BAB 20

Romance Completed 13748

"ASH..."

Aku nampak Puteri datang sambil mrngheret bagasi pink lip lap lip lap miliknya. Ashraff menoleh. Terjongket keningnya bila melihat cara pemakaian Puteri. Dia memakai gaun labuh dan baju lengan panjang warna kuning cair. Aku pun terkejut juga. Sudah berubah ke dia? Bukankah selama ni dia suka pakai seluar ketat ikut body? Tak pun pakai skirt paras lutut. Lepas tu pakai baju tanpa lengan sampai nampak ketiak. Nasib baiklah takde bulu.

"I... I nak mintak maaf pasal hari tu. I takde niat pun nak sakitkan hati you. I sedih bila you cakap you benci I. I tahu I salah sebab peluk you..." ucap Puteri yang mula tercebik cebik.

Aku nampak Ashraff menggeleng keras, seolah olah tidak mahu Puteri keluarkan isu itu. Sebab ada aku kut.

"Tolonglah jangan bencikan I..." rayu Puteri. Hampir hampir dia menangis. Ashraff hanya diam dan mengangguk. Dia seboleh bolehnya tidak mahu bercakap pasal kejadian itu lagi. Dia taknak menimbulkan salah faham lagi.

"Yasmin..." Puteri menghadap aku.

"...I mintak maaf. Sebenarnya, I sengaja peluk Ashraff masa tu. I nak korang gaduh. Sebab I tak suka tengok you dengan dia. Ashraff tak salah pun sebenarnya. I yang bersalah. I berdosa, Yasmin. Please maafkan I..." Puteri pandang aku. Kesian pula aku tengok dia. Lambat lambat aku pegang bahunya.

"Tak apalah, Puteri. Aku dah maafkan..." ucap aku sambil tersenyum manis.

"Thanks, Yasmin. You memang baik. You banyak ubah hidup I. Terima kasih sebab tegur I. I nak jadi macam you, baik macam you, Yasmin." Ucap Puteri lalu memeluk erat tubuhku. Terharu aku jadinya. Aku tak sangka teguran aku pada malam dia peluk Ashraff tu dah membuka hatinya untuk berubah.

"Alhamdulillah. InsyaAllah, Puteri. Aku pun akan doakan kau supaya menjadi perempuan baik, lebih baik daripada aku." Doa aku kepadanya.

Puteri mengangguk lalu mengesat air matanya.

"Aku nak realisasikan separuh daripada impian kau." Aku melonggarkan pelukan antara kami. Dahi Puteri berkerut. Mesti dia tak faham apa yang aku cuba maksudkan.

"Impian apa pulak ni?" dia menyoal.

"...impian kau..." aku menjeda.

"...untuk bergambar berdua dengan Ashraff, walaupun bukan sebagai pasangan kekasih." Aku berbisik di telinganya. Puteri tersentak. Lambat lambat dia menggeleng.

"Tak apalah. Segan pulak I. Dia kan sukakan you...* ujar Puteri perlahan.

"Tak jadi masalah. Aku bagitahu dia." Aku meninggalkan Puteri dan lambat lambat menghampiri Ashraff. Dengan teragak agak, aku menegurnya. Almaklumlah, aku masih segan mengenangkan peristiwa semalam.

"Ash!" aku menyebut namanya.

"Eh, Yasmin..." Ashraff memusingkan tubuhnya menghadap aku.

"Err... err... can you do me a favour?" aku pegang lengan aku yang berlapik.

"Err... buat apa?" soal Ashraff macam teragak agak.

"Kau duduk... maksud aku, kau berdiri di tepi Puteri kejap. Aku nak tangkap gambar korang dua orang." Aku tunjuk Puteri. Ashraff tersentak. Mukanya mula menjadi merah. Eh, kenapa?

"...ta... pi... na... nanti kau..." Ashraff tersekat sekat.

Nanti aku apa? Aku jealous? Ah, takkanlah!

"Ah, tak payah mengarut! Kau pergilah cepat!" aku tolak belakang Ashraff yang dirasakan agak slow. Lambat lambat aku menghampiri mereka. Ashraff berdiri agak jauh dari Puteri. Puteri tersenyum sambil buat gaya piece. Ashraff pula hanya buat buat pegang poket seluar sendiri.

Aku tangkap gambar menggunakan telefon milik Puteri. Baru nak tekan back, tangan aku ni tertekan geleri. Bulat mata aku bila nampak ada banyak gambar Ashraff yang sedang makan, minum, berjalan, menyanyi... Namun mata Ashraff langsung tak pandang kamera. Er, macam gambar curi curi je?!

Lambat lambat aku pulangkan telefon itu kepada Puteri.

Baru nak menoleh, tiba tiba...

"Yasmin..." Aku dengar suara Raden.

"Eh, awak. Kenapa?" Aku pandang dia.

"Err, boleh kita selfie kejap? Sekali pun jadilah. Saya nak jadikan kenangan. Perempuan macam awak, tak sanggup saya nak lupakan." Raden senyum. Eh, Raden ni! Amendalah!

Aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Raden keluarkan Iphonenya lalu dia membuka kamera. Tangannya diangkat tinggi sambil dihalakan ke arah kami berdua. Aku buat gaya piece manakala Raden buat gaya piece menyerong pada dada.

"Okay, thanks!" ucap Raden lalu tersenyum manis. Aku angguk. Kemudian Raden meminta diri. Guru pengiring sekolah mereka sudah mahu bergerak. Ah! Pasti aku akan merindui Raden. Kenapalah dia tinggal di Melaka? Hurm...

Aku nampak Ashraff dan Adam dah nak masuk ke dalam kereta guru pengiring kami. Aku merengus geram. Cis! Sampai hati tak ajak aku. Diorang nak tinggalkan aku ke?! Baru nak buka langkah, tiba tiba pergelangan tangan aku ditangkap. Tersentak aku bila nampak si pelakunya. Adrian!

Tindakan refleks, terus aku menarik tangan aku. Apa ni?! Kena kulitlah!

"Ss... sorry..." ucap Adrian, mungkin perasan akan mukaku yang bengang.

"Nak apa?" aku menyoal dingin.

"Jom selfie..." ajak Adrian lalu menghalakan telefon lenovonya ke arah kami. Eh, apa ni? Aku tak jawab pun boleh ke tak boleh, kan?!

Terus muka bengangku bertukar menjadi muka tersenyum sinis bila nampak telefon Adrian mula malap sebelum kemudiannya berbunyi kecil. Ada satu tanda seru pada kotak peratusan beteri telefonnya. Adrian menoleh dan pandang aku.

"Kenapa, Ad? Takde beteri ke?" soal aku, sengaja tayang senyum.

Adrian mengangguk. Dia menyimpan telefonnya.

"Kita guna phone kaulah. Nanti send kat a..."

"Eh, tak bolehlah..." cepat cepat aku membidas. Adrian berkerut dahi.

*But why?" soalnya.

"Balik rumah nanti, Ash nak chat aku sampai malam." Balas aku laju. Langsung tak berasa bersalah sebab menipunya. Lantaklah! Bukannya Ashraff dengar pun. Kalau ya pun dengar, apa salahnya? Kok kok dia chat aku ke? Hehe...

"Ta..."

"Bye, Adrian!" terus aku melarikan diri.

"HOME sweet home!!!" aku menjerit sebaik sahaja aku turun dari kereta. Mama hanya tersenyum dan menggeleng geleng. Baru saja aku nak tanggalkan kasut, tiba tiba muncullah Haqiem di muka pintu. Wajahnya tampak ceria bila nampak aku.

"Kakak!" jeritnya sambil mendepangkan tangan. Kemudian dia berlari anak dan memeluk aku. Aku hanya membalas seadaanya. Haqiem ni, macam budak budak ajelah. Tahulah rindu aku!

"Kakak jahat! Langsung tak chat Qiem!" dia mencebik. Aku menjegilkan mata.

"Eleh! Padahal dia yang bluetick chat orang!" Geram pula hatiku bila teringatkan Haqiem yang tidak membalas whatsapp aku. Masa tu aku tengok status whatsapp dia. Haqiem post gambar dia makan makan dengan geng dia. Aku tanyalah dia kat mana, tapi hampeh... tak jawab!

Haqiem sengih.

"Kakak dah lunch?" soalnya. Aku menggeleng. Lapar betul perut aku. Maklumlah, tak sabar nak balik. Sampai lupa nak ambil bekal makanan yang pihak resort sediakan.

"Kalau macam tu, nanti kita makan sama sama! Kakak tahu, hari ni Qiem yang masak! Sambal sotong yang kakak suka!" Haqiem tersenyum bangga sambil berpeluk tubuh.

Mama menjeling.

"Haqiem masak? Heh, kuali pun tak pernah pegang!" bidas mama. Terus hilang senyuman di wajah Haqiem. Kini wajahnya menjadi masam. Dia mencebik.

"Alah mama ni! Tak support langsung!" ujar Haqiem, macam berjauh hati. Aku gelak. Eleh, ingat kalau mama tak bagitahu, aku takkan tahu? Heh, ini Yasminlah. Ingat apa?

Aku masuk ke dalam rumah. Beg pakaian yang berisi pakaian kotor aku campak ke atas sofa. Tanpa menanggalkan tudung, aku merebahkan tubuh. Penatnya bukan kepalang. Hm, nak tidurlah kejap. Baru nak terlelap, tiba tiba telefon aku berbunyi pendek.

Lambat lambat aku membukanya. Eh!

'Assalam. Dah sampai rumah ke?' - Ashraff

Terus segar mata aku. Isy, kena balas ni. Cepat cepat aku menaip.

'Wassalam. Dah. Kau dah balik?' - Me

'Otw. Buat apa?' - Ashraff

Wah! Tanya aku buat apa? Kan aku tengah balas whatsapp kau ni?!

'Nothing. Duduk duduk je.' - Me

'Oh.' - Ashraff

Eh, takkan oh je? Kecik hati aku. Tiba tiba...

'Ingatkan tengah ingat aku tadi. *love*' - Ashraff

Terlepas telefon dari tangan aku sampai menghempap batang hidung. Dengan terketar ketar, aku melihat telefon. Ashraff ni dah kenapa? Buang tabiat ke? Apahal pergi letak emoji love dekat belakang tu? Tapi aku suka. Haha!

'Tak malu!' - Yasmin

'Buat apa nak malu? Memang kenyataannya, aku nak kau ingat aku.' - Ashraff

Aku senyum sorang sorang.

Baru nak balas, tiba tiba telefon aku dirampas oleh seseorang. Haqiem! Terus aku berdiri. Habislah aku kalau dia baca!

"Bagi balik!" aku rampas telefon aku pantas. Namun sepantas itu juga, Haqiem merampas balik.

"Hesy... senyum sorang sorang dari tadi..." Haqiem menggeleng geleng lalu menatap skrin telefon. Nak menangis aku bila nampak Haqiem mula tersengih macam kerang busuk.

"Oh, ada something rupanya. Patutlah..."

Haqiem menaip sesuatu. Ha, tulis apa tu?! Nak kena dia ni! Aku cuba menarik balik telefon aku dari tangannya. Haqiem melarikan tangannya ke belakang kemudian diangkat. Ah, tak sampai! Apahal pendek sangat aku ni?!

"Haqiem! Give me back!" aku menjerit.

"Okay, but... biarlah Haqiem guna kejap..." Haqiem sengih. Dia masih menaip. Aku mendengus geram. Aku angkat kerusi makan yang diambil dari dapur, nak hempuk kepala dia sampai bocor. Namun tindakan aku terbantut apabila Haqiem menghulurkan telefonku dengan sendiri.

"Okay, thanks!" ucapnya lalu bersiul siul dan pergi entah ke mana. Cepat cepat aku tengok skrin. Nasib baik tak terhempas telefonku ke lantai. Isy, Haqiem ni memang nak kenalah! Bencinya!

'Actually, memang aku tengah ingat kau pun. Kau kan segala galanya bagi aku? *love*' - Me

Menggeletar tanganku. Ashraff sedang menaip...

'Seriously?! Thanks, Yasmin! Love you!' - Ashraff

Ah! Ah! Habislah aku. Terus aku matikan telefon dan menyembamkan muka ke atas bantal kecil di atas sofa. Argh, malunya!

KEESOKANNYA, aku pergi ke sekolah seperti biasa. Masa aku sampai, aku bertembung dengan Ashraff di pintu pagar sekolah. Pada waktu itu, jam menunjukkan pukul 7.07 minit pagi. Pandangan kami bersabung. Ashraff melontarkan senyuman kepada aku. Aku senyum teragak agak. Entah kenapa, aku rasa sedikit janggal. Kenapa aku rasa macam Ashraff tengah ingat pasal chat kami semalam? Ah...

"Together?" Ashraff angkat kening.

"Err... boleh jugak." Balas aki antara kuat tak kuat sangat. Kami jalan bersama sama menuju ke kelas. Semasa tiba di kelas, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Aku dan Ashraff duduk di tempat masing masing.

Kemudiannya kami turun ke dewan perhimpunan. Tidak banyak yang cikgu bicarakan. Lepas tu kami masuk ke dalam kelas semula. Baru nak duduk, tiba tiba aku nampak beg sekolah aku jatuh.

"Aduh! Macam mana boleh jatuh ni?" aku merungut. Aku mahu mengangkat beg itu namun tidak semena mena, lenganku terlanggar botol air. Habis basah beg aku bila botol tu jatuh dan penutupnya terbuka.

Aku mengetap bibir. Apa malang sangat nasib aku hari ini?

"Basah beg kau. Baik kau jemur dulu..." saran Ashraff yang turut berada di situ. Aku mengangguk tanda bersetuju. Lambat lambat aku mengeluarkan semua buku buku aku lalu aku sumbat ke dalam laci meja. Kemudian aku keluar. Ashraff mengikut langkahku.

Aku letak beg itu di tepi dinding yang terkena cahaya matahari. Lekaslah kering, amin. Baru nak beredar, baru aku teringat yang beg bekal aku tertinggal di wakaf sekolah.

"Alamak! Bekal aku!" Aku pegang pipi. Kenapalah aku ni cuai sangat.

"Kenapa dengan bekal kau?" soal Ashraff, terjongket keningnya.

"Tertinggallah... dekat wakaf." Balas aku perlahan. Ashraff pandang aku.

"Pergilah ambik." Saran Ashraff. Aku diam.

"Tapi, kelas dah nak start..." Aku kerling jam tangan.

"It's okay. Masih sempat. Biar aku teman kau." Aku tersentak.

"Eh, tak payahlah." Aku menggeleng.

"Mana boleh!" bidasnya laju.

"Asal?" Aku pandang dia tajam.

"Nanti pak guard usyar kau. Lepas tu dia nak mengorat kau, aku macam mana? Kalau kau tergoda dengan ayat dia, mana kau nak campak aku? Dalam longkang belakang sekolah?" laju macam kereta api Ashraff meluncurkan kata kata.

Aku diam.

"Ah, dah dah! Tadi kau nak teman sangat, kan? Hah, jom!" Aku tarik lengan bajunya. Kami turun kr bawah dan bergegas ke wakaf sekolah. Nasib baiklah bekal makanan aku ada. Kalau tak, laparlah perut aku sebab aku tak dapat makan rehat nanti. Dahlah seringgit pun aku tak bawa. Pagi tadi tak makan.

Eh, lupalah... Duit aku adalah RM10 dalam poket.

Huhu...

"Kau bawak bekal apa tu?" Ashraff jeling bekal makanan warna ungu aku.

"Macam biasalah, sandwich!" balas aku. Kami berjalan menuju ke arah tangga yang kami guna tadi.

"Oh... Bagilah aku separuh nanti." Aku pandang dia. Ewah, seronoknya minta minta? Ingat aku ni kedai makan ke?

"Taknak bagi!" aku membalas.

"Kenapa?" Ashraff bertanya laju.

"Kenapa? Sebab suka hati akulah! Aku yang buat!" Ashraff mencebik.

"Alah, lepas kahwin nanti, kau tetap kena buat untuk aku, kan?" Nasib baik tak tersembam jatuh aku kat situ. Aku berhenti berjalan. Lambat lambat aku pandang dia.

Ashraff pandang aku.

"Ash..." panggil aku.

"Hmm?" Aku pandang dia.

"Kau demam eh?" Ashraff tersentak.

"Mana ada." Dia menggeleng.

"Habis tu kenapa kau lain hari ni?" aku menyoalnya.

"Mana adalah..." Ashraff menafikannya.

"Habis tu?" aku menyoal lagi.

"Aku just happy. Happy sangat lepas aku luahkan semuanya terhadap kau." Aku diam bila dia cakap macam tu. Tiba tiba rasa terharu.

"Kau pun sukakan aku, kan?" soal Ashraff. Ke mana terbangnya rasa malunya aku tak tahu.

"Cakaplah, Yasmin. Do you?" gesa Ashraff. Lambat lambat aku mengangguk. Terus Ashraff tersenyum gembira.

"Habis, macam mana?" Dia tanya aku.

"Macam mana apa?" Aku angkat kening.

"Macam mana dengan kitalah? Takkan macam ni je."

"Macam ni je? Habis tu, nak macam mana?" Aku pandang dia.

"Macam orang lainlah... suka sama suka..." Ashraff merapatkan kedua dua jari telunjuknya. Aku tersentak sendiri. Eh, maksud dia...

"Couple?" aku pandang dia. Ashraff tersengih sendiri dan mengangguk.

"Taknaklah aku!" tolak aku. Ashraff tersentak.

"Kenapa?"

"...haram!" bagitahu aku.

Ashraff terdiam.

"Tapi tahulah hakikat yang aku memang suka kau. Itu pun dah cukup. Lagipun, kita masih mentah dalam semua ni. Tapi aku nak kau tahu, sampai bila bila pun... aku hanya tunggu kau."

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience