4

Romance Series 35059

Monyok saja mukanya apabila disuruh mengemas rumah. Angah yang nak kahwin dia pula yang kena jadi bibik mengemas rumah bagai. Dahlah langkah bendul budak tu. Gaya Rihana mengelap cermin pintu macam orang tak makan 3 hari. Lembik semacam. Kesat sekejap pastu rehat je lebih. Tak berkenan sungguhlah dia nak buat kerja macam ni.

"Kalau macam ni gayanya alamat tahun depan pun belum tentu siap." sapa satu suara. Siapa lagi kalau buka musuhnya orang utan itu. Selagi angah tak kahwin selagi tulah dia duk menempek kat sini. Mak dengan abah pun kemain suka orang utan ni duduk sini. Jangan jangan dia dah guna gunakan famili aku tak? Kalau tidak masakan mak dan abah layan dia bagaikan putera raja. Sedangkan dia pun dianak tirikan.

"Kau kalau sehari tak mengutuk aku tak sah hidup kau kan? Sudah sudahlah kau buat dosa." dia bukan menuduh Rihana. Setiap kali dia menegur gadis itu pasti dia akan direnung tajam dan lama. Lepas itu mulut Rihana pula terkumat-kamit seperti mengatakan sesuatu. Kalau tak mengumpat dia apalagi tu?

"Eh dosa aku suka hati akulah. Menyibuklah kau ni. Pergilah sana jangan kacau. Muka kau tu menutup pandangan pandangan yang indah ada depan aku. Dah kesana kau." Mikael mengetap bibir. Bukan dia tak tahu Rihana mengutuk jambang yang ada diwajahnya. Anti sungguh gadis itu dengan jambangnya.

"Memanglah dosa kau tapi nanti kau tak kesian ke kat aku?" Mikael sudah mula mahu mengusik. Dia bersandar di cermin.

"Pehal pulak aku nak kesian. Kau siapa!" balas Rihana tak acuh. Dia kembali menggosok pintu cermin itu. Kemain kuat dia kesat kerana sekarang dia membayangkan muka Mikael disitu. Nak aja dia sental biar lenyap terus makhluk berbulu itu dari hidupnya.

"Yelah sekarang memanglah dosa kau. Nanti dah kahwin, dosa kau tu aku tanggung tahu tak! Kau ni belajar je tinggi. Tapi bodoh ya amat. Masa sekolah dulu ustazah ajar kau tidur eh?"

"Kau merepek apa ni setan! Apahal kau merapu sampai nak tanggung dosa aku bagai ni." Rihana mencampak kasar kain buruk kearah Mikael. Selamba aja Mikael sambut dan dia mengelap pula pintu cermin itu.

"Kau ni saja nak aku ulang banyak kali. Nanti bila kita dah kahwin dosa kau tu aku tanggung. Kau kan isteri aku. Dah menjadi tanggungjawab akulah sebagai suami untuk membimbing kau. Tunjuk jalan yang betul dan lurus pada kau." Mikael sudah tersengih gatal. Dikerling Rihana disebelah. Mak aih merahnya muka. Janganlah berkerut sangat nanti cepat tua muka tu.

"Eh orang utan siapa nak kahwin dengan kau hah! Banyak cantik muka. Nak tunjuk jalan yang lurus konon. Jalan engkau pun bengkang-bengkok ada hati nak ajar orang. Sebelum kau sibuk nak luruskan jalan orang kau pergi baiki dulu muka kau tu. Semak dah aku tengok. Ish, sebijik monyet! Dahlah berambus sana." ditolak kasar tubuh Mikael yang menghalang laluannya.

"Eee, aku cili jugak mulut minah ni karang. Dengki benor dia dengan muka aku. Apa yang tak kena eh? Biasa je aku tengok. Alah biasalah lelaki berjambang. Apa dia tak pernah tengok ke? Kau jangan nak benci sangat Rihana dengan aku. Nanti yang ni jugaklah yang kau gila bayang. Masa tu aku tak cakap banyaklah terus tarik jumpa tok kadi. Hahahahaha.." Mikael mula mengomel sendirian sambil mengusap ngusap jambangnya. Rihana yang kebetulan lalu membesarkan matanya. Perbuatan Mikael itu dipandang geli. Ish macam orang gila dah mamat ni.

"Angah aku rasa kau dah bawa masuk orang gila dalam rumah ni." kata Rihana pada Haziq yang duduk disofa.

"Orang gila mana pulak kak?"

"Tu belakang kau tersengih-sengih macam orang kurang siuman." Haziq toleh belakang. Dilihat Mikael termenung sambil tersenyum sorang-sorang. Dah kenapa pulak mamat tu.

"Tak baiklah kak kau cakap macam tu. Dia okaylah. Cuba akak berkawan dengan dia." pujuk Haziq. Melihat kepada cara Mikael alamat lambat lagilah dia merasa nasi minyak kawannya itu.

"Kau nak suruh aku gila macam dia juga? Kalau macam tu baik kau hantar je aku kat Tanjong Rambutan tu."

"Kau ni kak ada pulak kesitu.." malas Haziq mahu melayan kakaknya ini. Matanya kembali tertacap pada Tv.

"Ni lagi satu aku tak puas hati. Kau yang nak kahwin aku pula yang bermati matian kemas rumah! Kau ingat kau raja ke duduk goyang kaki." Rihana meluku kepala adiknya. Kemudiannya berlalu. Baik naik atas tidur lagi bagus.

"Aduh! Dah kenapa kakak aku ni. Ya Allah kau lembutkanlah hati singa betina tu. Mengaum je dia tahu. Eeee, nasib kaulah Mikael dapat bakal isteri macam tu." Haziq mengusap kepalanya. Boleh tahan juga sakitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience