BAB 27

Romance Completed 13748

SEBAIK sahaja keluar dari teksi, aku terus pergi ke wakaf sekolah. Beberapa orang pelajar sudah ada yang keluar dari pagar sekolah. Aku galas beg sekolah. Kejap nanti mama mesti datang untuk menjemput aku pulang ke rumah. Aku dah tak sabar nak balik, nak belajar masak nasi ayam. Aku akan buat nasi ayam special untuk Haz!

Tiba tiba, bahuku dipegang seseorang. Aku menoleh ke belakang.

"Eh! Ash?" Aku pandang Ashraff. Ashraff pandang aku.

"Kau pergi mana hah? Kau pergi dating dengan jantan tu, kan?" sembur Ashraff. Aku tersentak. Eh, apahal dia ni? Masa bila aku pergi dating? Dan siapa jantan yabg Ashraff maksudkan?

"Kau ni kenapa? Jantan mana ni?" aku bertanya.

"Jantan mana lagi? Hazyrul tulah! Kau ingat aku tak tahu? Semalam kau buat apa ha? Dating dengan Haz juga, kan?" Aku tersentak. Ash nampak ke yang aku jumpa Haz malam tadi?

"Janganlah tuduh aku! Haz dengan aku..." Dan tiba tiba saja Ashraff memotong.

"Kawan saja? Kau teruk, Yasmin! Aku ajak kau keluar semalam, kau taknak! Cakap papa kau marah dan tak bagilah, apalah...! Tapi Haz? Kau boleh pulak jumpa! Kau ni kenapa, Yasmin? Korang couple kan?" tebak Ashraff.

Aku menggeleng.

"Jangan salah faham, Ash. Memang papa aku tak bagi aku keluar malam. Yang semalam tu, aku keluar tanpa papa aku tahu. Aku keluar senyap senyap, Ash!" Aku cuba berterus terang.

"Sanggup kau buat papa kau macam tu? Semata mata Haz, budak pemalas dan selalu ponteng kelas tu?!" sembur Ashraff lagi.

Aku pandang Ashraff tajam.

"Watch your mouth! Don't curse my friend!" marah aku.

Ashraff tergelak sinis.

"Wow... Kawan? Sejak bila pandai backup orang ni? Hei, Yasmin... Aku cakap benda betul, tau? Haz, kawan kau tu sebenarnya pelajar nakal. Tak siapkan homework, selalu ponteng sekolah, tak bawa buku... Semua orang sedia maklum tentang semua tu, Yasmin. Kau budak baru, mana tahu apa apa!" Kutuk Ashraff.

"Hei, Ash! Walaupun aku budak baru, aku tahu lebih banyak tentang dia berbanding kau yang dah lama sekolah kat sini! Aku tahu semua yang kau tak tahu, Ash! Haz tak seteruk macam apa yang kau cakapkan!" aku membalas kata katanya.

Ashraff pandang aku.

"Betul ke tak teruk? Habis kenapa bila kau kawan dengan dia, kau dah pandai ponteng sekolah?" tebak Ashraff bersama senyuman sinis.

Aku termati kata.

"Aku... aku terpaksa! Aku takde pilihan lain!" aku menjawab perlahan.

"Eleh... Takde pilihanlah sangat! Padahal kau boleh pilih untuk tak pergi, kan? Tapi kau tetap pilih untuk pergi." Bidas Ashraff.

"Kau tak faham!" aku menjerit geram.

"Sudahlah! Aku kecewa dengan kau!" Ashraff berkata lalu beredar.

Aku diam. Aku hantar langkah Ashraff dengan ekor mata.

"Aku pun kecewa dengan kau, Ash..."

"MAMA, esok kakak taknak pergi sekolah, boleh?"

Mama pandang aku.

"Awak ni demam ya? Kenapa tiba tiba taknak pergi sekolah ni?" mama bertanya dalam nada pelik. Aku diam. Err... nak cakap macam mana ya? Nak cakap yang aku nak melawat kawan? Ya... aku rasa aku patut. Biarlah mama tahu. Aku taknak menipu mama.

"Kakak nak melawat kawan, mama." Aku berkata perlahan.

"Nak pergi melawat kawan pun, sekolah tetap yang utama tau?"

"Tapi, mama... Kawan kakak tu dah tak lama." Aku memberitahu lagi.

"Maksud kakak?" mama bertanya.

"Dia... dia ada barah otak. Dah tahap empat, mama. Doktor cakap, hidup dia dah tak lama..." Aku berterus terang.

Mama terdiam.

"Nasi ayam yang kakak nak buat esok tu, sebenarnya untuk kawan kakak. Dia cakap, dia nak makan nasi ayam yang kakak buat..."

"Mama faham, tapi... apa kata kalau kakak pergi lepas habis sekolah? Belajar tu penting. Lepas tu nak melawat, melawatlah..." balas mama.

Aku mengeluh. Yakah mama faham aku? Macam tak faham aje...

"Tapi, mama... Kalau pergi lepas sekolah, kelam kabutlah. Terkejar kejar, nak solat lagi... nak masak... Lepas tu petang baru siap. Pukul 7 dah habis masa melawat." Aku cuba menghasut mama. Err, bukan hasut. Ini memang kenyataan.

"Tapi..."

"Mama, please... Bukan selalu kakak tak datang sekolah. Tolonglah, mama. Kali ni aje. Kakak janji, ma. Please..." aku merayu. Kalaulah tak berdosa, tentu dah lama aku bersujud di kakinya. Mama nampak serba salah. Lambat lambat dia membalas.

"Yalah... Kali ni saja tau. Kalau papa tanya, pandai pandailah kakak bagi alasan. Sudahlah... mama nak solat maghrib ni." Ujar mama lalu beredar dari dapur.

Aku rasa papa pun takde masalah. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Amin...

Aku berlalu ke depan. Tiba tiba telefonku berbunyi pendek. Lambat lambat aku membuka telefon. Ada whatsapplah! Daripada Haz!

Cepat cepat aku buka.

'Assalamualaikum, Yasmin.' -Haz

'Waalaikumussalam.' -Me

Aku nampak Haz menaip. Ada apalah agaknya.

'Saya rasa tak sedap badanlah.' -Haz

Tak sedap badan? Hai, biasalah tu. Dia kan tengah sakit, tubuh mestilah terasa lemah. Normallah tu, kan?

'Awak dah makan ubat? Kalau tak sedap badan, bagitahulah nurse. Dia akan check awak.' -Me

'Dah makan. Nurse dah check tadi. Takde apa apa pun.' -Haz

Aku menaip pula. Haz menaip juga.

'Saya pening kepala sangat...' -Haz

'Nak chat awak pun, saya tak larat sebenarnya.' -Haz

Aku berkerut kening. Lemah sangat ke Haz sekarang? Hisy! Aku mula bimbang ni. Haraplah dia tak apa apa.

'Betul ke? Awak nak saya datang sana?' -Me

'Tak payahlah. Saya cuma cakap kat awak aje. InsyaAllah, I'm okay.' -Haz

Aku senyum tipis.

'Okeylah kalau macam tu. Awak rehat banyak banyak, ya? Solat jangan tinggal. Walau teruk mana pun keadaan kita, solat tetap tak boleh abaikan. Kalau tak larat sangat, solat berbaring ya? Minta doktor tolong awak berwudhuk.' -Me

'Baiklah. Nanti saya solat. Lepas tu, saya nak berehat.' -Haz

'Okey. Jaga diri tau? Assalamualaikum. Good night.' -Me

'Waalaikumussalam. Sweet dreams, Yasmin.' -Me

JAM lima pagi lagi, aku dah bangun daripada tidur. Awal aku bangun hari ni sebab nak memasak punya pasal. Aku ke dapur. Telefon menjadi rujukan utama. Aku tengok resipi yang aku dah screenshot.

Nasi Ayam Resipi Azie Kitchen.

Okey, mula mula kena rebus ayam. Sambil sambil tu, bolehlah buat sambal cili. Lepas siap rebus, buat kuah dan tanak nasi. Kena guna air air rebusan ayam untuk nak menanak nasi. Untuk ayam goreng pula, kena goreng ayam. Ayam yang dah direbus tu, kena goreng dengan kicap yang dilumurkan.

Heh... macam kacang hijau je.

Aku mula membuat kerja. Tak sampai jam 6 pagi, kerja aku dah siap. Wah, macam sedap aje! Aku ratah seketul ayam. Yum yum, sedapnya! Pandai juga aku masak. Hehe...

Aku masukkan nasi ke dalam bekal. Aku asingkan dengan lauk. Kuah aku letak di dalam plastik. Salad dan tomato serta air lada pun aku asingkan juga.

Sempat aku tangkap gambar. Aku capai towel dan aku tutup kepala. Nak selfie bersama nasi ayam air tangan aku ni. Haha...

Aku hantar gambar kepada Haz. Aku tengok bahagian atas whatsappnya. Last seen, pukul 10 malam. Haz mesti tengah tidur sekarang.

'Nasi ayam untuk Haz comel dah siap!' -Me

Aku tutup telefon. Hai, tak sabarnya nak baca balasan Haz. Mesti dia puji aku melambung lambung. Ha, ingat aku tak pandai masak ke? Ni Yasminlah... Bakal chef tahu tak? Hehehe...

Aku pandang jam dinding. Pukul 6.10 pagi. Sekarang aku nak mandi dan nak solat subuh. Lepas tu rilek rilek. Dalam pukul 7 atau tujuh setengah, aku nak bergerak dah. Papa dah janji nak hantar aku. Alhamdulillah, bertuah aku sebab ada papa yang memahami.

Lepas siap solat, aku berbaring di atas katil. Aku buka telefon. Eh, Haz dah balas mesej aku dalam pukul 6.20 tadi.

'Wah! Tengok saja dah tahu, mesti sedap. Can't wait to see you and eat your homemade Nasi Ayam.' -Haz

Aku sengih. Sekarang dah hampir pukul 7 pagi.

Pergi sekaranglah! Aku tak sabar nak jumpa dia. Mesti dia tak sabar nak makan nasi ayam aku yang gila punya sedap ni. Cepat cepat aku pakai pakaian yang menutup aurat. Aku pakai skirt labuh dan tshirt serta tudung shawl yang Haz beli hari tu. Hmm, mesti Haz gembira.

Aku capai beg tangan. Beg kertas yang berisi nasi ayam turut dicapai. Aku mencari papa. Nasib baiklah papa dah siap mandi. Hari ni papa diberi kelonggaran untuk masuk office sebelum jam 9 pagi. InsyaAllah, aku akan sampai dalam jam 7.20 pagi kalau tiada aral melintang.

"Papa... Shall we go now?" Aku mendapatkan papa.

"Okey, jomlah..." Papa ambil kunci kereta. Kami masuk ke dalam kereta. Aku buka telefon. Mesej ditaip.

'OTW. Jangan menangis tau kalau saya lambat sikit. Jalan macam sibuk sikit hari ni.' -Me

Tak lama kemudian, Haz membalas.

'No hal. Saya tunggu awak.' -Haz

Aku tutup telefon. Ah, tak sabar nak jumpa Haz. Aku nak suap nasi ayam untuk dia. Aku nak gembirakan dia. Haz, tunggu saya tau? Kejap lagi saya datang, kita makan sama sama. Makan nasi ayan yang saya masak. Nasi ayam yang awak mahukan semalam.

Aku tersedar bila kereta papa berhenti. Tiada lampu isyarat, namun kenapa sesak sangat ni? Lambatlah aku sampai kalau macam ni.

"Aduh... Jalan jem pulak. Macam ada orang accident aje kat depan." Aku dengar papa merungut.

Aku mula panas punggung. Ada accidentlag pulak. Kacau daun betul! Aku ni nak cepat. Masa nilah nak accidentlah, apalah... Hisy, bencinya! Kesian Haz tunggu aku lama.

Hampir lima belas minit, kereta masih bergerak perlahan lahan. Lambatnya mengalahkan siput! Aku pandang jam tangan. Dah pukul 7.20 pagi. Hisy, geramnya aku!

"Papa! Lambatnya...!" aku merungut.

"Itulah... Rasanya bukan sikit accident ni. Mungkin empat buah sekali gus. Kat selekoh tu ha. Tu, nampak ambulan tiga buah. Ramainya..." Aku dengar papa membalas.

"Aduh... Kacaulah! Kesian Haz!" aku berkata perlahan. Mesti Haz penat menunggu lama. Dia bukannya nak makan bubur yang pihak hospital sediakan.

Ya Allah, hilangkanlah accident di sana cepat. Aku nak jumpa Haz ni.

"Takde short cut ke?" Aku melilaukan mata.

"Short cut macam mananya? Kita kat jalan besar. Tersepit kat tengah tengah pulak tu." Balas papa, laju.

Aku mengeluh. Jam di dashboard aku pandang.

Jam 7.45 pagi dah. Hampir menjangkau satu jam dah. Nasib baiklah aku dah bagitahu Haz yang aku lambat sikit. Harap dia tak kisahlah. Aku bukannya sengaja.

Kereta masih statik seperti tadi. Aku mulai rimas. Dah pukul 8 lebih. Ini dah lewat sangat ni. Aku pegang beg kertas yang berisi makanan.

Aku pandang papa.

"Pa, rasanya pukul 10 nanti pun, kita masih kat sini. Maafkan kakak, ya? Tapi kakak memang nak cepat. Kakak akan jalan kaki saja. Assalamualaikum." Ucap aku lalu keluar dari kereta. Panggilan papa aku biarkan tidak bersahut.

Aku berlari dicelah celah kereta untuk sampai kr seberang jalan. Kemudian aku berjalan pantas. Adakalanya aku berlari. Aku nak cepat sampai di hospital. Aku kerling jam tangan, dah pukul 9.15. Dah hampir satu jam aku berjalan kaki.

Dalam dua kilometer nanti, aku akan tiba. Dua kilometer tu pulak, adalah dalam beberapa puluh minit rasanya. Dalam pukul berapa aku sampai, tak tahulah.

Tengah tengah berjalan pantas, tiba tiba aku rasa macam ada air yang menitis. Aku mendongak. Kelihatan ada air yang turun dari dada langit.

Allah! Hujanlah pulak. Haz, maafkan saya sebab lewat...

AKU masuk ke dalam perkarangan hospital. Semua orang tengok aku yang basah kuyup. Iyalah... masa aku datang tadi, hujan ribut.

Aku pandang jam tangan. Dah pukul 10.11 minit pagi. Cepat cepat aku masuk ke dalam bangunan hospital. Haz... Yang awak nak semalam, saya dah bawakan. Awak tunggu sekejap ya? Kejap lagi kita jumpa.

Aku pergi ke lif. Aduh... macam ramai orang aje!

Nak taknak, terpaksalah aku guna tangga. Aku berlari. Sampai di tingkat bilik Haz ditempatkan, aku berhenti berlari dan hanya berjalan pantas. Otak sedang mencerna sesuatu. Hmm, macam mana aku nak masuk nanti ya? Kalau boleh, aku nak buat kejutan untuk dia. Nak jerit 'Good morning, My Star!' sambil buka pintu? Atau nak buat buat ketuk pintu dan guna suara orang lelaki yang kedengaran garang dan asing sekali? Biar dia pucat lesi ketakutan. Hehe...

Langkah aku terbantut apabila mendengar bunyi kecoh di hujung bilik sana, iaitu bilik Haz. Eh, takkanlah ahli keluarga Haz melawat sekarang? Kalau ya, aku macam mana? Takkan nak main redah aje? Nak kena lempang ke?

Tiba tiba aku nampak seorang jururawat keluar dengan tergesa gesa. Wajahnya dibasahi peluh. Aku mula tidak sedap hati. Perlahan lahan kaki diaturkan ke arah bilik Haz. Aku berdiri di depan pintu biliknya. Hampir gugur jantung aku apabila melihat lebih kurang empat jururawat dan dua orang doktor di dalam sana. Dan yang paling membuatkan aku terkejut...

...aku nampak Haz dikerumuni orang orang itu.

"1, 2, 3!!!" jerit seorang doktor lalu menghenyak dada Haz dengan alatan macam seterika yang aku sendiri tak tahu apa namanya

Aku cemas. Kenapa dengan Haz? Dia pengsan lagi ke? Tadi elok aje boleh chat dengan aku?

"Again! 1, 2, 3!!!"

Sekali lagi dada Haz dihenyak. Hanya dengan melihat, aku tahu Haz tersiksa di dalam sana. Ya Allah, kau selamatkanlah dia. Engkau janganlah tarik nyawa dia pada waktu ini. Aku mohon, Ya Allah. Engkau penjangkanlah umurnya!

Aku nampak tangan Haz memegang erat besi di sisi katilnya. Tangannya menggeletar. Begitu juga tangan aku yang sedang menggigil sekarang ini.

"Encik Haz! Encik Haz bawa bertenang, ya? Kami akan cuba selamatkan awak!" teriak doktor lelaki itu.

Dia menggesek alat macam seterika itu, kemudian dia menghenyak dada Haz lagi. Air mata aku mula bergenang. Aku sedih melihat situasi di mana Haz sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati.

"Doktor! Degupan jantung patient lemah!" jerit jururawat yang agak gemuk. Dia kelihatan panik melihat mesin di sebelah Haz.

"Kita cuba sekali lagi. Last, ini last!" jerit doktor yang sama dan mula menggesek alat itu semula. Serentak dengan itu, aku nampak tangan Haz yang tadi sedang menggenggam kemas besi katil, kini perlahan lahan terlepas. Tangannya terkulai jatuh ke bawah.

Dan mesin di sebelahnya berbunyi panjang dengan satu garisan lurus berwarna hijau.

Tettt...

Semua orang berhenti melakukan kerja.

"Patient dah takde..."

Sebaris ayat itu bagaikan merentap seluruh hidupku. Beg kertas yang berisi nasi ayam yang sudah lencun dek air hujan, perlahan lahan terhempas ke lantai. Air mata mula mengalir. Haz... Haz dah pergi. Haz dah tinggalkan aku buat selama lamanya.

"Haz...!!!" aku merintih dan terduduk di atas lantai.

Haz, maafkan saya. Saya gagal tunaikan permintaan awak. Saya kawan yang tak guna, Haz. Saya teruk... Ampunkan saya. Maafkan saya, Haz!!!

Tiba tiba aku terdengar bunyi derap kasut tumit tinggi. Kelihatan ada seorang wanita tinggi lampai dan bersanggul besar. Dia mengenakan kaca mata hitam. Bibirnya merah menyala. Pakainnya mewah dan tampak begitu bergaya. Aku tak tahu siapakah dia tapi bila nampak MakJah di belakangnya... aku jadi tahu sendiri.

Itulah mummy Haz!

Puan Medina meluru masuk ke dalam bilik Haz.

"Sayang... bangun, sayang. Mumny datang ni..." Puan Medina menggongcang bahu Haz. Aku yang melihatnya jadi sakit hati pula. Bila anak dah mati baru nak datang! Apa semua ni?!

Terus aku bangun dan masuk ke dalam bilik Haz. Tanpa sempat dikawal, aku menolak tubuh Puan Medina. Dia terdorong ke belakang.

"Ini semua salah makcik!" aku menjerit geram.

"Hah?! Err... kau ni siapa?" Dia tercengang cengang.

"Siapa saya itu tak penting! Tapi untuk pengetahuan makcik, semua ni sebab makcik! Makcik ibu Haz, tapi kenapa sanggup abaikan dia?! Saat dia sakit, makcik boleh lagi sibuk nak kahwin! Makcik teruk, tau tak?! Makcik teruk!!!" Tanpa segan, aku memarahinya.

"Makcik tau tak?! Haz menderita selama ni! Ada mak tapi macam takde! Pernah ke makcik kisahkan Haz selama beberapa bulan ni?! Selama makcik kenal duda yang makcik pentingkan sangat tu?! Pernah ke makcik luangkan masa dengan Haz?! Pernah ke makcik menangis macam dulu dulu?! Makcik jahat! Sekarang untuk apa makcik datang sini?! Anak makcik dah mati! Haz dah mati, tahu tak?!"

Puan Medina terkejut. Perlahan lahan dia mendapatkan Haz.

"Haz... Haz! Haz anak mummy...! Doktor, betul ke apa yang perempuan ni cakap? Anak saya... dah mati ke?" dia bertanya dalam sebak.

Doktor lelaki yang bertahi lalat di bawah hidung itu mengangguk.

"Betul, puan. Masa kematiannya adalam jam 10.37 pagi."

Terus Puan Medina meraung di situ sambil memeluk anaknya yang kini hanya tinggal jasad. Jasad yang tidak lagi bernyawa. Jasad yang sudah ditarik rohnya.

"Haz... mummy mintak maaf, nak. Maafkan mummy! Mummy sedar salah mummy! Mummy akui semuanya... mummy teruk, Haz. Ampunkan mummy... Haz, bangunlah sayang... Haz..." Puan Medina mengongoi. Dicium dan dipeluk Haz berkali kali.

"Doktor, macam mana dia boleh jadi macam ni? Bukan ke tadi dia masih elok?" Dalam lemah, aku bertanya

"Dalam pukul 9 tadi, dia tiba tiba menjerit. Katanya, kepala dia sakit sangat. Macam dicengkam cengkam... Saya check, penyakitnya semakin teruk. Saya minta dia tenang tenang. Lepas tu Haz batuk batuk. Saya nampak dia pucat sangat. And then, darah keluar dari hidung dah mulut Haz. Dia tak sedar untuk kadar masa yang pendek.

Saya dan diorang semua terus buat operasi menyelamat. Namun, agaknya memang ajal Haz. Kami tak berjaya selamatkan nyawanya. Kami hanya mampu mencub, keputusannya milik Allah." Ujar doktor itu. Ada nada kesal dalam kata katanya.

Puan Medina pula terjerit jerit. Kemudian dia pengsan kerana terlalu tertekan. Aku pula lambat lambat menghampiri katil. Wajah Haz aku tatap lama. Haz macam tengah tidur.

"Assalamualaikum, Haz. Awak tau, saya dah datang... Mummy awak pun datang. Kitorang masih sayangkan awak. Saya bawa nasi ayam untuk awak. In... ingatkan... nak makan sama sama..." aku berkata dalam sebak.

"Saya mintak maaf sebab terlambat... Mungkin kalau saya sampai awal, saya sempat jumpa awak. Awak mesti sempat makan dulu... Saya... saya mintak maaf, Haz... Saya... tt... teruk..." Aku tunduk.

Sedih, nak meraung. Marah. Kecewa. Terkilan. Semuanya datang sekali. Aku sangat terasa akan kepergiannya. Perginya sahabat yang aku sayangi. Perginya sahabat dunia dan akhirat aku...

"Awak bintang saya. Satu bintang dah pun mati... Tapi saya nak awak... tahu... walaupun bin... tt... tang saya dah takde, saya... akan tetap ingat... bb... bintang tu. Walaupun awak dah jauh... bagi saya... awak selalu... dekat di ha... ti saya. Bintang yang paling bermakna dalam hidup saya, bintang terbaik bagi saya. Awaklah kawan terbaik saya, Haz... Saya sayang awak sangat sangat. Awak jaga diri ya? Saya akan ingat awak..."

___

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience