26

Romance Series 35155

" Hana!!! " Hana yang sedang duduk diatas kayu besar tepi pantai itu didekati.

"Jom.." Dia tenung Hana daripada atas sampai bawah. Nampak manis bila Hana mengenakan baju Kedah dengan kain batik. Nampak macam perempuan melayu terakhir je. Rambut pula Hana sanggul tinggi.

"Pergi mana?"

"Mak suruh pergi pekan beli barang sikit lagi. Ada yang tak cukup lagi."

"Seriously Rizal? Mak nak buat kenduri 3 hari 3 malam ke? Rasanya dah banyak dah kita belikan semalam?" tanya Hana terkejut.

"Hmm tak tahulah saya Hana. Ikut jelah. Yang awak duduk sini buat apa? kenapa tak join diorang merewang? Ngelat eh?"

"Ish bukanlah. Saya malaslah nak duduk dapur tu. Makcik-makcik kat situ banyak tanya. Tak larat saya nak layan. Tu belum pakej bawa anak teruna diaorang tunjuk kat saya. Saya pula naik segan." Rizal sekadar tergelak. Hmm itu dia akui. Makcik-makcik kat kampung dia mulut becok sikit. Serupa radio karat.

"Dah jomlah. Karang lambat pulak nak sampai pekan." ajak Rizal. Hana berlari kecil mengikut langkah Rizal daripada belakang. Tangan Rihana yang memautnya ketika berjalan atas pasir pantai dipandang. Satu senyuman terlakar dibibirnya yang mana tiada siapa pun yang tahu apa perasaanya ketika itu.

*********************

Malam itu keadaan rumah Rizal dipenuhi saudara mara dan tetamu kerana mengadakan malam berinai bagi adik Rizal iaitu Tasya yang bakal berkahwin esok. Hmm, tinggal Rizal sorang jelah nampak gayanya dalam family dia yang tak kahwin lagi. Adik beradik dia yang lain semua dah kahwin. Dasar memilih sungguh mamat tu. Ceyh cakap orang kau pun dah lanjut usia tak sedar diri sungguh perempuan sorang ni.

"Hana mailah kak pakaikan untuk Hana." aku mendekati Kak Sofia. Kakak Rizal nombor tiga. Dia baru selesai mengukirkan inai di jari Tasya.

"Ha Hana nak design yang macam mana?"

"Hmm, tak tahulah kak. Akak jelah pilih yang mana Hana tak kisah pun." Kak Sofia menyuruhku melihat kepada design ukiran inai yang ada. Naik berpinar biji mata aku melihatnya. Adalah lebih baik kalau Kak Sofia ukir saja.

Selesai satu tangan, Kak Sofia beralih pula kearah tangan kananku. Serius laju je tangan Kak Sofia buat kerja. Aku tengok tangan kiriku yang sudah siap diukir. Cantik!

"Hana..." panggil satu suara. Serentak kami berpaling. Kelihatan Rizal menghampiri kami. Huish segaknya kawan aku sorang ni. Rasa sebelum ni tak kacak pun si Rizal ni. Ke aku yang tak amati dia betul betul.

"Kenapa?" tanyaku.

"Jom makan." ajak Rizal.

"Amboi kau dik. Kemain eh, nak makan pun berteman. Selama ni elok je kau makan sorang. Hari ni nak berteman pulak." Rizal gosok belakang kepala. Segan dengan usikan kakaknya. Isyarat mata dibuat kepada Hana mengajak wanita itu mengikutinya. Hana menunjukkan tangannya yang masih dipakaikan inai.

"Tak payah layan Rizal tu Hana. Biarkan dia. Tak nampak ni akak tengah pakaikan inai. Pergilah duk luar tu layan sepupu kawan kau yang lain dulu. Tak lari ke mananya Hana ni. Kalutlah budak ni pun." aku jelirkan lidah kepada Rizal. Ha padan muka! Kan dah kena basuh dengan kakak. Rizal menjuih bibirnya dan berlalu pergi.

Agak agak dah kering inai ditangan, aku mencari kelibat Rizal di luar rumah. Kelihatan dia sedang berbual disana. Tak jadi aku nak melangkah. Takkan nak duduk sekali dengan kaum lelaki bawah tu. Malu aku. Ceyh sejak bila ada istilah malu dalam diri kau Hana oi.

Hana bawah langkah duduk di hujung pangkin. Nak ke pantai memang tidaklah malam malam begini walaupun pantai tak berapa jauh, belakang rumah tu je ha. Best betul kampung Rizal ni. Seronok pun ya. Buatkan dia lupa akan masalah yang dia hadapi.

Sudah 4 hari Rihana berkampung di rumah Rizal. Macam mana dia boleh ada sini? Mesti korang pelikkan? Tup tup ada kampung Rizal. Sebab Rihana buat muka tak malulah dia boleh ada disini. Marahkan Mikael punya pasallah dia buat muka tak malu ikut Rizal.

Flashback....

Mahu tak mahu dia kena juga pergi pejabat semula. Ish macam manalah aku boleh tertinggal lagi barang ni. Kalau terserempak dengan monyet tu macam mana? Aku dahlah mengelak daripada nak jumpa dengan dia. Karang dia ingat aku yang terhegeh-hegeh nak jumpa dia pulak.

Rihana mengendap disebalik dinding. Tolonglah dia tak bersedia lagi nak jumpa Mikael. Harap harap dia tak adalah dalam bilik.

"psttt.. psttt..." Rihana memanggil Diana, merupakan salah satu kerani disitu. Diana yang sedang menaip sesuatu di komputer memandang kiri kanan. Serasanya dia ada mendengar bunyi.

"Hoi sinilah!" panggil Hana sedikit kuat.

"Eh Hana!" terjerit kecil Diana melihat Hana yang sedang menyorok disebalik pokok hiasan ditepi dinding itu.

"Syuhh. Slow la sikit. Sini kejap." Diana mendekati Hana. Hana menarik Diana turut ajak menyorok bersamanya. Apa mereka berdua ingat mereka kecil sangat ke sampai nak menyorok disebalik pokok tu.

"Mikael ada?"

"Tak ada. Dia baru je keluar ada meeting. Weyh Hana kau pergi mana hah? Dah berapa lama kau tak masuk kerja. Bila tanya bos, bos jeling je kitaorang."

"Erk, aku dah berhentilah."

"Tapi kenapa? " tanya Diana terkejut.

"Adalah. Dahlah aku nak ambil barang. Kau cover sikit. Karang balik pulak monyet tu takde sempat aku nak lari." terus Rihana berlari kecil meninggalkan Diana disitu.

"Hah? Monyet mana?" Dia sekadar melihat Rihana yang masuk ke dalam bilik bos mereka. Beberapa pekerja yang menegur, ditegur cepat cepat. Tak mahu berlama. Setelah mencapai kotak yang berisi barangan peribadi dia, Rihana cepat cepat keluar. Huh, itu bilik ke tempat kerbau berkubang. Bersepahnya!

"Okaylah Diana. Thanks. Aku baliklah dululah. Tak boleh nak lama lama ni."

"Eh cepatnya. Nantilah dulu aku banyak benda nak tanya ni." halang Diana.

"Tak boleh aku kena cepat. Bye bye.." terus berlari Rihana. Dia yang melihat mendengus. Dia ingat dia budak kecik nak lari lari macam tu. Dia a berpusing ingin kembali ke mejanya. Gedegang!!!! Diana berkalih semula. Tepuk dahi dia apabila melihat Rihana yang sudah terduduk diatas lantai. Itulah kau berlari lagi dalam pejabat.

"Aduh aduh.. Bodoh punya pintu!" marah Rihana. Sakit dahinya dibuat. Masa masa nilah kau nak terhantuk. Malu dah satu hal. Pekerja yang ingin membantunya ditepis. Cepat-cepat dia bangun dan pergi.

Sambil berjalan ke parking kereta mulut Rihana terkumat-kamit memaki. Malang sungguh nasib dia. Sudahlah ditipu Mikael. Kata sayang dia apalah. Belakang duk main perempuan lain. Kalau dia tak datang pejabat Mikael tempoh hari sampai sudahlah dia tak tahu. Huh, sakit hati dia tengok Mikael memangku kaki seorang wanita. Sudahlah pakai skirt atas peha. Diulang ya atas peha! Kaki pula dipegang Mikael secara berhadapan. Sukalah agaknya Mikael melihat tayangan free depan matanya. Ish, benci betul aku! Tahulah aku dah berumur.

"Eh Rizal!" sedang membebel dia nampak Rizal di tempat parking kereta.

"Hana!" sekali lagi dia berlari. Tak serikkan? Buatnya dia tersungkur lagi siapa pulak dia nak salahkan.

"Hana lama saya tak nampak awak? Awak pergi mana? Eh ni kotak ni nak buat apa? Jangan cakap yang awak berhenti?"

"Ish banyak tanyalah awak ni Rizal. Kepoh mulut." dengus Hana.

"Orang risaukan dia lama menghilang. Boleh pulak dia nak marahkan kita."

"Awak nak pergi mana ni? Tak kerja ke? Eh banyak beg dalam ni. Eh, ada dulang kahwin? Awak nak kahwin ke Rizal?" bertubi-tubi pula dia bertanya.

"Banyak tanyalah awak ni Hana. Mulut macam mak nenek!" kata Rizal memulangkan paku buah keras. Hana mencebik.

"Ala cepatlah cakap awak nak kahwin dah ke?"

"Taklah saya nak balik kampung ni ada saya nak kahwin. Saya half day harini. And dulang dulang ni semua kepunyaan adik saya bukan saya." terang Rizal. Mengenai beg pakaian dan baju yang berterabur dalam bonet kereta, hmm kan dia selalu tidur kat kilang. Jadinya sebab itulah banyak barang peribadi dia dalam kereta ni.

"Ohh.. Kampung awak kat mana?"

"Kuantan."

"Kuantan kat mana?"

"Err, Sungai Ular." Dah kenapa Hana tanya serupa nak menyiasat je.

"Nak ikut boleh?" entah apa yang merasuk dia untuk mengikuti Rizal.

"Hah??" terkejut bukan kepalang lelaki itu.

"Nak ikut awak balik kampunglah. Boleh tak?"

"Tapi kenapa?" belakang kepala digaru.

"Saja. Saya bosan kat sini. Alaaa, bolehlah Rizal. Nak ikut. Saya janji tak susahkan awak. Please..." rayu Hana.

"Bukan pasal susahkan ke apa. Tapi awak dah fikir habis ke ni. Apa kata awak tanya keluarga awak dulu. " Naik risau dia. Tambahan lagi nak bawa balik anak dara orang ke kampungnya. Mahu maknya ingat dia bawa balik menantu kejap lagi. Dia tak kisah pun kalau Rihana nak ikut.

"Alah bolehlah. Nanti saya bagitahu diaorang saya ikut awak. Jomlah, tapi kejap saya kena balik rumah dululah nak ambik baju semua. Hmm, awak tunggu kat apartment saya nanti saya ke sana. Kita pergi sekalilah." Ternganga mulut Rizal mendengar perancangan wanita itu. Ini siapa nak balik kampung siapa ni?

"Saya dah send location apartment saya. Tunggu kat sana tau. Awak tinggal saya siaplah awak Rizal. Tahulah nasib awak. Saya gerak dululah. Nak kemas apa yang patut. Kita jumpa kejap lagi ya." tanpa menunggu Rizal berkata kata dia terus meninggalkan lelaki itu menuju kearah keretanya.

"Eh Hana nanti dulu..." Rihana sekadar mengangkat tangannya melambai lambai kearah Rizal. Eh, dia ni. Kalau ikutkan dia bukan nak balik hari ini. Dia nak bertolak ke kampungnya esok pagi. Nampak gayanya dia terpaksa menukar rancangan perjalanannya. Rizal menggelengkan kepala sambil tertawa kecil. Hana, Hana selamba betul gaya wanita itu. Tak berhenti bibirnya melakarkan senyuman. Rizal masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Diintai kawasan parking kereta wanita itu. Nampak Hana sedang mengundurkan keretanya.

Pinnn!! Bunyi hon kedengaran. Hana membuka tingkap keretanya.

"Tunggu tau! Siap awak kalau berani tinggalkan saya."

"Ye saya tunggu.." Rihana tersengih lebar. Di terus bergerak meninggalkan perkarangan pejabat. Entah apa yang difikirkan dia sehingga sanggup mengikuti Rizal. Dia cuma nak lari. Lari daripada masalah yang dihadapi. Di rumah di stress dengan Heliza yang menyebelahkan Mikael. Buat masa sekarang dia tak boleh nak tengok muka Mikael. Amarahnya akan memuncak. Adalah lebih baik kalau mereka berjauhan seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience