20

Romance Series 35052

Rihana sendirian. Dari dapur sehingga keruang tamu bawa pula kesemua bilik habis semua lampu dia buka. Tv pula dipasang dengan volume yang kuat. Siang tadi dia telah mengemas rumah itu. Bersarang macam apa. Nasib tak banyak kerja yang perlu dibuat. Sekarang ini termangu dia keseorangan disitu. Walaupun ada Rocky masih tetap tidak dapat membuang rasa takut dalam dirinya. Dia kena kuat. Lama lama pasti dia akan terbiasa.

Loceng rumah yang berbunyi menyentakkan Rihana. Siapa pula yang datang ke rumahnya malam malam begini? Takkan mak kot? Dah rindu pada dia ke? Rihana membuka pintu, terjengul wajah Haziq didepannya.

"Ha kau nak apa?"

"Amboi kak, macam tak ikhlas je bunyinya. Tak nak jemput aku masuk ke?" cantik sungguh bahasa kakaknya ini. Bukan nak pelawa ke apa malah macam nak dihalaunya dia.

"Kau nilah. Ha, kejap aku amik kunci." Kunci didinding diambil dan dia membuka pintu grill. Haziq menghulurkan plastik berisi bekas polisterin kepada Rihana.

"Apa ni?"

"Makanan pun kau dah tak reti nak bezakan ke? Aku beli je mana tahu kau tak makan lagi." Mata meliar memandang sekeliling ruang tamu Rihana. Cantik! Cepatnya Rihana berkemas. Ah, apa nak risau rumah ni memang dah tersedia semuanya. Cuma empunya badan yang tak mahu duduk.

"Hah, nak apa kau kemari?" Rihana kembali duduk disofa. Haziq pun begitu.

"Saje nak datang tengok kau. Aku kerumah mak tadi. Mak cakap kau dah pindah sini. Tiba tiba je kak. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" sengaja Haziq bertanya walhal dia sudah mengetahui semuanya. Menangis nangis maknya itu ketika bercerita. Haziq pun tak faham, bila dekat asyik nak bertekak. Maknya itu hanya tahu nak berleter aje pada Hana. Ini bila dah jauh mulalah nak sendu.

"Takde apalah saje nak berubah angin."

"Baliklah kak. Tak baik merajuk lama lama dengan mak. Tak kesian ke mak tu?" sebenarnya dia kemari kerana ayahnya yang menyuruh memujuk Rihana supaya pulang. En. Razif tak berapa nak percaya juga bila Rihana nak tinggal sorang diri di apartmen itu. Itulah Haziq kemari untuk memujuk kakaknya. Itupun kalau Rihana dengarlah.

"Masa bila pulak aku merajuk. Kau nilah jangan nak menuduh eh!"

"Tak merajuk kalau bawa diri sampai kesini? Aku bukan kenal kau sehari dua kak.."

"Memanglah sape cakap kau kenal aku sehari dua je..." Haziq mengetap bibir. Eeee, suka sangat menyampuk cakap orang. Dia diam begitu juga Rihana. Dia pandang Rocky. Tak berenggang langsung kucing itu dengan kakaknya.

"Safira sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Eh, lupa dia kirim salam kat kau." Rihana mengangguk. Salam dijawab didalam hati. Tak lama lagi dapatlah dia anak saudara kerana Safira kini sedang hamil 5 bulan.

"Aku teman kau ye malam ni?" Rihana tersentak.

"Eh tak payah! Pergi balik tu. Pergi jaga bini kau kat rumah karang jadi apa apa susah takde orang. Jangan nak mengada-ngada." pehal pulak budak ni nak meneman aku. Memanglah dalam hati rasa nak melompat tapi bila fikir balik tak perlulah. Dia kena berdikari daripada sekarang. Kena belajar hidup sendiri. Tak boleh takut takut!

"Ala bolehlah. Aku mana pernah duduk sini lagi. Bagilah aku peluang rasa duduk rumah kau ni. Boleh eh?" Haziq sebenarnya kesiankan Rihana. Dia tahu Rihana seorang yang penakut. Hal ini dia sudah maklumkan kepada Safira. Isterinya itu setuju aje jika dia bermalam dirumah Rihana.

"Kau buang tebiat ke apa? Rumah kau seribu kali lagi cantik lagi besar. Tak payah Haziq aku cakap. Kau pergi balik sekarang! Pandailah aku hidup. Bukan ada apanya. Rocky pun ada dengan aku. Dah, pergi balik." Tangan Haziq ditarik bangun. Tubuh lelaki itu ditolak sehingga ke muka pintu.

"Eh akak kau nilah. Tak menyempat nyempat sungguh. Dahlah jamu aku air pun tidak. Tu, aku punya phone tu atas sofa. Tak dan aku nak amik kau dah halau." Rihana sengih. Dia berlari mendapatkan phone Haziq.

"Kau duduk elok-elok kak. Kunci semua pintu. Cepat aku tengok." arah Haziq. Dia menanti Rihana mengunci pintu rumah.

"Eh pandailah aku. Kau nilah ingat aku budak kecik ke?"

"Takde takde. Tutup sekarang. Kunci! Baru aku pergi."

"Yelah yelah. Ha berambus cepat." usai berkata terus Rihana kunci pintu. Buat seperti yang dikata Haziq.

"Aku balik dulu. Elok-elok kak." jerit Haziq dari luar. Ish budak nilah. Yang pergi jerit buat apa. Tahulah dek jiran lain nanti aku tinggal sorang diri.

*****************

Rihana ralit menatap skrin komputer. Sesekali dia menenyeh mata. Sakit mata hadap komputer lama lama. Semalam Mikael ada emailkan dia kerja dari Johor. Bila ditanya bila dia akan balik lelaki itu terus tidak membalas chatnya. Nak merajuk? Merajuklah malas aku nak melayan. Sejak dia mengaku segalanya kepada Dato dan Datin, dia lihat mereka semakin menjauh daripadanya. Dato' macam nak tak nak je tegur dia. Begitu juga Mikael. Tiada panggilan dan chat daripada lelaki itu lagi. Mereka berkomunikasi sekarang semata-mata atas urusan kerja. Dia pasti Mikael sudah tahu perihal hal itu. Tak apalah yang pasti Datin dengan Dato' tak harapkan apa apa lagi daripada aku.

Seseorang melalui depannya dengan langkah yang deras sampaikan tak sempat dia nak menghalang lelaki itu. Dia yang sedang leka dengan kerja, pantas bangun dan mengejar langkah lelaki itu yang sudah masuk kedalam bilik Mikael. Biadap sungguh! Tak nampak ke aku kat depan tu? Yang main terjah bilik orang ni apa kes.

"Encik tak boleh masuk. Tuan Mikael tiada sekarang dipejabat. Sila keluar sekarang. Encik tak ada hak nak masuk bilik ini tanpa kebenaran." kata Rihana. Lelaki itu beriak selamba dan terus duduk dikerusi meja kerjanya.

"Kau dah tak kenal bos kau ke apa?" Rihana terkedu sebaik lelaki itu memusing memandang kearahnya. Seluruh badannya rasa mengejung.

"Dani..." katanya perlahan. Mana mungkin dia lupakan wajah lelaki itu. Terpaku seketika dia melihat wajah Mikael yang sudah dicukur semuanya. Lain, sangat lain wajah lelaki itu sekarang. Kini wajah Dani yang ada didepan matanya. Rihana mendekati Mikael. Dia seolah-olah terpukau dan tanpa sedar tangannya naik menyentuh tepi pipi lelaki itu. Dan...

"Arghhh, kau ni dah kenapa?" ngaduh Mikael. Baru dia rasa nak feeling feeling terbuai buai dengan sentuhan Rihana. Tak sangka pula Rihana cubit pipi dia dengan kuat.

"Dani..."

"Ye aku kenapa?" Dia sendiri tadi terkejut bila Rihana menyentuh pipinya. Sampai macam tu sekali Rihana terkejut melihat dia. Ternganga habis. Nasib dia tak peluk Rihana tadi. Hish, aku dah la lama geram kat dia ni.

"Dani..." Mikael pelik bila Rihana duk seru nama dia berkali-kali. Dia dahlah sekarang tengah isytihar perang dengan gadis itu. Sekali lagi tangan Rihana naik menyentuh pipi lelaki itu tetapi sekadar cuit cuitlah pula. Mikael? Memang taklah dia nak halang. Dia lagi suka kalau Rihana sentuh dia. Nak cium pun tak apa. Peduli apa dengan rusuhan yang dia buat. Rezeki ada depan mata jangan tolak!

"Kau kenapa ni Hana?" Tangan Rihana yang tengah mencuit pipinya ditepis perlahan. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya. Dia masih terasa hati dengan Rihana. Sampai begitu sekali penolakan wanita itu terhadapnya. Sanggup membongkarkan segalanya kepada ibubapanya. Sudahnya dia pula yang dileteri oleh mommy.

"Kau.. kau.." Rihana kelu. Entah kenapa wajah 'baru' Mikael itu menimbulkan satu perasaan dalam dirinya. Terasa emo pula dia bila melihat wajah Mikael. Eh, no Dani! Yang berada didepannya sekarang ini adalah Dani lelaki yang dia perbodohkan dulu. Tak berubah sangat wajahnya. Cuma nampak lebih matang.

"Dani.." Mikael buat tak dengar. Merajuk katakan. Biarlah orang dah tak nak kita takkan kita nak terhegeh-hegeh pulak kan? Eee menyesal balik Malaysia! Ingatkan bolehlah dilenturkan hati Rihana. Rupanya tidak! Hati apa ntah minah tu. Keras macam batu.

Dia yang ketika itu duduk membelakangi Hana tersentak apabila lehernya dipeluk erat. Dia tahu siapa yang memeluknya. Hanya mereka berdua saja dalam bilik itu. Dan Mikael seperti biasa dia takkan menghalang perbuatan Rihana itu. Nak gaduh, nak bermasam muka silakan. Tapi bab Rihana nak pegang pegang dia itu belakang cerita. Part itu kira rezeki dialah.. Hahaha

Lengan wanita itu dipegang sebelum dia bangun dari duduk dan berdiri bertentangan dengan Rihana. Wajah Rihana yang menunduk itu diangkat menggunakan jarinya. Seketika Mikael terkedu. Ada air jernih ditubir mata wanita itu. Rihana menangis kah?

"Kau kenapa ni Hana?" Dia mula gelabah. Mahu tak gelabah tetiba Rihana menangis. Dia tak buat salah apapun ketika itu.

"Aku.. Aku.." dia tak jadi teruskan ayat. Mukanya ditutup dengan kedua dua tapak tangannya.

"Kau apa?" Mikael mengusap bahu Rihana. Dah kenapa pulak minah ni. Ke terkejut tengok muka aku? Apa masih buruk lagi ke muka aku ini? Kalau Rihana kata muka dia buruk memang dia kerjakan cukup cukup wanita itu.

Rihana tak tahu nak kata apa. Bila Mikael buang jambang, terserlahlah wajah Dani itu. Dia jadi serba salah. Pada masa yang sama dia rasa macam rindu dan gembira. Er, sebab tu tadi dia tak dapat kawal diri dan peluk Mikael. Dia rasa gembira melihat lelaki itu didepan matanya. Entah dia tak tahu nak cakap macam mana. Memanglah mereka orang yang sama. Dia dah mengadap muka Mikael tu selalu tetapi sekarang ini yang ada depan matanya adalah Mikael versi Dani. Gila dia tak terkejut. Dan secara tiba-tiba itu pulaklah semua kisah mereka yang dulu mula bertandang dalam kepalanya.

"Aku gembira nampak kau.. Kau yang err.. maksud aku Dani.." balas Rihana tergagap. Dia menundukkan wajah. Jari jemarinya dimain antara satu sama lain.

"Kau gembira nampak aku? Bukan selama ini aku memang ada depan mata kau ke? Kau je yang tak pandang." sengaja! Memang dia sengaja ingin kenakan Rihana.

Rihana mengeluh. "Memanglah. Maksud aku diri kau yang baru ni.. Erghh, tak apalah." dia rasa seperti bodoh pula. Mengapa dia begitu lemah berhadapan dengan lelaki ini? Maksud aku Dani. Kalau Mikael versi yang berjambang dulu tu dia berani sangat melawan meskipun dia tahu itu Dani. Tetapi hari ini entah kenapa semuanya berubah. Perasaannya juga berbolak balik.

"Aku keluar dulu.." belum sempat dia ingin pergi Mikael menarik lengannya. Mikael mendekatkan tubuh Rihana dengan tubuhnya.

"Pandang aku Hana.." laju aje dia tatap wajah Mikael. Dia lihat lelaki itu senyum.

"Kau rindu aku ye? Rindu Dani?" duga Mikael. Dia mendekatkan lagi wajahnya kearah Rihana sehingga tinggal beberapa inci jarak mereka.

"Aku minta maaf..." luah Rihana ikhlas sambil tangannya dibawa ke pipi Mikael. Mengusapnya lembut. Setitik demi setitik air matanya mula mengalir. Dia rindu untuk menatap wajah lelaki ini. Memang dia sudah lupakan Dani dalam hidupnya. Tetapi dia tidak sangka sebegini besar impak yang lelaki itu beri kepadanya. Sangkanya dia sudah boleh melupakan Dani rupanya tidak! Lihat sajalah seperti sekarang betapa dia lemah dengan lelaki itu.

Mikael senyum. Tangan Rihana diraih dan dibawa kebibirnya. "Aku tak marah kau Hana. Aku sayang kau dari dulu lagi.." Rihana panggung kepala. Kini mereka bertentang mata antara satu sama lain.

"Dani..."

"Ye?"

"Aku rindu kau..." tutur Rihana perlahan. Mikael tarik senyum. Lebar.

"Aku rindu Dani.." Mikael senyum lagi. Tak sia sia dia shave bersih jambang dia. Kalau tahu begini kesudahannya baik dia cukur awal awal dulu. Tak adalah dia serabaikan diri dia lama lama. Dia sendiri pun semalam terkejut tengok muka sendiri. Yelah bertutup dengan jambang selama ni sampai rupa sendiri pun dia hampir tak tahu bagaimana.

"Aku pun rindu kau. Lain kali kau kena ikut aku outstation." terus didakap tubuh Rihana. Dipeluk erat ibarat melepaskan rindu yang bertahun-tahun lamanya.

"Aku cakap aku rindu Dani bukan Mikael.."

"Dah dua ekor manusia tu bukan orang yang sama ke?" tanya Mikael pelik.

"Mikael yang berjambang tu aku dah bosan mengadap dia. Ini depan aku nikan Dani. Dani yang dah lama aku tak jumpa."

"Macam mana nak jumpa kalau kau dulu asyik mengelak.." tempelak Mikael sambil jari telunjuknya naik menunjal dahi Rihana sebaik dia melepaskan pelukan.

"Kalau kau ungkit aku nak keluarlah.." dia malaslah nak dengar Mikael buka cerita lama. Sebab dia tahu dia yang bersalah. Mesti lelaki itu akan kutuk dia kaw kaw punya.

"Eh janganlah.. Tadi kata rindu aku." Hilang sudah mood rajuk Mikael. Yang muncul kini adalah mood gatalnya pula. Eeeeee, sukanya bila tengok Rihana seakan-akan boleh menerimanya.

"Hana, kita sambung balik ye apa yang terputus. Aku ikhlas dengan kau Hana. Please, jangan lukakan hati aku sekali lagi. Tolong terima aku balik Hana. Kita mulakan semula." Rihana diam. Bersediakah dia? Hatinya mula boleh untuk menerima Mikael tapi untuk bawa hubungan ini kelangkah yang seterusnya dia masih ragu ragu.

"Hana janganlah macam ni. Takkan kau tak nak terima aku lagi. Terang terang dah perasaan kau pada aku macam mana. Aku tahu kau sayangkan aku Hana. What are you afraid of Hana?" takkan tak tercapai lagi impiannya kali ini? Rihana ini kenapa? Macam nak tak nak je sedangkan dia yakin wanita itu juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

"Terserahlah Hana.. Aku dah tak tahu macam mana nak yakinkan kau lagi. Mungkin betul kau memang tak pernah sukakan aku kan? Aku je yang bertepuk sebelah tangan dari dulu lagi. Cuma aku yang tergilakan kau.." kata Mikael lemah. Dia jatuhkan tubuhnya di kerusi dan bersandar lemah. Kerusi dipusing membelakangi Rihana.

"Kalau kau dah tak ada apa nak dikatakan boleh keluar tak? Aku nak bersendirian.." dia cuba untuk menyorokkan wajahnya daripada Rihana. Dia ingin menangis! Tak sangka kesudahannya dia tetap ditolak oleh wanita itu. Hati lelakinya sakit! Dia separuh mati sayangkan Rihana tetapi wanita itu langsung tiada perasaan terhadapnya. Siapa je yang tak sedih.

"Aduh..." ngadu Mikael. Laju kerusinya dipusing memandang Rihana dengan wajah tidak percaya.

"Kau.. Kau luku kepala aku Hana?" giler minah ni. Terbantut terus aku nak menangis. Baru rasa nak bersedih tadi.

"Memang. Memang aku luku kau. Geramlah aku dengan kau ni. Boleh tak lain kali jangan nak buat spekulasi sendiri. Aku diam tadi tengah susun ayat kau tahu tak! Dahlah layanlah sendu kau tu sorang sorang." marah Rihana. Dia dahlah duk tengah perah otak fikir ayat nak cakap dengan Mikael tup tup Mikael buat kesimpulan sendiri. Mahu dia tak marah dengan tebal muka lagi nak tatap wajah lelaki itu.

"Hana nanti dulu.. Eh janganlah pergi. Alaaaa Hana sorry sorry jangan tarik balik." menggelabah Mikael merayu kepada Rihana. Ha, tahu takut. Tulah memandai lagi. Rihana yang hampir memulas tombol pintu itu ditahan.

"Kau serius eh. Kiranya kau setujulah ni. Tak boleh tarik balik dah tau. Tak baik mungkir janji. Kita kahwin ya Hana." kata Mikael dengan wajah miang kucingnya.

"Aku ada mak ayah lagi. Pergi tanya diaorang.." Rihana memberi hint kepada Mikael. Mikael membulatkan matanya terkejut.

"Yahoooooo!!!!!!!" teriak Mikael. Terkinja-kinja dia melompat macam baru lepas menang loteri.

"Kau ni bisinglah. Dahlah malas aku nak layan kau." dalam marah marah pun Rihana sembunyi senyum. Biarlah dia mengalah kali ini. Dia pun tak dapat nak sembunyikan perasaan dia lagi. Dan dia yakin 'perasaan' ini benar buat Mikael. Harap haraplah aku tak berubah pendirian, tetap dengan keputusan yang aku buat. Dia sebenarnya masih keliru sedikit. Dalam yakin dia keliru. Bagaimana itu? Pada masa yang sama dia sayangkan Mikael a.k.a Dani. Dia rasa tak nak kehilangan lelaki itu lagi.

p/s: Sy nk mntk maaf krna lma xupdte.. Mgkin slps ini sy akn jrg utk updte on time tapi sy akn cuba. Terima kasih pd yg msih setia mnggu.

Kali ni kita kasi Rihana baik dengan Mikael. Penatlah gaduh2 jekan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience