23

Romance Series 35059

Pagi itu, Mikael sudah terpacak menunggu didepan rumahnya. Rihana tak boleh nak mengelak. Terpaksalah dia ke pejabat dengan lelaki itu. Kini kedua-duanya masih membisu didalam kereta. Hanya kedengaran suara DJ radio yang berkumandang. Tetapi satu yang Rihana pelik. Mikael memakai pakaian kasual bukan pakaian hendak ke pejabat! Sedangkan dia berbaju kebaya. Kereta yang dipandu sudah tiba dipejabat. Rihana ingin lekas lekas keluar sebelum Mikael menghalang.

"Tak payah keluar. Tunggu sini sekejap. Abang nak naik pejabat ada nak kena sign fail. Sayang tunggu je dalam kereta." usai berkata bergegas Mikael keluar tanpa sempat Rihana ingin bertanya.

"Eh mamat ni. Dia nak bawa aku pergi mana ni? Bukan waktu kerja ke sekarang. Kalau ye pun nak ajak dating cakaplah awal awal. Takdenya aku nak berkebaya bagai." dia berdecit. Bila dia lihat kelibat rakan sekerja lalu, dia cuba menyorokkan diri dengan menunduk. Bukan apa sekarang ni time kerja karang diaorang tanya apa aku nak jawab? Takkan nak jawab ha aku nak pergi dating ni. Gitu? Malulah muka dia. Walaupun dia tunangan bos sepatutnya dia tak tunjukkan contoh yang begitu. Mikael pun satu. Takde hari lain ke nak culik aku? Dalam 20 minit menunggu, Mikael kembali. Wajah Rihana yang tidak memandang kearahnya dikerling sekilas sebelum bergerak meninggalkan pejabat.

"Masih marahkan abang?" lembut Mikael bertanya. Tangan Rihana yang berada diatas peha dicapai dan digenggam erat. Tiada penolakan daripada wanita itu.

"Hana jangan senyap dengan abang. Abang tahu abang salah." Semalaman dia berfikir mengenai hala tuju hubungan mereka. Kata kata Haziq semalam ada juga betulnya. Dia tidak boleh mengongkong hidup Rihana dan melarang wanita itu berkawan dengan siapa. Pasti Rihana tertekan dengan sikapnya selama ini. Wanita itu sudah terbiasa hidup bebas. Bila difikirkan balik dia akan mengikuti nasihat Haziq semalam.

"Ni awak nak bawa saya pergi mana? Sekarangkan office hour." Mikael dapat menangkap suara tegang Rihana.

"Ye abang tahu sekarang waktu pejabat. Tapi harini kita cuti. Abang nak spent time dengan sayang. Sebelum tu kita pergi sarapan dulu ya."

"Habis meeting awak semua hari ni macam mana?" dia mengeluarkan buku diari didalam beg tangannya. Mikael yang melihat hanya tersenyum.

"Yang tu sayang jangan risau. Abang dah postponed meeting tu. Pasal jualan abang minta tolong Rizal wakilkan abang pergi."

"Pandai pulak awak minta tolong dia." Mikael berdehem. Hambik kau setepek kena atas muka.

"Look Hana, I'm sorry okay. Abang tahu abang salah dengan Hana. Abang langsung tak fikirkan pasal perasaan Hana. Abang selfish! Abang tak percayakan Hana. Abang betul betul minta maaf ya." pujuk Mikael. Sesekali wajah itu dijelingnya. Nak tenung lama-lama tak boleh tengah drive.

"Awak tahu tak saya dah lama geram dengan awak ni! Awak tak boleh nak larang apa saya nak buat Mikael. Ini belum kahwin lagi awak dah kongkong saya macam-macam. Nanti dah kahwin entah apalagi yang awak larang saya. Jangan jangan nak kerja pun awak tak bagi. Awak ingat saya ni patung atau hiasan ke nak duduk satu tempat? Saya dah lama nak luahkan dekat awak tapi saya pendam. Saya takut nanti saya yang berubah fikiran. Please, Mikael tolonglah faham saya. Saya manusia biasa ada keinginan ada kehendaknya. Saya tak suka kena kongkong. Saya boleh untuk berubah tapi berikan saya sedikit masa. Kalau dulu saya biasa hidup berseorangan kini saya ada awak. Kita bakal hidup berdua. Tanggungjawab saya pun akan berubah. Bukan itu sahaja banyak yang saya nak kena ubah. Saya tak boleh fikirkan diri saya sahaja selepas ini. Saya ada awak dalam hidup saya. Dan benda ni terlalu mendadak bagi saya. Saya sayangkan awak Mikael. Itu yang pasti. Awak kena percayakan saya. Tak guna kita bina hubungan kalau awak sentiasa curiga dengan saya." Akhirnya dia luahkan juga apa yang terbuku didalam hatinya. Dah lama dia pendam. Dan dia berpeluang juga untuk meluahkan kepada Mikael.

Mikael tarik nafas. "Maafkan abang sebab dah buat Hana tertekan. Abang bukan apa, abang takut Hana lari daripada abang lagi. Abang tak sanggup nak hadap benda tu sekali lagi."

"Awak kan saya dah kata saya terima awak. Kita pun dah nak kahwin tak lama lagi. Apa yang awak nak takutkan. Saya janji takkan lari dari awak lagi. Apa yang saya nak sekarang ni adalah awak jangan kongkong saya Mikael. Saya tak maksudkan semua. Ada certain perkara yang belum saya sedia. Saya tahu bila dah kahwin nanti awak ada hak itu but for now berikan saya sedikit ruang untuk biasakan diri. Saya harap awak faham saya Mikael.."

"Baik abang janji takkan kongkong Hana lagi. Abang akan cuba berubah demi Hana. Satu je yang abang nak tahu daripada Hana. Abang nak dengar daripada mulut Hana. Abang nak yakinkan hati abang.."

"Apa dia?"

"Hana tak terpaksakan dengan semua ni? Hana cintakan abang kan seperti mana abang cintakan Hana?"

"Awak masih tak percaya dengan saya lagi ke Mikael?"

"Bukan abang tak percaya, abang nak kepastian dan abang cuba nak yakinkan hati abang ni. I don't why but abang tenteram selagi kita tak kahwin. Sesak sangat dada abang bila fikirkan semua ini." lirih Mikael berkata mengharap Rihana juga faham akan isi hatinya.

"Look Mikael dulu memanglah sayang tak suka awak but for now saya sayang dan cintakan awak. Kita akan kahwin dah tak lama lagi. Saya tak tahu nak yakinkan awak macam mana lagi. Dah berbuih mulut saya cakap. I won't leave you Mikael. Saya akan tetap ada di sisi awak."

"Baiklah kalau itu kata Hana. Abang dah tak larat nak bergaduh. Kita ni asyik bergaduh jekan?"

"Dah awak yang mula dulu.."

"Ye abang salah. Abang janji tak buat dah. I'm sorry okay? Abang kalau boleh tak nak kita gaduh-gaduh dah. Abang nak kita happy je. Abang tahu abang salah sebab tak percayakan Hana sebelum ini. Don't worry it won't happen again. Abang sayang Hana." Mikael memegang pipi Rihana sebelum tangannya turun mengambil tangan Rihana dan dikucup lembut dan lama. Rihana senyum. Bahagia rasa hati apabila Mikael berbuat begitu. Entah kenapa perbuatan Mikael itu buat dia rasa disayangi.

**********

"Apa ni Mikael awak tutup mata saya bagai. Macam mana saya nak jalan ni?" rungut Rihana apabila Mikael menutup matanya dengan sehelai kain hitam. Dia sudah penat berjalan seharian mengikuti Mikael. Lelaki itu seolah-olah tidak kenal erti penat. Dia yang perempuan ni pun tak larat nak ikut Mikael shopping walaupun kesemua barang yang Mikael borong adalah untuknya.

"Abang adakan pimpin sayang. Ikut je." Rihana ditarik bangun dan kereta mula dikunci. Dia memimpin Rihana mengikut langkahnya. Terkial-kial wanita itu berjalan kerana takut jatuh. Dengan kebaya yang membataskan lagi pergerakkannya.

"It's okay sayang just relax."

Rihana merasakan jalan yang dipijaknya seperti tidak rata kerana dia asyik terpelecok hendak jatuh. Lama kelamaan terasa seperti ada pasir dikakinya. Dalam fikiran tak lain tak bukan dia fikirkan pantai. Mikael bawanya ke pantai ke? Mikael pula daripada hanya memimpin Rihana, dia berdiri disebelah wanita itu dan memeluk pinggang Rihana. Ditarik rapat Rihana kebadannya.

"Jangan buka selagi abang tak suruh. Understand that Sayang.." katanya sambil mencuit hidung Rihana sebelum berlalu. Tangan Rihana terawang-awang atas angin mencari Mikael.

"Mikael.." kemana pula lelaki itu pergi meninggalkannya.

"Oi Mikael!"

"Mikael!"

"Sayang diam sekejap boleh tak? Abang ada je kat sini." Mikael yang sedang buat sesuatu itu bersuara.

"Eh ada, hehehe. Ingat awak kemana tadi. Lambat lagi ke? Saya lenguhlah berdiri ni. Awak buat apa tu Mikael?" soalnya tak sabar. Tubuhnya menggigil apabila terasa angin kuat menyapa. Sudahlah sekarang waktu malam. Dia yakin dia berada dipantai sekarang. Dengar sahajalah pada bunyi ombak itu.

"Ok sayang ready abang buka.." Mikael membuka ikatan pada mata Rihana. Seketika Rihana terkedu melihat sesuatu yang terbentang depan matanya.

"Awak buat semua ni Mikael?" tanya Rihana terharu. Mikael sediakan candle light dinner di tepi pantai kemudian pada pasir pantai itu tertulis 'I love you' yang mana tulisan itu menggunakan bara api. Menyala nyala mengikut ukiran huruf tersebut.

"Sayang suka?" tanya Mikael.

"Suka sangat.." Mikael tarik senyum. Melihat wajah Rihana begitu membuatkan dia rasa puas.

"Jom duduk.." Mikael menarik kerusi untuk wanita itu. Tempat mereka sedikit terlindung daripada orang ramai. Rihana melihat makanan yang terhidang depan matanya. Semuanya nampak enak. Patutlah tadi dia mengadu pada Mikael yang dia lapar Mikael tak endahkan. Rupanya dia sudah sediakan semua ini.

"Makanlah.." Tidak lepas mata Mikael menatap wajah Rihana. Wajah Rihana yang disirami senyuman itu membuatkan hati dia rasa bahagia.

"Dah kenapa awak tak makan sekali?" bukan dia tak perasan Mikael duk tenung muka dia.

"Abang tengok sayang makan pun dah kenyang. Thanks sayang for today. Abang happy kalau Hana juga happy." Mikael senyum. Rihana kalihkan pandangan. Malu pula dia bila Mikael tenung macam tu. Tak jadi dia nak suap steak dalam mulut malah pisau pemotong steak itu diangkat dan dihulurkan depan muka Mikael. Terkejut lelaki itu jadinya.

"Ish sayang nak bunuh abang ke apa?"

"Manada! Tak nampak tu steak, saya nak suap awaklah."

"Garfukan ada. Ada pulak pakai pisau. Terkejut abang." sudahlah dia ralit perhatikan wajah Rihana tadi.

"Tak nak sudah! Orang nak suap je pun." steak tadi disuap ke dalam mulutnya. Ngeri pula Mikael lihat. Buatnya pisau itu tercucuk dalam mulut tak ke naya?

"Yelah suap abang tapi pakai garfu tu." Rihana potong steak dan menyuap Mikael.

Cuppp!

"Eiiii Mikael!" Rihana mengesat pipinya. Suka hati je mamat ni cium aku! Sudahlah makan steak bau tahu tak.

"Hehehe Hana cute sangatlah geram abang." kedudukan mereka di meja bulat secara bersebelahan membuatkan jarak mereka dekat. Geram je dia tengok Rihana rasa nak gomol. Ish lambat pula rasa tempoh mereka nak kahwin. Padahal tinggal beberapa bulan je lagi.

"Eee bencilah! Suka hati dia je nak cium orang. Ingat kita ni apa." bebel Rihana.

"Kalau sayang tak puas hati sayang ciumlah abang balik.." usik Mikael. Keningnya dimainkan.

"Jangan buat pasal kita tak kahwin lagi ni."

"Alah nak kahwin juga tak lama lagi kan."

"Ish malas layan awak.." Rihana sambung makan. Pipinya sudah berona merah menahan malu. Mikael disebelah sudah tersengih-sengih memandangnya.

Selesai makan, Mikael menghantar Rihana pulang. Barang barang yang dishopping tadi Mikael bantu bawa masuk ke dalam rumah.

"Amboi sakan nampak shopping.." tegur Haziq yang kebetulan duduk diluar untuk merokok. Kalau merokok kat dalam mahu benjol kepala dia direjam barang oleh Heliza nanti. Wajah kakaknya yang tersenyum itu dijeling sekilas. Nampaknya mereka sudah berbaik. Kalau tidak memanjang muka kakaknya itu serius macam orang teran sembelit!

"Ni kiranya dah berbaiklah ni? Kau kak kesian Mikael, botak kepala dia tak lama kalau kau shopping sakan macam ni." usik Haziq.

"Eh apa pulak aku. Dia yang beli aku tak mintak pun. Dah syuhh syuhh pergi masuk dalam sibuk je tercegat kat sini." tangan diangkat menolak Haziq.

"Eleh, kalau tidak aku juga yang korang cari. Cis tak nak dah lepas ni aku tolang korang!" bebel Haziq sambil kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Rihana kalih pandang Mikael dibelakangnya.

"Thanks untuk harini gembirakan saya sepanjang hari." Mikael senyum. Tangan Rihana diambil dan dibawa ke bibir mengucup lama.

"Anything for you Sayang. Sekali lagi abang minta maaf dengan Hana. Abang janji tak buat lagi. Takkan kongkong Hana. But, please abang cuma nak Hana utamakan abang dalam apa apa hal sekalipun. Jangan tolak abang ketepi. Abang nak jadi orang yang penting dan bermakna bagi Hana selamanya."

"Hana akan perbaiki diri Hana selepas ini. Terima kasih Mikael sebab sabar dengan karenah saya. I love you.."

"Love you too sayang.. Dah pergi masuk berehat. Kita jumpa esok kat office." Rihana menghantar Mikael sampai ke pintu pagar. Didalam kereta sempat Mikael mengenyitkan matanya. Rihana membalas dengan memberi flying kiss dan disambut pula oleh Mikael dan terus dibawa ke dada. Tersenyum lebar kedua dua mereka. Rihana berharap selepas ini perkara yang indah-indah saja berlaku dalam hidupnya. Sungguh dia tak larat nak bergaduh memanjang dengan Mikael. Dia juga turut berdoa agar dia dapat menerima semua perubahan yang berlaku dan ingin berubah kearah yang lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience