22

Romance Series 35059

Hari hari yang dilalui mereka indah semuanya. Rihana sememangnya sudah mencintai dan menerima Mikael sepenuhnya. Kedua pasangan itu boleh dikatakan seperti 'angau' dan sentiasa bersama. Boleh dikatakan tiap kali tiba hujung minggu mereka akan keluar. Sudahlah dipejabat mereka bersua juga hari hari. Tetap mereka tidak puas. Macam pasangan yang baru nak bercinta katakan.

Tetapi semakin lama Rihana mula tertekan. Tertekan dengan sikap Mikael yang suka mengambil tahu semua tentangnya. Mikael juga ada ketikanya suka mengongkong hidupnya. Mikael mula melarangnya serba serbi contohnya larang dia dekat bersama Rizal. Rihana juga kena maklumkan kepada Mikael jika dia hendak kemana-mana. Duduk rumah pun Mikael tetap tanya! Semua kena dilaporkan! Itu yang menyebabkan Rihana tertekan. Waktu lunch dia wajib keluar makan bersama Mikael saja. Bila nak keluar dengan kawan-kawan lain terus dilarang Mikael.

Kalau boleh dia nak aku ni 24 jam ada depan muka dia. Huh, Rihana mula rimas dengan sikap Mikael itu tapi dia tak adalah sampai membenci. Hidupnya selama ini tidak pernah dikongkong. Dia bebas untuk buat apa saja, nak kemana-mana tanpa ada yang menghalang. Sekarang semuanya dah berubah. Ini belum lagi mereka berkahwin.

Rihana berjalan sendirian membeli barangan dapur yang dipesan maknya. Dia tidak memaklumkan kepada Mikael. Mikael sudah awal awal mempraktikkan peranannya sebagai suami dimana Rihana perlu memberitahunya sekiranya hendak keluar dari rumah. Memang taklah dia nak maklumkan sebab serabut kalau Mikael ikut. Mikael tu kalau aku berjalan dengan dia punyalah cerewet. Kerja nak cepat aje. Bukan tak pernah Mikael ikut dia pergi beli barang dapur. Pernah! Tapi Rihana tak suka Mikael ikut sebab lelaki itu kuat membebel. Kadang kadang tu dia main amik je tak belek-belek dah. Berlainan dengan dia yang suka berpusing-pusing dulu baru ambil. Dia membeli pun jenis snek snek tu jelah yang dia reti. Makanan yang kurang sihat itulah yang selalunya dia penuhkan kat rumah. Ash ada dia boleh habiskan semua. Kalau beli barang basah memang dia angkut Heliza sekalilah jawabnya. Nipun nasiblah Heliza tak pesan benda benda yang pelik.

Satu pesanan whatsapp masuk. Dia sudah dapat meneka siapa gerangan yang mesejnya. Siapa lagi kalau bukan Mikael. Setiap masa nak mesej dia.
'Sayang buat apa tu?' - Mikael
'Ada Giant beli barang.' - Rihana.

Baru je dia sumbatkan telefon dalam beg, terdengar bunyi ringtone. Haish, apalagilah mamat ni. Ni kes tak puas hatilah ni. Malas malas Rihana menjawabnya.

"Hello.."

"Sayang kenapa tak cakap nak keluar ni?"

"La saya keluar sekejap je ni mak suruh cari barang sikit." balasku bersahaja.

"Ye tahu tapi kenalah beritahu abang. Berapa kali abang nak kena cakap ni?" Mikael mengeluh. Apa yang payah sangatlah Rihana ni

"Lupa.." Mikael tak kongkong hidup dia sekali tak boleh ke. Bosanlah macam ni. Terdengar dengusan Mikael disebelah sana.

"Abang tak kira lepas ni Hana kena beritahu abang kalau nak kemana-mana. Even abang tak ikut sekalipun. Abang tak faham kenapa yang susah sangat nak cakap ni?"

"Kan dah cakap tadi lupa.." Rihana mula nak naik angin.

"Ok fine! But please jangan buat lagi berapa kali nak kena pesan kat sayang ni? Masa sekaranglah nak praktikkan semuanya. Nanti dah kahwin senang." Rihana sebenarnya telah menjauhkan. telefon dari telinganya. Jadi dia tak dengar pun apa yang Mikael cakap. Dengar gitu gitu je. Serabut dia dengan Mikael. Balik balik itu yang dia ulang. Macam dia buat dosa besar sangat.

"Faham tak?"

"Faham.." elok dia dekatkan phone ayat itu yang meluncur. Iakan ajelah. Dia malas nak menjawab lebih lebih sebab takut gaduh. Dalam tempoh pertunangan ni pun dah berapa kali dia gaduh dengan Mikael. Hal kecik je pun mamat tu nak besarkan.

"Marah abang ke?"

"Oklah nanti saya call balik bye!" tut.

"Sayang wait.." Mikael mengeluh bila Rihana sudah mematikan talian. Telefon dicampakkan disebelah. Makin dekat nak kahwin asyik nak bergaduh aje. Rasanya tidak salah kalau dia nak bertanya. Kalau bukan dengan Rihana dengan siapa lagi dia nak ambik berat? Nak curahkan rasa prihatin dan sayangnya? Hana itu bakal isterinya. Sudah semestinyalah dia akan ambil berat. Payah betullah bercinta dengan orang kepala batu nih.

******

Mereka berdua lepak dimamak. Kebetulan Mikael masih lagi berperang dengan Rihana jadi dia tidak mengajak wanita itu keluar kemana mana.

"Kau okay Tak ni?" tanya Haziq. Sesekali teh tarik itu disisipnya. Wajah kusut Mikael dipandang.

"Okay cuma biasalah masalah sikit. Aku tak tahulah Ziq. Makin dekat tarikh perkahwinan kitaorang macam macam masalah timbul. Asyik nak bergaduh. Aku selagi kakak kau tu tak jadi milik aku memang aku tak tenteram."

"Kali ini pasal apa pulak?" dia sudah terbiasa dengan keadaan ini. Bila bergaduh dengan Rihana memang Mikael akan cari teman untuk meluahkan. Dan dialah mangsanya.

"Dia kata aku ni kepoh nak ambik tahu semua pasal dia. Kau rasa tak panas hati aku dengar? Dia anggap aku ni apa?" itulah yang menjadi punca dia bergaduh dengan Rihana sehingga harini.

"Mikael, aku rasa kau kena ambil masa untuk kenali kakak aku tu dulu.."

"Maksud kau?"

"Kau yakin itu Rihana yang kau kenal 7 tahun lepas?"

"Asal do kau cakap macam tu? Suspen pulak aku."

"Taklah, aku tengok cara korang ni asyik bergaduh memanjang. Esok dah kahwin takkan hal kecik pun nak gaduh jugak. Cuba kau selami dulu kakak aku tu macam mana. Kenal hati budi dulu."

"Kau nak aku kenal macam mana lagi? Aku kenallah dia macam mana dah."

"Kau sure? Kalau dah kenal perangai dia takkan ada masalah lagi? Kau mesti dah tahu macam mana nak hadap. Ini aku tengok benda yang sama je korang gaduh."

"Hah senang cakap kau jelah cerita. Apa yang aku tak tahu tu. Aku rasa Hana tu dah banyak berubah. Mungkin faktor usia kot."

"Mikael, Hana tu bagi aku tak berubah pun. Memang itulah perangai dia dari dulu sampailah sekarang. Bukan sebab faktor usia ke apa. Kau cakap dah kenal, kalau betullah kau kenal kau akan tahu dia itu orang yang bagaimana. Bagi aku apa yang kau cerita selama ni memang begitulah perangainya sejak azali. Kakak aku tu berubah pun Mikael. Sebab tu aku suruh kau kenal dia betul betul. Perkenalan korang dulu terlalu singkat jadi mesti banyak benda yang kau tak tahu pasal dia."

"Aku bukan nak menyibuk ke apa. Satu je aku nak cakap. Kau kena slow slow jangan buat sesuatu benda dengan mendadak. Kakak aku tu dah terbiasa hidup berdikari. Dia tak suka kena kongkong. Dulu pun sekolah berasrama. Aku pun jarang jumpa dia masa kitaorang kecik kecik dulu. Dia dah terbiasa hidup bebas. Even mak dan ayah aku tak pun tak tahu nak buat macam mana dah. And ya, Hana memang baran daripada dulu lagi. Mungkin tak sama dengan Hana yang kau kenal dulu. Sebab, aku pelik bila kau cakap Hana dulu baik dan manja? Kau seriuslah Mikael?" bahu kawannya yang setia mendengar itu ditepuk.

"Betul aku tak tipu! Kakak kau memang manja dulu. Garang tu tak sangat pun." bersungguh-sungguh Mikael terang. Mana mungkin dia lupa perangai Rihana ketika itu.

"Jap macam pelik je.. Pehal macam tu pulak ek? Musykil aku." Haziq mengusap dagunya. Seolah-olah berfikir. Buang tebiat agaknya kakaknya itu. Ke sebab dia suka Mikael dulu dia buat perangai macam tu nak menutup perangai dia yang sebenar? Tapi...

"Aku rasa betul cakap kau...." tiba tiba Mikael bersuara.

"Benda pulak kau ni tetiba?"

"Mungkin betul cakap kau aku tak kenali Hana dengan mendalam. Macam mana aku boleh tak perasan."

"Apa dia weyh?" suspen pulak dia tengok muka Mikael yang berubah serius itu.

"Manja dan baik? Shit! Itu lakonan dialah! Arghh macam mana aku boleh tak sedar dan perasan ni!" Mikael mengeluh.

"Kau boleh terus terang tak dengan aku. Jangan buat aku tertanya-tanya. Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?"

"Apa yang kau cakap pasal perangai kakak kau tu betullah. Aku ni yang dibutakan sebenarnya. Buta dengan lakonan dia. Of courselah dia akan ubah perangai dia supaya aku percaya yang dia tu pun sukakan aku. I got it dude!" Ya dia tersedar akan sesuatu perkara.

"Aku tak fahamlah?"

"Kau tahukan kisah kitaorang?"

"Tahu Hana ada cerita dulu. Tapi apa kena mengena?"

"Hana tahu yang aku sukakan dia. That why dia ubah perangai dia aku rasa untuk tunjukkan yang dia kononnya terima aku time tu. Sebab dia tahu kalau guna kekasaran memang tak jalan. Bila kitaorang dah semakin dekat, aku ingat lagi Rihana beri aku harapan yang kalau aku lulus SPM dia akan terima aku. Aku sahut cabaran dia weyh. Memang bertungkus lumus aku belajar masa tu. Dan aku pun bukanlah bodoh untuk biarkan benda tu. Aku beri dia syarat juga yang dia kena sentiasa sokong dan ada dengan aku. Dan ya sepanjang masa kakak kau memang ada dengan aku. Aku siap arahkan dia duduk sekali dengan famili kitaorang dulu. Diakan tengah cuti masa tu jadi tak menjadi masalah. Aku dulu pun memang kuat ugut dia dulu kalau dia tak nak dengar cakap aku. Masa awal-awal dulu aku nampak dia macam memberontak tapi tak lama." panjang Mikael membuat analisisnya sendiri. Rasanya betul dah tu. Rihana hipokrit ketika bersamanya dulu!

"So kau nak cakap apa yang kakak aku buat untuk kau dulu semua tu cuma lakonan semata-mata? Gitu maksud kau?"

"Yup!" Haziq menganggukkan kepala.

"Lagipun Hana ada cakap kat aku yang dia buat buat terima aku sebab nak suruh aku lulus exam je. Memang patah hati aku masa tu. Aku punyalah belajar disebabkan dia. Patutlah dulu dia larikan diri daripada aku. Bila aku aku ajak bertunang sebelum berangkat ke London bermacam alasan dia bagi. Nak reveal hubungan kitaorang dekat parents pun dia tak nak. Rupanya memang dia tipu aku dulu." sedih balik mengingatkan perkara ini dulu.

"Tapi sekarang tak dah kan? Korang dah boleh accept each other." complicated jugak madah budak dua orang ni.

"Memanglah. Tapi macam kau cakap tadilah agaknya memang aku tak kenal Hana tu betul-betul lagi." keluh Mikael. Dia berharap agar semuanya cepat berakhir. Kalau boleh malam ni dia nak ajak Rihana bernikah. Takut wanita itu berubah fikiran.

"Ni satu lagi aku nak pesan. Nak nasihat sikit kat kau. Janganlah kau mengongkong sangat Hana tu. Ini dengan siapa dia berkawan semua kau nak ambil port. Larang sana sini. Belum lagi hal lain. Jangan drastik sangat Mikael. Kakak aku tu dia diibarat kena kejutan daripada kau. Kau bayangkan seekor burung yang terbang bebas tanpa ada halangan tiba tiba kena kurung. Ha, macam tulah kakak aku tu rasa. Pelan-pelan, korang kena ada kepercayaan itu yang penting." nasihat Haziq. Dia dah berumahtangga. Jadi serba sedikit adalah perkara perkara yang sudah dia alami dan pelajari. Mikael tergelak.

"Ni mesti Rihana mengadu ni?"

"Yelah geram dengan kau. Kau nipun, dengan Rizal pun kau tak kasi dia kawan. Dorang tu dah lama kawan kot."

"Entahlah wei aku tak tahulah kenapa aku rasa insecure je dengan Rizal tu. Kau bayangkan eh, sebelum Rihana menjadi tunangan aku, tak ada siapapun nak dekati dia atau kacau daun. Ni bila dia dah jadi tunang aku, saham dia macam naik. Ramai pulak nak mengorat. Sebelum ni takde pun. Yang aku geram budak-budak office pun menggatal dengan dia. Tak tahu ke dia tu tunang aku. Kalau ikutkan amarah aku ni mahu aku pecat diaorang."

"Adatlah dugaan bertunang. Sebab tulah dulu orang kata jangan tunang lama lama. Berat dugaan dia." nasib baiklah hubungan dia dengan Safira berkekalan. Kalau ikutkan lama jugaklah dia bertunang dulu. Memang betul kata orang dugaan bertunang tu lain macam. Tipulah kalau dia kata dia tak pernah bergaduh dengan Safira.

"Aku harap lepas ni korang perbaiki dulu hubungan korang. Cuba face to face. Berbincang, luahkan apa yang korang tak puas hati tu. Jangan nak pendam. Bincang elok-elok. Sampai bila nak hidup macam ni? Aku yang tengok pun penat tau. Kau tengok pukul berapa dah. Nasib kau ni kawan baik aku Mikael. Kalau tak memang aku biar je kau tu sendu sorang sendiri."

"Hahahaha, sorrylah aku dah ganggu kualiti time kai dengan family. Aku haraplah cepat semua ni berakhir. Aku tengok kau ada family buat aku tak sabar nak kahwin cepat-cepat."

"Tak lama dah berapa bulan je lagi. Aku sentiasa doakan semoga urusan kau ni dipermudahkan. Kau kawan aku, Hana pula kakak aku. Aku mestilah nak tengok korang bahagia. Dahlah, lepas ni bincang elok-elok. Esok kau pujuklah dia. Ingat kalau dia api kau kena jadi air. Tak jalan kalau dua dua ego tak mahu mengaku kalah!" penat dah dia berpesan kepada Mikael. Kepada Rihana juga dia dah nasihat.

"Yelah, esok aku pujuklah dia. Tak betah hidup aku bila tak dengar suara Hana. Haih rindu pulak aku kat dia." wajah Rihana yang terpapar di wallpaper telefonnya ditatap dan diusap.

"Kemaruk sangat kau ni! Dahlah jom balik. Ingat pesan aku tadi. Jangan iyakan aje tapi tak buat. Korang berdua bukan budak kecik lagi nak kena atur. Sendiri boleh fikir dah."

"Ye aku faham. Kau nilah. Sudah sudahlah..." Mikael buat rolling eyes. Boleh tahan juga mulut kawannya ini.

"Mahu aku tak berleter. Gaduh je cari aku. Aku tengah tidur pun kau kacau. Mahu tak hangin." Mikael gelak akui kesalahannya.

"Ye aku ingat nasihat kau tu. Ada dalam kepala dah ni. Esok aku praktikkan."

"Praktikkan otak kau! Kau ingat ni apa. Dahlah jom." kunci kereta dan kotak rokok dicapai. Mikael pandang dia lama.

"Kau bagi nasihat kat orang kemain tapi engkau pun sama tak makan saman jugak."

"Apahal aku pulak." tanyanya sambil mereka berjalan menuju kearah kereta.

"Tu rokok tu. Tahu tak bahaya untuk kesihatan. Tak sayang nyawa ke? Dah terpampang gambar boleh dapat kanser kat situ pun kau boleh layan lagi sedut." nasiblah dia bukan seorang perokok. Rokok pun dia tak pernah rasa.

"Alah kau ni. Aku tengah slow slow nak berhentilah ni. Aku memang hisap tapi tak kerap dah. But still tak boleh tinggal lagi."

"Eeee, cakap serupa mat gian. Okaylah, aku balik dulu. Terima kasih sebab temankan aku dengar masalah semua." Dia jabat tangan dengan Haziq.

"No hal la. Kau kawan baik aku takkan aku tak boleh tolong. Ingat pesan aku Mikael." Mikael sekadar mengangguk. Mereka berdua kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut menuju pulang kerumah masing-masing. Didalam kepala Mikael, dia masih lagi berfikir bagaimana hendak memujuk Rihana esok. Sudahlah mereka gaduh besar walaupun ini bukan pertama kali. Dirumah nanti dia akan fikirkan cara untuk sejukkan hati wanita itu.

Share this novel

Norita Yahya
2020-09-12 16:42:46 

Xnk update ke???


NovelPlus Premium

The best ads free experience