BAB 6

Romance Completed 13748

"NASI tu, tambahlah lagi. Malu malu pulak dia..." ujar Haqiem lalu meletakkan setengah senduk nasi ke dalam pinggan aku. Aku pandang Haqiem dengan geram. Kau ni dah kenapa? Macamlah aku tak pandai nak letak sendiri. Melampau betul. Aku dah kenyanglah!

"Wei, ambik balik!" arah aku.

"Lah, tadi atas motor, mangadu lapar... Sekarang taknak makan pulak. Apalah kakak ni..." Haqiem menggeleng geleng. Aku pandang gelas kaca berisi air sirap sejuk. Kang mengangis pulak kalau aku simbah air dalam pinggan dia. Masa bila pulak aku cakap lapar? Memandai aje kerjanya.

"...mama! Tengok anak mama tu!" aku mengadu kepada mama.

"Dah puas mama tengok adik awak, Yasmin..." aku mencebik. Selalu macam tu...

Aku pandang nasi yang belum bergaul dengan kuah. Molek molek nasi aku dah tinggal lagi dua kepal, jadi banyak balik. Aku pandang nasi itu dengan perasaan yang bercampur baur.

"Habis ni, siapa pulak yang nak habiskan?!" soal aku, tak puas hati.

"Kakaklah!" balas Haqiem sambil tersengih. Haqiem ni, kurang asam betul! Bukan setakat kurang asam, tapi semua bahan kurang! Pahit, manis, masin, semuanya kurang!

Sebab taknak bergaduh di depan rezeki, maka terpaksalah aku habiskan. Sumbat punya sumbat, akhirnya habis juga nasi aku. Nak terjeluak aku bila terpaksa sumbat banyak nasi masa perut kenyang. Aku angkat pinggan dan berlalu ke dapur. Ah, lantaklah. Aku cuci pinggan aku sorang aje. Yang lain, biar diorang basuh sendiri. Siapa suruh makan lambat lambat?

Aku naik tangga. Tiba tiba mama menegur.

"Tu naik atas, nak masuk biliklah tu! Cubalah tunggu kita ni habis makan, tolong tolong apa yang patut. Anak dara apa macam ni?" mama mula membebel.

Aku sengih.

"Kakak nak buat homeworklah, mama..." ujar aku, satu satunya jalan yang paling selamat. Terus aku berlari masuk ke dalam bilik. Aku duduk di meja belajar. Aku periksa jadual. Hm, esok takde Matematik. Kerja sekolah pulak, hanya cikgu Matematik yang bagi.

Nak buat ke tak? Ah, buat ajelah. Lagipun, aku taknak tipu mama. 10 minit kemudian, kerja aku siap. Aku tutup dan simpan dalam beg. Eh, tersilap pulak. Esok kan takde Matematik. Lalu aku keluarkan balik dan letak atas rak buku. Aku pandang jam dinding, baru pukul 9.15 malam. Tapi entahlah, aku dah rasa mengantuk.

Nak tidurlah! Terus aku kebas tilam serta cadar. Tanpa pandang kiri kanan, terus aku berbaring. Dah baring tu, baru aku teringat yang aku belum gosok gigi dan cuci muka. Nak taknak, terpaksalah aku rajinkan diri untuk bangun dan masuk ke dalam tandas.

Usai memberus gigi dan mencuci muka, aku terus masuk ke dalam bilik. Suhu pendingin hawa diturunkan. Tiba tiba rasa panas pula malam ni.

Aku merebahkan tubuh. Baru nak terlelap, tiba tiba telefon aku berbunyi pendek menandakan ada mesej baru masuk. Lambat lambat aku mencapai telefon yang berada di bawah bantal. Ada whatsapp daripada nombor yang tidak kusimpan.

'Assalam. Dah tidur ke?' - ××× ××× ××××

Dahiku berkerut. Siapa pulak yang whatsapp aku malam malam ni? Tapi aki tetap membalas.

'Wassalam. Baru nak tidur. Siapa ni?' - Me

Disebabkan manusia yang tiba tiba menghantar mesej itu di dalam talian, jadi aku tak perlu menunggu lama. Tak sampai seminit, mesejku dibalas.

'Aku ni, Ash.' - ××× ××× ××××

Bulat mata aku. Automatik aku jadi duduk belunjur. Ashraff? Apahal dia tiba tiba whatsapp aku ni? Dan...

'Mana kau dapat nombor aku?' - Me

Aku nampak dia menaip.

'Mintak dengan Nisa.' - ××× ××× ××××

Oh, Nisa punya kerja rupanya. Tak apalah. Terus aku simpan nombor Ashraff.

'Kenapa whatsapp aku?' - Me

'Saja nak tanya, kau balik dengan siapa tadi?' - Ash

Aku terdiam. Balik dengan Haqiemlah, adik aku. Namun entah kenapa, tangan aku gatal sangat dan pergi tulis...

'Balik dengan boyfriend aku.' - Me

Aku menunggu balasan daripada Ashraff. Lama pulak tunggu dia balas, padahal dia dah baca. Dan entah kenapa, aku berdebar semacam. Nak jugak aku tahu macam mana balasan Ashraff bila aku cakap yang aku balik dengan teman lelaki aku tu.

'Oh.' - Ash

Oh? Macam tu je ke? Oh apa? Oh Sehun? Entah kenapa, aku kecewa dengan balasan dia. Tapi kenapa pulak aku perlu kecewa? Kitorang bukannta ada apa apa pun. Tapi... Haih, entahlah. Kenapa hati aku rasa macam Ashraff tu bukan sekadar 'biasa'?

Entahlah... belalang.

"SELAMAT pagi, Yasmin!" sapa Nisa sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas. Alhamdulillah, aku dah ada banyak kawan. Takdelah aku nampak macam kera tak berapa nak sumbang sangat. Terima kasih kepada Nisa sebab dah kenallkan aku kepada kawan kawannya. Budak budak kelas ni baik dan ramah belaka.

"Selamat pagi jugak!" balas aku sambil tersenyum.

Aku merapati meja. Kelihatan Ashraff sedang leka membaca nota Sejarah. Aku letak beg dan terus duduk. Awal pulak mamat ni datang.

"Ash, selamat pagi..." sapa aku, ceria.

"Oh, Yasmin. Waalaikumussalam." Nak terbalik kerusi aku jadinya. Haih, Ash ni. Aku ucap selamat pagi, bukannya aku bagi salam. Tapi biarlah, memang sepatutnya aku bagi salam sebagi seorang muslim.

"Baca nota Sejarah? Rajinnya..." tegur aku.

"Hmm..."

"Bab mana tu?" soal aku lagi.

"Satu." Balasnya sepatah.

Ai? Kenapa Ashraff ni? Sepatah aku tanya, sepatah jugak yang dia jawab.

"Kau tak sihat ke, Ash?" Aku bertanya sambil pandang dia. Ashraff menggeleng.

"Sihat je..." balasnya selepas itu. Aku angguk. Aku buka buku Sains. Tiba tiba rasa rajin nak buat ulang kaji Sains. Mana tahu kut kut boleh dapat markah cemerlang gara gara kerajinan aku?

Amin.

"Separuh hayat pereputan radioaktif. Separuh hayat ialah tempoh masa yang diambil untuk bilangan nukleus yang belum mereput untuk berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya. Karbon-14 boleh digunakan untuk menentukan usia artifak. Contohnya, separuh hayat bagi suatu unsur radioaktif ialah tiga tahun. Hitung jisim 60g unsur yang tertinggal selepas 9 tahun.

0 tahun, 60g... 3 tahun, 30g... 6 tahun pulak, 15g... 9 tahun, 7.5g... Eh, macam mana boleh jadi macam ni pulak? Jadi jisim unsur yang tertinggal adalah 7.5g? Macam mana boleh dapat jawapan ni?" aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Haih, terpaksalah aku tanya yang arif di sebelah.

"Ash..." panggil aku, namun Ashraff tidak menyahut.

"Ash..." panggil aku lagi sebelum mencucuk lengannya dengan pen.

"Eh, kenapa?" soalnya, macam baru tersedar dari lamunan. Kenapa dengan Ashraff ni? Dia tak sihat ke?

"Kau okey tak?" soal aku prihatin. Ashraff mengangguk.

"Aku... aku okey je. Kenapa?" soal Ashraff balik.

Aku mengeluh.

"Takdelah, aku nampak kau diam aje hari ni. Aku ada buat salah ke?" aku beranikan diri untuk bertanya.

"Mana ada apa apa. Aku memang diam sebelum ni, kan?" dia soal aku balik. Aku diam. Memanglah selama ini dia diam tapi hari ni, aku nampak dia terlebih diam dari biasa. Nak cakap dia marahkan aku, rasanya semalam kitorang dah berbaik.

"Kau tak suka aku ke?" aku bertanya. Ashraff pandang aku.

"Selama ni kau rasa aku pernah suka kau ke?"

Sentap. Terdiam aku jadinya. Ashraff... kau kenapa?

"ASH, masa sekolah dah tamat." Aku menegur Ashraff yang kelihatan sedang menulis rangkap karangan yang Cikgu Noreta bagi. Namun Ashraff hanya diam.

"Ash..."

"Ya, aku tahulah..." balasnya tanpa pandang aku.

"Jomlah balik." Ajak aku.

"Kau pergilah balik dulu." Balasnya sambil menyudahkan ayat terakhir.

Aku pandang Ashraff.

"Tapi Ash, aku nak jalan dan turun tangga sama dengan kau. Ada banyak benda yang aku nak tanya kau pasal Sains..." tanpa berselindung, aku menyatakan hasrat aku. Ashraff diam dan lambat lambat pandang aku. Kemudian dia menyimpan alat tulisnya serta buku bukunya.

"Yalah..." Ashraff menutup zip begnya. Aku tersenyum sendiri.

Tiba tiba...

"...Yasmin!" aku menoleh ke arah pintu kelas apabila namaku dipanggil. Aku terkejut bila nampak Haqiem tengah berdiri sambil memandang aku. Haqiem memang macam ni. Dia akan panggil aku menggunakan nama apabila kami berada di sekolah. Dari sekolah rendah lagi kitorang macam tu. Tak tahu kenapa...

"Eh, Haqiem. Kenapa datang sini?" soal aku sambil pandnag Haqiem.

"Dia boleh tanya kenapa? Sebab dia dah lambatlah! Dah, jomlah balik..." Haqiem berkata dengan wajah yang masam mengalahkan jeruk yang mula membusuk. Aku pandang Haqiem dengan perasaan geram. Rileklah...

"...tak payahlah nak marah marah." tiba tiba Ashraff bangun.

Aku pandang dia.

"Yasmin, aku balik dululah." Ujarnya seraya menggalas beg.

"Eh, tadikan kau dah janji nak turun sama sama?" soal aku dengan nada kecewa. Apahal Ashraff ni? Tak tahu ke yang mungkir janji itu berdosa? Sampai hati dia!

"Takpelah, tak jadi." Ujarnya perlahan dan mula berjalan ke arah pintu kelas bahagian belakang.

"...tapi kenapa...?!" aku bertanya lagi. Ashraff berhenti berjalan. Lambat lambat dia menoleh dan pandang aku.

"Aku tak suka berebut."

ASHRAFF menghempaskan beg sekolahnya di atas sofa dengan begitu saja. Kakinya diaturkan laju ke dapur, lalu dicapainya gelas kaca. Dia membuka peti sejuk dan terus menuangkan air masak sejuk. Air tersebut diteguknya laju.

Setelah habis, Ashraff menghentakkan gelas kosong itu di atas meja. Ashraff diam. Dia seolah olah sedang cuba untuk bertenang. Namun seketika kemudian, Ashraff menjerit sambil meraup rambutnya ke belakang. Ashraff melabuhkan duduknya di atas lantai lalu kabinet di belakang dijadikan tempat bersandar.

"Argh! Bodohnya aku...! Apahal aku boleh cakap macam tu pulak tadi?" Ashraff membebel kepada diri sendiri. Tiba tiba rasa segan kepada diri sendiri. Entah apa yang memaksa Ashraff untuk berkata sedemikian.

"Aduh... mesti Yasmin fikir benda yang bukan bukan. Allah..." Ashraff meraup mukanya berkali kali. Malu! Malu sungguh dia. Entah macam manalah dia nak datang ke sekolah esok? Boleh tak kalau dia buat buat demam? Tak pun buat buat terseliuh kaki akibat jatuh tangga?

Ashraff diam. Tapi kalau difikirkan balik, kenapa pulak dia perlu malu? Dan, kenapa ayat terakhirnya di sekolah tadi perlu meluncur keluar dari mulutnya? Ah! Ashraff buntu. Tapi memang Ashraff mengakui sesuatu benda...

...Yasmin memang dah ada tempat dalam hatinya.

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience