16

Romance Series 35059

"Kak bangunlah mak suruh. Dah tengahari dah ni." panggil Ash seperti biasa. Balik balik muka dia yang kena kejut Rihana bangun tidur. Apa ingat dia takde kerja lain ke? Kali ini Ash tidak masuk, dia hanya berdiri diluar. Nanti macam macam yang dibaling kakaknya itu kepada dia. Pintu bilik Rihana diketuk bagai nak roboh. Selagi tak dengar suara Rihana selagi tu dia takkan berganjak. Diketuk sekuat hati pintu bilik itu siap dibuat rentak lagi. Kalau pintu tu pandai bercakap agaknya dah lama dia maki si Ash tu.

"Diamlah kau...!!!"

"Bang!!!!" terkejut Ash. Kan betul dia cakap, Hana suka membaling barang. Entah apalah yang dibalingnya kat pintu tu. Nasib dia tak nak masuk tadi. Kalau tidak sah sahlah badannya yang menjadi mangsa. Bijak kau Ash!

"Mak suruh bangun! Mak kata kau nak jadi anak dara apa hah. Pemalas nak mampus. Tahu nak membuta je tak nak tolong mak kat rumah. Mak cakap lagi kauuu... Arghhh sakit!!!..." terjerit Ash apabila telinganya dipulas daripada belakang.

"Pandai sangat kamu memburukkan mak. Masa bila mak cakap macam tu? Mak suruh Ash pergi kejut jekan. Sedap mulut kamu je bercakap." marah Heliza. Sesedap perasa je Ash memburukkan dia. Memanglah dia selalu kata begitu pada Rihana tapi tadi dia tak selitkan pun 'pesanan' tu semua.

"Ala mak inilah peluang Ash nak kenakan kakak. Tapi memang betul apa yang Ash cakap. Ash selalu dengar mak cakap macam tu kat kakak."

"Yang kamu pergi ikut sape suruh! Dah pergi turun tu."

"Yelah..." sempat lagi dia ketuk pintu bilik Rihana sebelum laju lari turun ke bawah.

"Hana bangunlah. Mak nak masuk ni. Kamu jangan macam macam ya nak baling barang kat mak. Mak luku kepala kamu nanti. Mak masuk ni." usai berkata Heliza buka pintu dan masuk. Tergeleng kepalanya melihat Hana masih berselubung dalam selimut.

"Hana bangun!" ditarik kuat selimut anak gadisnya itu. Tu dia, Rocky pun kemain sedap berlingkar rupanya dalam pelukan Hana. Hang dengan tuan hang sama je perangai. Selagi tak bangkit tuan kau, kau pun tak bangun. Padan sangatlah kamu berdua ni. Desis Heliza.

"Hana dengar tak ni? Ya Allah apa yang liat sangat nak bangun ni? Setiap kali hujung minggu mesti bangun lambat. Time nak pergi kerja pandai pulak kamu bangun awal. Cepat bangun!" langsir dibuka seluas-luasnya. Apalagi mendenguslah singa sorang tu.

"Mak nilah nak apa? Sukalah kacau Hana tidur." beginilah drama mereka sekeluarga setiap kali tiba hujung minggu.

"Kacau apanya. Kamu tidur macam orang mati. Kalau tak dikejut mahu terbongkang terus. Bangun cepat. Cuti je buat perangai. Bukanlah nak bangun awal bantu apa yang patut. Bangun Hana jangan sampai mak heret kamu. Mak tunggu kat bawah."

"Dengar tak Hana?" kuat Heliza memanggil didepan pintu.

"Dengarlah.." balas Rihana sama level tinggi dengan maknya. Heliza turun semula kebawah. Malas malas Rihana bangun. Rocky diletakkan di dalam cot baby. Ha, nampak tak betapa sayangnya Hana kat Rocky. Siap dibelinya katil baby Kat kucing tu. Dah gaya macam anak dia Rocky tu. Bukan calang-calang cot ya. Cot yang boleh berayun tu. Kemain suka kucing tu duduk dalam tu. Semasa Rihana beli katil itu hampir pitam Heliza dibuatnya. Terus migrain maknya. Ada ke cot baby diletak kucing?

Rihana berjalan kedapur, mencari maknya disitu. Kat mana lagi maknya nak pergi kalau bukan kat dapur. Rihana menjenguk lauk yang sedang mendidih atas dapur. Baru dia perasan mak dia masak banyak hari ini. Atas meja itu, penuh makanan dengan pelbagai pencuci mulut lagi. Dengan muka tak malunya Rihana mengambil sebiji muffin dan disumbat ke dalam mulut. Hmm, sedapnya. Tak cukup satu diambil lagi. Nampak tak buruknya perangai Hana ni. Dengan muka tak basuhnya gigi tak bergosok lagi.

"Hah, bangun dah." Heliza masuk melalui pintu dapur. Ditangannya ada daun pandan. Tersembur sedikit muffin yang belum habis dikunyahnya itu. Terkejut! Bukan dengan Heliza tetapi dengan manusia yang berjalan masuk sekali bersama maknya itu.

"Tengok mak, belum apa-apa lagi Hana dah nak goda saya." usik Mikael gatal. Rihana yang memakai gaun tidur separas lutut gambar itik itu kelihatan sangat comel di matanya.

"Hana, lama tak jumpa. Sekarang payahnya la awak nak datang rumah saya.." tegur Datin Aleena. Dia mendekati Rihana. Baru beberapa tapak Rihana sudah menjerit dan berlari meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga-pinga. Terdengar bunyi hempasan pintu.

"Tidakkkkk!!!!!!"

Hana menyembamkan mukanya ketilam dan dia teriak sekuat hati. Ya Allah malunya. Mana aku nak letak muka aku yang cantik ni! Kenapalah mak tak cakap ada tetamu datang. Kalau tak bolehlah dia bersiap. Ini tidak, malunya bila Datin Aleena sudah melihat keadaan dia. Dengan muka dia yang sememeh tak mandi. Bangun lambat pulak tu. Eh, sedar diri rupanya si Hana ni. Ingatkan tak sedar. Yelah, dah berapa tahun dia hidup dalam keadaan begitu. Ingatkan tak perasan perangai buruk sendiri.

Rihana berguling kekiri dan kekanan. Kepala digelengkan berkali kali. Adui malunya Datin Aleena nampak aku dalam keadaan begini. Kenapa Datin Aleena tidak memaklumkan kepada dia untuk datang kesini? Mesti Datin kutuk aku tu nanti. Ah, bala bala. Tuala dicapai. Baik dia bersiap-siap.

Selesai bersiap pun Rihana masih berkurung di dalam bilik. Dia masih malu untuk turun kebawah bertemu mereka.

"Hana..." suara lembut yang memanggil diluar itu dia kenal. Kenal sangat. Rihana duduk di kerusi meja solek.

"Jomlah keluar makan. Kitaorang semua tengah tunggu kau kat bawah.."
"Aku masuk ya. Mak cakap kau suka baling barang. Jangan baling kat aku tau." belum sempat Rihana nak menghalang. Pintu biliknya sudah terbuka. Muncul Mikael didepannya. Rihana kaku.

"Hmm mandi dah. Ingat dapatlah tengok kau pakai baju itik tu.." usik Mikael. Dia melabuhkan punggung di hujung katil Rihana.

"Kau nak apa.." ada pulak dia bangkitkan hal itu. Lagilah malu dia nak mengadap Datin Aleena.

"Tak dengar ke aku cakap tadi? Mak ajak turun makan. Kitaorang semua tengah tunggu kau." dengan selamba dia baring atas katil Rihana. Kedua lengannya disilang dibelakang kepala. Rihana yang masih berdiri kaku itu dipandang. Hailah, rindunya aku dengan singa seorang ni.

"Pergilah makan dulu. Pandailah nanti aku turun cari makan. Dah, dah kau pergi keluar." Rihana angkat tangan menghalau Mikael. Dia sebenarnya masih malu dengan kejadian tadi. Bukan itu sahaja kejadian di dalam bilik Mikael tempoh hari masih melekat dalam kepalanya. Sebenarnya bukan dia tak teruja nampak Mikael tadi. Tapi entah kenapa dia jadi malu bila Mikael nampak dia dalam keadaan begitu. Padahal bukan tak biasa Mikael tengok dia macam tu.

"Jomlah, tak baik tau layan tetamu macam ni. Kesian mummy aku. Dia rindu kau tau. Hari hari dia cerita pasal kau kat aku. Jomlah Hana." pujuk Mikael. Rihana gigit bibir. Aku tak pergi rumah mummy kau sebab kau adalah bengong!

"Sedapnya kucing kau tidur dalam ni. Woi gemuk bangun! Membuta je kau tahu." eh eh Mikael ni perli dia ke apa? Kenapa pula dia yang terasa lebih lebih?

"Kau jangan kacau dia. Biarlah dia duduk situ bukan menganggu kau pun." Rihana menghampiri. Kepala Rocky digosok. Rocky pula terus mengeliatkan badannya. Tau je itu tuannya.

"Cis, kucing gemuk ni nyampah aku! Kemain dia duduk dalam baby cot ni. Takpe Hana tak lama lagi anak kita yang akan duduk dalam ni. Eh, tak mahulah, aku beli baby cot lainlah nanti. Okay tak? Hmm, tak sabarnya aku nak ada anak sendiri." Mikael gelak kuat. Rihana disebelah terkebil-kebil. Mikael ambil kesempatan untuk mengusik gadis itu lagi.

"Kau nanti nak baby apa? Baby boy ke baby girl? Kalau aku tak kisah. Tapi kalau dapat kembar wah seronoknya hidup aku.." dia gelak lagi. Rihana mula menyumpah dalam hati. Apa kau ingat aku ni kilang ke? Main mintak je. Cepuk kekgi baru tahu. Eh, eh dah termengaku diri tu kepunyaan Mikael ke Hana oi. Ah no!

"Meowww..." panjang Rocky berbunyi seolah-olah membalas pertanyaan Mikael bagi pihak Rihana.

"Aku tak tanya kaulah gemuk. Menyibuk aje."

"Malaslah aku nak layan kau. Mengarut je lebih."

"Apa mengarut Hana. Betullah tu aku cakap. Itukan impian setiap pasangan yang dah berkahwin..."

"Bercinta pun tidak tang mana nak berkahwinnya.." tempelak Rihana. Dia berpeluk tubuh.

"Jom kita kahwin.." erk? Mamat ni dah kenapa?

"Kahwinlah kau dengan Rocky tu.." laju Rihana menonong bangun nak turun bawah. Alergik dia bila dengar pasal kahwin ni.

"Tadi aku ajak kemain tak nak turun. Ni laju je nak turun bila buka cerita kahwin. Nanti kau Hana! Aku paksa kau nanti!" desis hati Mikael.

"Hana tunggu...!!" dia menyaingi langkah Rihana.

Dibawah keluarganya sudah berkumpul dimeja. Dia tersenyum apabila Datin Aleena mengamit dia dekat.

"Hana..." dia menepuk kerusi disebelahnya. Aku duduk disebelah Datin Aleena. Mikael duduk disebelah aku. Mak dan Ash pula duduk didepan kami.

"Hana sihat..?"

"Sihat je Datin. Alhamdulillah. Datin sihat?" kekoklah pulak dia rasa.

"Macam yang awak tengoklah Hana. Eh, nantilah borak mari makan dulu. Kesian Heliza dan Ash dah tunggu." aku sekadar mengangguk. Aku mencedok lauk selepas mendahulukan mak dan Datin Aleena. Selesai mencedok, semua mata terarah kepada dia. Kenapa pulak? Ke banyak sangat lauk yang aku cedok. Aku memang keding. Tapi makan banyak!

"Cedoklah sekali untuk Mikael tu Hana. Kesian dia daripada tadi tunggu. Tunggu kamu lagi lambat nak turun. Mikael jangan malu malu. Makanlah.." kata Heliza sambil tersenyum. Bakal menantulah katakan. Kenalah sayang Mikael sebab lelaki tu sorang je yang terhegeh-hegehkan anak dara dia yang pemalas ini.

"Jangan risau mak. Saya memang muka tak malu. Mak masak semuanya sedap." ceh, nak membodeklah tu.

Akhirnya nak tak nak Rihana layankan aje kehendak Mikael. Mengada ngada pula mamat tu. Nak itulah nak inilah. Kalau ikutkan hati, dia memang macam ada perasaan rindu mungkin pada lelaki itu. Dia pun tak pasti. Tapi bila dah dekat rasa nak gaduh pun ada. Haih la. Selama Mikael tak ada tu, dia cuma untuk menganalisis 'perasaan-perasaan' baru yang muncul dalam dirinya. Tapi tak ketemu jawapan. Mikael dah ada depan mata dia rasa lega. Lega untuk apa pun dia tak tahu. Ah, apa semua ni? Pening dia nak memikirkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience