13

Romance Series 35052

"Mikael!!" aku terus serbu masuk biliknya. Ah, peduli apa dia bos sekalipun.

"Kau dah tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Mana adab kau?" dia yang tersandar enak pada kerusi segera membetulkan duduk. Nasib tak terbalik ke belakang.

"Apa kau dah buat.."

"Aku buat apa?"

"Jangan main main boleh tak! Aku serius ni!"

"La aku pun tengah serius ni." Rihana mendekati Mikael. Tangannya gatal naik meluku kepala lelaki itu. Ish geramnya aku!

"Kau ketuk kepala aku Hana?" kata Mikael seakan akan tidak percaya. Kepalanya diusap. Sakit!

"Asal kau hantar rombongan meminang semalam?" Rihana straight to the point terus. Malas nak berbasi basi.

Mikael membulatkan mata. Wah cepatnya daddy dan mommy buat kerja. Dia baru je buka mulut ceritakan pasal Hana hari itu. Tak sangka pula secepat ini mereka bertindak. Dia baru kata dia suka Rihana. Ini kalau dia bercerita kisah silam dia bersama Hana mahu hari itu mereka terus diakad nikahkan agaknya. Haih silap langkah kau ni Mikael. Patut cerita je. Dia mengusap-usap jambangnya.

"Heeee, kau boleh tak jangan nak usap usap jambang kau tu. Geli aku! Kau tak jawab lagi pertanyaan aku. Kenapa kau hantar rombongan tanpa pengetahuan aku?"

"La hantar rombongan sah sahlah sebab suka, nak buat jadi bini. Kau nilah itu pun bengap. Ke kau nak kahwin terus tak nak buat adat adat ni semua. Aku on je. Senang, jimat dan cepat!" dia gelak.

"Tapi aku tak suka kau! Kenapa susah sangat nak faham ni."

"Betul kau tak suka aku!" laju Rihana mengiyakan. Itu memang hakikatnya. Dia tak ada perasaan terhadap Mikael. Bahkan bukan Mikael sahaja orang lain pun sama. Ada yang mendekati tetapi entahlah hati dia tak terbuka untuk sesiapa pun.

"Habistu kenapa kau masih menyendiri? Kalau bukan disebabkan kau tunggu aku apalagi alasannya Hana? Aku yakin selama ini dalam hati kau ada aku! Kau takkan mudah untuk lupakan Dani."

"Mikael stop! Aku tak nak bincang hal tu..."

"Kenapa kau tak panggil aku Dani?"

"Mikael stop aku cakap!"

"Then, kalau tak nak dengar aku pun malas nak dengar kau bincang pasal lamaran tu. Apapun yang terjadi kau tetap akan jadi milik aku. Kita akan berkahwin! No more excuse Hana!" kata Mikael tegas. Dia takkan berlembut lagi dalam hal ini. Biarlah dia dikatakan memaksa dalam hal ini demi untuk memiliki cinta Rihana, gadis yang dia dambakan sekian lama.

"Kau tak boleh paksa aku Mikael! Aku takkan dengar cakap kau.."

"Aku akan pastikan kau ikut cakap aku Hana.." mendidih hatinya apabila Mikael seolah-olah yakin dengan keputusan yang dibuat.

"Kalau macam tu kau tunggu penolakan daripada aku dan terima berita gembira yang akan aku sampaikan nanti.." Mikael angkat kening. Berita gembira apa pula Hana nak kasi tahu dia.

"Maksud kau?"

"Lamaran kau aku akan tolak walau apa sekalipun. Kalau aku terima kau mana aku nak campak buah hati aku tu? Aku takkan lukakan dia semata-mata demi kau. Penat bercinta dengan dia but end up kahwin dengan orang lain." Rihana berpeluk tubuh. Senyuman sinis diberikan.

"Apa maksud kau? Apa semua ni Hana!" Mikael berdiri. Timbul urat tegang didahinya. Rihana bercinta dengan siapa? Tapi dia dah bertanya kepada Haziq untuk kepastian. Bahkan kepada En. Razif dan Heliza. Mereka terang terangan mengatakan yang Rihana tidak berpunya. Habis tu sekarang ni apa? Rihana kata dia berpunya? Bercinta dalam diam ke apa ni? Memang nahas lelaki itu dia kerjakan. Kacau line betul!

"Tak dengar eh? Aku cakap aku dah ada kekasih. Cuma kitaorang tak reveal lagi. Mana aku nak campak dia kalau kahwin dengan kau! Oh ya lagi satu, aku cintakan dia sangat-sangat. Memang taklah aku nak kau!"

"Hana!!!!!" Mikael mengetap bibir. Rihana bersorak didalam hati. Berjaya buat lelaki ini sakit hati.

"Siapa? Siapa lelaki itu?"

"Kau kenal sangat dia.."

"Siapa aku tanya!" tengking Mikael. Rihana masih menayang muka selamba. Tidak gentar langsung akan amarah lelaki itu.

"Rizal.."

"Apa Rizal?" takde manusia lain ke yang Hana nak bercinta. Mengapa mesti dengan engineer itu. Dasar lelaki mesin! Berani kau potong jalan aku ya.

"Jadi kau janganlah jadi manusia yang kejam dengan meruntuhkan kebahagiaan orang lain ya. Aku nak kahwin dengan Rizal bukan kau. So, stop ganggu aku!" Mikael diam. Badannya menggeletar menahan amarah. Kenapa sering saja ada yang mengacau?

"Okaylah. Aku keluar dulu. Nanti nak apa apa tekan je interkom tu. Tak manislah berdua dua dengan kau. Nanti apa kata Rizal kan? Aku kenalah jaga nama baik dia. Maklumlah nak jadi bini diakan." sengaja Rihana membakar lagi hati Mikael. Sebaik sahaja keluar, Rihana bersandar dipintu. Tangannya dibawa kedada. Tudiaa berdegup kencang. Dia menarik dan menghembus nafas dengan perlahan bagi menenangkan diri. Setan apalah yang merasuknya tadi sampai dia begitu berani sekali. Punyalah nak lari dari Mikael sampai sanggup menipu! Sekarang hal mamat tu settle. Hal Rizal pulak. Kena cakap dengan dia ni ajak tolong menipu sekali. Hahaha. Bukan selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience