18

Romance Series 35052

Rihana lega. Masuk hari ini sudah 2 hari Mikael tiada kerana outstation di Johor. Bayangkanlah selepas tempoh hari rahsianya terbongkar punya tebal muka dia mengadap Mikael. Kelam kabut semua kerja dia buat. Mikael mintak Nescafe dia bancuh kopi. Maklumat pasal meeting semua silap dia sampaikan kepada lelaki itu. Nasib Mikael tak marah siap dia offer cuti pulak kalau aku tak sihat. Huhuhu, aku tak sihat sebab kaulah Mikael. Baru 2 hari ini dia boleh bernafas dengan aman dan damai tanpa rasa bersalah mengadap Mikael lagi. Harap harap Mikael buat tak tahu jelah. Hahaha.

Lepas habis kerja terus aku singgah ke rumah Datin Aleena. Katanya nak jumpa hal apa pun tak tahu. Time ni aku beranilah pergi. Mikael takde kan. Selepas bertanyakan keberadaan Datin Aleena kepada bibik aku terus keruang tamu. Dia sedang duduk disofa sambil membelek majalah. Style gitu gaya mak datin katakan.

"Assalamualaikum Datin..."

"Hana, come here. How I miss you. Lamanya tak jenguk mama." balik balik ayat itu dia ulang. Lama tak jumpa. Owh panggilan mama tu hmm, selepas dia hantar rombongan haritu dia sudah menggelarkan diri dia sebegitu kepada aku. Aku pun layankan ajelah. Buat bazir air liur je aku melarang, dia bukan nak dengar pun. Tapi bukan betul betul pun kan?

"Sorrylah Datin. Busy sikit hehehe. Datin sihat?"

"Berapa kali mama cakap jangan panggil Datin lagi. Hana nilah. Nak jadi menantu dah kan. Mama sihat je alhamdulillah. Ni dah makan ke belum? Kalau belum mari makan. Nanti mama suruh bibik hidangkan.."

"Eh takpe Datin saya kenyang lagi. Tak lapar. It's okay. Dato' mana?" Rasanya dia balik dari aku dulu tadi.

"Owh ada kat atas. Ni Hana, mama panggil ni sebab nak bincang pasal you all. Ni, tengok ni. Cantikkan? Mama tak sabar nak plan wedding korang. Tapi mama nak juga pendapat Hana takut Hana tak berkenan. Ni buku butik kawan mama. Hana tengoklah." what??? Hampir hampir dia nak mencarut tadi sebab terkejut. Seriously? Apa ni? Eh, aku tak naklah semua ni. Aku tak ready lagilah! Rihana rasa macam nak pitam dengar.

"Datin nanti. Saya rasa ada yang tak kena. Biarlah saya berterus terang dengan Datin. Saya sebenarnya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Mikael! Saya minta maaf banyak-banyak Datin tapi itulah hakikatnya." lebih baik dia jujur aje. Karang melarat pula masalah dia. Dia pun malas nak berdalih lagi. Datin Aleena menekup mulutnya.

"Hana awak biar betul? Habis tu selama ini apa? Mikael kata kamu berdua bercinta. Mama hantar merisik haritu semua? Hana cakap dengan mama. Apa semua ni?" Datin Aleena menggoyangkan bahu Rihana. Airmatanya hampir menitik.

"Itu hanya Mikael. Saya tak pernah sukakan dia. Dia bertepuk sebelah tangan. Dia hantar rombongan merisik tu pun saya tak tahu. Dia tak cakap apapun. Tolonglah Datin, jangan buat saya macam ni. Saya dah cukup tertekan dah." Rihana tak kira apa nak jadi jadilah. Sampai ke tahap macam ini sekali Datin Aleena berfikir. Dia sudah menolak risikan itu. Silapnya mungkin hanya memaklumkan kepada Mikael sahaja. Memang taklah lelaki itu nak beritahu keluarganya. Buat penat aku je pesan banyak kali kat lelaki tu.

"Hana apa semua ni?" tegur Dato Azhari yang baru sahaja turun.

"Dato'..."

"Betul ke apa yang saya dengar.." Rihana menunduk.

"Ye betul..."

"Habis selama ni apa? Yang Mikael ceritakan pada kami semua." Dato' Azhari sudah mengambil tempat di sofa bersebelahan isterinya. Aku kini ibaratkan pesalah menantikan hukuman gantung. Berdiri tegak dihadapan mereka.

"I'm sorry Dato' dan Datin. Jujur saya kata apa yang Mikael cerita selama ini tipu semuanya. Saya tak sukakan dia... Sebenarnya..." Rihana tarik nafas biarlah segala segalanya terbongkar hari ini. Tidak aman hidupnya jika disogok begini. Aku tak nak Datin dan Dato' mengharapkan apa-apa daripada aku.

"Cerita ini melibatkan 7 tahun lepas. Masa tu saya masih lagi guru tuisyen Mikael.." Rihana berhenti seketika. Wajah kedua-dua manusia didepannya ini dipandang.

"Maknanya awal dan Mikael dah bersama selama 7 tahun?" sampuk Dato' Azhari.

"Tak Dato'.. Macam inilah terlebih dahulu saya nak mohon maaf atas apa yang saya dah buat sebelum ini. Saya tak berfikir panjang. Saya tahu saya silap disitu." Datin Aleena memegang dadanya. Berdebar dia menantikan cerita daripada Rihana.

"Saya telah mempergunakan Mikael ketika itu. Mikael kata dia suka saya. Disebabkan saya tahu dia suka sayalah, saya gunakan perkara itu sebagai kunci untuk ugut dia. Saya kata kalau dia suka saya dia kena lulus SPM. Pada mulanya saya ingat dia takkan bersetuju. Tapi sangkaan saya meleset. Dia belajar bersungguh-sungguh. Dekat sekolah dia habiskan banyak masa dilibrary. Buat latihan tubi. Dan saya tak sangka dia lulus dengan cemerlang dalam SPM..."

"Bila dia dah lulus dia tuntut hal tu dengan saya. Dia ajak untuk bertunang dulu sebelum Dato hantar dia overseas tapi saya tak nak sebab saya memang tak ada perasaan kat dia. Lagipun masa tu saya anggap Mikael macam adik-adik. Tak terlintas langsung kat fikiran saya untuk bersama dia.."

"Hana apa awak dah buat...?" Datin Aleena menekup mulutnya. Ini dia cerita yang sebenar.

"Percayalah Dato' dan Datin. Saya buat semua ini untuk kepentingan dia juga. Dato' tahukan Mikael bukan seorang yang rajin belajar. Ponteng kelas lagi. Results exam dia semua teruk teruk belaka memang tak ada harapan langsung. Masa saya mengajar tuisyen dulu pun dia buat endah tak endah. Saya tahu saya salah beri harapan palsu kepada dia. Tapi itu jelah satu satu jalan yang saya ada ketika itu. Dan saya tak sangka sampai sekarang Mikael tuntut dan ingat perkara tu. Dah lama dah sangat. 7 tahun dah."

Aku duduk kembali disebelah Datin Aleena. Tangannya aku pegang. "I'm sorry Datin. Saya betul-betul tiada niat. I was wrong.." Datin Aleena pandang aku. Mulutnya seakan terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu.

"Hana, beritahu saya. Adakah selama ini Mikael tak nak balik Malaysia disebabkan kamu?" aku terkedu.

"Aleena..." tegur Dato Azhari. Dia pun masih terkejut. Pandai mereka berdua ini menyimpan rahsia.

"Hana jawab saya.. Betul ke?"

"Ye betul Datin sebab dia kecewa dengan saya." aku lihat Datin Aleena sudah menghamburkan tangis dia. Aku jadi serba salah. Cerita yang betul pun salah tak cerita lagilah salah.

"Sampai hati awak Hana.."

"Datin I'm sorry.." aku memeluk bahunya.

"Awak tak tahu macam mana saya tahan rindu kat anak saya selama ini. Saya tahu dia merajuk tapi saya tak tahu pasal apa. Dia seolah-olah marahkan sesuatu. Sebagai ibu, saya sedih melihat dia dulu. Dulu bila balik Malaysia je dia stress, sampai kami tak tahu apa yang tak kena. Kami ke yang buat salah? Sampailah satu tahap dia tak balik dah. Dia kata dia akan stay sana selamanya. Sudahlah nak telefon saya dengan Dato' pun jarang sekali. Hati ibubapa mana tak sedih diperlakukan begitu Hana? Kami ingat selama ini Kamilah yang salah. Dato' fikir itu silapnya kerana mungkin Mikael tidak mahu belajar di luar negara. Rupanya ada cerita lain yang kami tak tahu."

"Again, I'm so sorry.. " dia sampai tak tahu nak berkata apa dah. Dah memang ini salahnya. Terima ajelah. Ditegakkan pun tak diterima. Dia dah cakapkan tadi semua ini untuk kebaikan Mikael. Kalau budak tu masih malas lagi nak belajar, apa ingat dia boleh sambung belajar overseas ke? Sampai bekerja kat sana lagi. At least ada jugalah sumbangan aku kat situ.

"Saya cerita semuanya sebab tak nak Dato' dengan Datin harapkan apa apa daripada saya dan Mikael. Sedangkan kami memang takde apa apa hubungan. Perkara tu dah lepas. Saya kalau boleh tak nak ingat pun." Memang aku tak cintakan Mikael. Perasaan tu tak ada. Aku akui ada masa aku senang dengan dia. Ada masa aku seolah-olah macam rindu kat dia pun ada. Tapi takdelah sampai tahap angau ke apa. Rasa kosong macam tu. But still aku tak cintakan. Jauh sangat tu! Maybe sebagai kawan tu adalah sikit.

"Jadi awak memang tak sukakan Mikael?" tanya Datin Aleena.

"Tak Datin."

"Tapi Mikael sukakan awak Hana. Dah lama pulak tu. Awak sendiri cakap tadikan yang Mikael sukakan awak semasa awak menjadi guru tuisyen dia dulu. Takkanlah sedikit perasan pun awak takde Hana?" bentak Datin Aleena. Aku disebelah terkejut. Tak pernah-pernah Datin tinggi suara kat aku. Marah benor dia bila tahu aku dah 'usik' anak kesayangan dia.

"Aleena dahlah tu. Jangan dipaksa kalau orang tak suka. Dah Hana kata tak suka Mikael nak buat macam mana. Cinta bukan boleh dibuat main. Mana tahu Hana dah ada kekasih ke? Mana dia nak campak budak tu."

"Habis Mikael macam mana?"

"Macam mana apanya. Dia kena buanglah perasaan dia tu jauh jauh. Belajar terima yang Hana tak nak dia. Dia tak boleh paksa Hana. Tengok, Hana sendiri kata dia tak tahu kita datang merisik tempoh hari. Nampak sangat semua rancangan anak kesayangan awak tu. Tak apalah pasal Mikael tu nanti pandai pandailah saya nasihatkan." Dato' Azhari cuba memujuk isterinya. Sedih sangat macam dia pula yang ditolak cintanya.

Datin Aleena menolak tangan Hana yang berada dibahunya. Dia berdiri dan berlari perlahan naik keatas meninggalkan Rihana bersama suaminya. Rihana mengeluh. Nampak gayanya dia dah buat Datin Aleena bencikan dia. Dia telah menyakiti wanita yang sentiasa tampak lembut dan menyayanginya seperti anak sendiri. Oh Hana what have you done!

"Takpelah, Datin tu nanti surutlah dia punya merajuk. Mungkin dia masih lagi terkejut. Saya sendiri pun tak tahu nak kata apa dah. Tapi betul ke Hana semua ni? Kamu dengan Mikael pernah errr..?" Dato' Azhari tidak menyambung habis ayatnya. Dia jadi segan pulak untuk berkata. Rihana dan anaknya? Langsung tak terlintas difikirannya.

"Saya tak serius pun dengan dia Dato'. Saya buat semua tu juga demi kepentingan dia sendiri. Untuk masa depan dia. At least sekarang dia dah berjaya. Cukup untuk Dato' faham apa yang saya buat ketika itu adalah untuk dia rajin belajar. Saya memang cabar dia untuk lulus SPM ketika itu. Dato' sendiri dulu pening dengan perangai Mikael. Kata Dato dia pemalas bodoh tak nak belajar. Jadi salah ke Dato' kalau saya gunakan cara itu? Sebab itu je cara yang saya nampak memandangkan Mikael ketika itu memang sukakan saya.."

"Tak apalah Dato' saya faham. Tak patut saya buat dia begitu. Dia manusia bukan mainan. Saya dah lukakan hati Datin dengan Dato'. Kalau Dato' nak berhentikan saya pun saya terima." melihat Dato' Azhari yang berdiam mendengar bicaranya, Rihana agak memang itulah keputusan lelaki itu. Dia tak rasa hubungan dia dan keluarga itu akan akrab kembali setelah apa yang berlaku pada hari ini. Datin sudah membencinya. Dato Azhari pula pasti sudah memandang serong terhadap dirinya.

"Sekali lagi saya minta maaf..." aku sauk tali beg tangan ke bahu. Baru aku mengangkat punggung, Dato' Azhari bersuara.

"Saya masih perlukan khidmat awak disyarikat Hana. Jangan kita campur adukkan urusan peribadi dan kerja sekali. Saya tak nak disebabkan perkara ini saya kehilangan pekerja saya yang baik. Awak teruskan kerja disyarikat. Hal ini kita lupakan." usai berkata Dato' Azhari bangun dari sofa dan berlalu meninggalkan Rihana yang masih berada diruang tamu rumahnya.

Dengan langkah yang tidak bermaya Rihana meninggalkan rumah agam Dato' Azhari. Sedih yang dia rasakan ketika ini. Dato' dan Datin sudah membencinya. Kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku pada dirinya. Salahkah dia menegakkan perkara yang betul? Dah dia memang tak sukakan Mikael nak buat macam mana. Bukan itu saja, dia juga belum bersedia untuk ada komitmen dalam perhubungan. Dia selesa dengan hidupnya yang dulu sebelum munculnya Mikael.

Dia kadang kadang tak faham dengan typikal orang dimana menjadi kesalahan ke apabila dia tak berkahwin lagi? Dosa ke kalau dirinya kahwin lambat? Termasuklah ibunya yang selalu bising apabila melihat dirinya yang masih tidak mempunyai kekasih. Sedangkan dia tak kisah pun dengan semua itu. Lagilah dia suka hidup bebas dan tak tertekan! Samalah ketika ini bila dimana dia menolak Mikael. Dato' dan Datin marahnya kerana menolak lelaki itu. Tak faham-faham lagi ke yang dia kata dia tak cintakan lelaki itu. Dia tak sukakan Mikael!!

Yang part aku gunakan Mikael dan lukakan lelaki itu mereka nampak. Part aku gunakan Mikael untuk tujuan masa depan dia tu tak pula nampaknya. Eh, sumbangan aku kat Mikael tu kira besarlah juga. Biarlah aku dikatakan mempergunakan dia sekalipun, tetapi hasilnya tengoklah. Berjayakan budak tu dalam hidup dia! Huh, Rihana rasa seakan mahu lari sejauh jauhnya. Lari daripada semua orang. Biarlah dia dengan kehidupannya saja. Tak perlu serabut memikirkan urusan orang lain. Takde siapa nak memahami dia. Semua yang dia buat salah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience