15

Romance Series 35052

Rihana termenung. Entah kenapa dia rasa ada satu perasaan baru muncul dalam hidupnya. Dia tak pernah mengalami perasaan sebegini sepanjang hayat hidupnya.

"Ya Allah bertuah punya budak. Mak suruh kau kacau sambal ni bukannya termenung mengenangkan masa depan kau kat sini. Eeee geramlah aku dengan budak ni. Ketepi Hana." bebel Heliza. Tugas mengacau sambal bertukar tangan. Rihana berganjak ketepi dan termenung kembali. Berdiri tegak disebelah maknya. Fikirannya sudah menerawang jauh.

"Hana kamu dengar tak apa mak cakap?" Heliza disebelah mengerling Rihana. Masih tegak berdiri macam nak nyanyikan lagu negaraku.

"Hana!" Heliza menepuk bahu anaknya.

"Hah? Ye mak apa dia?" terkejut Rihana. Gelabah dia pandang Heliza.

"Mak suruh kau pergi ambil serai kat belakang tu. Apa yang kau menungkan lagi Hana. Pergi lekas."

"Serai?"

"Serai pun kamu tak kenal ke?" sedikit meninggi suara Heliza. Eee payahlah anak tak pandai masak ni. Serba serbi pun tak tahu.

"Tahu kut kejap eh?" Rihana garu kepala. Dia kebelakang. Heliza menanti dengan sabar. Sementara menunggu Rihana dia menyelesaikan kerja yang lain.

"Nah mak. Ni kut serainya." membuntang mata Heliza.

"Siti Rihana Bt Mohd Razif ini namanya bukan serai. Ini halia namanya. Yang kamu pergi cabut tu kenapa? Mak punya halia ni masih kecik lagi kamu dah cabut. Allah." tak boleh harap langsung.

"Ash mari tolong mak kejap." teriak dia memanggil anak bongsunya. Ash kalau bab begini boleh diharap sedikit berbanding Hana yang tak tahu serba serbi itu. Muncul Ash didapur.

"Ada apa mak?"

"Tolong mak masak. Kejap lagi Angah dengan Safira nak balik. Kak ipar kau tu mengidam nak makan asam pedas ikan pari. Harapkan kakak kau satu kerja tak jadi."

"Apalah kau kak. Kerja senang macam ni pun kau tak boleh buat. Tengok orang pro macam aku buat kerja. Kau kena belajar kak. Nanti nak masak kat bakal laki kau." eksyen je Ash bercakap. Senanglah bagi dia sebab dia belajar bidang kulinari. Ash duduk dimeja. Tangannya cekap menyediakan bahan. Dia memandang Rihana. Senyap je kakak dia ni. Biasanya ada je mulut tu nak membalas balik kata kata dia. Paling paling pun kepala dia kena luku. Tapi harini lain pulak dirasakan tentang Rihana.

"Kak kau sampai mana dah?" perli Ash yang melihat Hana termenung jauh. Tak penat ke berdiri?

"Hana kamu ni kenapa? Macam tersampuk aje budak ni." Heliza melekapkan tangan kedahi Hana. Sejuk je. Bahu Hana dicubit, mengaduh budak tu sakit.

"Kenapa mak?"

"Dah kau tu termenung kenapa?"

"Takde apalah." bentaknya dan berlalu naik keatas bilik. Ash dan Heliza saling berpandangan. Dah kenapa dengan Hana? Kita tanya dia, dia nak marah pulak. Orang risau kedia.

Rihana berbaring diatas tilam. Matanya merenung kipas disyiling. Fikirannya sudah melayang mengingati seseorang. Seseorang yang telah berjaya mengusik hatinya. Betulkah perasaan itu? Atau sekadar mainan perasaannya saja? Ah, apa dah jadi pada dirinya? Akalnya asyik membawa kepada memori mereka beberapa hari yang lepas. Momen itu yang tak boleh dia lupakan sehingga hari ini.

*****Flashback*****

Aku tersedar, entah masa bila dia terlena. Mungkin kerana terlalu mengantuk memicit kepala Mikael tadi. Aku pegang baju kot yang menyelimuti separuh tubuhku. Aik, siapa pulak letak baju ni pada aku? Mikael ke? Tapi ni memang kot dia. Aku memang langsung tak sedar tadi. Takkan Mikael kot. Malulah aku kalau dia tengok aku tidur. Mesti dia jadikan bahan untuk mengutuk nanti. Aku meliarkan pandangan disegenap bilik. Sekarang aku didalam bilik Mikael atas sofa dia. Tapi mana mamat tu? Dah sihat ke dia?

Terdengar bunyi seperti orang bercakap diluar menghampiri. Aku cepat-cepat baring semula dan pejamkan mata. Kot Mikael aku ambil menutupi separuh mukaku. Terdengar pintu dikuak. Aku pasti itu Mikael dan dia sedang bercakap dengan telefon. Aku pura pura tidur. Lama baru aku tersedar akan sesuatu. Dah kenapa aku pura pura tidur balik? Kenapa aku tak bangun je tadi. Alahai bodohnya la aku ni. Nak bangun semula macam malu pulak bila Mikael ada. Patutnya tadi aku lari je keluar.

Derapan tapak kasut mula mendekati. Aku cuba buat muka natural macam orang tidur tak sedarkan diri. Jantung tak payah cakaplah. Berdegup kencang! Kalau boleh lompat tu agaknya dah lama dia lompat dan berlari. Aku rasa kot mula ditarik turun sehingga mendedahkan keseluruh wajah aku. Mak tolong Hana! Apa kau nak buat monyet! Aci tak aku bangun terus?

"Tidur pun masih cantik. Belum lagi kau celik, hari hari aku gila bayang." erk, biar betul mamat ni. Terdengar tawa halus meluncur dari mulut lelaki itu.

"Hana, Hana.. Kenapa kau benci sangat kat aku? Apa salah aku Hana? Kau tahu tak betapa rindunya aku kat kau?" Mikael duduk dibawah, disisi Rihana.

"Dani always love you. You're my first love. Dan kau bukan sahaja cinta pertama aku tetapi cinta terakhir aku sehingga ke Jannah."

"Apa yang kau dah jampi kat aku Hana sampai aku sentiasa terbayangkan kau?" Mikael tenung lama wajah Rihana yang lena itu. Wajah itu seakan tidak dimamah usia. Seperti itu jugalah Hana semasa menjadi guru tuisyen kepadanya dulu. Cuma perwatakannya sedikit berubah. Garang, kasar dan ya mulut cabul! Hana dia yang dulu seorang periang, suka mengusik dan agak kelakar. Mungkin berubah sebab faktor umur kut. Agak Mikael.

Rihana mati kutu disitu. Menyesal dia pura pura tidur semula tadi. Mikael ni buat sesi luahan perasan pula kat dia. Air muka sedaya upaya dia tahan tadi. Terbaiklah Rihana boleh dah kau jadi pelakon lepas ni. Kau kan nak berhenti kerja. Cubalah berlakon pulak mana tahu ada rezeki. Sempat lagi akalnya melencong berfikiran lain.

Rihana mula mengeliatkan sedikit tubuh. Beri isyarat bahawa dia dah nak sedar. Takkan nak bangun mengejut macam tu. Malulah muka dia. Nanti Mikael tahulah dia berpura-pura je tadi. Dia pusingkan sedikit mukanya ke kanan dan buka mata. Terkejut dia apabila melihat Mikael sedang elok duduk bersila disebelah sambil merenung dirinya. Alamak salah langkah la pulak. Rihana duduk. Rambutnya dibetulkan. Mikael dipandang sekilas. Kau tak reti nak bangun ke? Sampai bila nak duduk bersila kat situ tenung aku.

"Ini siapa yang sakit sebenarnya ni?" dia mula buka bicara. Mikael berdiri dan melangkah ke meja kerjanya.

"Habis kau tu dah hilang belum sakit kepalanya?"

"Alhamdulillah hilang dah berkat kau picit tadi plus kau lentok atas dada aku. Terus sihat aku dibuatnya." membulat mataku mendengar katanya. What? Tidur atas dada?

"Kau jangan nak fitnah eh?"

"Apa pulak betullah. Kau tak nak tanya aku ke macam mana kau boleh ada atas sofa?" sengaja keningnya dimainkan.

"Mikael!" Rihana rasa nak teriak. Dia tak terfikir pula hal itu. Padahal tadi ketika picit kepala Mikael dia sedang duduk dibawah tepi lelaki itu.

"Nothing happen la dear. Aku just angkat kau letak atas sofa. Takkanlah aku nak biarkan kau terlentok macam tu aje. Aku tak sekejam itu lagi. Tapikan Hana kau nampak kurus je, asal yang berat sangat? Kau bela saka ke apa."

"Diamlah kau! Aku dah tolong bukan nak ucap terima kasih. Banyak bunyi pulak dia. Lain kali aku tak nak tolong kau dah. Biar kau kesakitan sorang diri!" Rihana ingin berlalu. Mikael yang menyedari pantas menarik lengan wanita itu.

"Kenapa ni sayang. Emo sangat. Sorry okay. Aku gurau jelah. Manada kau berat. By the way, thanks sebab tolong aku tadi. I appreciated." tutur Mikael ikhlas. Mata Rihana ditatap dalam tapi tak lama apabila Rihana melarikan pandangannya. Mikael senyum, malulah tu!

"Er, aku keluar dululah nak sambung kerja.." lekas lekas Rihana rungkaikan pegangan Mikael padanya sebelum sekali lagi tangannya disambar.

"Waktu office hour dah habis. Aku baru je balik dari bilik daddy. Don't worry hal tadi daddy yang gantikan aku pergi kilang. Daddy datang jenguk aku kat bilik tadi." Mikael mengenyitkan matanya.

"What??? Kenapa kau tak kejut aku Mikael? Kau sengaja nak memalukan aku depan Dato' Azhari kan?" Lama betul aku tidur sampai habis waktu kerja. Rihana tatap jam dinding di bilik Mikael yang sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Ya Allah malunya aku. Mesti Dato' Azhari fikir yang bukan-bukan. Jangan dia berhentikan aku sudah. Aku mana dapat cari kerja lain lagi ni.

"No lah Hana. Daddy okey je. Lagipun kalau aku kejutkan kau mesti kau lagi malu bila tengok daddy ada sekali. Betul tak? Sebab tu aku tak kejut. Aku takut kau malu. Lagipun kau lena sangat tak sanggup aku nak kejut. Daddy pun kata tak payah kacau kau." Mikael sedaya upaya memujuk Rihana. Mententeramkan jiwa wanita itu.

"Dah kau pergi balik dulu. Aku ada beberapa hal lagi nak settle. Esok kita jumpa ya." kata Mikael lembut. Hidung Rihana dicuitnya sekilas. Rihana sekadar mengangguk. Seolah-olah terpukau, dia hanya mengikut cakap Mikael. Menonong aje dia keluar siap sedia untuk pulang kerumah.

*****End flashback*****

Rihana mengeluh. Kenapa dia asyik terbayangkan Mikael. Dia sedar dirinya bukan seperti dulu lagi. Pantang berjumpa Mikael pasti nak bergaduh. Sekarang mulutnya seakan terkunci apabila bersama Mikael. Apa Mikael suruh dia akan buat. Bila bersama Mikael dia mula rasa sesuatu, sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Sedikit sebanyak layanan baik Mikael membuat jiwa dia terusik. Kini, lelaki itu sudah terbang ke Sabah selama seminggu atas urusan kerja. Dia tidak jadi untuk ikut. Lebih baik dia duduk dirumah rawat dirinya. Dia juga sebenarnya cuba mengelak untuk sentiasa ada bersama Mikael. Ini kerana cik hati dia sudah mula buat perangai! Arghhh Mikael what you have done to me????

Share this novel

eykaa.lee
2020-06-24 03:28:44 

sambung sambung . tak sabar


NovelPlus Premium

The best ads free experience