bot masuk ke dalam ruangan ini. Dia mengheret plastik warna hitam. Nampak macam berat aje. Di tangannya ada parang yang agak berkarat. Dan ada cecair merah di tangannya. Dia pandang tajam ke arah kami.

"Jangan ada siapa siapa pun yang berani masuk ke sana!" tegasnya sambil menunding jari ke arah satu bilik yang tertutup rapat. Aku dan ahli yang lain hanya mampu mendiamkan diri. Tiba tiba rasa seram sejuk melihat pakcik yang aku kenali sebagai Pakcik Osman itu.

Dia meneruskan langkahnya sambil mengheret plastik hitam yang aku tidak pasti apakah isinya. Isy, mencurigakan! Takut aku.

Tiba tiba telinga kami terdengar bunyi derap kasut seseorang yang sedang berlari. Kemudian muncullah seorang lelaki yang agak sebaya dengan Pakcik Osman tadi. Dia kelihatan tengah tercungap cungap.

"Berhanti, Osman! Jangan ikutkan hati marah kau!" lelaki yang berkening lebat itu menjerit kemudian meneruskan lariannya.

Aku pandang Ashraff dan Ashraff juga turut memandang aku. Apa yang sedang terjadi ini? Kenapa dengan Pakcik Osman?! Dia nak tetak orang ke?!

Tiba tiba...

Kachanggg!!! Semua tersentak apabila terdengar bunyi sesuatu yang pecah. Adrian bangun dan pandang kami demua silih berganti.

"Okay, guys. Jom keluar dari tempat ini! Aku rasa tempat ini bahaya..." ujar Adrian kemudian memandang aku. Eh, apahal pulak?! Jangan cakap dia risaukan aku sudahlah! Aku pun tak ingin dirisaukannya.

"Rilek ajelah. Ni semua game." Aku pandang Ashraff. Game?

"Apa maksud kau?" soal Adrian pula.

"Takde maksud, tapi itulah kebenarannya." Balas Ashraff laju.

"Tak, Ash. Kau tak nampak ke? Kita semua dalam bahaya, and kita kena selamatkan nyawa kita sekarang. Tolonglah percayakan aku..." Adrian pegang dadanya. Ashraff melepaskan satu keluhan berat.
Dia memandang ke tepi.

"Please, jangan merepek." Katanya.

Puteri terangguk angguk, seolah olah sedang menyokong kata kata Ashraff walaupun separuh hatinya mula terpengaruh dengan kata kata Adrian. Tapi, dia akan tetap percayakan Ashraff seorang saja!

"Terserah kaulah, Ash. Yasmin... tolong percayakan aku. Jom kita keluar, aku taknak benda buruk jadi kepada kau. Aku tak sanggup, Yasmin..."

Aku terkejut. Eh eh, dia ni! Apahal aku pulak? Bencinya! Kau nak keluar, pergilah keluar sorang sorang! Jangan nak sebut nama aku. Aku malu bila kaulah penyebutnya! Wekkk!

"Betul cakap Ash. Ini semua tak bahayakan kita. We're in MasterMind, remember? Semua ini benda biasa aje. Abang Hady ada cakap sesuatu tadi. Sebaik sahaja kita duduk, mission akan bermula. So, just wait..." Raden yang sedari tadi hanya diam, kini mula bersuara.

Adrian diam dan terkebil kebil. Lambat lambat dia duduk

"Tolong! Tolong...!"

Kami mendengar jeritan seseorang di bahagian dapur. Kemudian, akak cleaner tadi terkocoh kocoh ke sana. Tidak lama kemudian, dia menghadap ke arah kami dengan mengah.

"Dik... Tolong akak, dik! Kat belakang sana ada kecurian!" jeritnya sambil melepaskan keluhan berat. Dia menyuruh kami supaya mengikut langkahnya. Sampai di belakang, aku nampak makcik yang tempang tadi sedang tersandar lemah di belakang almari bahan bahan masakan.

Tidak lama kemudian, datanglah Pakcik Osman bersama kawannya. Di tangan Pakcik Osman masih ada darah.

"Kenapa bising bising ni? Apa jadi?!" soal Pakcik Osman lalu menjengah ke ruang memasak. Makcik tempang itu menarik nafas dalam dalam.

"Semua orang boleh nampak atau tidak bilik yang berada di sana?" soalnya lalu menundingkan jari ke arah bilik yang Pakcik Osman cakapkan tadi.

"Lihatlah di dalamnya... Barang berharga telah dicuri!" jeritnya.

Ashraff, aku dan ahli kumpulan yang lain berpandangan. Kemudian Ashraff bersuara sebagai seorang ketua.

"Mari kira tengok." Ajaknya lalu membuka pintu itu.

Kami masuk ke dalam. Aku nampak ada pedang yang panjang berkilat di atas lantai. Di sekitarnya ada kesan air yang seakan akan tumpah. Di sekitarnya juga ada taburan kaca yang pecah. Di atas meja ada satu tapak warna putih berhabuk yang kelihatan agak lari kedudukannya. Lihat daripada situasi, tempat ini macam telah dipecah masuk!

"Apa yang berlaku sebenarnya ni? I tak sukalah! Panas dekat sini!" Puteri mengipas mukanya menggunakan tangan. Memang betul pun, panas sangat bagi aku. Tapi... rasanya boleh tahan lagi. Panas lagi dekat neraka!

"Makcik, apa yang sedang berlaku sebenarnya?" soal Tuah.

Makcik yang berkaki tempang itu mengambil nafas.

"Macam ni, nak... Sebenarnya bilik itu, semua orang diharamkan daripada masuk..." makcik itu menjeda. Wajah kami dipandangnya dengan satu persatu, mungkin sedang mengumpul nafas baru.

"Hah? Kenapa?!" Aina bertanya tidak mengerti.

"Sebenarnya, bilik ini menyimpan satu barang yang sangat penting. Orang orang kami percaya bahawa tanpa barang itu, tempat ini akan mendapat bencana..." ceritanya dengan perlahan lahan.

"Apa benda penting tu?" soal Ashraff buat kesekian kalinya. Makcik yang berkaki tempang itu diam dan memandang ketiga tiga orang sahabatnya. Kemudian dia pandang kami semua.

"Labu sayong." Jawabnya selepas itu.

Aku memerhati sekeliling. Adakah labu sayong yang dikatakan itu telah dicuri? Tapi... siapakah si pelakunya? Hm, sulit!

"Boleh makcik ceritakan dari awal sampai akhir, pasal... macam mana makcik boleh tahu yang labu sayong itu dicuri? Makcik nampak ke?" Raden bertanya setelah sekian lama menyepi.

Makcik yang berkaki tempang itu menggeleng.

"Ceritanya macan ni..."

___

P/S: Assalamualaikum. Saya tahu ada segelintir daripada pembaca yang kurang faham tentang bab kali ini. Maksud saya, di bahagian labu sayong yang telah dicuri itu. Jangan risau, bab seterusnya akan diceritakan dengan lebih lanjut agar semua akan dapat lebih memahami. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience